Week 25, ✅
Week 26: 25/6-1/7/2025
Seminggu sebelum tu Ummi rawat secara natural; minum air lemon dan ambil madu. Lega sekejap tapi beberapa hari kemudian tu mula demam on off dan selsema. Diikuti dengan sakit tekak dan batuk, sampai sekarang masih batuk.
KHAMIS Gegirls cuti extra sempena Awal Muharram hari ni.Ummi order je set nasi hujan panas dgn Cik Mila utk kami 3 beranak. Tak larat masak.
JUMAAT Cuti umum Awal Muharram. Busy hari ni esp Walid. Ini baru balik jumpa Uncle Rohai lepas solat Jumaat. Kemudian lepas Asar dapat tahu ibu mertua Uncle Abu meninggal. Lepas Maghrib sempat jugalah Walid bergegas ke Sg Buloh untuk ziarah keluarga mertua UA.
ISNIN Nampak monkeys di tepi jalan lepas hantar anak² ke sekolah, snapped je la 😁 Walid outstation ke Johor jadi Ummi uruskan anak² ke sekolah.
SELASA Saja share gambar Walid meeting ni sebab ada tarikh 1 Julai tu. Dah masuk pertengahan kedua tahun 2025 dah.
Kakak UTH hari ni juga. UTH tu giliran ikut abjad. Nama Kakak panggal hurufnya B, awallah gilirannnya. Bff Nurin, minggu depan baru giliran dia, pangkal namanya huruf W :).