Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Tuesday, 6 May 2025

Menang GA Pertama Tot's Blog

Alhamdulillah syukur Ummi terpilih sebagai pemenang tempat ke-2 GA Pertama Tot's Blog

Rezeki kami bertiga alhamdulillah 🤲🏻

Hadiahnya telah selamat diterima Jumaat lepas alhamdulillah. 

Ada fridge magnet, keychain dan coin purse 'Kelantan' ❤️

Paling dinanti semestinya benih bunga matahari dari Tot. 

Setakat ni belum sempat semai sebab tak cukup pasu dan tanah pun habis. Yang Uncle India jual tanah tu pun tak datang pula bila kita nak beli tanahnya. Kalau time ada stok tanah tu, rajin pulak Uncle lalu dengan lorinya tu :p

Apapun terima kasih banyak Tot atas kiriman hadiah dan penganjuran GA ni. Semoga Allah SWT luaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hendaknya 🤲🏻 

Tahniah juga untuk pemenang⁸ lain 🌻

Friday, 18 April 2025

Giveaway Tot's Blog

Tot's Blog Giveaway 

Nampaknya ramai kawan² blogger dah joined GA anjuran Tot ni. Ummi pun tak nak lah ketinggalan memberi sokongan dan memeriahkan GA ni. 

Syarat² Penyertaan 
1. Follow blog Tot. ✅

2. Tulis entri bertajuk 'Giveaway Tot's Blog' , copy and paste banner giveaway di atas di blog anda dan backlink ke entri GA ini. ✅

3. Tinggalkan komen di entri GA, url entri anda. ✅

4. Pemenang dipilih secara rawak. 

Hadiah Giveaway yang Tot sediakan menarik ye. Yang best-nya utk hadiah pertama Tot cari 3 pemenang, hadiah kedua pun 3 pemenang. Begitu juga hadiah ketiga. Kiranya 9 pemenang semuanya. Rezeki siapa nanti tak tahulah kan, yang penting kita support each other 🫰🏻

Tarikh GA: Giveaway ini berlangsung dari Isnin, 14 April hingga Isnin, 28 April 2025.

Jom pakat join GA ni 🤗

Thursday, 13 March 2025

Terima Hadiah SR Mini Giveaway 2025

Baru² ni SR ada buat mini GA kan... Alhamdulillah sekali lagi rezeki Ummi menang 🤲🏻

Tahniah kepada pemenang² lain juga. 

Alhamdulillah hadiahnya dah sampai 2-3 hari lepas... Maaf, lambat sikit up ye SR 🙏🏻

Ummi dapat sebotol sabun Dobi Malaya ❤️
Macam tau² Ummi ni sukaaaaa sangat basuh² baju, lipat² kain ni 😆 Dalam banyak² household chores, bab handle pakaian la paling Ummi suka. Dari basuh, sidai, lipat/gosok semua tu Ummi suka. Paling best lipat kain depan TV. Jangan la sesapa kacau Ummi tengah me-time ni ye :p


Kilang depa kat Langgaq, Aloq Staq la... 

Sebelum ni Ummi pernah terima hadiah sabun basuh (serbuk) dari Cie. Kali ni dari SR pula. 

Alhamdulillah terima kasih banyak ye SR 🌹
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diluaskan rezeki buat SR sekeluarga dan berjaya dalam bidang yang diusahakan hendaknya aamin 🤲🏻 

Tuesday, 4 March 2025

Hadiah Teka Negara dari Amie's Little Kitchen

Alhamdulillah rezeki sekali lagi dapat hadiah dari rakan blogger. Januari dapat hadiah dari Puan Ujie, bulan Februari dari Kak Mulan dan bulan Mac ni dari Kak Amie pula, sebagai salah seorang peneka yang betul akan negara² yang bakal Kak Amie kunjungi masa cuti sekolah hari tu. 

Ini tekaan Ummi, dan alhamdulillah 2 darinya mengena. 



Tengahari tadi parcel dari Kak Amie selamat mendarat di depan rumah. 

Cantik beg ni...

Jom tengok apa isinya...

Macam² ada 😍

Kopi Tenom dan purse kecil; I ❤️ Sabah. 
Sesuai sangatlah dapat kopi tu kan, boleh buat minuman berbuka/sahur. Lama dah mendengar akan keenakan Kopi Tenom ni, bolehlah cuba kali ni alhamdulillah. 

Keychain Portugal! 
Suka sangatttt sebab Ummi peminat CR7 😎

Hand & Nail Cream from Spain.
Ya Allah wanginya cream ni, sekali bau terus jatuh hati 😁 Berasaskan dari extra virgin olive oil, mesti banyaklah khasiatnya kan. Teringat entry Kak Amie pasal ladang zaiton dan argan yang dilawatinya.  

Fridge magnet Morocco. 
Boleh nampakkan identiti negaranya melalui FM ni. Morocco kan terkenal dengan jubin yang cantik² begini... Baguslah corak jubin ni diabadikan dlm bentuk FM. Auto boleh relate dgn negaranya. 

Alhamdulillah terima kasih banyak Kak Amie 🌹
Semoga sentiasa sihat, mewah rezekinya dan dipermudahkan segala urusan asbab selalu memberi & menggembirakan kawan². Semoga tabung travel Kak Amie juga penuh selalu, boleh keliling dunia harapnya 🤗


Wednesday, 19 February 2025

Terima Hadiah "Terima Kasih utk 2024"

Alhamdulillah rezeki dari Allah, terpilih sebagai salah seorang Top Commentators 2024 di blog Mulan ~ Peace, Love & Harmony 

Sepanjang dok tinggalkan komen di blog kawan² maya ni tak pernah pun niat nak menang hadiah ke apa. Saja suka², seronok nak berkawan/berbual wpun sekadar di alam maya. Tapi bila dah tertulis rezeki kita, ianya tetap datang kepada kita 🤲🏻

Dan untuk rezeki kali ni, dapat hadiah Tupperware dari Kak Mulan! 

Dah la Tupperware, warna hijau pulak tu. My favorite color kiranya double joy la alhamdulillah. 

Sebenarnya pagi tu Ummi dah berderau darah Ummi, Kakak letak bekal dia dlm bekas Tupperware Ummi, bukan tipuware macam selalu. Agaknya dia pun dah kalut, capai je Tupperware tu. Nak suruh tukar bekas dah tak sempat, dah masuk kereta dah. Berdoa je la Ummi supaya bekas tu selamat pulang ke pangkuan 😆

Alhamdulillah Tupperware Ummi selamat, dan Allah tambah lagi sebiji untuk Ummi, melalui pemberian dari Kak Mulan ni :) 

Besar ye saiz Tupperware ni. Ummi ada satu warna ni juga, sebijik sebijan orang kata tapi saiznya lebih kecil. Mak vs anak la bandingannya :D 

Dalam Tupperware tu ada tissue cover dan lunch tote bag.Alhamdulillah semuanya cantik² dan functional

Lurvv sangat corak pada tote bag ni ... 
Motif bunga dan burung. 
Buka bag tu, eh ada lagi souvenir. Keychain from Turkiye alhamdulillah. 

Tqsm Kak Mulan ❤️
Semoga Allah luaskan dan mewahkan rezeki utk Akk sekeluarga, diperkenankan segala hajat dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻 

Tahniah utk pemenang² lain juga. 

Monday, 17 February 2025

Giveaway Kerajaan Kelapa

Giveaway Kerajaan Kelapa

GA by adik manisss kita, Permaisuri Cuya kembali lagi... 

Senang ya amat syarat²nya, memang nak bagi kurnia dekat semua rakyat ke camne ni 😁

Ramai kawan² blogger dah join 👍🏻
Yang belum tu jom la kita support GA ni. 
The more the merrier gitewww...

Saturday, 25 January 2025

SR Mini Giveaway 2025

Syaratnya SR buat mini juga:

1. Ada blog dan follow blog SR ni ✅
2. Copy banner di atas dan buat 1 post bertajuk SR Mini Giveaway 2025 dan link ke post ni bila orang klik banner ✅
3. Tinggalkan link post korang tu di bahagian komen blog ✅
4. Beralamat di Malaysia ✅

Alhamdulillah semua syarat senang dan Ummi pun cukup segala syaratnya. 

Jom ramai² kita support SR 🤗

Thursday, 16 January 2025

Hadiah "Kamu Yang Mesra"

Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk kami bertiga, terpilih sebagai teman blogger terpaling mesra oleh Puan Ujie :) 
Tahniah utk NA & Kak Mulan. 
Terasa kerdil Puan Hazel di situ ☺️

Alhamdulillah hadiahnya dah selamat diterima 2-3 hari lepas. 

Buka parcel, ada beg merah ni... Hampir tegunting tali beg from Indonesia ni, excited punya pasal 🤭

Dalam beg merah ada tote bag ni...

Buah tangan dari Jepun.
Love sangat dgn bag ni, lawa. Warna dan corak sangat memikat hati. Kakak pun berkenan sangat dengan bag ni. Berkenan ada makna hehe...

Disertakan juga sebuah kotak bertulis "Specially for You". Memang terasa special sungguh ...

Ada souvenirs dari pelbagai negara, calendar, book marks dan buku. Salah satu azam tahun ni nak kembali ke hobi membaca. Semoga buku² pemberian PU ni jadi penggalak utk Ummi rajin membaca semula. 

Japanese Peach Tea antara yang menarik perhatian Ummi... Cantik packaging, menonjolkan budaya Jepun. Contohnya pemakaian kimono tu, sekali tengok dah tahu ianya produk dari Jepun.
 
Alhamdulillah hadiah yang sangat lumayan, beraneka macam dalam satu parcel. Terima kasih banyak PU 🤗

Semoga diluaskan pintu rezeki, dikabulkan segala hajat dan PU serta keluarga sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah SWT. Begitu juga untuk semua kawan² blogger yang sentiasa mewarnai hari² seorang yang bernama Puan Hazel 🌹 

Semoga Allah rahmati kita semua. 

Thursday, 12 December 2024

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

Rakan blogger kita yang ceria selalu, Linda ada buat GA sempena anniversary perkahwinannya yang bakal genap 13 tahun, beberapa hari je lagi. 

Tahniah Linda & suami! 
PH doakan kalian sentiasa bahagia, dalam rahmat & lindungan-Nya selalu serta kekal jodohnya hingga ke jannah hendaknya 🤲🏻

Syarat penyertaan; 
1-buat entry (common kan?) ✅
2-drop link dekat entry nie (senang nak BW balik)✅
3-meh folo Linda (sape yang belum folo)✅

Senang sangatttt ☺️

GA ni akan berlangsung hingga 17/12 ni. Jom ramai² kita support GA Linda ni 🤗

All the best semua! 

Tuesday, 5 November 2024

Happy Birthday to me, Giveaway for you!

GA datang lagi :D 
Kali ni GA anjuran blogger cantik, Mummy Ayu

Sempena birthday Mummy Ayu, beliau adakan GA; Happy Birthday to Me, Giveaway for You. Sweet la Mummy Ayu ni. Birthday dia, tapi dia nak bagi hadiah dekat kita rakan² blogger. Rezeki siapa sama² kita nantikan. 

Syarat²nya simple je; 

1. Buat 1 entry bertajuk " Happy Birthday to me, Giveaway for you!" and link balik ke entry ni

2. Tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni so that Mummy Ayu leh blogwalking ke blog korang & tinggalkan jejak ✅

3. Tu je... 😉 

Tempoh GA; 1/11- 11/11.2024, sempat lagi ni :) 

Happiest Birthday to you Mummy Ayu 🎈 
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, diberi kesihatan yg baik, luas lagi berkat rezekinya dan bahagia selalu di samping keluarga 🤲🏻 

Jom kita pakat support dan meriahkan GA Mummy Ayu ni 🤗




Wednesday, 23 October 2024

Menang Anniversary GA by Cie

Hari tu kan Cie ada buat GA segment sempena anniversary -nya. Alhamdulillah rezeki Ummi jadi antara pemenangnya. Tahniah juga utk pemenang² lain, termasuk SA 🌹

Pemenang dipilih melalui Wheels of Name. Alhamdulillah nama Ummi sangkut :) 

Moh la kita tuntut hadiahnya ahak! 

Hadiah sampai 17.10. 
(Maaf Cie,  lambat sikit up entry 🙏)

Dibalut kemas 👍🏻 
Tapi wangi sabun tu tetap semerbak w/pun belum buka bubble wrap ni... Kalau dah buka peknya dan guna utk basuh baju mesti lagi wangi ni. 

Inilah hadiahnya... 
Beserta nota tulisan tangan Cie, ada personal touch gitewww 🩷

Tqsm Cie. 
Semoga luas rezeki Cie selalu hendaknya 🤲🏻 





Saturday, 28 September 2024

Anniversary Giveaway by Cie

Alhamdulillah sempat juga Ummi join GA Anniversary Giveaway by Cie yang berbaki 2 hari lagi sebelum ditutup penyertaannya. 

Syarat Penyertaan Anniversary Giveaway by Cie:

1. Buat entry bertajuk Anniversary Giveaway by Cie. 
2. Copy banner dan letakkan entry anda beserta dengan backlink ke entry ini.✅
3. Follow blog ini kalau belum follow. ✅
4. Follow Instagram Cie roziahmuhammadnor - maaf, PH takde IG akaun 🙏
5. Giveaway ini bermula 10 September 2024 hingga 30 September 2024. 
6. Pengumuman pemenang akan dibuat pada awal bulan Oktober 2024. 
7. Cie pilih pemenang guna Wheels Of Name
8. Keputusan adalah muktamad.

Hadiah yang Cie tawarkan pun best². Rezeki siapa tu kita sama² nantikanlah ye...  
Ummi tengok ramai kawan² dah join 👍 
Yang belum join, jom! Sempat lagi ni :) 

Tuesday, 27 February 2024

Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024

Hampir terlupa dah dengan segmen Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024  ni. Kalau tengok balik dalam entry Pn Sharhanah ni, Ummi orang pertama komen nak join 🤭 Apa daya, terlupa sungguh! 

Syaratnya sangat mudah;
1. Follow blog Sharhanah   
2. Buat entry dengan meletakkan banner di atas dan pautkan.
3. Tinggalkan komen di bawah entry
4. Sertai segmen ini sebelum 3 Mac 2024.

Jom ramai² kita meriahkan segmen bloglist kawan kita ni 🤗

Saturday, 13 January 2024

Giveaway Sampul Raya Rare 2024

Harap² Permaisuri Cuya tak murka dengan Ummi ye, lambat pulak menyambut titah perintahnya supaya join Giveaway Sampul Raya Rare 2024. Patik busy, banyak sangat GA, bersusun² kena ikut turn ☺️

Sesudah Subuh Permaisuri Cuya kita dah PM. Lurvvv you dik 🤗 

Apa syarat²-nya? Senang kacang je...

Syarat 1 ✅
Syarat 2 - maaf, kanda takde akaun IG 
Syarat 3 - ✅
Syarat 4 - ✅
Syarat 5 - kirim salam sayangggg dekat bonda Permaisuri Cuya ye, dengan pesanan 'kenang daku dalam cabutan namamu'  🤗 

Hadiahnya Cuya nak bagi sampul raya rare. Kalau ditanya, pilihan Ummi ialah...

Sampul raya Hup Seng sebab ni favorite crackers kitorang kat rumah. Ada kenangan juga sebab arwah Tok suka cicah biskut ni dengan kopi, menurun ke anak⁴ 😁 Tapi, depa cicah dengan air coklat. Sampul raya Dutch Lady tu pulak sebab cantik hehe... 

GA ni berlangsung hingga 23 Jan 2024. Sempat lagilah sesiapa yang belum join tu untuk turut serta. The more the merrier gitewww :D 

Good luck semua!  





Friday, 12 January 2024

Giveaway Perfume Blog SR

Semenjak dua menjak ni meriah betul dunia blog kita dengan segmen GA dan bloglist kan? 

Antara yang sedang berlangsung ialah Giveaway Perfume Blog SRHadiah GA-nya perfume 😍  Makanya haruslah peminat perfume macam Ummi ni join kan? 

Syarat-syarat Giveaway Perfume Blog SR tersangatlah mudah; 
1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com) ✅
2. Buat 1 post bertajuk Giveaway Perfume SR di blog masing-masing ✅
3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2). ✅
4. Tinggalkan link post tuan/puan di SINI ✅
5. Boleh join dari semua blog yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).

Ramai yang dah join  GA ni kan? Semoga ada rezeki untuk kita ye. Siapa menang pun takpe, yang penting kita support each other 🤗

Yang belum join tu, jom! 


Wednesday, 10 January 2024

Hadiah Pengomen Tegar Blog Mrs A

Alhamdulillah syukur, permulaan tahun baru dapat rezeki sebagai Pengomen Tegar di Blog Mrs A untuk tahun 2023. Ini kali pertama Ummi menang kategori Pengomen Tegar. Kategori tu bunyi macam artis la pulak 😂 

Anyway, lumayan hadiah yang Mrs A kirimkan; sejadah quilt (Nyaman Quilted Mini Sejadah), ½ botol pure perfume essence dan gift card dari jenama Siti Khadijah. Bukan biashe-biashe hadiahnya, alhamdulillah. 

Sebenarnya masa Ummi joined Solat Hajat UPKK tu Ummi terpandang seorang jemaah wanita ni (ibu pelajar), bentang sejadah muka warna hitam. Ummi pandang sekilas gitu, dalam hati berbisik "oh ada sejadah muka warna hitam..."  Selalu versi quilted ni warna putih. Ummi pun ada satu, pemberian Tok Umi. 
Alhamdulillah kali ni Ummi pula merasa guna sejadah mini warna hitam. 
Rezeki Allah bagi :) 

Masa dapat parcel ni, Ummi tak tahu siapa pengirimnya. Sebab takde nota even dekat gift card tu. Hadiah ni dipos direct dari seller. Tapi, semalam Ummi nampak di blog NA, eh hadiah sama! Malam tu juga Ummi mesej Mrs A haha... Nak confirm-kan dan ucap terima kasih. Selagi tak tahu pengirimnya, tak sedap hati juga nak guna barangnya walaupun dalam hati dah tak sabar nak solat guna sejadah ni :D 
 
Tahniah untuk rakan-rakan blogger yang lain 🌷
Sekali lagi, terima kasih Mrs A. PH doakan semoga Allah luaskan lagi pintu rezeki buat Mrs A sekeluarga dan dipermudahkan urusan buat anakanda Aqil Hayyi @ Adik  yang sedang  menduduki ujian lisan SPM dan semoga beroleh kejayaan besar dalam SPM nanti 🤲 


Saturday, 6 January 2024

Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

Sejak kebelakangan ni Ummi rajin juga join GA kawan² sebagai sokongan. Tapi itulah kadang masa sungguh cemburu. Maaf sangat pada rakan bloggers yang Ummi tak sempat join GA mereka 🤝

Kali ni ada kesempatan jadi Ummi join Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor


Syarat Penyertaan Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

1. Buat satu (1) entry bertajuk 'Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor'. ✅
2. Copy banner dan letakkan entry anda beserta dengan backlink ke SINI .✅
3.Follow Blog Cie. (Kalau belum follow).✅
4. Follow akaun Instagram roziahmuhammadnor. Kalau takde Instagram pun boleh je join.
5. Follow akaun Facebook Roziah 
Muhammad Nor. Kalau takde Facebook pun boleh je join.
6. Tinggalkan link entry giveaway segment ini, nama facebook, nama instagram anda ke ruangan komen entry. Supaya Cie dapat follow anda semula.✅
7. Giveaway segment ini bermula pada 30 Disember 2023 8.00am hingga 29 Januari 2024 8.00pm.
8. Pengumuman pemenang akan diumumkan awal bulan Februari 2024 dan hadiah akan diposkan selepas itu.
9. Pemilihan pemenang akan menggunakan khidmat Wheels Of Names
10. Keputusan adalah muktamad.
 
#Syarat no 4&5 tu Ummi skipped sebab Ummi tak aktif di IG & FB. 

Alhamdulillah syarat² lain tu senang kacang je :D 

Hadiah menarik tau, boleh tengok dekat blog Cie. Jom kita pakat support Cie 🤗

Saturday, 16 December 2023

Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Ramai pula yang buat segmen pencarian bloglist ni kan... Ummi ni kadang sempat join kadang terlepas deadline 😅


Kali ni Ummi nak join segmen Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com. Sebelum tu, selamat berkenalan ye Diah 🤗

Jom tengok syarat² penyertaannya...

1. Wajib ada blog. ✅
2. Buat satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com". Guna banner dalam entri ini dan link kan URL dalam entri penyertaan. ✅
3. Wajib letak blog http://www.rodiahamir.com dalam bloglist korang juga. ✅
4. Untuk yang dah sertai, boleh tinggalkan komen nanti Diah akan blogwalking. ✅
5. Segmen berlangsung sehingga 25 Disember 2023. 

Alhamdulillah semua syarat penyertaannya Ummi dah penuhi.

Jom kita support Diah 🤗

Thursday, 14 December 2023

Terima Hadiah GA by Uyum & Nina

Ingat tak GA yang Ako Anakomak buat dekat² raya hari tu? Uyum pilih Ummi sebagai penerima hadiah saguhati. Sayang Uyum 🤗

Ahad 26/11 itu hari ada rider datang rumah, hantar hadiah. Terkejut juga sebab tiba-tiba Angah bawa masuk paperbag Happy Birthday. Mula tu ingat ada orang hantar birthday gift in advance haha... 

Sekali ada kad...

Aduduuuuu, dari Uyum rupanya... 

Ada buah tangan dari Korea uolls... Ako kan baru balik dari Korea. Masa baca blog Ako dekat airport kena susun balik barang dalam luggage sebab dah overload tu, ada disebut dia beli skincare banyak. Rupanya terselit juga rezeki Ummi dalam tu...

Selain chopsticks, lotion, FM dll Ummi dapat juga sekeping facial mask 😍 

Terharu sungguh sebab jauh Ako bawa balik semua ni, dan hadiahkan kepada pemenang GA dia. Ummi ni hadiah saguhati je, dapat macam² alhamdulillah. Mudah-mudahan bertambah luas rezeki buat Ako sekeluarga 🤲

Terima kasih daun keladi Ako :p 
Hugs to Uyum 🤗