Showing posts with label Us. Show all posts
Showing posts with label Us. Show all posts

Wednesday, 4 June 2025

Pasar Tani Bandar Baru Bangi

Rancangan asal nak ke Tasik Cempaka, sebelah PPAS Bangi tu untuk beriadah. Tapi semuanya malas nak bersiap, nak golek² di bilik je. Pukul 8.30 kot baru Ummi Walid dan Angah Adik keluar. Abang Kakak tak nak ikut. Tak bawa kasut jogging la apalah alasan depa, padahal nak sambung tidur la tewwww :) 

Masuk kereta nak keluar dari hotel, eh ada Pasar Tani la seberang jalan. Jogging dekat sini je la haha 🤣 

Ini view hotel dari Pasar Tani. 

Beroperasi setiap Ahad. 
Malam tadi masa balik dari beli makanan untuk dinner ada night market. Tapi kami tak singgah. Tak silap nama tempat ni Laman Niaga. Ada kemudahan parkir yang luas dan nampak juga ada tandas awam yang baru dibina/dinaik taraf. 

Ummi nampak akok, panas² terus beli. 
Sebelah Kuih Bakar tu tak ingat namanya tapi rasa ±macam kuih dangai. Beli juga buat raso². Bilik kami tu tak termasuk sarapan itu yang beli makanan bawa balik ke hotel. 

Beli juga dimsum. Favorite Kakak ni...

Samosa sebiji seringgit je. Di SG dah naik harga, RM1.50. 

Menarik betul set nasi lauk udang ni. 
Tapi tak beli. Walid dah beli nasi lemak bungkus. 

Ummo beli Sambal Ijo depa jual. Sebotol cuma RM8.00. 

Angah dan Adik excited tengok ikan patin masih hidup, bergerak² atas tray tu. 

Orang kampung Ummi panggil 'jale keladi'. Rasanya nama rasmi paku rawan kan? Ummi tak pernah makan tapi arwah Tok dan Tok Wan suka. Dalam bendang banyak tumbuh pokok keladi jenis ni. Petik je bila nak... Rebus cicah dengan air asam picit (a garam, kami sebut). Orang Baling tak sebut ayaq, tapi kami sebut a, macam sebut huruf A. A kopi, a sirap, gitewww :D 

Tapi generasi sekarang jarang dah yang bercakap guna loghat Baling ni. Anak⁴ Ummi lagilah 'tak thu lasong'. Tak thu lasong tu maksudnya tak tahu langsung. Dapat sesuatu? ☺️
 
Walid beli Roti Tempayan. Yang ni recommended. Sedap dan lembut rotinya sampai ke petang. 1set cuma RM5, boleh pilih kuah Kari Ayam atau Kari Daging. Sebahagiannya dah makan masa sarapan, yang tak habis ni bawa balik. 

Balik hotel, terjun kolam se-round lagi then checked out. Next destination pulak. 




Tuesday, 3 June 2025

Staycation @ Tenera Hotel, Bangi

Dah kenyang makan sotong bakar moh la kita check in hotel dan berehat. Mata pun dah layu ni ☺️

Lama dah Walid ajak datang ke sini, kali ni baru berkesempatan. Kami pilih apartment 1 bilik. Kompleks hotel ni terdiri dari 2 bangunan berasingan; hotel dan apartment (suite tower). Hotel Tenera ni dimiliki oleh Koperasi Felda SB. 

Tenera tu nama benih kelapa sawit rupanya. 

Ni bangunan hotel... 

Main lobby @ hotel building
Ambil key di sini kemudian drive ke suite tower. Ada khidmat buggy bagi yang memerlukan. 

Kami pilih 1 room apartment w 2 single beds (RM197 icl taxes)

Ada pintu yang memisahkan bilik tidur dan ruang tamu. Ada privasi 👍🏻

Dapur lengkap dengan electric stove dan peti sejuk. Cuma tak disediakan sebarang peralatan memasak, hatta sebatang sudu pun 🤭 Tapi cawan dan gelas untuk buat air tu adalah disediakan bersama kettle. 

Spacious bathroom and toilet. 
Ada ruang vanity, bath tub dan hujung sekali toilet. Semuanya dipisahkan dengan dinding separa terbuka dan ada pintu antara vanity area dan bath tub

Basic amenities macam toiletries, tuala, iron, iron board and even sejadah pun disediakan. A/c ada 2 unit; 1di living room dan 1 lagi dalam bilik tidur. Anak² soleh kami bentang toto tidur dekat depan TV je. Ada a/c berselubung sampai tak nampak kepala 😆 

View pool dari unit kami, tingkat 11. 

Setiap unit ada balkoni. 

Petang tu anak³ turun mandi kolam. Abang tak nak join

Malamnya kami berdua keluar beli makanan untuk dinner. Malas nak makan di luar sebab pukul 8 Abang ada majlis bacaan Yasin F5. Bacaan Yasin kali ni diketuai oleh KF diorang, Anas. 

Cantik kan Masjid Hasanah ni 💚

Hotel Tenera 
Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor




Macam² Hal @ 2 Jun

Cuti umum sempena Keputeraan YDPA, kami tak ke mana-mana. Operasi mengemas rumah selepas pasang wardrobe bilik anak² masih diteruskan. 

Bila dah mengemas, banyaklah barang yang nak dilupuskan. Mana yang boleh dikitar semula, bawa ke Rise@KL. Balik dari situlah Walid perasan 1 dari 4 skru tayar belakang kereta Ummi penutupnya takde. 

Ini kalau tak perasan, tengah² bawa tayar tercabut ke, masuk lopak ke rim bengkok ke apa ke naya la kan. Sori, bab keselamatan ni Ummi overthinking 🙏🏻

Terus ke bengkel Tauke Leong, syukur buka hari ni. 

Aiya macamana boleh hilang satu? Sapa curi? 

Kami pun tertanya² juga sebab nak buka penutup skru tu kena pakai screw driver yang bulat tu kan... Macam nak buka tayar kalau pancit tu, bukan mudah sebab skru tayar ni ketat. Even kalau kita tukar tayar pun, selalu tengok orang pijak² dengan kaki untuk ketatkan skrunya tu kan. For sure bukan kerja budak² ni sebab perlukan alat khas, tenaga dan masa nak bukak skru ni ... Malas nak panjang cerita, biarlah Allah balas sapa² yang buat kerja ni. 

TL suggest pakai skru camni pulak. Sebab skru jenis ni orang tak boleh simply buka. 

Tayar belakang ni pun dah lama, jadi tukar sekali. Dah 💸💸💸 duit >500 termasuk buat sekali balancing & alignment. Hikmahnya bila benda ni jadi, dapatlah tayar baru :D Tahun 2020 rupanya tayar belakang ni. 

Lepas tu terpandang pulak pokok Durian Belanda ni. Buah yang Ummi dok tunggu masa nak petik, dah tinggal tangkai! Nak kata burung @ tupai biasanya depa tebuk buah, bukan ragut gini. Mungkin monyet, sebab minggu lepas ada budak² nampak monyet dekat kebun Cik Leha. Belum rezeki Ummi :( 

Tengahari tu juga ada jiran maklumkan ada ular dalam rumah dia. Minta tolong jiran² bukakan gate belakang ni sebab JPAM nak masuk. Jiran tu kat luar kawasan, bibiknya yang nampak ular ni. Ummi pun tolonglah buka gate tu dgn Cik Leha. Tengok² van JPAM lalu je sebelah kami, tak berhenti pun. Rupanya JPAM dah masuk rumah jiran tu, tak jumpa ular. Depa balik je tak cari dalam longkang ke apa pun. Mudah-mudahan kami semua dilindungi-Nya. 

Nun di BSP, Mommy Zya hosted a ladies gathering dekat homestay dia. Ummi tak pergilah sebab rancangnya nak ziarah GB, re-admitted to hospital lepas accident sebelum Hari Guru tempohari. Tapi sebab urusan kereta Ummi 👆🏻 terpaksa tangguh niat nak ziarah GB. Lama juga Walid melangut di bengkel TL sebab banyak kereta lain depa nak service/repair . 

Walaupun begitu, banyak kerja dapat diselesaikan bila tak kemana-mana ni kan...

Tukang pukul 💪🏻
Selesai almari lama depa dua robohkan. 
Lega mata Ummi tengok bilik depa dah lapang. 

Walid belanja pizza as a token of appreciation 🫰🏻





Monday, 2 June 2025

Lunch @ D'Limau Nipis, Bangi

Dulu ±15 tahun lepas kami kerap ke Bangi. Pergi urut, pergi spa, pergi klinik kulit, pergi Klinik Homeopathy Hassan dekat Kompleks PKNS tu... Dan selalu juga kami singgah makan tengahari di Restoran D'Limau Nipis ni...

Ikutkan makan ulam jantung pisang dan terung rebus dengan ikan pekasam ni pun dah okay dah untuk Ummi... Tapi, tergoda pulak tengok sotong bakar, ambillah seekor. 

Besar sotongnya... Boleh makan anak beranak... Sambal dia sedap, manis² pedas. 
Harga ikut saiz. Depa tulis siap² pada pinggan tu, kita pilih ikut bajet kita. 

Walid ambil ayam goreng dan urap kacang botol kot. Lauk anak⁴ tak sempat bergambar, kena ngap awal sebab pakat lapar  nasi dah 😁 Pukul 2 lebih dah masa ni... Tapi lauk bakar² ni masih meriah. Yang lain² tu dah hujung² la... 


Sotong bakar 👆🏻 RM35

Alamat ada pada resit ye... 
Tak silap restoran ni tutup setiap Selasa. 

Lepas lunch kami ke Soodaap, nak repeat fish & chips yang super sedap tu. 

Adudu...panjangnya qué...
semua berpayung sebab tongah hari tongah paneh... 
Malas nak beratur, gerak lu... 

Dah pernah makan masa Envirunment tahun lepas, jadi takdelah ralat sangat tak dapat beli pun. Ayat sedapkan hati haha... Benornya tak sanggup nak beratur tengah² panas ni. Kalau line takat 10 orang je takpe la, ini ada kot 20 lebih tengah qué








Ke Beryl's Pula...

Dari Ladang Farm Fresh, kami ke Beryl's Shop & Museum pula di Seri Kembangan. Ini pun adhoc plan juga sebab destinasi asal kami sebenarnya tempat lain, tapi tutup rupanya tempat tu on weekends

Sampai dalam pukul 1130, ramainya manusia! Ada bas pelancong dari China baru sampai, bertambahlah crowded tempat ni. Tapi biasalah bila weekend esp long weekend plus cuti sekolah ni mana² tempat pun sesak kan... 

Muzium di tingkat 1...

Berkenan betul dengan deko susunan papan dekat luar dinding ni. Cantik dan aesthetic

Choc mould dulu² dibuat dari tembaga. Mesti berat kan nak angkat tu...

Boleh nampak para pekerja sedang bekerja dari tingkat 1 ni... 

Sejarah asal usul coklat .. 
Dah namanya penjajah, angkut habis hasil bumi tanah jajahannya :( 

Biji koko pernah jadi mata wang. 
Ikut info, 100 biji koko boleh beli seorang hamba. 

Tempat ni tak besar mana. Jadi bila ramai orang terasalah sesaknya tu kan... Kedai coklat (sebelah kanan) lagilah packed

Malas nak masuk kedai coklat tu, kami lepak di kafe dalam ni je. 

Dah tak beli coklat sebab malas nak bersesak dalam tu, basahlah tekak di kafe ni. Alang² dah sampai sini nak juga rasa desserts-nya... 

Hanjuku Cheese Cake tu dapatlah rasa sorang semulut haha... Jadilah, semua kenyang lagi, heavy breakfast tadi kan... 

Salted Caramel Choc Tart ni sedap sangat! Highly recommended. Macarons triple choc tu pun sedap. Semua sedaplah :) 
Tiramisu yang tengah viral pun ada tapi tak beli pun. Nak cuba yang belum pernah makan. 


Sebelum balik, ambil gambar kat luar ni....
Dua orang ni je rajin layan Ummi tangkap gambar sekarang ni 😌







Sunday, 1 June 2025

Ke Ladang Farm Fresh @ UPM

Usai bersarapan di Maiishelloud, terus kami gerak ke destinasi seterusnya. Cuti² Selangor je... 

Kami sampai dalam pukul 9.20 pg tapi dah ramai pengunjung. Depa lagi awai nampaknya... 

Apa² hal jom beli tiket dulu... 

Harga tiket
Untuk kami sekeluarga; 
4 dewasa x RM15
2 kanak² x RM10
Total: RM80

Dapat tag sorang satu.... 
Pakai jangan tak pakai :) 

Kombo seikat rumput + 2 peket dedak/makanan haiwan RM10. 
Dalam ni haiwan² diletakkan dalam sangkar/kandang ikut species masing². Nanti boleh bagi makan haiwan² ni....

Sangkar arnab. 

Ayam bermacam ayam 🎼🎶🎵🎶🎼...

Rusa pun ada... 

Sebelahnya sangkar ular sawa dan biawak. Biawak tu besar, macam anak buaya. 

Jalan² lagi...
Sampai dekat kandang besar ni... Ada pelbagai haiwan dalam ni termasuk rusa. Tak tahulah kenapa rusa jantan ni marah betul dengan kitorang 🫣 Nak bagi ayam² makan, dia datang siap angkat² kaki dan buat memek muka macam marah.....senget² mulut dia huhu... Risau juga jadi kami ke tempat lain je la. Malas nak gaduh hahaha...

Kandang lembu kami tak pergi...

Nota: Kami pernah melawat ladang termakan lembu di Juasseh Agro Park  beberapa tahun lepas. 

Tinja lembu dijadikan baja pokok. Setiap pokok juga ada sistem siraman masing² 👍🏻

Flower tunnel 💜

Penat berjalan singgah la makan aiskrim sat... 

Naik tractor pulak...
Free je sebab dah bayar harga tiket tadi kan...
Untuk naik tractor ni better pakai face mask dan sunglasses sebab jalan berdebu. Ummi tutup muka  dengan tudung je la, tak tahan debu tu. Kita tak tahu so takdelah prepare awal kan...

Nampakkan debu tu ...
Tractor ni bawa kita pusing² ladang ni. Ride dalam 20 minit kot...

Berhenti sekejap untuk bergambar di puncak bukit ni. 

Puncak bukit dari bawah... 

Turun dari tractor, minum pulak dekat cafe...buat raso² :) 

Lastly kami masuk kedai Fresh Picks ni...
Selain produk tenusu ada juga freshly picked veges & fruits. Ikut hati nak beli tapi sebab ada lagi destinasi seterusnya terpaksalah lupakan hasrat hati. Teringin sangat Butter FF tu tapi takut cair di tengah jalan pulak 😅 


Alhamdulillah it was an enjoyable trip