Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Thursday, 3 July 2025

Breakfast Mee Celup @ Maiishelloud SG

Sejak² Maiishelloud berwajah baru ni rajin pulak kami bersarapan di sini. Tempat selesa dan makanan pun sedap dan variety. Pagi² parking pun banyak. 

Kali ni Ummi pilih Mee Celup Campur (ayam, daging dan perut). Harga RM10.50

Pilihan mee; mee kuning, kue tiau, goreng dan yang Ummi ambil ni Phad Thai katanya. Sedaplah mee dia, kenyal² gitu. 

Jangan lupa letak chili oil  😋

Bang Aji makan nasi putih. Orang Kedah kan cinta mati dengan nasi :D 
Walid traveling day, itu yang sempatlah dating dulu sebelum beliau berangkat ke negeri angkat; JDT 😁

Sebelum tu hantar gegirls ke sekolah dulu. 

Suka ambil gambar suasana pagi...lepas tu up status WA, letak lagu jiwang/galau. Satgi bff mesti mesej; Yang,  you okay? Ahahaha 😆



Tuesday, 1 July 2025

Lunch @ Nas Bistro Prima SG

Ummi ajak Walid lunch di Nas Bistro ni sebab nak repeat nasi kandar macam Abang makan hari tu. 

Tapi sampai dekat tempat nasi/lauk tu staff dia beria promote nasi beriani. 

"Ini banyak sedap Kak ..." 

Tewas pulak Ummi dengan 'ayat manis' dia 🤭
Set nasi beriani ni RM12; masakan ayam boleh pilih (Ummi pilih ayam goreng), telur rebus 1 biji dan sayur pun ikut pilihan kita. 

Pilihan Walid ni yang Ummi nampak sedap...memang hajat nak makan nasi putih gini. Jahat betul staff tu hancurkan impian Ummi 😂

Pilihan siapa lagi kalau bukan si puteri bongsu tu... 

Sedap tu sedap, tapi sebab hajatnya lain tak rasalah puas makan tu. Nanti Abang PB ajak dia makan sini lagilah.. Apapun syukur dgn rezeki yang diberi-Nya. 

Sunday, 29 June 2025

Big Breakfast @ Ramly Bistro, Batu Muda

Penat beriadah, marilah kita isi perut. Dah dekat pukul 9, terus saja kami ke Ramly Bistro di Batu Muda. Kedai Ramly ni pukul 9 baru buka. 

Adik makan Nasi Lemak Ayam Goreng, Ummi Nasi Lemak Sambal Sotong. Sambal tumis diletakkan dalam bekas plastik tu, bukan dituang terus atas nasi. 

Setiap set nasi lemak lengkap dengan timun, ikan bilis dan kacang goreng. Ikan bilis sedap, rangup. Telur pula diberi telur mata, bukan telur rebus. 

Kakak pilih Nasi Serai Ayam Grill kot.
Nasi serai ni signature menu depa. Highly recommended. Dah banyak kami datang sini dan bila order nasi serai, rasa sedap tu tetap sama,sedap sokmo. Makan nasi saja pun sedap. Nasi lemak pun sama. Cukup lemak dan aroma serai sangat memikat selera. 

Snackbox ni pun sama, wajib juga order
Keropok lekor tu paling sedap 👍🏻

Adik nak juga cheezy wedges, layan je. 
Sebab banyak sangat makan dan makanan, tapau nasi lemak bahagian Ummi separuh, bahagian Adik separuh. Yang dalam snackbox ni pun bawa balik juga. Alhamdulillah kenyang, lunch pun skipped la kan... 

Total bill.

Contact number kedai. 
Ada lunch buffet RM25 (dewasa) dan RM15 (kanak²). Bolehlah contact kalau nak buat reservation. Nak walk in pun boleh.

Sunday, 22 June 2025

Lunch @ Azrai Patin, Sunway Batu Caves

Boleh dikatakan hampir seharian kami keluar semalam. Dari pagi hingga Zohor tu dekat luar je... 

Bila perut berkeroncong, terus cari kedai makan. Kali ni kami pilih Azrai Patin Tempoyak Jerantut Pahang di Sunway Batu Caves. Restoran ni berhadapan dengan KWSP Batu Caves. 

Dah namanya kedai ikan patin, haruslah Ummi ambil ikan patin kan ... Ambil sepotong ikan patin goreng dan daun salad. Kuah masak lemak, sedapnya alahai.... Sesuailah dengan nama kedainya, bukan over claim. Sambal Tempoyak pun wajiblah ambil juga kan. Patin Tempoyak pun ada cuma tak rasa nak makan. 

Bila makan ikan patin goreng ni teringatlah memori di tanah suci. Boleh dikatakan seminggu sekali ada menu ikan patin goreng belado untuk jemaah muassasah. Ada orang tak suka tapi Ummi sukalah pulak. 

Tapi sejak musim haji tahun lepas menu ikan patin dah dikeluarkan dari senarai. 

Walid pun ambil lauk ikan goreng. 
Adik pun sama, ikan keli goreng.
Angah macam biasa, ayam gorenglah pilihan dia. 

Pinggan Kakak macam² ada; ayam, sosej dan telur mata. Dia baru balik exam, lapar kot :D 

Alhamdulillah bagi Ummi lauk pauknya sedap, 'berasa' kata orang. Kuah masak lemak paling sedap, cukup lemak dan pedasnya. Bukan pedas yang sampai berair hidung, just nice  👍🏻 
Total harga RM42.00 termasuk 4 air kosong dan 1 gelas Teh O Ais. 

Sebelum tu singgah di TF Value, ada food fiesta. Takde yang menarik bagi Ummi, plus semuanya mahal² belaka. Cotton candy yang biasa RM5 je, depa jual RM8 di sini. Biasalah tu, event² camni selalu je dengar orang cakap harga lebih mahal. Takpelah pilihan di tangan kita.  


Restoran Azrai Patin Tempoyak Jerantut Pahang
Lot 62G, Jln SM 3A, 
Taman Sunway Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor
Waktu Operasi: 10.00 pg - 4.15 ptg 
(Mon - Sun) 



Monday, 9 June 2025

Early Dinner @ Nas Bistro Prima SG

Petang Ahad kami bawa anak⁴ jenjalan di Aeon Wangsa Maju. 

Ummi ngan gegirls takde beli apa²... 
Cuma beli barang dapur sikit ... 
The boys beli baju sorang selai.

Walid beli bun selambak! 
Memang perut lama tapi tak nak makan dekat sini. Rushing nak balik sebab Abang ada online class pukul 8 mlm. 

Merasa jugalah jam...  
Ada yang balik dari kampung dah Ahad tu kan...

Sebelum balik rumah, singgah la jugak di Nas Bistro ni. Anak⁴ kami ni dapat makan di kedai mamak pun depa happy tak sangga dah 😁

Abang lama dah 'dendam' nak makan nasi kandaq. 
Angah pun sama, ambik nasi putih juga. Dia lauk ayam goreng la as usual... 
Gegirls dua² order Megi Goreng Telur Mata. Apa yang sedap sangat MG dekat mamak pun tak tau la, asyik² itu je yang depa order

Ummi order Mee Rebus tapi yang sampai ni macam Rojak Mee. Malas nak tanya ngap saja la sebab dah Maghrib dah ni... Plus, sedap haha... kalau tak sedap mungkin komplen kot :p 
Tapi tengok bil tulis MR, betullah tu kot. Mungkin MR depa style gini. Raikan saja.  
Walid order roti bakar je. Tapi tapau Mee Goreng Ayam juga :) 

Mee Rubus la kakak manissss 😁

Sampai rumah, Abang terus on laptop. Then solat pastu berkelas la sampai pukul 10 mlm. 



Alhamdulillah. 














Saturday, 24 May 2025

Dinner@ AK Cafe

Walid baru balik dari outstation, ke Tanah Jauhar 4H3M. Malas pula Ummi nak masak, jadi ajak Walid keluar makan. 

Kami ke AK Cafe lepas Maghrib. Sini nak dapat parking lebih mudah dari di Prima SG. Pelanggan pun tak ramai lagi masa ni. Cuma lama juga menunggu makanan siap sebab order kami pelbagai plus ada customers lain sebelum kami. 

Sementara menunggu order kami siap, makan keropok dulu. Sos tu depa mai hantar bila nampak kami ambil keropok ni. Keropok pula dah siap pack dalam plastik gini. Sesetengah kedai letak dalam Tupperware besar kan, bila nak baru depa serve. Di AK Cafe ni dia dah bungkus siap². 

Makanan dah sampai... 

Megi Sup pilihan Kakak.
Depa bagi extra serbuk perencah megi, in case tak cukup pedas. 

Nasi Goreng Seafood untuk Walid. Seafood-nya udang dan sotong. 

Adik pilih Tomyam Campur & nasi putih. 
Sedap tomyamnya, cukup masam masin pedasnya. Ada udang, sotong, ayam dan daging. 

Sotong Goreng Tepung. 
Masih sedap macam kali pertama kami makan dulu 👍🏻

Ummi makan Nasi Goreng Daging Merah. 
Portion besar. Ingatkan nak minta tolong Walid habiskan macam selalu, tapi he had an upset stomach. Jadi nak tak nak, terpaksa habiskan juga. Sayang nak buang, nak bungkus pula tak padan. 

Makanan memang sedap. Kafe pun tak crowded walaupun makin lama makin ramai pelanggan. Harga termasuk air Nescafe Ais, Limau Ais, Horlicks Ais dan 2 gelas air sejuk ±RM60.00. 

Alhamdulillah. 






Tuesday, 13 May 2025

Lunch @ Restoran A Hassan Ayam Kampung, Shah Alam

Lepas jenguk Kakak di  SRAI S7 kami ke Restoran A Hassan Ayam Kampung di Seksyen 13, Shah Alam. 

Sampai waktu puncak, plus hari minggu pula memang penuhlah restoran ni. Tapi syukur dapat juga meja di kaki lima kedai bila sekumpulan pelanggan yang dah habis makan beredar. 

Ummi ambil ikan kembung bakar, telur masin dan ulam dengan kuah singgang dan kuah ayam percik sikit siram atas ikan tu. 

Ayam Kampung tu Walid punya lauk, ajak la dia bergambar sekali :D 

Paling win, of course budu poyok ni 😋

Lama tak makan lauk kampung style Kelate ni, memang tak toleh kiri kanan dah... Sedap do'oh. 

Gambar restoran memang Ummi tak snapped, fokus makan :D 

Restoran A Hassan Ayam Kampung 
Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan 
Waktu operasi: 10 pg - 4 ptg 
(dibuka setiap hari)

Saturday, 3 May 2025

Jamu Selera di Medan Selera Sg Pusu

Pagi ni sarapan di luar. 


Ini baru separuh meja 🫣
Order dari gerai berlainan itu yang pelbagai juadahnya tu. 
Mula² order Lempeng Pisang di gerai ni. 
Mula tu pelik juga Ummi, Lempeng Pisang makan sambal tumis. Tapi okay je. Tekak Ummi ni alhamdulillah semua boleh terima. 

Then order juga Lontong Sambal Tumis semangkuk. Selalu tengok SK makan lontong, telioq la kita pun 😁


Kami duduk dekat gerai Acik ni. 
Lama dah Acik ni niaga di sini dan kami bukan first time makan di sini. Roti canai Acik ni sedap, airtangan orang lama. Nasi lemak Acik tak banyak sangat lauknya. Ada sambal kerang, sambal paru, ayam goreng dan daging goreng kunyit. Selain tu bihun goreng. 

Roti Bakar sedap ni order dekat Waktu Coffee ni. Ada nasi lemak juga. 

Medan selera ni depan main entrance Kolej Vokasional Gombak (KVG). Ramai geng basikal parked kereta atau bersarapan di sini sebelum mengayuh ke jalan lama Gombak- Bentong. 

Gerai Acik;
Nasi Lemak Ayam Goreng 1
Nasi Lemak Daging Goreng Kunyit 1
Nasi Lemak Sambal Paru 1
Bihun Goreng Sambal Sotong 1
Roti Kosong 3 
Teh Tarik 3 
Air kosong 3 
Kecuali air kosong (percuma), total RM39.00.

Secret Cafe;
Lempeng Pisang - RM2.50/set
Lontong Sambal Tumis Bilis - RM7.00

Waktu Coffee;
Roti bakar - RM3x2 set

Abang ada tapau juga nasi goreng dan kuih dari gerai hujung belah sana. 

Gerai hujung ni berkembar dengan outlet Agrobazar. Banyak jenis makanan RTE dekat sini. Angah beli Sambal Bilis Garing nak bawa balik ke asrama. Ummi pun lupa nak beli extra, boleh bagi dekat kawan² yang nak berangkat ke Mekah nanti. Pek kecik² senang nak bawa. 

Produk jenama Teega

Alhamdulillah. 







Wednesday, 30 April 2025

Make Nasi Dage

Sebelum tu, nak simpan sini gambar super cantik yang Ummi rakam pagi tadi. 

Lawa kan? 

Selesai urusan sekolah anak², pergi sarapan di Tuu Dok Ko

Kali ni Ummi make nasi dage Ike aye :D 
Betul tak sebutan/ejaannya tu? 
Nak letak  topik bekfes di TDK ni dah 2x kot  buat tajuk sama 😁 

Sedap secukup rasa semuanya, seperti selalu. 

Lately suka minum Kopi Ais pulak Ummi ni...

Tapau Laksam sebekas untuk lunch. Sebab dah makan berat masa breakfast, lunch nak yang light² je la kononnya tu. 

Berjayalah tak makan nasi tengahari tu, habiskan laksam tu. 

Tapi perut Ummi ni mana maunya takat makan laksam tu ...


Pukul 3 lebih masuk dapur... 
Masak megi 😁 

Sebenarnya bukanlah sebab lapar sangat, tapi teringin. Gara² terpengaruh dengan Tot :) 
Tot pula terpengaruh dengan Linda. Berjangkit² pulak fenomena makan megi ni 😆



Monday, 21 April 2025

Bday Treat @ Kopihut Sri Gombak


Memandangkan esoknya puasa dan anak⁴ semua ada jadi kami ke Kopihut Sri Gombak. Kiranya ni sempena birthday Ummi la. 

Full house hari tu sebab esoknya kan puasa. In fact mana² kedai makan di Prima Sri Gombak tu Ummi nampak penuh dengan pengunjung.  

Kami dapat meja yang agak selesa, ada bench dan kerusi biasa. Si hijau tu memang ada atas bench tu. 

Pilih² dulu...

As usual, air sampai dulu ...

Mee Kari tu katanya signature dish, wajiblah cuba. Alhamdulillah rasanya tak mengecewakan 👍🏻 
Yang lain pun semua sedap², cuma mi wantan w dumpling tu ada satu rasa yg overpowering, hence tak berapa kena di tekak Ummi. 

Tak sure kenapa ada 5 gambar je utk food padahal order sorang satu dish. Lama sangat peram entry ni sebab menghormati bulan puasa sampai lupa dah apa yang dimakan 😅

Okay² order 2 rupanya Nasi Lemak w Ayam Goreng tu... Mujoq ada gambaq order chit ni baru bole recalled

Total kos ± RM120.

Tqsm Walid belanja 🫶🏻