Showing posts with label GE15. Show all posts
Showing posts with label GE15. Show all posts

Friday, 18 November 2022

GE15 ~ Selamat Mengundi

Meriah nampaknya sambutan pilihanraya kali ni. Macam sambut raya pulak 😅 

Adik excited nampak bendera banyak di kiri kanan jalan... Anak kawan Ummi di Kedah siap tanya ibunya "mana bendera Kedah dgn bendera Malaysia Ibu?" Hahaha... 

Manifesto ni diselit di pagar rumah kami. Adik jugalah yang rajin baca 😅 

T-shirt Keluarga Malaysia. Jiran bagi, petugas PDM rupanya dia. Rajin depa suami isteri jadi volunteer; sumbang tenaga dan masa untuk parti.

Tak kisahlah siapa pun pilihan kita, bersikap matang dan usah terlalu taksub. Jangan kerana berbeda pendapat dan pilihan, terputus silaturrahim. 

Untuk; 
Abg Wadi - P054 
Kak Fadh - P047
Dato' Muni - P006 

All the best untuk kalian! 
Moga ada rezeki kalian dipilih sebagai YB. 

Orang Gombak pilih siapa?



Selamat mengundi semua ❌!