Showing posts with label Ummi. Show all posts
Showing posts with label Ummi. Show all posts

Saturday, 5 July 2025

Telur Pindang 😍

Hari tu berani la komen dekat entry SA pasal SA makan telur pindang di JB, sebab Ummi hampir pasti akan dapat telur pindang ni.
Kalau benda yang di luar jangkaan, tak berani nak sebut. Takut kempunan 🫣 

Walid beli di R&R Machap. 4 biji RM10. 00. 

Walaupun orang Utara, Ummi suka telur pindang. Pertama kali makan dulu rasa pelik jugalah tapi bila dah banyak kali makan, jatuh hati pula :) 

Tak menyabar nak makan, sambil kopek ngap dulu suku telur tu ☺️

Walid tapau kacang pool juga tapi kuahnya dah berbau jadi terpaksalah dibuang. Roti tu Ummi simpan buat sarapan esok harinya. 

Dari membazir, kita olah jadi roti tampal. 

Alhamdulillah syukur atas rezeki dari-Nya. 

Thursday, 27 February 2025

Happy Birthday Ummi 🎈

Alhamdulillah bertambah setahun lagi usia di dunia, bermakna makin dekat menuju ke sana. 
Semoga ada keberkatan pada umur Ummi yang telah berlalu dan yang akan datang.

 

Hadiah dari Adik.
Gelang ni dia buat sendiri. 
Tqsm love 😘 

From Kakak. 
Tqsm sweetie 😘

From Abang.
Kek beli di koop :) 
Tqsm my superhero 😘

Angah belanja nasi kukus kantin sekolah dia. Anak #2 kan lain sikit ahahaha....
Tqsm my sonshine 😘

Doakan Ummi sihat selalu, mewah rezeki, hidup berkat dan menjadi insan yang lebih baik di setiap hari. 

Saturday, 28 December 2024

Bekal Nov & Dec 2024

Entry ringan² di hujung minggu. Plus busy Abang Angah nak balik asrama hari ni 🥹

Menu wajib cuti sekolah; Nasi Lemak Ummi. 
Ini bekal Kakak ke tuition UPKK. Hari ni last day dah tuition. 6.1 ni dah start exam. Doakan Kakak dapat 9A 🤗

Roti Telur ala Kak Iqa. Satu utk Walid, satu utk Kakak. 

Nasi Goreng & Telur Mata.
Mood rajin, buat kopi ais sekali utk Walid. 

Nasi putih sambal bilis, bekal tuition Kakak. 

Salad Telur dan lauk daging kot... Lupa dah 😅

Nasi Goreng & Nugget.
Kakak ni suka makan sayur, ada timun pun takpa dah. 

Nasi Goreng dgn Onion Pakora dari Bananabro. Lebih banyak masa makan tu, kami tapau bawa balik. 

Bekas Kakak ni dah patah tangkainya. Berbaloi jugalah beli sebab dia guna sepenuhnya. 

Wednesday, 27 November 2024

Sedapnya Berurut di Ayu Borneo Wangsa Maju

Alhamdulillah akhirnya dapat juga pergi berurut di Ayu Borneo (AB). 

Mula tu kami dah ke tempat lain, sebab buka awal (pukul 10) dan lebih murah cajnya. Dah call 2 hari sebelum, katanya boleh walk in. Bila sampai, katanya dah ada orang booking slot pukul 10.30 pagi tu. Disuruh datang semula pukul 12. Call outlet lain, pun minta datang pukul 12 sebab masseur lelaki pukul 12 lebih baru available katanya. Masseur lelaki ni utk Walid ye. 

Pukul 11 lebih (AB buka pukul 11 pg) Ummi call AB Wangsa Maju. Gamble je sebab dengarnya AB ni kena buat reservation awal. Alhamdulillah ada slot kosong pukul 12. Ummi terus booking slot sebab di AB memang ada masseur lelaki. 

AB dekat first floor
Bawahnya Restoran Ali, Muthu & Ah Hock.

Tampak mewah dekorasinya dan ambient sangat selesa. Dengan muzik yang menyenangkan, belum diurut pun rasa nak tidur dah 😆

Reception counter
Masa regi ni kami diminta pilih minyak urut yang kita nak. Ummi pilih lavender, Walid pilih lemongrass. Ada juga coconut and few others. 

Pilihan pakej pula kami ambil full body massage. Harga; 

RM107 tanpa minyak 
RM117 dgn minyak (1 jam ½)
Tambah  RM10, dapat up masa ½ jam lagi. Jadi, kami pilih 2 jam dgn harga RM127/person)

First depa akan cuci kaki kita dulu, then baru dibawa ke bilik urut. 
Kasut kita akan disimpan dlm loker. 
Kita diberi sandal untuk kegunaan dlm premis ni. 

Berkenan dengan tile tu 🤩
Kalau ada pemisah antara dua kerusi ni pun elok juga utk memastikan aurat Muslimat lebih terjaga. 

Ladies section tingkat atas. Ada lift disediakan. Layanan staff sangat baik, professional dan well trained walaupun semua nampak muda² lagi. Diorang dari Thailand, boleh berbahasa Inggeris. 

Urutan mula dari bahagian belakang, kedudukan meniarap. Ada tempat rasa sakit bila ditekan²,  tapi lepas ditekan², digosok² rasa lega yang amat sangat. Ada ketika masseur letakkan hot stone atas belakang kita. Very  relaxing. Tapi, bila kena gosok dengan batu pada kawasan yg bersimpul urat/angin,  sakit juga 🤭 

Apapun alhamdulillah badan terasa sangat ringan dan cergas lepas diurut ni. 

Teh Halia sebagai penutup berurut. 

Sebelum balik tu kami solat Zohor siap². Ada surau dan bilik air yang selesa dan bersih disediakan. 

Lepas ni kalau nak berurut, memang akan ke sini je la. Puashati sangat dengan layanan dan suasana di AB ni. 

Ayu Borneo Wangsa Maju 
1, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Tel: 03-4141 6661 
Waktu Operasi: 11.00 pg - 12 t/mlm 










Friday, 15 November 2024

Beli Baju Sabella

Ummi selesa pakai baju Sabella. Jadi, bila Sabella buat sale hari tu, Ummi grabbed 2 helai; 1 kurung, 1 jubah. Kan banyak jemputan kenduri... Tak cukup baju la kononnya 🤭 

Harga RM20 je. 
Dok fikir kalau tangannya senteng (main problem bila beli baju online) nak kena let go pun tak ralat sangatlah sebab mur² je harganya :) Alhamdulillah terletak elok di badan. Baju ni Ummi 'rasmi' masa wedding di Hijrah Banquet Hall



Jubah semua free size. Agak besar sbb mostly baju Sabella memang loose cutting. Color a bit different than dlm gambar, lebih brownish. Biasalah tu kalau beza sikit². Lighting masa shoot gambar pun mainkan peranan. 

Dapat cincin tudung as a free gift. 
What a pleasant surprise 🫶🏻




Monday, 9 September 2024

Renew Road Tax Queen

Selesai urusan report card gegirls, ke Melawati la kejap, ambil road tax kereta Ummi yang dah siap. Every year memang minta dealer tempat kami beli Queen ni buatkan. Sekali dengan insurance dia setel-kan, sediakan fulus je. 

Saiz road tax kereta sekarang sama je dengan saiz road tax motorsikal ye? Lebih kurang sama dgn saiz lesen memandu juga. 

Walaupun katanya tak perlu pamer dah road tax kereta dekat cermin depan tu, tapi Ummi still prefer hardcopy road tax ni. Senang nak tengok tarikh matinya. Sama juga dgn lesen memandu, ada yang fizikal lagi senang Ummi rasa. Makin 'muda', makin kuat ingatankan :p

Dapat hadiah sekaki payung ❤️
Suka sangatlah Ummi sebab payung yang dapat masa beli Queen tu no longer in good shape walaupun masih boleh digunakan. 


Thursday, 6 June 2024

Bunga

Perasan tak bunga² di tanah tinggi warnanya sangat pekat, berbanding di kawasan biasa? 
Jom Ummi bawa tengok keindahan bunga² di ketinggian 3500 kaki dari paras laut

Senduduk ? 
Di Genting Highland dan Cameron Highlands Ummi pernah nampak senduduk ungu yang sangat cantik dan terang warnanya. Begitu juga morning glories, pekat cantik warnanya. Mungkin dipengaruhi faktor cuaca dan suhu rendah di tanah tinggi. 

Sejenis orkid rasanya ni. Ataupun lili...
Walaupun minat bunga tapi maaf, Ummi tak arif bab bunga :) 


Bunga ni biasa nampak di tepi² jalan. Warna putih selalunya. Tapi bila di tanah tinggi, wild flowers macam ni pun lawaaaaa! 

Keembung
Kecik² dulu suka ambil buahnya yang kembung² tu dan letupkan. Keluarlah biji benihnya, semai pula atas tanah. 

Bunga ni selalu jumpa warna kuning. Di  sini warnanya shocking pink. Lawa! 

Memang cantik² lah bunga dekat sini. Terapi mata, alhamdulillah. 


Tuesday, 26 March 2024

Sandal Lama Tukar Baru

Sandal RM15 Ummi ni dah haus 🤭
Dah masuk tahun ke-2 pakai rasanya. 

Tapak pun dah merekah 😅
Ummi okay je, selagi boleh pakai kita pakai je. Lagipun setakat setakat nak pi kedai runcit or fetch anak² di sekolah takde hal pun. Cumanya bila pakai jalan² sakitlah kaki. Keras dah tempat pijak tu. 

Jadi, moh ler kita cari ganti. Alang² ada orang nak belanja, kita belilah yang helok sikit :p 

Dua² cun. 
Mana satu pilihan hati? 

Wednesday, 27 December 2023

Cuti Sekolah Day 8 ~ Reunion KHJ


Awal kami checked out dari Meru, Ipoh. Pukul 8.40 dah mulakan perjalanan menuju destinasi seterusnya...


Sebelum tu, sarapan dulu di tempat biasa; Restoran Kak Wan

Ada ikan kedera masin, amik sekoq buat lauk makan dengan nasi goreng 😋

Marilah kita mendaki ...
Alhamdulillah perjalanan lebih lancar pagi ni. 

Jam 11.40 sampai pekan Baling...

Masuk Kedai Eco sat, beli buah tangan untuk anak cucu 😆 

Sampai di tempat perjumpaan, kenduri dah mula. Kami terlepas acara pengenalan ahli keluarga, tahlil dan ucapan wakil keluarga dari Pattani. Ummi generasi ke-6 dalam keluarga besar ni. Abang dan adik³ generasi ke-7, ingat tau. 

Datuk & Nenek sebelah arwah Tok Wan kahwin sepupu begitu juga sebelah arwah Tok. Jadi, kiri kanan atas bawah Ummi ada kaitan kuat dengan KHJ. 

Angah & Kakak meneliti susur galur keturunan kami. Ummi pun sebenarnya kena study semula sebab masih samar². Ditambah pula Ummi '4 jalur' keturunan; Tok Masena, Chey Talib, Chey Salleh dan Chey Deraman. Orang yang dulu Ummi kenal sebagai kawan , rupanya pangkat anak sedara dengan Ummi 🤭 Cikgu kelas Ummi darjah 6  dulu pun rupanya 3 pupu dengan Ummi. Sebelum ni bukan tak ambil tahu, cuma kurang peduli sebab kita kecik lagi. Arwah Tok Wan dan Tok pun cuma cerita secara lisan. Bila ada carta begini lebih nampak dan faham. 

Penyerahan keris pusaka, yang sebelum ni dipegang oleh Pakcik Samad, sepupu Ummi kepada waris Hj Talib. Ummi terlepas acara ni, kalau tak boleh Ummi korek asal usul keris ni. 

Sekitar majlis...
Jutaan terima kasih kepada kaum keluarga yang bertungkus lumus sejak Khamis untuk menguruskan majlis. 
Masakan tidak, 2 ekor lembu ditumbangkan sempena majlis ni. Macam nak kenduri kahwin jugaklah, pakat merewang sebelum majlis. 

Paling seronok majlis ni ialah dapat mengenali lebih dekat saudara mara jauh dan dekat. Semoga ukhuwah yg dibina bertambah kukuh. 

Alhamdulillah Allah bagi peluang kami menyambung silaturrahim kali ni. Edisi pertama dulu Ummi tak ikut, takde dalam group WA lagi 🤭