Pages

Showing posts with label Angelina Jolie. Show all posts
Showing posts with label Angelina Jolie. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Angelina Jolie cetus kemarahan


angie

Filem yang ditulis dan diarahkan oleh aktres, Angelina Jolie, In The Country of Blood and Honey telah diselar oleh segelintir kumpulan pembantah kerana didakwa mengandungi elemen perkauman.

Kumpulan tersebut menuntut agar penayangan filem berkisar tentang seorang askar Serbia yang bertemu dengan bekas kekasihnya iaitu wanita Islam di Bosnia yang dijadikan hamba seks dalam kem tahanan, diharamkan.

Menurut laporan, penghasilan filem berkenaan telah menimbulkan kemarahan kepada puak Serb dari Bosnia Herzegovina apabila babak filem itu memaparkan bangsa tersebut telah memperkosa wanita Muslim yang ditahan pada era Perang Balkan 1990-an.

Wakil kepada Serb Association of War Victims, Branislav Dukic berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan filem itu diharamkan.
-sh

Thursday, July 21, 2011

Cengkerik goreng selera anak Jolie, Pitt



GAMBAR fail Jolie dan anaknya Maddox.
GAMBAR fail Jolie dan anaknya Maddox.

Pasangan turut amal diet eksotik

LOS ANGELES: Keluarga pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt mungkin yang paling eksotik di Hollywood, begitu juga cara pemakanan mereka.
Pasangan selebriti itu pernah membawa keenam-enam anaknya bercuti di kebanyakan negara di Asia dan tidak ketinggalan menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjungi.
Ketika berada di Kemboja, Jolie memperkenalkan makanan ringan yang berasal dari negara kelahiran anak angkatnya, Maddox, 9. Tanpa disangkanya, makanan ringan iaitu cengkerik goreng itu menjadi kegemaran anaknya yang lain.

“Anak lelaki saya, Maddox dan Pat, 7, sangat gemar makan cengkerik goreng. Saya kagum melihat mereka makan makanan eksotik itu seperti mengunyah kerepek kentang Doritos,” kata Jolie yang juga ibu enam anak dalam rakaman video Louis Vuitton ketika membuat rakaman iklan terbaru jenama terkenal terbabit di Kemboja, baru-baru ini.

Bintang popular berusia 34 tahun itu berkata walaupun beliau menggalakkan anaknya mencuba makanan tempatan negara berkenaan, tetapi beliau terpaksa menghalang mereka daripada terus ketagih untuk menikmati makanan ringan itu.

“Mereka tidak henti-henti mengunyahnya dan membeli beberapa bungkus untuk dibawa pulang. Saya terpaksa melarang mereka makan makanan ringan itu kerana bimbang mereka jatuh sakit kerana memakannya terlalu banyak. Tetapi mereka kelihatan baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan akibat memakan serangga berkenaan,” katanya.
Walaupun cengkerik menjadi makanan kegemaran dalam menu keluarga Jolie dan Pit, pasangan pelakon popular itu berkata mereka sekeluarga masih belum berani untuk mencuba hidangan eksotik lain di Kemboja seperti labah-labah goreng atau sup serangga.

“Ia makanan pelik. Saya tidak tahu jika saya boleh menjamah serangga itu, tetapi saya percaya kita perlu mencuba makanan itu terlebih dulu sebelum mengetahui sama ada kita akan menyukainya,” kata Jolie.

Cengkerik bukanlah perkara baru dalam diet pasangan Jolie-Pitt. Menurut buku What the Great Ate: A Curious History of Food and Fame, lipas antara makanan kegemaran pasangan terkenal Hollywood itu. – Agensi
Berita Harian Online | Cengkerik goreng selera anak Jolie, Pitt

Wednesday, December 1, 2010

Kuil Kemboja abadikan nama Angelina Jolie





2010/12/01

PHNOM PENH: Aktres terkenal Amerika Syarikat, Angelina Jolie mungkin tidak memiliki daya penarik kepada penduduk Kemboja, lokasi terkini penggambarannya, namun penganut Hindu menggunakan namanya untuk sebuah kuil mereka. 

Rajan Zed, presiden Persatuan Universal Hindu, memberitahu agensi berita WENN, bintang itu amat disayangi penganut Hindu di Kemboja.
Justeru, mereka menamakan sebuah kuil tempat ibadat di Angkor dengan nama ‘Kuil Angelina Jolie.’
“Ia tapak kurun ke-12 digelar Ta Prohm, selain dikenali sebagai Brahma Lama dan pada asalnya dinamakan Rajavihara atau rumah agama diraja. Kini ia digelar Kuil Angelina Jolie,” kata Rajan. 

Jolie pernah menjalani penggambaran filem Lara Croft: Tomb Raider pada 2000. 
Kawasan kuil itu tempat pelbagai adegan penggambaran filem Tomb Raider dengan Jolie memegang watak Lara Croft memerangi satu persatuan rahsia digelar Illuminati kerana memiliki satu azimat lama. 

Sebuah restoran tempatan menjual koktel ‘Tomb Raider’ menjadi pilihan Jolie. Sementara itu, anak lelakinya, Maddox dilahirkan di wilayah Siem Reap, tempat terletaknya kuil itu. 
Penghormatan tidak rasmi yang diberi kepada Jolie bersama tanggungjawab kerana Zed menggesa pelakon itu menggunakan statusnya sebagai “penaung suci Kemboja” bagi membantu memulihara tapak itu. – Agensi