Pages

Showing posts with label gigit. Show all posts
Showing posts with label gigit. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Bayi gigit kepala ular



28/01/2012 2:53am

BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.
Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.
“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,” katanya. – AFP

Tuesday, September 6, 2011

Pemabuk tak ingat gigit ular sawa


BADAN ular yang terpaksa dijahit kerana digigit oleh David Senk.

SACRAMENTO, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang ditangkap kerana menggigit seekor ular sawa menyatakan dia tidak ingat melakukan kejadian itu kerana mabuk, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, David Senk (gambar kecil), 54, menyatakan dia sanggup untuk membiayai bil rawatan ular tersebut yang terpaksa dijahit oleh seorang doktor haiwan.
Semasa kejadian yang berlaku pada minggu lalu, Senk ditemui terbaring di lantai dengan mempunyai tompokan darah oleh beberapa anggota polis.
Pemilik ular tersebut mendakwa Senk menggigit ular peliharaannya yang digantung di dalam sebuah pasar raya mini miliknya sebanyak dua kali.
Senk ditangkap pada Khamis lalu kerana dia disyaki mencacatkan ular tersebut.
Ular sepanjang 0.6 meter itu terpaksa dibedah untuk menjahit lubang sedalam 5.1 sentimeter akibat gigitan tersebut.
Haiwan tersebut yang hampir mati turut menyebabkan beberapa tulangnya patah.
Ular tersebut kini diletakkan di dalam sebuah pusat penjagaan haiwan kerana ia kelihatan berada dalam keadaan tidak terurus oleh penjaganya. - Agensi, kosmo

Thursday, October 7, 2010

Bayi mati digigit kera



Valayutham menunjukkan lokasi dia menjumpai cucunya yang berlumuran darah akibat diserang kera jantan.


SEREMBAN - Tindakan seorang datuk meninggalkan cucu perempuannya yang baru berusia empat hari di ruang tamu bersendirian mengundang padah apabila bayi tersebut mati selepas disyaki menjadi mangsa serangan kera jantan liar dalam kejadian di Taman Gembira, Rasah di sini semalam.
Ekoran kejadian pukul 1.15 petang itu, bayi yang masih belum diberi nama tersebut cedera parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat digigit haiwan berkenaan.
Mengimbau semula kejadian tersebut, datuk mangsa, A. Valayutham, 70, memberitahu, dia meletakkan cucunya di ruang tamu kerana hendak mengambil minuman di dapur.
Difahamkan, sebelum kejadian, ibu mangsa, V. Revathy, 26, pergi ke bilik air manakala isteri Valayutham sedang memasak.
Menurut Valayutham, selepas beberapa langkah, dia terkejut sebaik mendengar Revathy menjerit apabila mendapati anaknya hilang.
"Saya yang cemas kemudian bergegas mencari bayi tersebut di luar rumah dan saya bagaikan hendak pitam apabila mendapati tubuh kecil cucu saya terbaring di tepi sebatang pokok bunga dalam keadaan berlumuran darah.
"Pada masa yang sama saya juga melihat beberapa ekor kera berlari ke arah belukar yang terletak bersebelahan dengan rumah saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini semalam.
Dia kemudian bergegas membawa cucunya ke HTJ sebelum bayi itu disahkan mati akibat kecederaan parah di kepala, muka dan leher.