Pages

Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

Datuk Bandar New York undang kontroversi



SEBUAH bot dan serpihan lain terdampar di atas landasan kereta api New Jersey Utara di New Jersey selepas taufan Sandy kelmarin.


NEW YORK - Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mencetuskan kontroversi apabila mahu meneruskan acara marathon terbesar di dunia yang akan diadakan di kota metropolitan ini esok.
Ramai penduduk kota raya ini berpendapat bahawa keputusan Bloomberg tidak kena pada masanya.
Ia ekoran keputusan itu dibuat ketika pasukan penyelamat memasuki sejumlah kediaman yang ditenggelami air bah untuk mencari mangsa-mangsa terselamat selepas taufan Sandy membadai Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).
Angka kematian akibat bencana tersebut itu di sini dan negeri New Jersey kini meningkat kepada lebih 95 orang.
"Jika mereka meneruskan marathon ini saya akan menjerit," kata seorang ahli majlis bandar raya ini, James Oddo dalam akaun Twitternya.
"Kita ada ramai orang yang hilang kediaman dan hilang harapan," tambahnya.
Bagaimanapun, dalam mempertahankan keputusannya, Bloomberg berjanji marathon itu tidak akan menggunakan sebarang sumber atau bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa taufan Sandy.
Beliau juga menjangkakan bekalan elektrik di kawasan Manhattan di sini akan dipulihkan esok.
"(Tambahan pula), terdapat banyak perniagaan kecil yang bergantung kepada acara itu. Kita perlukan aktiviti bagi menjana ekonomi," kata Bloomberg dalam satu sidang akhbar Rabu lalu.
Penganjur marathon berkenaan, kelab New York Road Runners memberitahu, acara tersebut akan menjana pendapatan berjumlah AS$340 juta (RM1.03 bilion) kepada kota raya ini.
Kelab itu mengumumkan kelmarin bahawa ia akan mendermakan sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3 juta) bagi membantu mangsa-mangsa taufan Sandy di sini.
Seramai 40,000 pelari dijangka mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Sementara itu, kemarahan orang ramai semakin memuncak ekoran angka kematian yang terus meningkat di samping bantuan yang lambat tiba di beberapa kawasan yang paling teruk terjejas.
"Mereka (pihak berkuasa) lupakan kita," kata seorang wanita berusia 42 tahun, Theresa Connor.
Menurutnya, kawasan kejiranannya di Staten Island di sini musnah sama sekali akibat taufan Sandy.
"Bloomberg pula menyatakan kota raya New York berada dalam keadaan baik. Marathon akan diteruskan!" katanya.
Selain kelambatan bantuan, orang ramai juga berasak-asak untuk membeli petrol dengan menyebabkan harga bahan itu melambung tinggi.
Pendakwa Raya Daerah Richard Brown berkata, berlaku beberapa kejadian tidak diingini ekoran situasi tersebut dengan seorang lelaki di sini didakwa kerana mengacukan pistol terhadap seorang pemandu lain selepas lelaki itu cuba memotong barisan untuk membeli petrol.
Sebuah firma pengukur bencana, Eqecat menganggarkan Sandy menyebabkan kerugian yang diinsurans berjumlah AS$20 bilion (RM61 bilion) manakala kerugian ekonomi pula mencecah AS$50 bilion (RM152 bilion).
Taufan Sandy merupakan bencana keempat terburuk di AS di belakang Taufan Katrina pada 2005, serangan 11 September pada 2001 dan Taufan Andrew pada 1992.
- Agensi

Sunday, January 23, 2011

Paderi cetus semula kontroversi





2011/01/23

FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan ‘Hari Menghakimi al-Quran Sedunia’. 

“Ya, kami akan lakukannya,” kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya.
“Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan.
“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. 

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. 

“Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran. 

“Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak,” katanya dalam satu program radio. 
Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran. 

Laman web Jones, ‘Stand Up America’ mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman. 

Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September. 

Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat. 

Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula. 

Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya. 

Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu. 

“Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi. 

“Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus,” katanya. – Agensi 

Friday, December 24, 2010

Kontroversi jawapan kuiz bernilai RM2.49 juta





GABE OKOYE (kiri) dan Brittany Mayi memikirkan jawapan dalam kuiz Million Dollar Drop terbitan stesen televisyen Fox di Amerika Syarikat pada Isnin lalu.



LOS ANGELES - Satu pasangan muda di Amerika Syarikat (AS) kalah dalam kuiz Million Dollar Dropsekali gus terlepas untuk memperoleh AS$800,000 (RM2.49 juta) selepas mereka memberikan jawapan yang betul tetapi dianggap salah oleh pihak penganjur, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kuiz yang disiarkan pada Isnin lalu, Gabe Okoye dan pasangannya, Brittany Mayi memberikan jawatan buku nota Post-It Notes bagi menjawab soalan barangan yang manakah dijual lebih awal di kedai sama ada komputer Macintosh, pemain muzik Sony Walkman atau Post-It Notes.
Mereka kecewa selepas mendapati jawapan Post-It-Notes yang diberikan pasangan tersebut didapati salah dalam kuiz terbitan stesen televisyen Fox itu.
Namun, kontroversi mengenai jawapan itu tercetus apabila pengguna-pengguna forum di Internetmendakwa, pasangan tersebut menjawab dengan tepat dan wang tersebut sepatutnya menjadi milik mereka.
Amazing things happen when you say Yes

"Sebenarnya, Post-It Notes tidak memasuki pasaran AS sehingga 1980, tetapi ia dijual di empat buah bandar raya untuk menguji pasaran bermula pada 1977," kata seorang penulis blog, Richard Lawson.
"Justeru, ia mengatasi Sony Walkman yang mula dijual pada 1979," tambahnya.
Menurut Lawson, soalan yang ditanya itu adalah sama ada ia dijual di kedai dan bukannya dijual di seluruh AS.
Penerbit eksekutif kuiz itu, Jeff Apploff dalam satu kenyataan mempertahankan jawapan yang diberikan pasangan itu tidak betul.
Menurutnya, sampel buku nota Post-It Notes itu diberikan secara percuma pada 1977 dan 1978 dan ia hanya dijual di kedai pada 1980. - Agensi
kosmo