Pages

Showing posts with label peluk islam. Show all posts
Showing posts with label peluk islam. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Paris Hilton peluk Islam




Berita mengenai Paris Hilton memeluk Islam disampaikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM ke email share.milosuam@gmail.com. Memandangkan berita tersebut berbahasa Inggeris, ReJaM© cuba menggunakan khidmat lebai google, dan berjaya menemukan blogger yang rajin menterjemah berita ini di Hotmalays.blogspot.com. di bawah ini laporannya.

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai


[Hot Malays]


Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di bawah ini disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton sedangmempelajari cara bersolat, sila klik untuk membesarkan image.






:Batu Gajah Mari: PANAS!!- Paris Hilton peluk Islam

Monday, January 10, 2011

200 Ribu orang amerika memeluk Islam setiap tahun


200 Ribu orang amerika memeluk Islam setiap tahun « Blog Peribadirasulullah:
http://38.121.76.242/memoadmin/media//version4_MoslemsinAmrica_340_309_.jpg
Perkembangan Islam di amerika amat cepat sehingga menjangkau 2 juta orang telah memeluk Islam daripada jumlah 310 juta penduduk amerika. 35 peratus daripada 2 juta orang yang menganut Islam adalah daripada wilayah Puerto Ricans, Dominicans, Mexicans, Cubans, dan Spaniards."

Wednesday, January 5, 2011

100,000 peluk Islam di Britain

Berita Harian Online




2011/01/05

Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan

LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.
Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.

Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.

Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.

Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya.

“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama.

“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.

“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”

Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi
| 100,000 peluk Islam di Britain

Monday, October 25, 2010

Adik ipar Blair peluk Islam





2010/10/25

BOOTH  berdiri di hadapan Big Ben  di Medan Parlimen  London ketika tunjuk perasaan membantah Akta Jenayah Terancang 2005 yang baru.
BOOTH berdiri di hadapan Big Ben di Medan Parlimen London ketika tunjuk perasaan membantah Akta Jenayah Terancang 2005 yang baru.
Dapat hidayah ketika kunjungi masjid 

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun. 

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. 

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom. 

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya. 
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. 

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya. 

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin. 

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Saturday, May 22, 2010

Artis amerika Allison Woolford Telah Memeluk Agama Islam

http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/world/allisonford2.jpg&h=235&w=355&zc=1
Artis Amerika Allison Woollford, lahir 17 Mei 1984, yang telah masuk Islam tahun lalu dan berlakon dalam beberapa siri drama di timur tengah memberitahu bahawa  disaat ini sedang mempelajari fatwa-fatwa dan hukum feqah.
Mengenai kisah keislamannya dia menceritakan kepada media  Kuwait, “Rai Media”: ” tahun lalu ketika saya terlantar di hospital kerana kemalanagn sehingga saya terpaksa berehat   seminggu dirumah Hospital Ar Razi di Kuwait, ketika itu ada seorang pesakit wanita di samping saya sedang merasakan sakit lalu dia mengeluarkan sebuah kaset dan mendengarnya dan saya turut  mendengar rakaman bacaan tersebut dengannya, saya merasa nyaman dan tenang,  ketika saya hendak keluar dari hospital, saya bertanya kepada pesakit tersebut  tentang artis yang memiliki suara merdu, pesakit tersebut  tertawa dan mengatakan bahawa ini bukan kaset muzik tetapi suara Bacaan Al-Quran,  saya merasa bahawa ada perasaan ganjil dalam diri saya yang bergerak  dan saya diperkenalkan kepada Islam selama saya berada di Kuwait dan bertemu dengan kaum muslimin, maka saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam. “
Reaksi keluarga terhadap keislaman saya,  “Keluarga saya tidak dapat menerima kenyataan ini  tetapi  menganggap ini adalah hak kebebasan peribadi dan tidak berhak menghalang saya memeluk  agama Islam, begitu juga ayah saya yang tinggal di Kuwait.”
Kini saya telah memeluk Islam maka saya akan menolak untuk melakukan adegan berani dan bercium dalam lakonan saya dalam drama di timur tengah, Dia berkata: “Jika saya diberi pilihan saya tidak akan menerima  adegan ciuman dan berahi dengan mengorbankan akhlak saya setelah saya memeluk Islam.”

Wednesday, April 14, 2010

Pejuang Kulit Hitam AS, Jadi Pendakwah.. Jihad Daud


Atas: Gambar Jihad Daud. Gambar bawah: dirakam di suatu pergunungan di Colorado AS diangkat dari blog best1of4!!!


"SAYA melihat kebebasan dengan cara pandang yang berbeda." Kata seorang yang dipilih nama untuk Jihad Daud Abdulmumit. Sambungnya, bila mengulas makna kebebasan, baginya "Adalah sesuatu yang sangat berharga memiliki kemampuan bebas untuk mengekespresikan diri sendiri dengan cara sehat dan bermanfaat.. Serta memberikan inspirasi tentang kebesaran dan kemampuan diri seseorang, tanpa adanya hambatan, diskriminasi, penindasan dan rasa dendam."
Dia menyatakan dengan pengalamannya. Pengalaman menghabiskan hampir separuh hidupnya di dalam penjara. Tempat dimana ia mengalami tindakan perkauman dan diskriminasi yang pemicu atau penggeraknyanya cuma dua. Kalau pemicunya bukan kerana ia warga kulit hitam, tentu kerana ia seorang Muslim.
Pengalaman itu membuat Jihad Daud sangat menghargai erti kebebasan, sehingga ia selalu berusaha memanfaatkan setiap detik waktunya dengan melakukan hal-hal yang bermanfaat. Beliau mendapatkan hidayah Islam ketika ia masih berada dalam tahanan. Tahun 1979, Jihad Abdulmumit yang ketika itu masih bernama David Bryant ditangkap, diadili dan dihukum penjara selama lebih dari 23 tahun.
Dia terlibat dalam organisasi 'Black Liberation Army' dan 'Black Panther Party', dua organisasi yang mengangkat senjata untuk pertahanan diri dan perjuangan pembebasan warga kulit hitam di AS.
"FBI tidak menganggap orang kulit hitam sebagai teroris, tetapi melihat mereka sebagai penjahat," kata Jihad, meski ia menjalani hukuman dengan status tahanan politik.
Empat bulan menjalani tahanan dan isolasi, Jihad Daud menemui cahaya Islam. "Saya sangat terinspirasi dan termotivasi untuk belajar bahawa Tuhan ialah Allah SWT, bukan seorang manusia, tetapi Maha Pencipta atas segala sesuatu." Katanya mengungkap dan menyingkap perasaan cinta pertamanya masa menunaikan Solat Jumaat berjamaah sebagai seorang muallaf.
Oleh komuniti tahanan Muslim di penjara, beliau diberi nama Jihad Daud Abdulmumit setelah ia mengucapkan dua kalimat syahadat. Teman-teman Muslimnya memilih nama itu keana ia adalah anggota Black Liberation Army. "Saya kira mereka berfikir nama 'Jihad' memang sesuai untuk saya," ujarnya.
Jihad mengungkapkan, salah satu dari hal-hal paling buruk di penjara adalah berada di sel isolasi selama berhari-hari. Jihad juga mengatakan bahawa ia banyak mengalami tindakan ras atau perkauman kerana ia warga kulit hitam. "Meski petugas penjara atau petugas konsultan memperlakukan anda sama seperti tahanan lainnya, tetapi tindakan ras dan kaum tetap masih terlihat jelas," ungkap Jihad.
Tetapi ketika Jihad memeluk Islam, ia bertemu "tempat berlindung" yang membantunya melalui masa-masa terberat dalam hidupnya. "Islam mengajarkan saya bahawa segala sesuatu terjadi atas kehendak Allah. Maka, saya menerima pengalaman saya di penjara dengan sikap tenang dan sabar." jelas beliau lagi.
Ia mengatakan, banyak tahanan Muslim menghadapi tindakan perkauman dengan cara yang boleh membuat mereka akhirnya dihormati oleh tahanan-tahanan lain. "Tahanan Muslim mendapat rasa hormat dari otoritas-otoritas penjara kerana kematangan jiwa para tahanan Muslim dan kedisiplinan mereka, serta sikap moral yang kami tunjukan. Otoritas penjara mengakui hal itu," tukas Jihad Daud.
Sejak bebas dari penjara, Jihad memanfaatkan hari-harinya dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat dan tetap menjadi seorang Muslim. Kini ia menjadi seorang motivator, penulis buku dan aktif dengan berbagai kegiatan kemasyarakatan. Untuk itu Jihad Daud mengaku bahawa beliau kini menjadi seorang yang beruntung dan mampu meneruskan jihad Islami..(MRD)

Bintang Bola sepak Marlon King Pilih Islam Di Penjara British..


SUKAN



SEORANG bintang bola sepak Marlon King telah masuk Islam di penjara. Di penjara dia berkenalan dengan Abu Hamza, pengilang di Britian, terkenal sebagai Ulama Islam asas dan radikal. Mantan striker Liga Premier ini telah masuk Islam juga melalui bimbingan Muslim lainnya.
Mantan striker ini dipenjara setelah ia menganiaya seorang gadis dan memecahkan hidungnya. Menurut Marlon King, Abu Hamza, adalah seorang ulama yang dipenjara kerana aktiviti jihadnya. Sebagai seorang 'pahlawan' baginya. Abu Hamza dipenjara tujuh tahun sejak 2006 lagi.

Marlon King, 29 tahun, sekarang meminta teman-temannya yang lain memanggilnya dengan nama Abu Hamza Tariq. Dia menjalankan sholat lima kali sehari, menuntut daging 'Halal' di penjara dan hanya akan berbincang dengan rakan Muslim.

King, yang bermain untuk Kelab Wigan, juga telah memulai diskusi tentang serangan Sept.11 di New York dan perang di Afghanistan. Staf dan rakan di HMP Wayland, dekat Thetford, Norfolk, merasa hairan dengan tingkah lakunya.

Seorang sumber di penjara berkata,
"Marlon adalak anak nakal yang berubah menjadi rakan Muslim yang taat isetiap waktu. Dia bercakap tentang Abu Hamza sebagai pahlawannya, meskipun dia dibenci oleh orang ramai, tetapi dia tidak peduli.

"Marlon mengatakan akan mengubah keluarganya kepada Islam, jika dia keluar dari penjara akhir tahun ini.

"Ini bukan sementara.. Itu perubahan gaya hidup total. Marlon juga membaca buku-buku tentang Islam selama berjam-jam di selnya."

King atau sekarang Abu Hamza Tariq dipenjarakan selama 18 bulan sejak Oktober lalu kerana melakukan penyerangan seksual terhadap Emily Carr, 20 tahun di Soho Revue Bar, London.
King, yang sekarang mulai memakai serban, mengatakan dia akan menyumbangkan £25,000 kepada orang-orang Afghanistan untuk membantu mereka mengatasi dampak masalah konflik.

Selamat datang kedalam Islam Marlon King, semoga istiqomah dalam agama ini.