Pages

Showing posts with label bedah. Show all posts
Showing posts with label bedah. Show all posts

Monday, November 26, 2012

90 kali bedah untuk tampan

BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
NEW YORK: Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.
Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.

Dengan mukanya yang cantik, dia memiliki bentuk tubuh seperti GI Joe, lengkap dengan perut berulas dan lengan berotot, semuanya diperoleh tanpa mengangkat berat atau bersenam di gym.

Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.

Selain itu, Justin juga menjalani pelbagai pembedahan hidung, pipi, tulang kening serta bibir untuk mendapatkan muka yang sempurna.

Malah, pinggulnya yang tegang juga palsu, hasil kerja pakar bedah yang memberinya implan pinggul.


Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.

Ketaksubannya dengan penampilan itu bermula ketika berusia belasan tahun apabila dia tidak sukakan saiz hidungnya yang dianggap terlalu besar.

Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.

Bagaimanapun, menurut Jedlica, dia masih belum 100 peratus berpuas hati dengannya, sambil menunjukkan kepada wartawan keadaan hidung yang diingininya.

Dari hidung, dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan pinggul, dada dan kemudian lengan.

Jedlica berkata, dia tidak melihat sebarang alasan untuk menghentikan ketaksubannya terhadap pembedahan plastik.

Katanya, pembedahan pertama hidungnya adalah satu keperluan sementara yang lain hanya kemahuannya saja. - DM

Sunday, December 19, 2010

Penuntut pilu terpaksa bedah siasat pensyarah

STOCKHOLM: Sekumpulan penuntut perubatan yang menjalani latihan autopsi pertama berdepan suasana penuh emosi apabila mayat yang bakal dibedah itu rupa-rupanya bekas pensyarah mereka.
Media tempatan melaporkan, mereka tidak menyangka mayat yang diletakkan di depan mereka adalah seseorang yang dikenali.

Seorang daripada penuntut itu berkata, suasana di dewan bedah itu sangat memilukan.

“Saya berasa seperti serba tak kena,” katanya.

Sementara itu, ketua doktor di jabatan pengajian itu, Birgitta Sundelin, berkata kejadian berkenaan tidak dirancang dan amat dikesali.

“Biasanya penuntut dimaklumkan identiti mayat yang bakal dibedah terlebih dulu, tetapi mungkin ada masalah kesuntukan masa dalam kes ini,” katanya. Ketua jabatan itu, Tina Dalianis, pula berkata pihaknya kesal terhadap insiden berkenaan tetapi menasihati penuntut terbabit supaya menyesuaikan diri dengan situasi tidak dijangkakan sebegitu.

“Memang menyedihkan, tetapi ia adalah sebahagian daripada proses pendidikan,” katanya. - AFP