Pages

Showing posts with label beku. Show all posts
Showing posts with label beku. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Ikan sungai beku percuma

Ikan sungai beku percuma
Penduduk tidak melepaskan peluang mengutip
 ratusan ikan beku dalam sungai ais.

BEIJING - Ikan beku yang mengeras bersama air sungai menjadi kegemaran penduduk bandar Xi'an, wilayah Shaanxi, China pada musim sejuk ini.

Menurut penduduk, Liau Xi, penduduk di sini sering melakukan aktiviti memancing pada musim panas tetapi kali ini mereka berpeluang mendapatkan ikan di sungai tanpa menggunakan joran dan umpan.

"Walaupun ikan-ikan ini kecil, tetapi ia cukup untuk mengalas perut pada waktu malam," kata Liau.

Menurut pegawai biro perlindungan alam sekitar, sebahagian besar sungai dalam Xi'an mula membeku sejak dua bulan lalu, selain air mula cetek disebabkan kerja-kerja pembinaan laluan kereta api.

"Ikan-ikan membeku disebabkan suhu yang terlalu rendah dan air yang cetek," katanya. - MailOnline

Sunday, June 5, 2011

Jepun beku RM13.2 bilion aset Gaddafi


TOKYO: Jepun membekukan aset pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan konconya berjumlah AS$4.4 bilion (RM13.2 bilion) berdasarkan terma Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan, aset berkenaan termasuk simpanan dalam bank.

Jurucakap Kementerian Kewangan bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan laporan berkenaan.

Majlis Keselamatan dengan sokongan kuat daripada negara Arab dan Afrika, secara sebulat suara meluluskan sekatan terhadap Gaddafi pada 26 Februari lalu.


Kabinet Perdana Menteri Naoto Kan meluluskan sekatan itu, termasuk pembekuan aset dan larangan perjalanan terhadap beberapa pegawai kanan Libya Mac lalu. - AP

myMetroJepun beku RM13.2 bilion aset Gaddafi

Tuesday, May 3, 2011

Aset Gaddafi, Mubarak, Ben Ali dibeku

GENEVA: Switzerland hari ini mengesahkan pihaknya membekukan sejumlah 830 juta franc (AS$960 juta atau 646 juta Euro) simpanan wang dan dana yang dimiliki beberapa pemimpin Afrika Utara selepas tercetusnya pergolakan di negara terbabit awal tahun ini.

Menteri Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey mendedahkan angka itu pada sidang media di Tunisia ketika beliau dalam lawatan tiga hari ke negara itu.

Sebahagian besar dana yang dibekukan berjumlah 410 juta franc dikaitkan dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan rakan sekutunya.
Baki 360 juta franc lagi yang dibekukan Switzerland dipercayai milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi manakala 60 juta franc lagi milik bekas pemimpin Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dan rakan sekutunya.

Switzerland diarah membekukan aset Ben Ali dan Mubarak sebaik pemimpin terbabit digulingkan dalam pemberontakan rakyat yang tercetus pada Januari dan Februari lalu. - AFP

Friday, March 25, 2011

Tunisia bekukan aset keluarga Gaddafi

TUNIS: Jiran Libya, Tunisia, membekukan semua aset milik Muammar Gaddafi dan keluarganya semalam, menjadikan negara itu kerajaan terbaru bertindak begitu selepas Barat.
Sumber di Tunisia memberitahu, selain Gaddafi, lima lagi ahli keluarganya turut terbabit dalam pembekuan aset berkenaan.

“Tindakan ini diambil selaras dengan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Selain Tunisia, Amerika Syarikat serta negara anggota Kesatuan Eropah lebih awal mengambil tindakan sama kerana tidak bersetuju dengan pendekatan Gaddafi menangani krisis kebangkitan rakyat di dalam negaranya.

Pembekuan aset oleh Tunisia dijangka memberi kesan besar kepada Libya.

Tripoli memang memiliki banyak kepentingan pelaburan di negara berkenaan, termasuk dalam sektor perhotelan, rangkaian stesen minyak dan terminal petroleum.

Walaupun pada zahirnya kebanyakan aset itu dimiliki firma pelaburan Libya, pihak yang mendapat manfaat sebenar adalah anggota keluarga Gaddafi. Golongan elit Libya turut menjadikan Tunisia sebagai pusat perbankan, percutian dan rawatan kesihatan sejak 1980-an selepas negara itu dikenakan sekatan antarabangsa. - Reuters

Wednesday, March 2, 2011

AS anggap Libya dipimpin pengkhayal

myMetro


WASHINGTON: Amerika Syarikat melabel Muammar Gaddafi sebagai ‘pengkhayal’ sambil membekukan pelbagai aset - bernilai RM91 bilion - bagi menekan pemimpin Libya itu supaya melepaskan kuasanya.

Ia adalah sebahagian daripada pendekatan Presiden Barack Obama untuk melemahkan Gaddafi yang sebelum ini berdepan tekanan antarabangsa.


Duta AS ke PBB, Susan Rice, berkata sangat pelik apabila Gaddafi boleh ketawa seperti tiada apa-apa berlaku sedangkan pada masa sama, dia membunuh rakyat sendiri.

“Ia menjelaskan lagi betapa Gaddafi tidak sesuai memimpin,” katanya. - AFP"

Tuesday, March 1, 2011

Jerman mahu beku pemindahan wang ke Libya

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

01/03/2011 3:09am

GENEVA 1 Mac - Menteri Luar Negara Jerman, Guido Westerwelle mencadangkan pembekuan segala pembayaran kepada Libya selama 60 hari untuk menghalang duit itu digunakan Muammar Gaddafi yang bersedia untuk bertempur.

“Oleh itu, kami akan bekerja memastikan segala pengaliran wang ke sana disekat,” ujar Westerwelle selepas bermesyuarat dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton.

Ujarnya, dia hanya bercakap bagi pihak Jerman tetapi dia amat pasti beberapa buah negara turut akan mempertimbangkan idea tersebut. - Reuters"

Sunday, February 27, 2011

Obama kenakan sekatan ke atas aset Gaddafi



WASHINGTON 26 Feb. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam secara peribadi mengenakan sekatan ke atas Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan empat anak lelakinya, dalam percubaan jelas untuk melemahkan rejimnya yang semakin goyah dan menghukum tindakan ganas pemimpin veteran itu ke atas rakyat Libya.
Obama menggunakan kuasanya sebagai Presiden dalam arahan eksekutif untuk merampas semua aset milik Gaddafi dan empat anak lelakinya iaitu Ayesa, Mutassimi, Seif al-Islam dan Khamis di AS dan di luar AS yang berada di bawah naungan institusi kewangan AS.
Kata Obama, maruah rakyat Libya sebagai manusia tidak boleh dinafikan.
Washington juga menutup kedutaannya di Tripoli, memberi amaran pengintip AS sedang mencari bukti 'kekejaman' di Libya dan menyifatkan Gaddafi sudah kehilangan kepercayaan rakyatnya sendiri, dalam kenyataan yang menggambarkan AS mahu pemimpin veteran itu disingkirkan.
Pegawai berkata, sekatan AS itu bertujuan untuk mencegah aset dan kekayaan Libya daripada digelapkan oleh Gaddafi dan anak-anaknya.
Obama mengambil tindakan itu menjelang sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menimbangkan sekatan multilateral ke atas kerajaan Gaddafi.
"Kerajaan Gaddafi telah melanggar norma-norma antarabangsa dan tatasusila dan mesti dipertanggungjawabkan.
"Sekatan itu ditujukan terhadap kerajaan Gaddafi sambil melindungi aset rakyat Libya," ujar Obama.
Libya dan para pemimpinnya disyaki menyimpan berbilion-bilion dolar dalam akaun bank asing, wang tunai yang kebanyakannya hasil kekayaan minyak negara itu.
Menurut mesej daripada Kedutaan AS di Tripoli pada tahun lepas, diperoleh oleh WikiLeaks, dana kekayaan negara Libya mengandungi wang tunai berjumlah AS$32 bilion (RM99.2 bilion) manakala 'beberapa bank AS masing-masing mengurus dana berjumlah AS$300 juta (RM930 juta) hingga AS$500 juta (RM1.55 bilion)'. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Saturday, February 26, 2011

Switzerland beku aset Gaddafi



GENEVA 25 Feb. - Switzerland semalam mengarahkan pembekuan segera ke atas sebarang aset milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan penyokong kuatnya, kata Kementerian Luar negara ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Majlis Persekutuan mengutuk tindakan keras yang digunakan oleh pemimpin Libya itu ke atas rakyat Libya.
''Dengan melihat perkembangan tersebut, Majlis Persekutuan mengambil keputusan untuk membeku sebarang aset Gaddafi dan penyokongnya di Switzerland berkuat kuasa serta-merta,'' kata kementerian itu.
Kerajaan negara ini berkata, ia mahu mengelak sebarang penyalahgunaan harta negara Libya yang masih berada di Switzerland.
Dalam pada itu, Britian juga akan mengambil tindakan merampas aset Gaddafi bernilai berbilion pound yang disimpan di Eropah, lapor akhbar Telegraph, hari ini.
Jabatan Kewangan Britain menubuhkan satu unit untuk menjejaki aset Gaddafi di Britain yang dipercayai termasuk di akaun bank, harta komersial dan rumah di London bernilai 10 juta pound (RM49.4 juta), kata akhbar itu.
''Perkara utama adalah mengeluarkan rakyat Britain dari Libya.
''Kemudian kami bersedia untuk mengambil tindakan untuk merampas aset Gaddafi, ia sedang dilaksanakan," kata sumber kerajaan.
Britain difahamkan Gaddafi memiliki aset mudah tunai kira-kira 20 bilion pound (RM98.8 bilion) di London.
Menurut akhbar itu, tindakan pembekuan itu akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari ini. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

AS, Eropah rancang beku aset Gaddafi

myMetro


WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Eropah akan menimbang kemungkinan membekukan aset pemerintah Libya, Muammar Gaddafi ketika rejimnya bertindak kejam mematahkan tunjuk perasaan di Tripoli.

Jurucakap Jabatan Negara, PJ Crowley berkata sebelum ini, tindakan itu mungkin antara langkah yang akan diambil terhadap Gaddafi dan pegawai kanannya.


Sementara itu, kerajaan Switzerland mengeluarkan kenyataan dengan berkata, ia sudah membekukan semua aset Gaddafi.

“Merujuk kepada perkembangan di Libya, Majlis Persekutuan memutuskan untuk membekukan serta-merta aset Gaddafi di Switzerland,” menurut kenyataan Kementerian Luar Switzerland.


Kementerian Luar Libya mengecam tindakan itu dengan berkata, Gaddafi tidak mempunyai sebarang akaun bank atau dana di negara Eropah berkenaan dan berikrar untuk menyaman kerajaan Switzerland. - Agensi"

Monday, February 14, 2011

Menteri Britain usul tindakan antarabangsa jejak aset Hosni


LONDON: Seorang menteri Britain semalam berkata, perlu ada tindakan di peringkat antarabangsa bagi menguruskan aset Hosni Mubarak di luar negara.
Setiausaha Bisnes, Inovasi dan Kemahiran Britain, Vince Cable, berkata pelbagai pihak perlu bekerjasama bagi mengesan aset Hosni yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di seluruh dunia.

“Tiada guna jika tindakan dibuat bersendirian,” katanya.
Semalam, akhbar Sunday Times melaporkan, Pejabat Penipuan Serius (SFO) Britain yang mengendalikan kes kewangan, melancarkan gerakan mengesan aset berkaitan Hosni.

Setakat ini, hanya Switzerland mengumumkan pembekuan semua aset diktator Mesir itu selepas dia digulingkan Jumaat lalu.

Kata Cable, dia tidak pasti berapa banyak aset Hosni di Britain.
“Tetapi adalah jelas bahawa ada keperluan tindakan konkrit dilakukan di peringkat antarabangsa.

“Britain boleh membekukan aset Hosni jika diminta Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Mesir,” katanya. - ReutersmyMetro | Menteri Britain usul tindakan antarabangsa jejak aset Hosni

Sunday, February 13, 2011

Aset Mubarak dibeku



GENEVA - Switzerland semalam membekukan semua aset milik bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, ahli keluarganya dan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan pentadbirannya berkuat kuasa serta-merta, jelas jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel.
Selain anak dan menantu Hosni, senarai tersebut turut meliputi bekas Menteri Perumahan, Perkhidmatan dan Pembangunan Bandar, Ahmed Alaa El Din Amin El-Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Mohamed Zoheir Mohamed Wahid Garana, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Ibrahim El Adli, bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Rachid Mohamed Rachid serta seorang ahli perniagaan terkenal yang juga bekas setiausaha Parti Demokratik Nasional, Ahmed Ezz.
Knuchel bagaimanapun tidak memberi perincian tentang akaun bank apa atau aset-aset lain yang mungkin dimiliki oleh Hosni dan ahli keluarganya di Switzerland. "Kerajaan mahu mengelak daripada sebarang risiko menggelapkan aset milik negara Mesir," jelas Kementerian Luar Switzerland dalam satu kenyataan. Ia juga menghalang penjualan apa jua aset terutama pegangan hartanah.
"Kami dalam proses mengenal pasti dan menyiasat perkara ini sebelum membuat tindakan sewajarnya," kata Menteri Kewangan Switzerland, Widmer-Schlumpf.
Menurut Swiss National Bank, pada penghujung tahun 2009, wang deposit warga Mesir di akaun-akaun bank di Switzerland berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.6 bilion).


Hosni sebelum ini didakwa menjadi individu paling kaya di dunia dengan kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213.1 bilion). Angka itu sekali gus mengalahkan ahli perniagaan terkenal dari Mexico, Carlos Slim Helu yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$54 bilion (RM164.7 bilion) dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan AS453 bilion (RM161.3 bilion)
Kekayaan itu dipercayai diperoleh daripada aktiviti pelaburan hartanah dan rasuah sepanjang memegang jawatan selaku Presiden Mesir selama hampir tiga dekad. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Wednesday, December 15, 2010

Cuaca sejuk di Chicago bekukan pokok, rumput




2010/12/15

pix_gal0
CHICAGO: Angin kencang dengan kelajuan 64.4 kilometer menyebabkan ombak membadai pantai dan suhu di bawah takat beku menyebabkan ais membeku (gambar) pada pokok dan rumput di sekeliling tasik di Chicago, Illinois, kelmarin. 

Salji, suhu terlampau sejuk dan angin kencang menyebabkan pembatalan lebih 1,500 penerbangan di lapangan terbang bandar dan mencetuskan huru hara di bahagian barat tengah Amerika Syarikat.
Suhu amat sejuk sepatutnya berakhir sehingga hujung minggu ini dengan ribut dijangka tiba di kawasan barat tengah Khamis lalu, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional. Salji menghala ke timur dengan amaran cuaca buruk dikeluarkan di Indiana, Ohio, Kentucky, Tennessee, Virginia Barat, timur Pennsylvania, barat New York dan Vermont.


Salji menebal di Pittsburgh dan Cleveland mungkin menerima 20 sentimeter salji ketika cuaca terus sejuk. 

Kesan salji di Great Lakes menyebabkan salji menebal sehingga 60.96 sentimeter di utara Indiana, Ohio, barat Pennsylvania dan barat New York. 

Beliau berkata Indianapolis, Cleveland, dan Pittsburgh mengalami salji yang cukup untuk mencetuskan masalah pengangkutan. – AFP 

Friday, June 18, 2010

Bayi lelaki dibeku empat hari



15/6

FINLEY bersama ibunya.

NEWCASTLE – Seorang bayi lelaki, ‘dibekukan’ selama empat hari di sebuah hospital di sini untuk menyelamat nyawanya selepas dia mengalami komplikasi ekoran satu pembedahan jantung, lapor sebuah akhbar semalam.
Bayi itu, Finley Burton baru berusia 16 minggu apabila jantungnya didapati berlubang tetapi malangnya dia berdepan masalah degupan jantung yang pantas, sekitar 200 degupan seminit dan keadaan itu boleh membunuhnya.
Justeru, para doktor mengambil keputusan untuk meletakkan Finley di dalam selimut khas yang diisi dengan udara sejuk bagi membolehkan kadar degupan jantungnya menjadi perlahan.
“Sudah pasti jika terjaga, situasi sangat tidak selesa akan dirasai. Namun sedatif diberikan supaya dia tidak melawan dan tidur,” kata Walsh.
Finley dirawat sebulan lalu dan telah menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan.
Lubang di jantungnya menyebabkan paru-paru terpaksa bekerja kuat sekali gus membuatkan bayi itu kehilangan nafas dan terlalu penat untuk makan dengan sempurna.
Ibunya, Donna Link-Emery yang berusia 27 tahun berkata:”Sekarang dia semakin sihat dan berat badannya bertambah.” – Agensi
kredit : kosmo.com.my