Pages

Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Bongkah batu dijadikan rumah

HERNANDEZ berdiri di luar kediamannya dekat San Jose de Las Piedras,
dalam negeri Coahuila, utara Mexico pada 16 Januari lalu.

COAHUILA, Mexico - Seorang lelaki di Mexico telah menukar seketul bongkah batu menjadi rumah untuk keluarganya sejak 30 tahun lalu.
Benito Hernandez membina kediaman unik itu dekat kawasan pergunungan San Jose de Las Piedras, dalam negeri Coahuila di utara Mexico.
Sebahagian daripada bongkah batu besar berdiameter 40 meter itu dijadikan bumbung rumah manakala beberapa bahagian lain dikorek untuk membina ruang tamu, dapur dan beberapa buah bilik.
Hernandez tinggal di rumah batu itu bersama isteri, Santa Martha de la Cruz Villarreal, seorang anak lelakinya, Omar Hernandez dan cucu perempuan mereka, Lucero Hernandez.
Kediaman Hernandez itu terletak dekat dengan bandar San Jose de Las Piedras.
Bandar itu merupakan sebuah komuniti terpencil di kawasan gurun Coahuila dan terletak sekitar 80 kilometer dari sempadan Texas, di Amerika Syarikat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2IkBsJalu 
Hakcipta terpelihara 

Friday, June 11, 2010

Pondok telefon jadi rumah


ATAS: Seorang wanita melihat sebuah pondok telefon yang didiami oleh seorang lelaki di Zhongshan, China baru-baru ini.GAMBAR KECIL: Seorang lelaki tidur dalam sebuah pondok telefon di Zhongshan, China baru-baru ini.

ZHONGSHAN, China – Seorang lelaki tidak berumah yang enggan bercakap dengan orang ramai ditemui tinggal di sebuah pondok telefon di sini sejak dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu menghiasi dinding pondok telefon tersebut dengan barang perhiasan rumah dan turut meletakkan sebuah bantal dan tilam supaya dia dapat tinggal dengan selesa baru-baru ini.
Wartawan tempatan menemui sisa makanan dan beberapa botol air yang disusun dengan kemas manakala baju lelaki itu disangkut pada bumbung pondok telefon.
“Dia tidur pada waktu siang dan keluar merayau-rayau waktu malam untuk mencari makanan,” kata seorang saksi. – Agensi
kredit : kosmo.com.my