Pages

Showing posts with label gaji. Show all posts
Showing posts with label gaji. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Gaji penjawat awam di Gorontalo mula dibayar ke akaun bank isteri




         
JAKARTA: Sebagai menepati janji, mulai 1 Mac lalu gaji Gabenor Gorontalo, Rusli Habibie dan semua penjawat awam di bawah pentadbiran Pejabat Gabenor Gorontalo, di Sulawesi yang sudah berkahwin, dibayar ke akaun bank isteri masing-masing.

Langkah ini menarik perhatian ramai kerana alasan gabenor membuat keputusan itu ialah supaya gaji mereka benar-benar dapat dimanfaatkan keluarga.
Sementara belum kedengaran rungutan di pihak penjawat awam terbabit, ada pemerhati sosial mengkritik tindakan itu dengan mendakwa ia bersifat diskriminatif terhadap gender selain menunjukkan sikap tidak percaya kerajaan negeri terhadap institusi keluarga.

Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan Gorontalo, Muchlis Huntua berkata pembayaran gaji para penjawat awam ke akaun bank isteri mereka merupakan pelaksanaan dasar Gabenor Rusli Habibie.



Muchlis berkata, sehingga kini belum ada daripada sejumlah 3,206 penjawat awam yang bertugas di bawah Pejabat Gabenor Gorontalo mengeluh mengenai keputusan itu. - Bernama

Tuesday, January 31, 2012

Gaji jurujual lebih tinggi daripada guru

JEDDAH: Pengumuman Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), baru-baru ini untuk memberi subsidi 50 peratus gaji kepada jurujual wanita yang menjual pakaian dalam untuk tiga tahun akan datang menimbulkan kemarahan guru sekolah swasta yang memperoleh pendapatan 2,000 riyal (RM1,629).

Pengarah HRDF, Ibrahim al-Me’aiqil, baru-baru ini berjanji bahawa jurujual wanita akan mendapat gaji antara 3,500 (RM2,851) dan 4,000 riyal (RM3,258) sebulan.


Kementerian Pendidikan diarahkan pemerintah pada Jun tahun lalu supaya sekolah swasta membayar gaji guru dengan jumlah minimum 5,600 riyal (RM4,561) sebulan dengan kerjasama HRDF.

Bagaimanapun, arahan itu belum dikuat kuasakan. - AN

Wednesday, August 10, 2011

Gaji minimum tidak cukup

JEDDAH: Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah baru-baru ini, mengumumkan kenaikan bayaran gaji minimum pekerja Arab Saudi di sektor awam ialah 3,000 riyal (RM2,420) sebulan.
Bagaimanapun, dengan harga sewa kediaman yang melambung dan kos sara hidup meningkat 50 peratus, kebanyakan rakyat Saudi bimbang kenaikan minimum itu tidak mencukupi. Sesetengah, malah meminta kenaikan sebanyak 5,000 riyal (RM4,033). Pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah dan bapa tiga anak, Fahd Al-Dosary mengadu gajinya selalu habis sebelum akhir bulan. Dia berkata, gajinya tidak mencukupi untuk menyara keluarganya dan membeli keperluan asas. “Sukar untuk menyara empat beranak dengan RM2,420 sebulan,” katanya.

“Harga barang naik setiap hari di Arab Saudi, tetapi gaji kami tetap sama. Saya akan membuat kira-kira setiap kali gaji diterima. Saya ketepikan 1,500 riyal (RM1,210) untuk sewa apartmen dengan jumlah 18,000 riyal (RM14,521) setahun. Selebihnya dibahagikan kepada beras, daging, susu, roti, air, keperluan anak, petrol dan bil. Pakar ekonomi dan Ketua Pusat Penyelidikan dan Media Saudi, Jamal Banoon berkata, gaji minimum sepatutnya adalah RM4,033.

Thursday, February 17, 2011

Tunjuk perasaan tuntut kenaikan gaji




SEJUMLAH graduan arkeologi menuntut diberikan pekerjaan di Kaherah semalam.


KAHERAH - Sejumlah graduan arekeologi berhimpun bagi menuntut diberikan pekerjaan semalam selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.
Protes bagi menuntut kenaikan gaji juga dilakukan oleh pekerja-pekerja lapangan terbang manakala sejumlah pekerja tekstil melakukan mogok meminta pihak berkuasa melakukan siasatan skandal rasuah.
Para penduduk di bandar Suez turut mendesak supaya sebuah kilang kimia ditutup kerana ia membuang bahan toksik ke sebuah tasik.
Beberapa bank di Mesir ditutup kerana pertikaian buruh sekali gus menjejaskan banyak sektor ekonomi di negara itu.
"Hosni telah tiada, tetapi masalah-masalah yang melanda negara masih sama malah lebih teruk lagi," kata pakar ekonomi Bank Saudi Fransi, John Sfakianakis.
Kehidupan di Mesir masih belum pulih sepenuhnya lima hari selepas Hosni meletakkan jawatan susulan tunjuk perasaan rakyat selama 18 hari.
Askar-askar yang dibantu sejumlah kereta kebal masih berkawal di jalan-jalan raya di sini dengan sekolah dan bank masih ditutup.

Rakyat Mesir didapati masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan kebebasan yang diperoleh mereka selepas pengunduran Hosni sebagai presiden.
Hosni berundur selepas sejuta penunjuk perasaan menuntut beliau meletakkan jawatan kerana beliau dianggap gagal membawa kemakmuran ekonomi manakala pemerintahannya selama hampir 30 tahun dicemari skandal rasuah. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia