Pages

Showing posts with label Donald Trump. Show all posts
Showing posts with label Donald Trump. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Donald Trump kuat merajuk


Barack Obama (kiri) dan Donald Trump.
Barack Obama (kiri) dan Donald Trump.


Keluar parti Republikan terkilan dituduh guna debat promosi diri sendiri lima calon presiden enggan sertai bahas

WASHINGTON: Ahli perniagaan terkemuka dan personaliti realiti televisyen, Donald Trump, keluar daripada Parti Republikan, menukar pendaftaran undiannya kepada calon bebas di New York, dalam langkah yang dilihat memudahkan persaingan tiga penjuru pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun depan.
Tindakan Trump itu diumumkan 10 hari selepas hartawan hartanah itu mengumumkan membatalkan rancangan untuk menjadi pengacara perbahasan antara calon Presiden Parti Republikan dalam usaha melindungi kemungkinan bertanding sebagai calon bebas.
Hanya dua calon bersetuju mengambil bahagian dalam forum yang dirancang Trump pada Selasa depan di Iowa.

“Trump sudah berkata sejak hampir setahun lalu jika dia tidak berminat dengan siapa yang menjadi calon Republikan, dia mungkin bertanding sebagai calon bebas.

“Tindakannya keluar parti bertujuan melindungi haknya untuk memutuskan hala tuju seterusnya selepas rancangan akhir program The Apprentice, Mei depan,” kata jurucakapnya, Michael Cohen, lapor akhbar Los Angeles Times.

The Apprentice ialah rancangan pertandingan realiti televisyen yang dihoskan Trump. Pemilihan presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada November 2012.
Trump dianggap ada niat bertanding merebut pencalonan Parti Republikan sebagai presiden. Dia juga dicemuh kerana menuduh Presiden Barack Obama, dari Parti Demokrat, mungkin tidak dilahirkan di Amerika.

Pada masa sama, Trump tidak pernah mengadakan kempen sebenar dan pengkritik menyifatkan usahanya dalam perkara itu hanya usaha mempromosi diri sendiri.

Calon yang enggan menyertai debat yang dikendalikan Trump termasuk bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney; bekas Gabenor Utah, Jon Huntsman; Gabenor Texas, Rick Perry serta ahli Kongres, Ron Paul dan Michele Bachmann.

Hanya bekas Speaker Kongres, Newt Gingrich dan bekas Senator, Rick Santorum bersetuju mengambil bahagian.

Apapun, Trump dianggap bukan penyokong setia Republikan kerana hanya menyertai parti itu pada 2009. Beliau lebih lama menjadi anggota Demokrat apabila mendaftar sebagai ahli pada 2001 sebelum mengubah angin.

Cohen juga berkata: “Suatu perkara yang pasti ialah Trump memang berazam supaya Obama tewas dalam persaingan 2012.” – Reuters Berita Harian Online | Donald Trump kuat merajuk:

'via Blog this'

Tuesday, September 6, 2011

Trump dedah pesawat RM297 juta miliknya


PESAWAT milik Donald Trump yang berharga RM297.85 juta.

NEW YORK - Bilionair terkenal, Donald Trump (gambar kecil) mendedahkan ruang dalam pesawat Boeing 757 miliknya dalam satu klip video baru-baru ini.
Klip video selama tiga minit itu menunjukkan ciri-ciri kemewahan yang terdapat dalam pesawat yang berharga AS$100 juta (RM297.85 juta).
Hos klip video itu ialah Amanda Miller yang pernah muncul dalam program realiti televisyen The Apprentice yang diterbitkan oleh Trump.
Pesawat itu mempunyai kepala sinki bersalut emas di bilik tidur utama.
AMANDA MILLER menunjukkan sinki bersalut emas di dalam pesawat Donald Trump.
Sebuah televisyen rata dan sebuah kotak kawalan yang mempunyai butang membolehkan Trump mengakses lebih ribuan filem yang diminatinya.
Pesawat itu juga mempunyai sofa mewah mengelilingi sebuah meja untuk mesyuarat.
Ia merupakan pesawat baharu Trump yang dibeli daripada pengasas bersama Microsoft, Paul Allen pada Februari lalu dengan harga AS$100 juta. - Agensi, kosmo

Sunday, August 21, 2011

Donald Trump ada Boeing RM298.2 juta




Pesawat 757 milik Donald Trump


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Taikun hartanah dan hos program realiti The Apprentice, Donald Trump menyiarkan satu klip video untuk memperkenalkan pesawat peribadinya yang baru iaitu sebuah Boeing 757 berharga AS$100 juta (RM298.2 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Dihoskan oleh bekas peserta The Apprentice, Amanda Miller, klip video selama tiga minit itu disiarkan di Internet kelmarin.
Ia membawa penonton menyoroti kabin pesawat berkenaan yang dihias mewah lengkap dengan beberapa televisyen skrin besar, bilik air dengan sinki bersalut emas 24 karat.
Pesawat berkenaan turut memiliki sebuah suite presiden yang didiami oleh Trump.
Usahawan berusia 65 tahun itu sebelum ini memiliki sebuah Boeing 727 yang jauh lebih kecil berbanding pesawat peribadinya yang baru.
Beliau membeli pesawat Boeing 757 itu daripada bekas pengasas bersama Microsoft, Paul Allen pada February lalu.
Boeing 757 yang digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan di dunia, boleh membawa sehingga 289 orang.
- Agensi, kosmo