Pages

Showing posts with label Pakistan. Show all posts
Showing posts with label Pakistan. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

52 terbunuh insiden keganasan di 3 negara


Foto
Di Afghanistan: Penduduk berdiri berhampiran mayat kanak-kanak perempuan yang terbunuh akibat letupan periuk api di Jalalabad semalam.

Foto
Di Pakistan: Pekerja penyelamat memungut cebisan mayat mangsa serangan bom.


Di Iraq: Seorang budak lelaki meninjau kemusnahan akibat letupan bom berkembar di wilayah Kirkuk semalam.

Angka korban di Afghanistan, Pakistan, Iraq dijangka meningkat



JALALABAD: Sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak perempuan terbunuh apabila periuk api meletup ketika mereka mencari kayu api di wilayah Nangarhar di timur Afghanistan semalam, kata pegawai.
“Kanak-kanak berkenaan, berusia antara sembilan dan 11 tahun, meninggal dunia apabila salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja mengetuk periuk api itu dengan kapak.

“Sisa tinggalan periuk api sejak zaman memerangi tentera Soviet pada tahun 1980-an meletup, membunuh 10 kanak-kanak perempuan dan mencederakan dua lagi,” kata gabenor daerah Chaparhar, Mohammad Sediq Dawlatzai.

Ditanam musuh

Jurucakap kerajaan Nangarhar, Ahmad Zia Abdulzai, bagaimanapun berkata, periuk api itu ditanam oleh musuh Afghanistan, merujuk kepada Taliban, walaupun ia sudah agak lama berada di situ.

Dawlatzai berkata, mangsa mencari kayu api awal pagi sebelum menuju ke sekolah. “Kebanyakan mayat berkecai sehingga sukar dikenali,” katanya.

Sejak 1989, apabila Soviet berundur selepas pencerobohan tentera selama 10 tahun, hampir 700,000 periuk api dan lebih 15 juta lagi tinggalan bahan letupan sejak peperangan selama berdekad dimusnahkan, menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di PAKISTAN, sebutir bom kereta membunuh 17 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dan mencederakan berpuluh yang lain apabila ia meletup berhampiran sebuah perhentian bas di sebuah pasar di Jamrud, barat laut Pakistan, semalam, kata polis.

Letupan bom terbabit membunuh dan mencederakan penduduk yang menunggu bas untuk ke barat laut dan beberapa bahagian lain di negara itu, kata pihak berkuasa.

Darah memenuhi jalan

Darah dan cebisan daging mangsa memenuhi tepi jalan selain sekurang-kurangnya 20 kenderaan terbakar, kata seorang pemberita AFP. Pakaian, buku sekolah, kasut kanak-kanak dan burqa turut kelihatan bertaburan.

Jamrud adalah kawasan di daerah Khyber yang menjadi sebahagian daripada wilayah separa autonomi di sempadan Afghanistan. Taliban dan kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda lain, mempunyai kubu kuat di kawasan terbabit.

“Seramai 17 orang terbunuh dalam letupan itu. Sebanyak 14 mayat dibawa ke hospital manakala tiga lagi yang mengalami kecederaan dibawa ke Kompleks Perubatan Hayatabad, di Peshawar,” kata Dr. Sameen Jan Shinwari di ibu pejabat hospital itu di Jamrud.

Di IRAQ, Siri serangan menyasarkan pasukan keselamatan Iraq dan orang awam menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh, kata pihak berkuasa dan kumpulan perubatan sehari sebelum ulang tahun pertama pengunduran tentera Amerika Syarikat.

Keganasan berlaku selepas siri serangan membunuh 19 orang dan mencederakan 77 yang lain kelmarin. Kejadian semalam paling banyak menyebabkan kematian di Iraq sejak 29 November apabila 50 orang terbunuh. - AFP

Saturday, October 27, 2012

Angkasawan wanita pertama Pakistan

Gambar fail 2006, Namira bercakap pada sidang akhbar 
di Islamabad. - Foto AFP
Gambar fail 2006, Namira bercakap pada
sidang akhbar di Islamabad. - Foto AFP
Islamabad: Beliau pernah berada di kedua-dua kutub, melakukan terjun payung dari Gunung Everest dan menubuhkan konsulat pertama Pakistan di Monaco. Misi Namira Salim seterusnya ialah menjadi rakyat Pakistan pertama menjelajah angkasa lepas.

Penerbangan dengan projek pelancongan angkasa lepas Virgin Galactin milik hartawan Richard Branson dirancang tahun depan. Walaupun tarikh belum ditentukan untuk penerbangan komersil pertama itu, Namira, 37, sudah tidak sabar memenuhi minat seumur hidupnya itu.
Ketika kanak-kanak saya percaya saya akan pergi ke angkasa lepas. Ia bukan sekadar saya membaca mengenainya satu hari dan terus menandatangani untuk menyertai penerbangan itu. Saya selalu berkata ia mengalir dalam DNA saya.

Umur saya belum pun lima tahun dan selalu menangis. Bapa saya cuba memuaskan hati saya dan saya seolah-olah Saya tidak mahukan apa-apa, saya cuma mahu pergi ke angkasa lepas. Saya tidak mahu mainan, cuma hantar saya ke angkasa lepas, katanya kepada AFP menerusi Skype dari Dubai.

Namun datang dari negara yang tiada program angkasa lepas sendiri, dengan jutaan rakyat hidup dalam kemiskinan, perjalanan itu tidak mudah.

Menerima tekanan daripada bapanya supaya belajar, Namira menyemarakkan minatnya pergi ke angkasa lepas pada masa lapang, menyertai kelab astronomi dan menghabiskan waktu malam merenung bintang di langit padang pasir selepas keluarganya berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 1980-an.

Saya selalu berasakan ada sesuatu bersifat kerohanian dan suci yang ada kaitan dengan semua benda. Seolah-olah sesuatu benar-benar menarik saya ke sana dan memanggil saya dan saya perlu berada di sana dan ia memiliki saya, kata Namira mengenai cita-citanya.
Mengejar impian bukan sesuatu yang murah kerana Namira membayar AS$200,000 (RM600,000) untuk menandatangani dengan Virgin Galactic pada tahun 2007, dibiaya dengan sokongan keluarga.

Kos itu memang tinggi tetapi cuma secebis daripada AS$35 juta (RM105 juta) yang dibayar oleh penaung perisian Amerika Syarikat, Charles Simonyi, untuk lawatannya ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada tahun 2007 dan Namira menegaskan ia sekadar memenuhi kehendak golongan kaya.
AFP 

Monday, September 24, 2012

Lagi maut serangan pesawat pengintip di Pakistan

Lagi maut serangan pesawat pengintip di Pakistan
Saksi memberitahu, pesawat pengintip AS turut berlegar-legar
di kawasan sekitar selepas serangan.

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dipercayai diserang oleh pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) di wilayah sempadan tenggara Pakistan dan Afghanistan, semalam.

Menurut pegawai keselamatan Pakistan, serangan disasarkan ke arah kenderaan di kawasan Dattakhel, utara Waziristan iaitu satu daripada tujuh lokasi sarang kumpulan berkaitan Al-Qaeda.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selain kenderaan yang digunakan mereka hancur sama sekali.

"Identiti mereka masih belum dipastikan tetapi kawasan ini sememangnya diduduki oleh kumpulan militan di bawah pimpinan Gul Bahadur," kata pegawai keselamatan di Peshawar.

Sementara itu, seorang pegawai memberitahu kenderaan yang diletupkan itu sedang menuju ke sebuah perkampungan di barat Miranshah yang menempatkan ibu pejabat kumpulan pemberontak Waziristan utara.

Seorang saksi berkata, pesawat pengintip itu dilihat berlegar-legar di kawasan terbabit selepas melakukan serangan yang mana turut mengundang rasa ketakutan kepada penduduk sekitar.

Serangan berlaku selepas tercetusnya protes berdarah terhadap penyiaran filem anti-Islam di bangunan Kedutaan AS di Pakistan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 17 terbunuh, kelmarin. - Al-JAzeera

Tuesday, September 18, 2012

Pakistan lancar peluru berpandu



Peluru berpandu Hatf-VII Babur mampu terbang lebih rendah, boleh menyerang sasaran sama ada di laut atau darat dengan ketepatan yang tinggi. - AGENSI
ISLAMABAD 17 Sept. - Pakistan hari ini, melancarkan ujian peluru berpandu nuklear yang dilengkapi dengan ciri-ciri 'sukar dikesan radar' menerusi latihan ketenteraan pertama negara ini sejak Jun lalu.
Menurut pihak ketenteraan Pakistan, peluru berpandu Hatf-VII Babur mampu terbang lebih rendah, boleh menyerang sasaran sama ada di laut atau darat dengan ketepatan yang tinggi dalam rangkaian jarak hingga 700 kilometer.
Hatf-VII Babur dilancarkan menggunakan Kenderaan Pelancar Roket (MLV) bagi meningkatkan keupayaan sasarannnya.
Pada Jun lalu, Pakistan melancarkan lima ujian peluru berpandu dalam tempoh enam minggu.
Kekerapan pelancaran tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati India sehingga negara itu menjalankan ujian peluru berpandu jarak jauh, Agni V, yang mampu mengenai sasaran hingga ke China.
India dan Pakistan yang telah tiga kali berperang sejak memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 1947, sering melakukan ujian peluru berpandu sejak kedua-dua negara mempamerkan keupayaan senjata nuklear masing-masing pada 1998. - AFP

Tuesday, September 4, 2012

4 terbunuh dalam serangan sasar pegawai AS di Peshawar




         
PESHAWAR: Empat orang terbunuh apabila sebuah kereta yang sarat dengan bom merempuh sebuah kenderaan pejabat konsul Amerika Syarikat, semalam.

Pegawai Amerika berkata, tidak ada warganya yang terbunuh meskipun kenyataan pegawai Pakistan mendakwa, dua daripada yang terkorban itu adalah rakyat Amerika Syarikat.


Kira-kira 19 orang cedera dalam serangan ketika waktu puncak sebelah pagi.

Ia berlaku berhampiran pejabat Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kuarters kediaman yang digunakan oleh pejabat konsul Amerika di Peshawar.


Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.


Ini kali ketika pejabat konsul dan kakitangannya menjadi sasaran pejuang yang dikatakan ada hubungan dengan Taliban dan al-Qaeda sejak April 2010.

Ketua Polis Peshawar, Imtiaz Altaf berkata, kenderaan penyerang itu sarat dengan bahan letupan seberat 110 kiloram, termasuk lebih 10 peluru mortar. - AFP

Kenderaan konsul AS diserang di Pakistan



BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa sebuah kenderaan yang rosak akibat serangan 
menyasarkan kakitangan Pejabat Konsul Amerika Syarikat di Peshawar semalam.



PESHAWAR - Seorang pengebom berani mati yang menaiki sebuah kereta menyasarkan sebuah kenderaan Pejabat Konsul Amerika Syarikat (AS) di Pakistan semalam dalam serangan yang menyebabkan empat orang terbunuh.
Namun, terdapat beberapa kenyataan bercanggah sama ada warga AS merupakan antara mangsa yang maut.
Serangan nekad itu berlaku dekat kuarters Pejabat Konsul AS berhampiran pejabat Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di bandar raya Peshawar, barat daya Pakistan ketika waktu puncak pagi semalam.
Menteri Maklumat wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Mian Iftikhar Hussain berkata, empat orang maut dalam serangan berani tersebut dengan dua mangsa merupakan rakyat AS.
Apabila diberitahu bahawa Washington telah menafikan kakitangan konsulnya terbunuh dalam serangan itu, Iftikhar Mian berkata: "Apa yang boleh saya buat jika mereka menafikannya? Polis memberitahu saya dua yang terbunuh itu adalah diplomat AS".
Namun, kejadian tersebut disahkan oleh Jabatan Negara AS tetapi ia menyatakan empat orang cedera dan tiada staf pejabat konsul terbunuh dalam serangan pengganas itu.
Jurucakap jabatan berkenaan, Victoria Nuland berkata, dua kakitangan AS dan dua warga Pakistan yang bekerja untuk pejabat konsul tersebut kini dirawat kerana mengalami kecederaan manakala pihak AS sedang mengumpulkan butiran lanjut tentang beberapa mangsa lain. - AFP

Friday, August 31, 2012

Pencipta senjata nuklear Pakistan cebur politik




         
ISLAMABAD: Orang yang bertanggungjawab menjadikan Pakistan negara kuasa nuklear dan kemudian mengaku membocorkan rahsia atom kepada Iran, Korea Utara dan Libya, mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam politik.

Keputusan Abdul Qadeer Khan itu akan mencetuskan rasa kurang senang di Amerika Syarikat, tempat beliau dilihat sebagai pariah.


Bagaimanapun, di negaranya sendiri, Abdul Qadeer dianggap wira kebangsaan kerana peranan pentingnya membangunkan senjata nuklear dan disanjung oleh masyarakat Islam kerana menjadikan Pakistan satu-satunya negara Islam berkuasa nuklear.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada sanjungan orang awam terhadapnya dapat diterjemahkan kepada sokongan politik.


Matlamat utama pergerakan baru yang dipimpin Abdul Qadeer - Tehreek-e-Tahaffuz Pakistan atau Pergerakan Untuk Melindungi Pakistan - bukan untuk meletakkan calon tetapi menggalakkan golongan muda negara itu menyertai pilihan raya Pakistan akan datang dan menolak ‘ahli politik yang tidak cekap, kata Abdul Qadeer kepada AFP.


“Pemimpin kebanyakan parti politik besar adalah perompak dan rasuah,” katanya ketika mengumumkan pergerakan barunya itu semalam. - AFP

Wednesday, August 1, 2012

Taliban untung besar


Trak yang membawa bekalan NATO memasuki Afghanistan dari Pakistan di sempadan Torkham di timur Kabul. - Foto AP
Trak yang membawa bekalan NATO memasuki Afghanistan
dari Pakistan di sempadan Torkham di timur Kabul. - Foto AP

Raih berjuta-juta dolar apabila Pakistan buka semula laluan

Kandahar: Ketika Amerika Syarikat mencanangkan kejayaan memujuk Pakistan menamatkan sekatan bekalan selama tujuh bulan kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Pejuang Taliban meraikan apa yang disifatkan sebagai kembalinya sumber kekayaan kepada mereka.
Kumpulan pemisah terbabit meraih berjuta-juta dolar daripada firma keselamatan Afghanistan yang membayar mereka secara haram untuk tidak menyerang trak bekalan dari Pakistan ke pangkalan tentera pakatan di seluruh Afghanistan, satu amalan yang cuba dihalang Amerika Syarikat tetapi diakui masih lagi berlaku.

Kami mampu untuk mendapat banyak wang, sebab itu bekalan NATO amat penting kepada kami”. - Komander Taliban
Jarang kena serang

Militan juga sering menyasarkan konvoi Pakistan tetapi kurang laporan mengenai syarikat membayar kepada pemisah terbabit, kemungkinan disebabkan laluan itu jarang menjadi sasaran serangan.

Seorang komander Taliban berkata keputusan Pakistan untuk menutup sempadannya kepada bekalan NATO November lalu berikutan serangan udara Amerika Syarikat yang membunuh 24 tentera Pakistan, mengurangkan aliran tunai kepada militan di selatan dan timur Afghanistan, iaitu laluan konvoi dari Pakistan.

Pakistan membuka laluan bekalan itu awal Julai selepas Amerika Syarikat memohon maaf.
“Menghentikan bekalan menyebabkan masalah besar kepada kami,” kata seorang komander Taliban yang mengetuai kira-kira 60 pemisah di timur Ghazni dalam satu temubual dengan Associated Press.

“Pendapatan berkurangan dengan teruk sekali. Sebab itu pemberontakan tidak sekuat yang kami rancangkan,” katanya.

Seorang lagi komander Taliban yang mengawal berpuluh pejuang di wilayah selatan Kandahar berkata wang dari syarikat keselamatan adalah sumber utama dana bagi pemberontakan yang digunakan untuk membayar pejuang dan membeli senjata, peluru serta bekalan lain.

Mampu dapat wang banyak

“Kami mampu untuk mendapat banyak wang,” kata komander berkenaan yang dihubungi melalui telefon.

“Sebab itu bekalan NATO amat penting kepada kami.”

Kedua-dua komander itu enggan mendedahkan nama mereka kerana bimbang menjadi sasaran NATO atau tentera Afghanistan malah tidak menyebut dengan tepat wang yang mereka peroleh dari konvoi berkenaan.

Tentera Amerika Syarikat tahun lalu menganggarkan sejumlah AS$360 juta dolar (RM1.121 bilion) cukai jatuh ke tangan Taliban, penjenayah atau orang tengah yang mempunyai hubungan dengan kedua-dua pihak.

Bawa makanan, minyak

Lebih separuh kerugian daripada AS$2.1 bilion (RM6.56 bilion) kontrak adalah untuk membawa makanan, air dan bekalan minyak kepada tentera Amerika Syarikat di seluruh Afghanistan. - AP

Sunday, July 29, 2012

Taliban sasar kepentingan Myanmar

Foto
Penduduk memegang sepanduk tanda protes terhadap Myanmar. - Foto EPA

Foto
Gambar penduduk membakar replika bendera Myanmar di Islamabad, kelmarin. - Foto EPA
Tindakan balas kekejaman ke atas Rohingya

Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan mengancam untuk menyerang kepentingan Myanmar di mana-mana saja di negara Asia Tenggara bagi membalas dendam terhadap kekejaman kerajaan itu ke atas penduduk Islam Rohing


yaIa adalah kali pertama Taliban Pakistan mengancam melancarkan serangan di luar kawasan Pakistan-Afghanistan. 


Ia turut memberi amaran kepada Pakistan untuk menggantung semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaan negara itu di Islamabad.

Pelindung wanita dan lelaki Islam

Dalam kenyataan yang memberi perhatian kepada nasib Islam di luar negara, kumpulan induk Tehreek-e-Taliban (TTP) mahu menonjolkan diri sebagai pelindung kepada wanita dan lelaki Islam di Myanmar, berkata mereka akan membalas dendam.
Jurucakap pergerakan itu, Ehsanullah Ehsan, menuntut kerajaan menggantung semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaan negara itu.
“Jika tidak, kami bukan hanya menyerang kepentingan Myanmar di mana-sama saja sebalik juga di Pakistan satu persatu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kedutaan Myanmar bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan. - Agensi

Wednesday, June 20, 2012

Penyanyi popular Pakistan ditembak mati


Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mati.
Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mat
ISLAMABAD - Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mati di wilayah Peshawar lewat kelmarin.

Ghazala ditembak mati bersama ayahnya.

Bagaimanapun maklumat-maklumat yang diperoleh memberi maklumat yang berbeza mengenai kes itu.

Menurut polis, pembunuhan mereka kemungkinan disebabkan pertikaian keluarga.

Ghazala dari lembah Swat meninggalkan kawasan itu tidak tahun lalu ketika tindakan ketenteraan terhadap Taliban.

Laporan-laporan dari Pakistan menyebut golongan artis menjadi sasaran kumpulan pemberontak sejak mereka menguasainya pada 2007.

Kakak Ghazala mendakwa beberapa lelaki bersenjata memasuki rumah Ghazala lalu menembak dia dan bapanya.

Bagaimapun keterangan lain menunjukkan mereka terbunuh apabila dilepaskan tembakan di jalan.

Penyanyi itu, anak keluarga muzik, popular di Pakistan dan Afghanistan.

Penyanyi itu yang berusia dalam pertengahan 20-an telah berkahwin dengan ahli perniagaan tetapi telah bercerai.

Wednesday, February 22, 2012

Pakistan siasat isu persembunyian Osama


Pemandangan kawasan persembunyian Osama bin Laden di Abbotabad yang terbunuh dalam serangan komando tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di pekan itu pada 2 Mei lalu. – AFP


WASHINGTON 21 Feb. – Hampir 10 bulan sudah berlalu sejak ketua al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh oleh komando Amerika Syarikat (AS) di Abbottabad, tetapi satu persoalan yang masih belum terjawab ialah bagaimana dia boleh bersembunyi di bandar garison tentera dekat Islamabad itu, selama enam tahun tanpa diketahui oleh sesiapa.
Mengajukan soalan itu bukan bermakna menuduh tentera atau perkhidmatan perisikan Pakistan terlibat dengan salah laku, kerana sehingga kini belum ada bukti kukuh yang muncul.
Namun, terdapat banyak isu yang menimbulkan tanda tanya berhubung tempoh enam tahun Osama tinggal di Abbottabad.
Semua pihak mahukan jawapan, lebih-lebih lagi Ketua Staf Tentera, Jeneral Ashfaq Kayani yang akan meningkatkan kredibilitinya di dalam dan luar negara jika beliau membenarkan siasatan dijalankan.
“Tanpa menuduh sesiapa, saya fikir adalah demi kepentingan Pakistan untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku,” kata Bekas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Jeneral Mike Hayden yang menggambarkan sentimen meluas di kalangan rakyat AS dan Pakistan.
Walaupun sukar dipercayai, pegawai AS mendakwa mereka tidak mempunyai bukti bahawa Kayani atau pegawai tinggi Pakistan yang lain tahu tentang kehadiran Osama di Abbottabad, sebelum dia ditembak mati oleh komando AS dalam serbuan di sebuah rumah di pekan itu pada 2 Mei lalu.
Pandangan ini dibuat berdasarkan siasatan mengenai bahan-bahan yang diambil dari tempat persembunyian Osama serta reaksi Kayani serta pegawai lain pada malam serangan itu.
Faktor yang memungkinkan siasatan dijalankan sekarang ialah kerajaan Pakistan yang selama ini kerap berada di bawah telunjuk tentera semakin tegas memperlihatkan kebebasannya.
Selain itu, Parlimen sedang menimbangkan cara untuk memulihkan hubungan AS-Pakistan, manakala Mahkamah Agung sudah mendakwa Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani atas tuduhan menghina mahkamah kerana gagal membuka semula kes rasuah membabitkan Presiden Asif Ali Zardari.
Asif sendiri masih mengekalkan kuasa walaupun khabar angin terus tersebar bahawa tentera mahu menyingkirkan beliau.
Bagi membawa Pakistan keluar daripada segala kekaburan, Ketua Hakim Iftikhar Mohammed Chaudhry perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya khas untuk menyiasat pelbagai persoalan yang belum terjawab berkaitan kisah Osama. – AGENSI
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Monday, February 13, 2012

Dakwaan bermotif politik: Gilani

Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan
Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan


Presiden Zardari mempunyai kekebalan sebagai ketua negara

ISLAMABAD: Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani, berkata dakwaan rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari mempunyai motif politik sedangkan beliau mempunyai kekebalan sebagai ketua negara.
Kenyataan perdana menteri itu dalam satu temu bual kelmarin, disiarkan menjelang satu perbicaraan yang dihadapi beliau atas dakwaan menghina mahkamah berikutan keengganannya memenuhi perintah membuka semula kes rasuah membabitkan ketua Zardari.
Jika saya didapati bersalah, saya tidak sepatutnya menjadi seorang ahli parlimen. - Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan
“Terlalu banyak kes terhadap beliau dan semuanya adalah bermotif politik,” kata Gilani kepada stesen televisyen Al Jazeera merujuk kepada Zardari.

“Presiden mempunyai kekebalan dan beliau bukan hanya mempunyai kekebalan itu di Pakistan sebaliknya ia merentasi sempadan malah di seluruh dunia.”

Ditanya jika beliau lebih memilih untuk meletak jawatan demi kepentingan presiden, Gilani berkata jika didapati bersalah menghina mahkamah, beliau secara automatik akan kehilangan kuasa, berikutan beliau tidak perlu meletak jawatan.

“Tidak perlu untuk meletak jawatan. Jika saya didapati bersalah, jadi saya tidak sepatutnya akan menjadi seorang ahli parlimen,” katanya.
Dalam satu temubual, Gilani juga mengkritik serangan Amerika Syarikat terhadap militan dan berkata bahawa Islamabad tidak memberikan kuasa kepada mereka.

“Saya ingin maklumkan kepada anda bahawa kami tidak membenarkan atau memberikan kebenaran menerbangkan pesawat dari Pakistan,” katanya.

“Kami turut berbincang dengan pentadbiran Amerika Syarikat bahawa kami melakukan banyak usaha untuk mengasingkan militan dari penduduk tempatan.

“Serangan pesawat itu mencetuskan reaksi negatif,” katanya sambil menambah bahawa kebanyakan kumpulan puak tinggal di kawasan sempadan Afghanistan.

“Kumpulan puak dan militan ini akan bersatu sekali lagi. Mereka akan menjadikan tugas kita semakin sukar malah kurang juga ruang politik bagi kami,” katanya.

Gilani berkata, beliau mempunyai hubungan baik dengan tentera setakat ini.

Ia merujuk kepada ketegangan antara kerajaan awam dengan tentera membabitkan satu memo yang dihantar kepada Pentagon bagi mendapatkan bantuan Amerika Syarikat untukmenghalang rampasan kuasa tentera selepas serbuan komando Amerika Syarikat di Pakistan yang membunuh pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden. – Reuters Berita Harian Online | Dakwaan bermotif politik: Gilani:

'via Blog this'

Saturday, February 11, 2012

Mahkamah tolak rayuan Gilani


pix_gal0ISLAMABAD: Mahkamah tinggi Pakistan menolak rayuan Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani, semalam dan mengarahkan beliau hadir di mahkamah Isnin ini untuk berdepan dakwaan menghina institusi kehakiman itu.

Mahkamah Agung mengekalkan arahan 2 Februari lalu supaya Gilani hadir untuk berdepan dakwaan menghina mahkamah berhubung keengganan kerajaan meminta pihak berkuasa Switzerland untuk membuka semula kes rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari.

Jika disabitkan, Gilani berdepan hingga enam bulan penjara dan disingkirkan daripada jawatan dalam kes yang disifatkan ramai pemerhati berkemungkinan memberi tekanan berat kepada kerajaan untuk mengadakan pilihan raya awal dalam masa beberapa bulan ini.
“Rayuan ditolak,” kata Ketua Hakim, Iftikhar Muhammad Chaudhry.

Zardari dan isterinya, Benazir Bhutto, disyaki menggunakan akaun bank Swiss untuk menyimpan kira-kira AS$12 juta (RM36 juta) didakwa dalam bentuk rasuah dibayar oleh syarikat yang mahukan kontrak pemeriksaan kesihatan di Pakistan pada 1990-an.

Khamis lalu, Chaudhry berkata mahkamah akan menggugurkan saman itu jika Gilani mematuhi arahan menulis surat kepada pihak berkuasa Switzerland, meminta mereka membuka semula kes bertarikh dua tahun lalu.

Semalam, Chaudhry sekali lagi menegaskan mahukan jawapan jelas mengenai sama ada Gilani akan menulis surat itu dan memberitahu peguamnya: “Kami sedia memberikan anda masa 10 minit untuk bercakap dengan Perdana Menteri menerusi telefon dan beritahu kami jawapannya.”
“Saya tidak ada mandat melakukan perkara itu,” jawab peguam Gilani, Aitzaz Ahsan.

Bercakap kepada wartawan di luar mahkamah, Ahsan mengesahkan Gilani akan hadir di mahkamah Isnin lalu.

Kerajaan Switzerland mengenepikan kes itu pada tahun 2008, apabila Zardari menjadi ketua negara dan pendakwa di Switzerland berkata mustahil membuka semula kes berkenaan selagi dia kekal menjadi presiden dan kebal daripada sebarang pendakwaan.

Anggota kerajaan menuduh hakim bertindak melampaui kuasa dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden, setahun sebelum pentadbiran sedia ada menjadi yang pertama di Pakistan menamatkan penggal mereka.

“Beritahu Perdana Menteri mengingkari perintah mahkamah tidak disukai di negara ini,” kata Chaudhry kepada Ahsan.

Gilani sendiri hadir di Mahkamah Agung 19 Januari lalu dan menjelaskan mengenai kekebalan Zardari sebagai penjelasan keengganan presiden itu mematuhi perintah mahkamah.

Pakar perundangan berkata, Gilani cuma boleh mengelak daripada didakwa dengan memfailkan rayuan, meminta maaf atau berjanji menulis surat kepada kerajaan Switzerland.

Zardari yang dicemari dengan tuduhan rasuah sehingga menyebabkan dia diberi gelaran Mr 10 Percent sudah pun dihukum penjara 11 tahun atas pelbagai dakwaan daripada rasuah hingga membunuh. – AFP
Berita Harian Online | Mahkamah tolak rayuan Gilani:

'via Blog this'

Sunday, January 22, 2012

Penyerang sertai Taliban

PESHAWAR: Kumpulan Taliban Afghanistan semalam berkata, mereka menerima penyertaan seorang askar Afghanistan yang menembak mati empat tentera Perancis kelmarin.
“Emiriah Islam Afghanistan menerima kemasukan mereka yang menduduki jawatan penting. Sebahagian mereka sudahpun menamatkan misi masing-masing,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid kepada Reuters menerusi telefon.
Seorang pegawai kumpulan berkenaan berkata, kejadian seperti video yang menunjukkan anggota Marin Amerika Syarikat kencing pada mayat anggota kumpulan itu meningkatkan lagi sokongan kepada Taliban dan mendorong mereka untuk melancarkan lebih banyak serangan.

Sementara itu, Perancis berkata, ia masih komited untuk mewujudkan kestabilan di Afghanistan.


Menteri Pertahanan, Gerard Longuet berkata demikian kepada wartawan selepas tiba di Kabul untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Hamid Kar- zai.

Beliau memberitahu perkara itu selepas Paris mengancam untuk mempercepatkan pengunduran tenteranya berikutan kematian empat anggotanya itu.

“Misi itu kekal seperti dulu, untuk mewujudkan kestabilan di Afghanistan,” kata Longuet.

Ditanya mengenai kemungkinan pengunduran lebih awal tentera negaranya selepas terbabit dalam konflik dengan Taliban sejak 10 tahun lalu, Longuet berkata:
“Saya akan berbincang dengan presiden. Dia ketua saya.”

Longuet turut melawat beberapa tentera Perancis yang cedera parah dalam serangan kelmarin oleh seorang askar Afghanistan sebelum mereka dihantar pulang ke Paris.

Ini kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan tentera Perancis menjadi sasaran tentera Afghanistan.

Terdahulu, Presiden Nicolas Sarkozy mengancam untuk mengundurkan tentera Perancis lebih awal dari negara itu.

Sembilan belas tentera Perancis mati atau cedera apabila seorang askar Afghanistan melepaskan tembakan sejurus selepas mereka menamatkan latihan di sebuah pangkalan tentera di Kapisa, timur Afghanistan.

Sarkozy serta-merta menggantung latihan tentera Perancis dan operasi ketenteraan dengan tentera Afghanistan. - AP

Friday, January 20, 2012

Pervez Musharraf akan ditahan jika pulang


Pervez Musharraf (tengah) disambut oleh penyokongnya di Dubai sebelum menyampaikan ucapan yang disiarkan melalui video kepada kira-kira 8,000 penyokong di tengah Karachi pada 8 Januari lalu, mengumumkan beliau akan pulang ke Pakistan pada akhir bulan ini. - REUTERS


ISLAMABAD 19 Jan. - Kerajaan Pakistan hari ini mengesahkan akan menahan bekas Jeneral Pervez Musharraf seandainya beliau kembali ke negara ini seperti yang diumumkannya, baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Rehman Maliki memberitahu Parlimen semalam, pemimpin tentera itu tetap akan ditahan kerana dia merupakan seorang pesalah.
"Terdapat tiga kes yang didaftar atas namanya. Jadi dia tetap akan ditahan," katanya.
Dalam ucapan telefon kepada pengikutnya di Karachi pada 8 Januari lalu, Musharraf berjanji akan kembali ke Pakistan antara 27 hingga 30 Januari ini bagi menyertai pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
"Saya tetap akan tiba di Karachi walaupun apa yang akan terjadi," katanya.
Pada Oktober 2008, mahkamah Pakistan mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau berhubung pembunuhan pemimpin pemberontak Baluch, Akbar Bugti dalam serbuan tentera di sebuah gua di kawasan timur laut negara ini pada Ogos 2006.
Tahun berikutnya, Musharraf didakwa dengan kes jenayah berhubung penahanan hakim dan keadaan darurat 2007 yang berpunca daripada penyalahgunaan kuasa.
Tahun lalu, satu lagi waran tangkap dikeluarkan terhadapnya berikutan kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto, kerana dikatakan gagal melindungi keselamatan beliau. - AFP

Wednesday, January 18, 2012

PM Pakistan setuju hadir di mahkamah


Yousuf Raza Gilani (kiri) bersalaman dengan Ketua Hakim Mahkamah Agung Pakistan, Iftikhar Mohammad Chaudhry dalam satu pertemuan di kediaman Perdana Menteri di Islamabad, baru-baru ini. - AFP


ISLAMABAD 17 Jan. - Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani semalam bersetuju untuk hadir di mahkamah bagi menjawab notis menghina mahkamah yang diserahkan kepadanya kerana gagal membuka semula kes-kes rasuah, termasuk prosiding terhadap Presiden Asif Ali Zardari.
Mahkamah Agung mendapati Gilani menghina mahkamah dan memanggilnya untuk hadir lewat minggu ini.
Tindakan mahkamah itu meningkatkan tekanan ke atas kerajaan Gilani yang kini berada dalam kedudukan lemah ekoran hubungan semakin tegang dengan tentera.
Sesetengah penganalisis percaya ketegangan tersebut akhirnya boleh menyebabkan Gilani disingkirkan dan pilihan raya awal terpaksa diadakan.
Mahkamah Agung mahu kerajaan menghubungi pihak berkuasa Switzerland untuk menuntut mereka membuka semula kes-kes rasuah terhadap Zardari, termasuk dakwaan pengubahan wang haram berjumlah berjuta-juta dolar selepas tempoh pengampunan tamat pada akhir 2009.
Hakim Nasir-ul-Mulk semalam berkata, Gilani diarah tampil ke mahkamah itu pada Khamis ini.
Perdana Menteri itu bersetuju untuk hadir semasa berucap di Dewan Perhimpunan Kebangsaan lewat semalam, selepas Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan sekutu-sekutunya meluluskan resolusi melahirkan sokongan padu terhadap demokrasi dan institusi demokrasi.
"Mahkamah telah memanggil saya dan saya akan pergi menghadapnya sebagai tanda hormat pada 19 Januari ini," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Pakistan. - AFP

Saturday, December 31, 2011

Letupan bom kereta di Pakistan, 8 maut



31/12/2011 3:46am

QUETTA 31 Dis. – Sekurang-kurangnya lapan penduduk Pakistan terbunuh dalam letupan bom kereta di barat daya bandar Quetta, semalam.
Kereta tersebut yang meletup di depan rumah anak bekas Menteri Persekutuan, Naseer Mengal, turut menyebabkan kira-kira 18 orang yang lain cedera.
Pihak polis bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat pemandu di dalam kereta tersebut atau kenderaan itu sengaja diletakkan di lokasi kejadian. – AFP
-utusan

Wednesday, December 28, 2011

Pertahan demokrasi, tolak konspirasi

PENYOKONG Benazir memperingati ulang tahun ke-4 pembunuhan bekas pemimpin itu Hyderabad, Pakistan.
PENYOKONG Benazir memperingati ulang tahun ke-4 pembunuhan
bekas pemimpin itu Hyderabad, Pakistan.
 

Mesej Presiden Pakistan memperingati ulang tahun ke-4 pembunuhan Benazir Bhutto

ISLAMABAD: Presiden Pakistan Asif Ali Zardari berkata, cara terbaik memberi penghormatan kepada bejas Perdana Menteri dibunuh Benazir Bhutto pada ulang tahun keempat kematiannya adalah untuk menggagalkan 'konspirasi' anti demokrasi.
“Pada hari ini, kita memberi penghormatan kepada Benaazir. Cara terbaik untuk melakukannya ialah mempertahankan dan melindungi demokrasi serta institusi demokratik dalam negara dan menggagalkan semua konspirasi terhadapnya,” kata Zardari dalam satu kenyataan.
Benazir yang juga isteri Zardari dua kali menjadi Perdana Menteri. Beliau dibunuh dalam satu serangan pada 27 Disember 2007 di bandar tentera di Rawalpindi selepas memberi ucapan dalam satu perhimpunan pilihan raya.

“Marilah kita pada hari ini bersama-sama bersatu dalam melaksanakan misi demokratik Benazir yang ketika beliau hidup berusaha memerangi pemerintahan kuku besi dan mereka yang memburuk-burukkan dan membubarkan institusi demokratik.

“Justeru saya menggesa semua pihak yang menyokong proses demokratik dan rakyat Pakistan yang patriotik untuk menggagalkan semua konspirasi ke atas demokrasi dan institusinya,” kataZardari.

Beliau memberi mesej itu ketika ketegangan dianggap masih memuncak antara tentera dan kerajaan sejak beberapa hari lalu mengenai satu memo rahsia yang meminta campur tangan Amerika bagi menghalang rampasan kuasa tentera.
Teori konspirasi dianggap sesuatu yang mendapat kepercayaan ramai penduduk Pakistan dengan Zardari sendiri menganggap pembunuhan Benazir berpunca daripada satu konspirasi.

“Pembunuhannya adalah satu konspirasi untuk membersihkan dunia daripada senjata terbaik memerangi keganasan pelampau antarabangsa. Ia adalah satu konspirasi untuk merampas harapan terbaik Pakistan harapan untuk menubuhkan satu demokrasi yang berfungsi penuh,” katanya lagi.

Zardari mengeluarkan kenyataan itu walaupun pemimpin tertinggi tentera menafikan mahu merampas kuasa manakala hakim kanan Mahkamah Agung meneliti gesaan daripada tentera dan pembangkang supaya menyiasat memo rahsia itu, minggu lalu.

Memo itu dikatakan dihantar kepada Washington Mei lalu bagi meminta bantuan menghentikan rampasan kuasa tentera selepas komando Amerika melakukan serbuan dan membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani menafikan laporan beliau merancang memecat ketua perkhidmatan risikan dan tentera yang berkuasa negara itu di tengah ketegangan berhubung memo rahsia terbabit.

Katanya, beliau tidak menganggap jeneral itu sebagai ancaman kepada demokrasi, bertentangan dengan kenyataan yang dibuatnya minggu lalu. – AFP Berita Harian Online | Pertahan demokrasi, tolak konspirasi:

'via Blog this'

Sunday, December 25, 2011

Tentera nafi rampas kuasa

ISLAMABAD 24 Dis. - Tentera Pakistan semalam menafikan dakwaan akan melakukan rampasan kuasa dan berikrar akan terus menyokong demokrasi di negara ini, ketika ketegangan berhubung satu surat mendakwa rancangan itu sedang dirancang.
Pada masa sama, jurucakap Presiden Asif Ali Zardari, Farhatullah Babar menyatakan pemimpin utama Pakistan itu kembali bertugas selepas menjalani rawatan di Dubai.
"Beliau kini bertugas seperti biasa. Berita bahawa Presiden akan meninggalkan negara selepas 27 Disember ini adalah tidak benar. Beliau berada di Pakistan dan akan kekal di sini,'' ujarnya.
Zardari dijangka berucap di satu perhimpunan sempena ulang tahun keempat pembunuhan isterinya, bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto pada 27 Disember ini.
Kenyataan tentera yang memetik ketuanya, Jeneral Ashfaq Kayani berkata, tentera akan terus menyokong demokrasi di Pakistan.
"Sebarang khabar angin mengenai rancangan tentera akan merampas kuasa hanyalah spekulasi,'' ujar kenyataan itu.
Kebanyakan penduduk Pakistan tertanya-tanya sama ada Zardari akan terus kekal berkuasa ekoran krisis itu dengan spekulasi menyatakan jeneral-jeneral tentera yang berpengaruh merancang untuk merampas kuasa. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Pengebom berani mati serang askar

Pengebom berani mati serang askar Pakistan
ISLAMABAD - Seramai tujuh askar Pakistan terkorban selepas kereta yang diisi bom oleh pengebom berani mati di kawasan kem separa tentera di wilayah Khyber Pakthunkhwa, meletup, semalam.

Polis tempatan Tahir Khan memberitahu, sekurang-kurangnya 19 askar parah selain pasukan penyelamat masih mencari mangsa-mangsa yang cedera.

Letupan tersebut juga menyebabkan sebahagian bangunan di dalam kem kor sempadan itu runtuh.

Dalam pada itu, jurucakap mewakili kumpulan militan, Ehsanullah Ehsan me-ngaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. Ehsan melalui panggilan telefon bersama agensi berita berkata, serangan tersebut adalah untuk menuntut bela ke atas kematian komander Taj Gul dalam serangan oleh Amerika Syarikat (AS) Oktober lalu.

Kumpulan penyerang itu sememangnya mensasarkan serangan terhadap askar-askar Pakistan yang dianggap berkaitan dengan AS. Pengebom berani mati serang askar - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'