Pages

Showing posts with label tahan. Show all posts
Showing posts with label tahan. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Tentera Syria tahan 499 pemberontak


AMMAN: Pasukan keselamatan menahan beratus-ratus penunjuk perasaan prodemokrasi di seluruh bandar di Syria selepas mengawal keadaan di Deraa, mematahkan pemberontakan terhadap pemerintahan autokratik Presiden Bashar al-Assad.
Pasukan keselamatan mencari lelaki di bawah 40 tahun dari rumah ke rumah, kelmarin di kawasan penempatan di Deraa dilengkapi dengan kenderaan perisai yang diketuai adik Bashar, Maher.

Agensi berita kerajaan, SANA, semalam berkata pasukan tentera menjejaki kumpulan pemberontak yang menjejaskan keselamatan orang awam (di Deraa)...dan membunuh 10 anggotanya serta menahan 499 yang lain. - Reuters

Wednesday, April 13, 2011

Mesir tahan dua anak lelaki Mubarak


SHARM EL-SHEIKH: PEGAWAI KANAN POLIS MESIR BERKARA DUA ANAK LELAKI BEKAS PRESIDEN HOSNI MUBARAK DITAHAN 15 HARI UNTUK SIASATAN PERANAN MEREKA DALAN KEGANASAN TERHADAP PENUNJUK PERASAAN DAN RASUAH. 


Mej Jen Mohammed el-Khatib, ketua keselamatan Sinai Selatan, memberitahu orang ramai di luar sebuah mahkamah di bandar peranginan Sharm El-Sheikh bahawa kedua-dua mereka ditahan di Kaherah semetara menunggu hasil siasatan.
Mubarak, 82, dimasukkan ke hospital malam tadi berikutan serangan jantung ketika siasatan berhubung dakwaan rasuah dan serangan terhadap penunjuk perasaan yang menjurus kepada pengunduran beliau, bermula.
Mubarak dipercayai membimbing anak lelaki bongsunya, Gamal yang juga pegawai tinggi dalam parti pemerintah, untuk menggantikan beliau. - AP, bharian

Monday, February 7, 2011

8 sukarelawan kita ditahan di Mesir



Oleh Sazarina Shahrim dan Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2011/02/07

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi taklimat kepada pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Mesir melalui Ops Piramid di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujjaj Jeddah, semalam.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi taklimat kepada pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Mesir melalui Ops Piramid di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujjaj Jeddah, semalam.
Penunjuk perasaan, pihak berkuasa cuba halang misi hantar makanan

PUTRAJAYA: Lapan rakyat Malaysia termasuk sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia ditahan kumpulan penunjuk perasaan dan pihak berkuasa Mesir kerana didakwa cuba membawa bekalan makanan kepada penunjuk perasaan.
Kumpulan itu ditahan tiga kali ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Rumah Malaysia Abasiah untuk menghantar bekalan bantuan makanan kepada pelajar Malaysia di situ.
Mereka ditahan sekitar jam 2 pagi kelmarin apabila melalui jalan berdekatan istana Presiden Mesir, Hosni Mubarak oleh pihak berkuasa Mesir.

Malah, dalam insiden itu, pihak terbabit cuba merampas bekalan makanan kering seberat 10 tan yang diangkut menggunakan empat lori sewa diiringi teksi dan bas yang membawa lapan sukarelawan Malaysia selain dua rakyat tempatan.

Mohd Khairul Rizzuan Abu Hassan, 26, seorang sukarelawan yang terbabit dalam konvoi itu berkata beliau berasa amat tertekan selepas diperlakukan seperti penjenayah ketika ditahan.

“Seorang daripada kami hanya mahu membuktikan kami adalah sukarelawan daripada Malaysia dengan menunjukkan kad pengenalan kelab tapi seorang lelaki daripada kumpulan itu meludah ke kad itu sambil berkata ‘this is all bullshit’ kerana tidak percayakan kami.
“Ketika itu keadaan sangat emosi, mereka ingat kami cuba memberi makanan kepada kumpulan penunjuk perasaan. Semua barang kami diselongkar dan mereka turut merampas 10 set walkie-talkie yang kami bawa,” katanya ketika dihubungi dari Kaherah, semalam.

Katanya, konvoi itu kemudian ditahan dalam dua sekatan jalan raya lagi dan melalui proses hampir sama sebelum tiba di Dewan Malaysia Abbasiah jam 8 pagi.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Mesir, Abdullah Mat, berkata mereka ditahan kononnya kerana melanggar perintah berkurung dari jam 4 petang hingga 8 pagi.

“Walaupun dengan bantuan Timbalan Menteri Luar (Senator A Kohillan Pillai) dan Duta Malaysia ke Mesir, mereka enggan melepaskan kami. Kami semua ditahan sehingga jam 4 pagi sebelum membenarkan kami meneruskan perjalanan,” katanya.

Pengerusi kelab itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pasukan sukarelawan terpaksa bergerak seawal 2 pagi ketika perintah berkurung masih berkuat kuasa untuk menyediakan makanan kepada warga Malaysia yang masih terkandas di wilayah itu.

“Kita kesal dengan sikap sesetengah pihak mengambil kesempatan terutama mereka bertindak merampas wang dan makanan. Namun, semua ini tidak mematahkan semangat sukarelawan walaupun ada antara kami tidur cuma empat jam sehari untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia dijaga sebelum dihantar pulang,” katanya.
Berita Harian Online | 8 sukarelawan kita ditahan di Mesir