Pages

Showing posts with label datuk. Show all posts
Showing posts with label datuk. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Datuk termuda Britain akan bantu keluarga anaknya



KeluARga datuk termuda Britain terdiri daripada Shem Davies (dua dari kanan), Kelly, (kanan), Jordan (kiri) dan Tia yang memangku anaknya, Gracie.


LONDON - Datuk termuda di Britain, Shem Davies yang berusia cuma 29 tahun memberitahu, dia akan membantu anak perempuannya, Tia dan teman lelakinya, Jordan untuk meneruskan kehidupan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada awal bulan lalu, Tia yang berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan, Gracie, hasil hubungan intimnya dengan teman lelakinya itu yang berusia setahun lebih tua.
"Pada awalnya, saya agak marah apabila mengetahui anak perempuan saya mengandung. Namun kemarahan itu beransur hilang," kata Shem.
Malah, Davies dan bekas kekasihnya yang berusia 30 tahun Kelly John iaitu ibu Tia, kini gembira dengan kelahiran cucu mereka.
"Saya menerima semua yang berlaku dengan positif," kata Davies.
Sementara itu, Jordan yang menduduki peperiksaan beberapa minggu sebelum Gracie dilahirkan memberitahu, dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
"Saya ialah ketua pasukan ragbi sekolah saya, ia seperti memiliki 14 orang anak," katanya. - Agensi

Wednesday, March 31, 2010

Malek Noor bergelar Datuk




MALEK NOOR bersama Ella selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.


PEKAN - Bekas juara bina badan Asia, Malek Noor semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober lepas.
Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohd. Noor merupakan antara 57 penerima DIMP dalam istiadat yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.