Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Mee Goreng Kicap

Assalamualaikum...

Khamis sudah menjelma, bermaksud 2~3 hari lagi cuti sekolah bermula...Nampak gayanya rutin pagi Sue akan sedikit berubah..Taklah kelam kabut sangat...Kalau di hari persekolahan, semuanya kena buat secepat mungkin supaya Sara tidak terlewat ke Tadika...Kat Tadika Sara, setiap pagi akan di adakan aktiviti "reading" dimana pelajar digalakkan datang 15min awal dari waktu rasmi persekolahan iaitu jam 8am setiap pagi supaya mereka tidak ketinggalan untuk aktiviti itu...

Haaa..ni pun atas permintaan Sara...Last week adalah dia request nak makan mee goreng..Asalnya memang nak masak sendiri je, tapi pagi tu Papanya terlebih rajin plak mengofferkan diri keluar sekejap tapau mee dari gerai berdekatan...Mama ni..pantang orang bagi kerja-kerja mudah...On jeeee...Tapi bila Papa dah balik, di dapati mee tu pedaslah plak...Sara mesti tak nak makan...

Nampak gayanya Mama kena masak sendiri lah tu...Kat dalam kepala tetiba teringat satu resipi kat blog yang pernah Sue singgah dulu...Dia ada buat mee goreng yang tak pedas dan gunakan kicap, tapi masa tu tak terlintaslah nak CnP dan malangnya Sue pun dah lupa blog mana satu..(Sorry yaaa, betul2 lupa sehingga tidak dapat nak linkkan)

Nak search pun macam malas plak, jadinya Sue pun reka sendirilah resipinya....Dan hasilnya agak memberangsangkan dan kena ngan selera..Jadinya Sue fikir nak simpan ia sebagai ingatan dan rujukan di hari kemudian....

MEE GORENG KICAP my style
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 3/4 bungkus mee kuning (Dibasuh dan toskan) ~berapa gm yaaa sebungkus mee kat pasaran tu..Nanti ada masa Sue cek balik
  • 1½ batang fish cake (potong serong)
  • Sekeping dada ayam (potong kiub)
  • 1 pokok sawi (di asing batang dan daunnya)
  • segenggam tauge (jika suka)
  • 3 ulas bawang merah (mayang)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk)
  • ½ sk cili boh (jika mahu lebih pedas, boleh tambah)
Bahan sos (disatukan di dalam satu bekas)
  • ½ sb kicap pekat
  • 3 sb kicap pekat manis
  • 1 sb sos tiram
  • 3 sb sos cili
  • ½ kiub pati ayam
  • ½ sk serbuk nasi goreng cina adabi (optional)
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis cili boh sehingga cili masak/sedikit garing.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih..Tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan isi ayam, fish cake dan batang sawi..Kacau sebati dan masukkan bahan sos.masukkan sedikit air jika mahukan mee agak lembap.
  4. Bila agak-agak isi ayam dah masak, masukkan mee dan kacau sebati..
  5. Bila semuanya sudah bergaul mesra, masukkan daun sawi dan tauge..Kacau sebentar agak-agak daun sawi dah layu..Sedia dihidang...
Note : Sue tak tambahkan lagi garam sebab sudah mendapat cukup rasa dari bahan-bahan sos..Tapi terpulang pada citarasa masing-masing....

Sunday, September 18, 2011

Mee Goreng

Assalamualaikum.....Jom sarapan ngan mee goreng dulu.....

MEE GORENG

Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • ½ bungkus mee kuning (Dibasuh & toskan)
  • 1 pokok sawi (Di potong dan asingkan batang&daunnya)
  • 2 keping fish cake
  • 2 biji telur (Digoreng ala scramble)
  • 10 ekor udang (Dibersih & Buang kulitnya)
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • 50 ml air (Jika maukan mee goreng lembap2 basah)
  • Garam & gula secukupnya
Bahan Tumis (di blend)
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering (rendam air panas sehingga lembut & toskan)
  • 1 sb udang kering (basuh & toskan)

Bahan Sos
  • 1 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 1 sb kicap pekat manis
  • ½ kiub pati ayam
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan tumis sehingga terbit bau dan cili masak.Masukkan bahan-bahan sos.Kacau sebati.
  2. Masukkan fish cake, batang sawi dan udang..Kacau sebati.Masukkan sedikit air jika perlu dan perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masukkan mee,, telur & cili merah potong.
  4. Kacau sebati dan masak sehingga mee mula berwap...
  5. Masukkan daun sawi dan kacau lagi sehingga bergaul rata.Sedia di hidang...

Thursday, June 16, 2011

Penang Char Kuey Teow

Salam...

Ni makan malam thah bila-bila thah..Dah luput dari ingatan...He he he...

Sejak dapat resipi ni dan berpuas hati ngan hasilnya.....Terus jadikan resipi ni macam resipi sendiri..Ngeh..Ngeh..Ngeh..Jangan mareee ya Kak Iza.....Asal kebetulan ada kulit udang jeeee then mood nak makan kuew teow tu ada...Inilah resipinya.....

Dan nampak gayanya, dalam masa terdekat ni, Sue akan jarang-jarang dapat jenguk rumah ni...Pasal tadi meeting ngan HOD, ada baby project baru yang nak dijaga, dan maybe drawingnya akan menjangkau berpuluh-puluh keping.....Fuhhhhh....Harap-harap dapat kejar date linenya pasal sekarang structure dah naik kat site until level 5 kalau tak salah, tinggal kitorang punya part lagi yang akan follow-up...30 tingkat tuuuu, dan setiap floor dia nye height lebih kurang 5 meter...konsider tinggilah pasal normal floor level to floor level lebih kurang 3.5 meter.....eerrrrr...psssttttt...Sue pun belum dapat plan lagi ni...Tgh tunggu, ni gambaran dari meeting tadi.....So sementara tu sempat lagi ni merempit kat sini jap.... Ha ha ha ha ...

Jadinya, aktiviti BW akan tergendalalah dalam masa terdekat ni dan kalau ada kalau adalah komen-komen yang tak balas tu Akan dibalas tapi maybe lambat...faham-faham lah yaaaa....Kalau sempat InsyaAllah Sue jawab...

Mencinya...Tenet kat rumah pun belum realese lagi ni...Ari tu tukat broadband to Tm...Tapi sampai sekarang still tunggu turn...Aaarrrrrhhhhh tak suke...tak sukeeee....Ini dah bukan 10 hari, tapi berpuluh-puluh hari ni....

Oklah, awal-awal pagi ni banyak pula bebelannya...So, Sue tinggalkan Penang Char Kuew Tiew ni untuk tetamu-tetamu yang datang yaaaaa..Boleh angkut sepinggan sorang jee..Tak boleh lebih...He he he he

PENANG CHAR KUEY TEOW

Sumber : Che'Iza @ MyResipi

BAHAN-BAHAN

Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Paste :- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. Untuk Mee :- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
Sejak Dapat resipi ni, terus jadi cerewet ngan Char Kuew Teow yang jual-jual kat pasar malam tu....Silap-silap hari bulan, terus jadi macam tak kena jeee ngan citarasa....

Tuesday, June 14, 2011

Wat Tan Hor

Salam....Dah lama kan tak memunculkan diri ngan menu-menu cenggini....Asyik-asyik lauk-pauk ssesuai nasi tak pun kuih muih untuk sarapan..Jadinya hari ni nak tukor selera siket...

Aceli memang sangattttt lah lamanya duk cari resipi ni....Rupa-rupanya dah lama pun Kakak kita yang duk nunnn jauh di Utara Semenanjung sana share resipinya kat MyR sana....Cuma kite je yang tak perasan...Alaaaaahaiiiiiiii......

Ini pun tak tau macam mana terbabas@tersesat sampai boleh terserempak ngan resipi ni..Iyolah kan...Kat luar sana banyak sangat namanya..Bila search2 macam tak dapat nak kesan....

Dan bila dah jumpa resipinya dan godeh-godeh kat dapur sendiri.....Yessssss.....Inilah yang kita cari-cari selama ini..Cumanya, Versi Sue ni kurang pekat siket, pasal buat kuah lebih tapi kedekut tepung jagung...Apa-apa pun rasanya tetap sedap .... Bila makan ngan cili potong lagiiiiii bangkit rasanya....

Kak Iza...Thanks sudi share resipi ni dan minta halal yaaaaaa...Saya nak kopipes dan tempek kat sini pulaaaa....

BAHAN-BAHAN

Untuk Kuew Teow

  • 300 gm kuey teow
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • sedikit serbuk lada sulah / lada hitam
Untuk Kuah
  • 6 ekor udang
  • beberapa hirisan daging
  • 1 biji baby jagung
  • 3 helai sawi
  • sedikit lobak merah
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 3 hirisan halia dihiris halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 500 ml air / lebih kurang 3 cwn
  • garam secukup rasa
  • 1 sb tepung jagung bancuh ngan sikit air
  • 1 biji telur

PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Kuew Teow :- Tumis bawang putih hingga kekuningan masukkan kuey teow, kicap pekat, manis n sos tiram.
  2. Gaul rata, masukkan lada sulah. Siap angkat mee letak pada 2 pinggan dan ketepikan
  3. Untuk kuah :- Tumis bwg putih dan halia hingga kekuningan, masukkan air.
  4. Biar mendidih masukkan daging, masukkan pati ayam dan lada sulah.
  5. Masukkan pula udang, sawi, lobak dan jagung. Buh garam sikit.
  6. Bila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang telah di campur ngan sikit air.
  7. Pecahkan telur n kacau cepat biar telur hancur. Kejap jer, siap n tuang kuah pada mee tadi...

Saturday, February 12, 2011

Mee Hoon Goreng Lada Hitam

Salam Hujung minggu...Sesekali apa kata kita ubah pula selera ngan mee hoon goreng lada hitam ni..

Resipi ni dah lama tersimpan dan pernah buat tak lama dulu..Sajalah kan, bila lama-lama teringat kembali dan teringin pula nikmatinya...Resipi ambik dari sana dan salin pula kat sini...Thanks ya Kak Waheedeana 'coz sudi share resipinya...

BAHAN-BAHAN
  • 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ~Direndam terlebih dahulu
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 3-4 sudu besar udang kering ~direndam terlebih dahulu (Bahan* dikisar bersama)
  • 1 cawan udang
  • 2 keping tauhu ~dipotong dadu (kecil) ~Sue goreng dulu baru potong
  • 1 paket fish ball ~dibelah dua
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam ~ditumbuk halus (nak guna serbuk lada hitam pun boleh dan pedas ikut suka)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • secekak daun kucai ~dipotong 2 inci
  • 2 genggam taugeh
  • 1 batang lobah merah ~di hiris memanjang
  • garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
  • minyak untuk memasak
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan
  2. Masukkan udang kedalam kuali dan masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit
  3. Masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar
  4. Masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak
  5. Masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

Wednesday, May 19, 2010

Mee Goreng Ala Gerai

Sukeeeee sangat ngan resipi ni,...Sekali cuba memang puas hati....Errrrkkk....Kat anak tekak kita lah....Kita memang suka mee goreng yang kering berminyak dan pedas-pedas cam gini.....

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm mee kuning (dibilas)
  • 3 keping tauhu segar
  • 3 camca besar minyak
  • 1 biji bawang besar (belah 2 dan mayang)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 100 gm (1/2 cwn) dada ayam (buang kulit dan hiris nipis memanjang
  • 100 gm (1/2 cwn) isi udang sederhana besar
  • 1 biji tomato (potong baji)
  • 300 gm (2 cwn) hirisan kobis
  • 150 gm (3 cwn) sawi/bak choy (dipotong 4 cm panjang)
  • 2 biji telur
  • 2-3 camca hirisan bawang goreng
  • 2 camca besar daun bawang1 biji limau nipis besar (potong baji)

Bahan Sos
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1 camca besar kicap pekat
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca teh gula
Pes cili
  • 6 tangkai cili kering (potong, rendam dlm air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 camca teh belacan (Bakar & tumbuk)
  • 4 camca besar minyak

PENYEDIANNYA
  1. Campurkan kesemua bahan sos dan ketepikan.
Pes cili
  1. Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan di dalam blender.Masukkan sedikit air jika perlu.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan blend tadi di atas api kecil sehingga pecah minyak.
  3. Alihkan ke dalam mangkuk..Bersihkan kuali...
Mee Goreng
  1. Belah 2 tauhu dan keringkan dengan tuala kertas.Panaskan minyak di atas api sederhana besar dan goreng tauhu sehingga kekuningan.Angkat dan biarkan sejuk.potong 1/2 cm. (biarkan baki minyak dalam kuali utk goreng mee)
  2. Panaskan semula minyak di dalam kuali, dan goreng bawang merah dan bawang putih 2 min atau sehingga wangi
  3. Masukkan ayam dan udang, goreng 3 min, kemudian masukkan tomato, kobis dan sawi.Goreng di atas api kuat beberapa minit.
  4. Kemudian masukkan pes cili dan tauhu.Goreng 2 min lagi.
  5. Masukkan bancuhan sos dan mee, goreng di atas api kuat selama 3-4 min.
  6. Ketepikan mee disekeliling kuali, masukkan 2 camca teh minyak dan pecahkan telur.Kacau dan biarkan seketika sehingga telur masak dan kuning.Gaul rata semua bahan dan angkat.
  7. Hidangkan segera mee goreng, di hias dengan bawang goreng dan daun bawang.Perah sedikit limau nipis sebelum dimakan

Thursday, January 28, 2010

Mee Goreng

Salam di pagi Khamis....Waaaa esok last day kerja then lusa boleh bermalas-malasan kat rumah dua hari..Pastu kena kerja balik....Waaaaaa.....Tak pe lebih kurang dua minggu lagi CNY...Kalau ikut sche. lepas², biasa opis ni tutup seminggu for CNY...Waahhhhh syiokkkknya boleh lepak² kat rumah lelama...Dah penat nak gaduh ngan bos nanti gaduh ngan anak² pula.....Wahahahaha.....

Aduh sakit pala, dah tak larat nak fikir lagi..Dah penat nak godeh² nak jejak follower...tapi bila click kat gambor tu cam tak de pula add blognya....Camne nak click² melawat mereka yaaa...? Ada sesiapa yang budiman kat luar sana tunjukkan jalan untuk kiteeee....????

Nanti kita upahkan Mee goreng ni buat sarapan pagi...Tapi Mee Goreng malas je tawwww....Oooopppsss bukan malas tapi tak cukup bahan pasal nak abiskan stok mee kering cintan kita yang dah nak monopous lagi 2~3 bulan itewwwww....

Ni zoom dekat² camni pasal nak ngelat dari tunjuk bekas, dah dalam tuppaware sedia untuk tapau ke opis....

Thursday, January 21, 2010

Penang Char Kuey Teow

Salam di pagi Khamis buat semua pengunjung blog Aku dan Sesuatu.Ni menu dinner semalam..Tak makan nasi, just goreng Char Kuew Teow je...Kesian plak tgk kuew teow tu duk kesejukan kat dalam esbox....

Niat awal nak buat ni last week, dah siap² didihkan stok udang, tapi tak jadi² gak...Bekukan aje stoknya...Semalam check, sib baik OK lagi stoknya..Jadi apa lagi, terus didihkan balik dan tambah perisanya...Sedia digunakan...

Resipi asal dari Kakak kite yang nuuuunnnnn jauh di Utara, sape lagi kalau bukan Che Iza....Salam Kak..Lama tak muncul kat blog...

Sejak dapat resipi ni, memang melekat terusss lah..Dan dah banyak banyak banyak kali juga lah buat......Kalau buat ke Char Kuew Teow mesti nak guna resipi ni...Pasal senang dan paling penting sedap...Puas makan...

Oklah..Kak Iza. Cam biasa, minta izin ya kopipes resipinya kat sini pula..Semoga akak sentiasa dilimpahi kesejahteraan dan dimurahkan rezeki....Aminnnnnn....

Jelesss pula tgk HaSue duk tayang udang galah dia jeeee lately ni....Tapi masih tak terlawan....Waaaaaaaa.....Kih kih kih...Sue jgn mareeee...gurau jeeee tawwwww.....


BAHAN-BAHAN


Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis (Sue tak buh)
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
Untuk Kuey Teow
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
PENYEDIAANNYA

Untuk Paste
  1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
Untuk Kuey Teow
  1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......