Showing posts with label Pilihanku. Show all posts
Showing posts with label Pilihanku. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Taiwanese Longan Walnut Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Cakkkkk...tenggelam timbul tenggelam timbul tuan rumah sekarang...Lama betul tak buat muffin/cupcake, sudahnya terasa payah dan rumit benar...Sampaikan nak sudukan aduanan ke dalam papercup pun dah terkial-kial..kalau sebelum ni, main guna scoop eskrem jeee..zup zup zup dah sedia dibakar tapi kali ni terasa macam susah bebenor..dari scoop eskrem bertukar guna sudu...


Itu satu hal...Dah tu macam tak berapa pastilah plak takat mana nak buh adunan..Sebab adunan yang diperolihi agak pekat, so buhlah 3/4 dari ketinggian paper cup tu..Sudahnya, tak sangka pula muffin ni naik lebih dari 2 kali ganda, (mungkin kahadiran vitagen sedikit sebanyak membantu mengaktifkan bahan penaik)...Last-last habis lantai oven bersememeh ngan limpahan muffin pastu yang tak tahannnya sisa-sisa limpahan tersebut hangus especially yang jatuh betul2 atas rod pemanas tu...Haiiii bau asaplah muffin yang ada..nak buka oven untuk keluarkan sisa2 tu takut nanti muffin ranap plak...so tahan rasa jelah....hu hu hu hu....

Ni semua gara-gara redah rumah Kak Amielah ni..terserempak ngan resipi ni..Nampak kek Kak Amie,punyalah moist...terus terguda dan teringin nak mencubanya...So apa lagi..teruskanlah misi mencari dried longan...Awalnya rasa macam nak ngelat je guna longan dalam tin tu tapi bila tengok cara lembutkan dried longan tu guna vitagen, terus batalkan niat serong tersebut...Takut nanti termiss sesuatu yang istimewa dari muffin ni..lagi pun longan dalam tinkan berat..takut pula nanti ia mendap ke bawah....
Dan satu lagi....Awalnya macam nak buat setengah adunan jeee, so rendamlah 1/2 je sukatan dried longan dan vitagen tu..mana tahu, bila nak buat tu tiba-tiba berubah fikiran nak buat 1 adunan, nak tambah 1/2 lagi sukatan longannya sudah terlambat sebab untuk lembutkannya pun dah guna semalaman....So jadilah muffin Sue kurang padat ngan taburan longannya....

Tapi apa pun cerita dan kejadian di sebalik tabir, tak dapat Sue gambarkan disini yang Muffin ni memang sedapppppp dan menepati citarasa..Apatah lagi semasa tergigit longan yang kenyal2 manis2 tu dan bertambah sedap dengan kehadiran kacang walnut yang rangup dan lemak-lemak...Tambahan struktur muffin yang Sue perolihi sangat lembut dan ringan...InsyaAllah ada masa nak buat lagi dan teringin nak tengok hasilnya dengan sukatan penuh longan..

TAIWANESE LONGAN WALNUT MUFFIN

 
BAHAN-BAHAN
  • 70 gram kuning telur
  • 105 gram putih telur
  • 200 gram gula kastor
  • 225 gram tepung top / tepung superfine
  • 5 gram soda bikarbonat
  • 7 gram perasa longan
  • 300 gram minyak jagung - Amie kurangkan kepada 250 gram
  • 10 gram susu UHT
  • 150 gram isi longan taiwan - longan kering saiz kecil
  • 150 gram vitagen - Amie gunakan perasa oren 50 gram cincangan kacang walnut
Isi longan taiwan yang kering hendaklah direndam dengan vitagen semalaman.
PENYEDIAANNYA
  1. Putar kuning telur, diikuti dengan putih telur dan gula kastor. Teruskan memutar selama 5 minit sehingga pekat.
  2. Masukkan soda bikarbonat, diikuti dengan tepung top atau tepung superfine, perasa longan, susu UHT dan minyak jagung. Putar dengan kelajuan rendah selama 2 minit atau semua bahan tergaul rata.
  3. Masukkan isi longan yang direndam dengan vitagen dan gaul dengan spatula.
  4. Tuang adunan ke dalam papercup.Taburkan cincangan walnut di atas adunan.
  5. Bakar pada suhu 170'C (atau ikut kepanasan oven masing-masing) selama 30-25 minit atau sehingga masak.

Friday, September 6, 2013

Heavenly Milo & Oreo Pudding

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tuan Rumah pun sekarang sekejap timbul sekejap tenggelam...Masak Tetap masak cuma masa agak kurang mengizinkan berlama-lama nak berjimba-jimba depan komputer...

 
Nampak gayanya Syawal sudah pun berada dipenghujungnya...Sekejap jeee rasanya masa berlalu..

Dah lama sebenarnya duk simpan resipi pudding nan satu ni cuma keadaan kurang mengizinkan untuk membuatnya..1st time buat dulu tak sempat posing mosing tapi ....feedback budak-budak dan mak budak...amat menggalakkan..So masa buat jamuan kecil-kecilan masa raya baru-baru ni, buat lagi, tapi terus 2 adunan..tak de derhaka-derhaka...100% follow resipi.....Besttttttt.....Thanks Kak Along Roz atas resipi yang mabelessssss ini.......

HEAVENLY MILO & OREO PUDDING
Sumber : Kak AlongRoz @ HomeKreation

BAHAN-BAHAN (Saiz: 8" persegi)
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
PENYEDIAANNYA
  1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  3. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan  ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  5. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
  6. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
  7. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  8. Taburkan biskut oreo.
  9. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  10. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Tips Untuk Melapis
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sebab takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris-gariskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dengan baik
Acuan yang Sue gunakan untuk Pudding ni....Atau boleh dapatkannya di sini Bukan sekadar membuat pudding, malah boleh digunakan untuk membuat kek jugaaaaaaa

Wednesday, August 14, 2013

Creammy Mussel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk kawan-kawan dan saudara yang beragama Islam, rasanya belum terlambat untuk Sue ucapkan SALAM AIDILFITRI..Maaf Zahir dan Batin...

  
Ni lauk beberapa hari lepas raya..Dah boring duk ngadap ayam dan daging..sesekali terasa nak ubah selera sikit...Pekena ngan nasi putih panas..Besttttt...

First time nak cuba resipi ni teragak2 siket takut tak kena selera..sebab tak tau nak bayangkan bila mussel masak ngan susu..takut gak...tapi bila baca betul2 kat resipi ada halia dan cili...keyakinan tu datang sedikit..So cuba......Dan WOWWWWWW...tak sangka...bukan setakat makan ngan nasi jeeeee...Ratah pun sedapppppp...Lemak2 pedasssss......Sukeeeee..... Apa pun thanks Mizz Bulan sudi share resipi yang mabelesssss ni.....

CREAMMY + SPICY MUSSEL
Sumber : Mizz Bulan @ MyR


BAHAN-BAHAN
  • 500 gm Mussel
  • ½ cwn Susu segar
  • 5 ulas Bawang putih ( dihiris )
  • 3 biji Cili api ( dihiris )
  • ½ inch Halia ( dihiris )
  • Sedikit butter untuk menumis
  • Sedikit tepung jagung untuk memekat kan kuah
  • Serai untuk tambahan (lebih kaw lagi kalau ade)
  • Garam secukup rasa 
PENYEDIAANNYA
  1. Mussel yg dibeli hendak la dibasuh dan diberus kulitnya terlebih dahulu.~ Sue rendam di dalam air garam seketika..Bila nampak ia sedikit terbuka, bersihkan, bilas dan toskan...
  2. Panas kan periuk dgn butter dan tumis bawang putih, halia yang telah di hiris tadi. Kemudian letak susu segar dan kacau
  3. Letak sedikit garam dan hirisan cili api tadi. Jika ada serai, titik dan masukkan sekali .
  4. Sekarang masukkan mussel kedalam kuah tadi.kacau shingga dia mendidih bersama kuah. Kacau rata2 agar susu td tidak berketul.kemudian tutup periuk, biarkan mussel masak seketika.
  5. Mussel yg telah masak td akan terbuka. Kemudian angkat dan letak mussel di dalam pinggan.Biarkan kuah di dalam periuk. Campur kan sedikit tepung jagung dgn air dan masukan ke kuah tadi untuk memekatkan kuah.Kacau rata2.
  6. Kuah yang dah di masak dan pekat tadi di curahkan keatas mussel yg di atas pinggan tadi. Curah kuah pekat rata2 keatas setiap mussel.
  7. Sudah siap.. ready untuk dimakan..=) Slamat menjamu selera..Lemak2 dan pedas2 sket. sesuai makan dgn nasi atau di makan begitu sahaja 

Thursday, August 1, 2013

Kek Coklat Kak Yani

Lagi untuk sarapan anak-anak ...Yaya makan lajuuuuu je berketul-ketul habis..Sara sempat seketul je...Is pun ambik dua ketul...Tapi komen diaorang ...emmmmm sedappppppp......

Mama tak rasa sebab kek masak lepas imsak.Tapi still nak simpan resipi kat sini...Seronok sebab struktur ia nampak lembutttttt sangat....Thanks Kak Yani untuk resipi ni...

KEK COKLAT
Resipi : Kak Yani @MyR

BAHAN-BAHAN
  • * 150g coklat
  • * 50g mentega
  • * 50cc susu segar
  • 3 biji telur
  • 50g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 40g gula aising
  • Secubit garam 
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
  2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
  3. Panaskan oven ke 140 degree
  4. Asingkan telur kuning dan putih.
  5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
  6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
  8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
  11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising

Wednesday, July 17, 2013

Kuih Lapis Ros Pandan

Assalamualaikum...

Hari ni nak tayang kuih lapis yang di buat 2~3 hari lepas...Tapi kali ni rajin siket sebab tak main buh dalam loyang terus tapi buat dalam bekas kecil-kecil macam ni..Senang siket...Boleh bagi anak-anak bawa bekal ke Kindergarthen dan buat sarapan..Selebihnya boleh simpan untuk berbuka pada petangnya...

Buat Lepas sahur...Jadi klu buh dalam loyang kan leceh nak kena potong-potong lagi pun time tu kuih belum sejuk betul...mesti leceh kan...Buat macam ni senang siket untuk sarapan kanak-kanak Ribena tak perlu nak toreh bahagiaan Mama & Papa dia berbuka....

Dah beberapa kali juga buat guna resipi ni...Puas hati..Pendek kata koleksi kuih dalam buku masakan Pn Asmah tu memang best2 semualah setakat yang sempat Sue cuba..Antaranya, kuih lapis nilah..Tapi Sue adjust siket, klu Pn Asmah buat 2 kaler jeee, merah dan plain, tapi Sue tambah lagi satu warna hijau..Kasi kaler-kaler siket budak-budak nak makan....

KUIH LAPIS ROS PANDAN
Adaptasi dari Buku Tempting kueh (One Publishing Sdn Bhd)


BAHAN-BAHAN
  • 250 gm Tepung gandum
  • 250 gm tepung beras
  • 125 gm tepung ubi
  • 500 gm gula pasir
  • 2 lit santan (dari 2 bj kelapa #500 gm santan+1500 ml air)
  • Pewarna merah & hijau
  • Perasa Ros dan pes pandan
  • 2 helai daun pandan
 PENYEDIAANNYA
  1. Masak 500 ml santan bersama gula dan daun pandan sehingga sekali mendidih sahaja
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan buangkan daun pandan.
  3. Blender bahan-bahan lain bersama baki santan dan tuang ke dalam mangkuk tadi.Kacau rata.
  4. Bahagi 5 bahagian.1 bahagian dimasukkan pewarna merah dan perasa ros.2 Bahagian dimasukkan pes pandan dan pewarna hijau.Dan baki 2 bahagian lagi di biarkan pada warna asal.
  5. Kukus lapiasan pertama dengan warna merah selama lebih kurang 5-7min.Diikuti dengan warna hijau berselang putih sehingga habis dan akhiri dengan warna merah.
  6. Untuk kukusan yang terakhir lebih kurang 15-20 min.

Thursday, May 23, 2013

Kek Buah Kukus Kak Sheila

Assalamualaikum..

He he he he jangan boring yaaa klu asyik duk ngadap puding ais-krim Oreo jeeee sebab hari ni tuan rumah dah beralih menu...(Hek Elehhhh...orang lain hari2 duk tukar menu baru pun tak kecoh kan...Ni baru seminggu sekali dah kecoh setaman)..Hu hu hu ...... Jangan mereeeee....Dan kepada yang tinggal jejak dan sudi bersinggah sini, Sue ucapkan terima kasih..InsyaAllah ada masa nanti Sue BW sana dan kepada follower2, maaf jika ada yang follow secara private, ada sesetengah tu Sue tak berjaya nak trace (almaklumlah bab2 IT ni kurang mahir gak nak godek sana-sini) ..Bukan tak sudi nak jejak....Apa-apa pun terima kasih atas kesudian kalian.. ^__^

Gambar sememeh sama sememeh ngan kek..Asal sempat sebab pagi2 buta nilah nak potong dan packing untuk dibawa ke kindergarthen Sara & Yaya...
Sebenarnya ni resipi ter'excident'..Eh...baking pun boleh gak ke excident2...Kisahnya...

Semalam semasa lunch hour Sue pegilah ke baking shop untuk dapatkan 'small container' ~(Eh betul ke namanya untuk bekas plastik ynag selalu diorang buh cupcake tu) untuk isikan pudding Ais-krim Oreo sempena 'Jamuan Hari Guru' yang akan diadakan di kindergarten Sara dan Yaya hari ni...Dan kebetulan pula kakak Sue call minta tolong tengokkan harga mix fruit kat kedai bakery tu (masa tu dia pun tak tau Sue dah pun kat kedai tu)..So bila Sue mention jeee yang Sue memang ada kat kedai tu, apa lagi terus di order 1kg mix fruit..Dan bermulalah cerita-cerita berbau promo tentang kesedapan kek buah kukus kak shiela ni...

Dan sebenarnya dah beberapa kali Sue tengok tayangan demi tayangan  kat blog mahupun fb tentang kesedapan kek buah kak shiela ni, tapi memandangkan Sue bukan penggemar kek buah (apa-apa saje kek buah) sebab bagi Sue ia agak manis, so takdelah ambil kisah sangat...Tapi bila dengar promo best gilerrrrr dari kakak so terbuka hati nak membuatnya...Lagi pun boleh buat untuk jamuan Sara dan Yaya sekali...Untuk Sue seketul 2 bolehlah...

 
Jadi apa lagi, terus juga Sue belikan bahan-bahan yang diperlukan...Alaaa bahan-bahan kek ni semua biasa dan sememangnya selalu ada stok kecuali nutmet powder dan mix fruits yang jarang2 ada stok kat rumah ni...

Jadi bila balik ke rumah lepas keja..Apa lagi project bermula dengan menyediakan adunan gula+mix fruits dan sementara nak tunggu sejuk bolehlah Sue uruskan budak2 kat rumah ni dan apa-apa yang patut sehingga 8.30pm untuk memulakan project membaking.....

Dan memang Sue akui..Kek ni memang sangat sedapppppppp....Tak puas makan seketul...Sementelah lagi, untuk kek ni, Sue dah kurangkan 100g gula dan kejadiannya memang betul2 menepati piawaian anak tekak ni..Tak manis sangat....Sukeeee......Terima Kasih Kak Shiela untuk resepi yang superb ni......

KEK BUAH KUKUS
Resipi Asal :  Chef Zubaidah @ Steam Cake ~ Terbitan One publisher
Dipanjangkan :  Kak Shiela @Spice Journey / Kamilia Ibrahim@fb
Rujukan Sue : Kak Umi's Cup Cake


BAHAN-BAHAN
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 340g gula pasir (Sue guna 240g jee)
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug*
  • 1 sudu kecil esen vanila
PENYEDIAANNYA
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran.Kacau kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dengan jayanya.
(Copy dari kak Umi's Cup Cake) ~ Semua pun Sue follow

** Kak Umi kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Kak Umi isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.

Wednesday, March 20, 2013

Creamy Pudding

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Oh..pejam celik pejam celik dah sampai minggu ke-3 March 2013..Cepat benar rasanya masa berlalu...pantas...Cuti sekolah pun dah hampir menjelma tak berapa hari lagi..Bagi yang merancang percutian bersama keluarga..Selamat bercuti...Dan bagi yang bertugas seperti biasa, selamat menjalankan tugas yang diamanahkan...Tak kiralah tugas di opis mahu pun 'opis sendiri' di home sweet home.... ^___^


Hari ni nak tayang desert yang simple jeeee..Nak sediakan pun mudah dan menggunakan bahan asas yang sememangnya selalu ada di rumah....

Sebenarnya Sue memang sukakan pudding yang bercream macam ni..Tapi selalu potion resipi yang ada untuk satu loyang..Tapi memandangkan rakyat jelata kat rumah ni kurenggggggg siket desert2 ala-ala macam ni, so semangat nak membuatnya lemaulah siket...(Eh alasankan..klu dah malas tu ngaku jelah...Hal potion tu boleh je bahagi kasi setengah / suku adunan)

Tapi bila je jumpa resipi dari Kak Yani MyR ni...Terussssss je rajin nak membuatnya..Simple dan potion pun kecil jeeee....Lagi sedaapppp dimakan setelah semalaman di dalam peti ais.....Berminat ...? Cubalah.... ^____^


CREAMY PUDDING
Sumber : Kak Yani @ MyR

 BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur ( L size )
  • 300ml susu segar
  • 70g gula
  • 3 sudu besar coffee creamer/coffeemate
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Karamel
  • 50g gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air panas 
PENYEDIAANNYA
  1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam pudding cups
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
  4. Kemudian masukkan 3 ke dalam 2. Kacau rata. Tapis 2-3 kali sehingga tak ada ketulan putih telur. Lepas itu bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam pudding cups yang ada karamel tadi.
  5. Letak air suam ke dalam dulang/ oven plate setinggi 2 cm. Kemudian letakkan pudding cups tadi.
  6. Bakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah masak puding tu masih nampak lembik tapi bila dah sejuk dia akan keras sedikit... so don't worry.
  7. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
  8. Puding ini lembik. Tak sesuai utk dipotong. Elok letak dalam bekas kecil-kecil.

     

Thursday, February 28, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas & Gulai Ayam Terengganu Style

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jommmmmm hari ni kita layan set hidangan tuan rumah yang terlebih rajin siket..Tapi ni menu weekendlah...Klu weekday mana sempat nak masak-masak macam ni bagai....


Sebenarnya dah lama sangat tak masak nasi hujan panas ni sehinggalah beberapa hari lepas (last week/last two week kotttt) Mamasya ada duk tayang Nasi Hujan panas dan rendang daging..Bila tengok sana terus rasa teringinlah plakkkkkk..

NASI MINYAK HUJAN PANAS


BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan beras
  • ½ kiub ayam
  • ½ cwn susu sejat
  • 1 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau 
  • air secukupnya ~ Ikut sukatan jenis beras masing-masing
 Bahan Tumis
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • 1 sudu besar marjerine
  • ½ inci halia ~ Hiris
  • 1 biji bawang besar ~ Mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
PENYEDIAANNYA
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak,marjerine dan minyak sapi dan tumiskan semua bahan tumis sehingga terbit bau.
  3. Masukkan beras dan gaul rata.
  4. Masukkan susu sejat dan air secukupnya, kiub ayam, secubit garam dan daun pandan.
  5. Masaklah nasi sehingga masak
  6. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan.Tutup periuk
  7. Bila nasi betul-betul tanak, gembur-gemburkan nasi dan sedia dihidang


GULAI AYAM TERENGGANU STYLE
Sumber : KakNor @ SecubitGaram

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam ~ dipotong
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 5 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 in halia *
  • 1/4 in lengkuas *
  • 1 in kunyit hidup * (*diblend)
  • 3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
  • 2 sb kerisik ~Ni Sue tambah.Campur sekali dalam paste rempah gulai
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • 2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
  • 1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
  • garam
  • gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
  • sedikit belacan ~ optional
  • minyak
bahan penumis :
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 5 kelopak bunga lawang
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
  4. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
  5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
  6. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
  7. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
  8. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
  9. Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
  10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.



ACAR NENAS

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 biji nenas
  • *2 senduk kecil gula putih
  • *1 cawan air masak
  • *1 sk garam
  • *sedikit belaca (dibakar seketika)
  • *1 sb cili giling/boh
  • *1 sb asam jawa (boleh kurangkan jika tidak suka masam) 
PENYEDIAANNYA
  1. Nenas dikupas dan dibersihka.Buang empulur dan potong kecil-kecil.Ketepikan
  2. Satukan kesemua bahan * di dalam periuk.Masak seketika sehingga semua sebati.Matikan api dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan nenas ke dalam bekas dan tuang kuah yang dimasak tadi...Gaul rata dan biarkan seketika.Sedia dihidang...


JUS NENAS
BAHAN-BAHAN
  • ½ biji isi nenas ~ Dibuang empulur.Separuh di blend kasar dan separuh lagi di cincang kasar
  • Air secukupnya
  • Gula Pasir secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan renih dengan api perlahan sehingga aras airnya surut 1/5 dari aras asal.
  2. Apabila cukup rasa manisnya ikut selera masing2, tutup api dan sejukkan.
  3. Sedia dihidang dengan ketulan ais.

Saturday, January 26, 2013

Ayam Goreng Daun Kari

Resipi tak tau bila...tapi memang selalu buat dikala tak sempat nak main masak-masak...

 BAHAN-BAHAN
  • Ayam
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Daun kari
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kari/beriyani/kurma/etc (ikut suka nak perasa apa,nak campur pun boleh)
  • Telur (ikut kuantiti ayamlah,klu 2~3 ketul tak yahlah sampaiu sebiji)
  • Tepung jagung secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Gaul kesemua bahan kecuali telur dan tepung jagung..(Sue masukkan dalam container makanan then tutup dan goncang)
  2. Bila kesemua bahan dah sekata, perap sekejap dalam peti ais. 
  3. Bila nak goreng, masukkan telur dan tepung jagung secukupnya dan goncang lagi sehingga kesemua ayam bersalut tepung.
  4. Goreng sehingga ayam masak.

Tuesday, December 18, 2012

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum san salam sejahtera..

Petang ni nak tampal satu lagi resipi yang dah berkali-kali buat..Tapi baru kali ni dapat posing...Jgn terkejut klu tgk macam ada kuah..Sebenarnya Sue panggang guna MagicPan..So Sue tak perap lama tapi masa panggang tu Sue lebihkan air dan biarkan ia merenih ngan api perlahan sehingga ayam masak dan kuahnya pekat....So tak yah buat graving lagi...(Tapi yang ni, tak sempat nak pekat sebab dah lapar xsabar nak dinner)He he he he he 

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Sumber Rujukan : Kak Azlita Masam Manis
Sumber Asal : Kak CT Delima / Che.Mid FP


 

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
Bahan - bahan untuk make up ayam
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
PENYEDIAANNYA 
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.  
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)  
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.  
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Sunday, November 14, 2010

Apam Pelangi

Salam pagi minggu...Semalam dalam duk boring-boring berblogwalkinglah kat rumah kengkawan...Emmmm...camnilah sekarang hanya mampu berblogwalking tanpa tinggal jejak lagi..Sedeyyyy juga pasal kekadang tak sempat nak bertegur sapa, bertanya khabar....

Sungguh gebussss dan bersponge....

Dalam jalan-jalan tu, tetiba singgah jap kat rumah Mek Siam kita tu yang jauhhhhh nunnnn di Bangkok sana...Dahhhh, sudah terberkenan pula ngan apam pelangi kat sana...Apa lagi project pun bermula..Lagi pun bahan-bahan pun simple/basic jeee...ada dalam stoklah kata orang....Bolehlah buat sarapannpagi ni...

Haaaaa...cam biasalah, dah siap baking, posing-mosing then simpan pula resipinya kat sini..Thanks ya Ika memanjangkan resipinya kat sinunnnnnn......

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

PENYEDIAANNYA

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

Adunan yang siap disudu-sudukan kat dalam loyang dan sedia untuk dikukus


Sebelum tu, tutup dulu loyang ngan aluminium foil untuk elakkan air menitis kat atas apam semasa proses mengukus...Alternative lain boleh balut tutup kukusan ngan kain untuk elakkan wap kukusan menitis kat atas apam/kek yang dikukus


Taddaaaaa.....Dah siap...Sedia untuk Dipotong dan ngappppp ngan nescafee fanazzzzzzz.....