Showing posts with label Chiffon. Show all posts
Showing posts with label Chiffon. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

Chiffon Cheese Cake

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salam takziah buat semua ahli keluarga tragedi kehilangan MH370 semoga tabah menghadapi dugaan ini...Sama-sama kita doakan agar mereka semua ditemui..InsyaAllah...

Lama juga tuan rumah tidak muncul ngan resipi baru...Biasalah ...Alasannya mesti sibukkk memanjang....Tak menang tangan...

Kesempatan ini nak post satu lagi resipi yang pernah dibuat beberapa kali tak lama dulu, tapi kali ni ditampilkan dengan lebih menarik lagi....Kek simple yang diterjemahkan dengan rupa yang lebih menarik...

CHIFFON CHEESE CAKE
Sumber Rujukan : KakWan @Citarasawan

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 60ml susu cair
  • 40gm keju krim
  • 25gm mentega
Bahan B
  • 65gm tepung gandum
  • 4 biji kuning telur (dipukul sedikit)
Bahan C
  • 4 biji putih telur
  • 100gm gula kaster
  • 1/8 tsp garam halus
  • 1/8 tsp krim of tartar
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
  2. Satukan bahan A dan masak secara double boiler hingga sebati dan pekat.
  3. Angkat dan masukkan bahan B dan gaul hingga sebati, whisk hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul bahan C hingga kembang dan kental. Masukkan ke dalam No. (3) dan kaup balikkan hingga sebati.
  5. Tuang dalam loyang 9" (tidak perlu dialas/dileser minyak). Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit. Keluarkan kek dari oven dan telengkupkan di atas redai. Biarkan sejuk.

TIPs/CARA YANG SUE GUNAKAN UNTUK DAPATKAN CORAK VANTAGE
  • Masukkan sedikit adunan coklat ke dalam piping bag dan pipe ke dalam lekukan corak-corak yang tersedia
  • Masukkan ke dalam oven selama lebih kurang 1min sahaja.
  • Keluarkan loyang dan tuangkan adunan kek secara perlahan-lahan..(Yang corak swirl kat atas tu saja Sue nak habiskan adunan coklat kat piping bag tadi...Jadi taklah membazirkan...)
  • Bakar seperti biasa...Selalunya Sue akan tutup loyang kek dengan aluminium semasa proses pembakaran untuk mengelakkan permukaan kek nampak hangus..(Ini untuk oven Suelah...sebab kalau guna api bawah sahaja, kek selalu tak masak bahagian tengah, kalau guna api atas bawah, selalu bahagian atas akan hangus sebelum kek masak, sebab tu Sue selalu tutup ngan aluminium foil)
  • Tadaaaaa.....Kek yang cantik tersedia dalam masa yang singkat...
  • He he he he he .. Ambil kesempatan promo japppppp...Berminat ngan acuan ni...? Boleh e-mail ke syurie@yahoo.com untuk maklumat lanjut.....

Monday, February 4, 2013

Chiffon Pisang


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...Masih diberi kesempatan untuk muncul lagi di sini walau sekarang sudah agak suam-suam kuku dan post pun dah jadi semakin kelam kabut..Betul2 dah tak cukup kaki tangan sekarang apatah lagi sejak si budak kecik ni dah pandai selongkar sana sini..Panjat sana panjat sinun...Masalahnya berjalan pun belum boleh apathah lagi berdiri sendiri tapi bab panjat sana sini memang expert..Tu yang tak boleh lepas pandang tu...Takut nanti ada orang yang tergolek dottttt plak...Bahaya...

Nak post resipi pun dah jadi serba salah sekarang...Tapi atas sebab nak keep resipi untuk ingatan dan rujukan diri sendiri dan anak2 dimasa hadapan...Post jugalah.....Dan layan jugalah yaaaaaa.....Gambar...? memang sangat2 mengecewakan.....

Aceli sebelum ni ada juga menyipon...blueberry Chiffon cake resipi dari Kak Nor tapi tak sempat snap gambar..InsyaAllah, ada masa nanti cuba buat sekali lagi...Tak kisahlah nak ulang berapa kali pun..sebab sedap....Ehh...banyak plak bebel....Jommlah layan Chiffon Pisang ni dulu.....

CHIFFON PISANG
Sumber : Kak MadihaA

Bahan-A
  • 7 biji putih telur
  • 3 oz gula halus
  • 1 s.teh cream of tartar (Boleh gantikan ngan 1sk jus lemon)
Bahan-B
  • 7 biji kuning telur
  • 4 oz gula halus
  • 3 oz minyak masak
  • 3 oz air
  • 7 oz tepung naik sendiri
  • 1 s.teh baking powder
  • 1 s.teh garam
  • 2 sb serbuk santan ~ Sue gantikan ngan pati santan
  • 2 biji pisang saiz besar~Lecek  halus ~ Sue guna 5 biji pisang berangan

PENYEDIAANNYA
  1. Pukul Bahan-A sehingga bertanduk.Ketepikan
  2. Pukul semua bahan-B kecuali tepung naik sendiri.
  3. Selepas semua sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi.
  4. Masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
  5. Masukkan ke dalam loyang berlubang dan bakar pada suhu 140'C sehingga masak
Nota : Semasa mengacau, pastikan.......
**  Kacau perlahan dengan satu arah
**  Pastikan kesemua putih telur bergaul, kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih.Jadi bila kita potong kek itu jadi tak halus dan tak cantik...

CARA KAK MADIHaA ~Sue guna cara ni
  1. Gaul kesemua bahan-B kecuali tepung sehingga rata menggunakan whisk.Ketepikan.
  2. Pukul kesemua bahan-A sehingga putih dan telur mengeras (diterbalikkan tidak tumpah).Ketepikan dahulu...Cara Sue....Pukul telur putih sehingga sedikit berbuih.Masukkan cream of tartar/jus lemon dan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul sehingga marigue/bertanduk
  3. Gunakan mixer yang sama dan pukul sebentar bahan-B yang diadun tadi (1).Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sekejap sehingga pekat.
  4. Panaskan oven pada suhu 150'C.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit adunan-A (adunan-A/merigue) sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisker (kacau satu arah sahaja)...Cara Sue...Masukkan sedikit adunan Bahan-A ke dalam adunan Bahan-B dan kacau rata kemudian masukkan Adunan Bahan-A+Bahan-B ke dalam lebihan adunan bahan-A dan kaup balik sehingga rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam adunan chiffon dan bakar sehingga masak.
  7. Bila dah masak, keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
  8. Keluarkan kek dari loyang dengan menyisip tepi2 loyang menggunakan spatula dan bolehlah dipotong dan dihidang..
PERHATIAN : Loyang Chiffon tak perlu digris/dialas) ~ Kak MadihaA bakar guna suhu 150'C selama 30min kemudian turunkan suhu 140'C sehingga genap menjadi 55min masa membakar.(Bergantung pada oven masing-masing)

Friday, March 9, 2012

Moist Chocolate Chiffon

Assalamualaikum...Salam di hari Jumaat penghulu segala hari...

Hari ni Internet baru OK siket..klu tak sebelum ni merangkak macam kura-kura..Nak curi tulang BW pun tak dapat...Jangan kata nak tinggalkan jejak, nak masuk pun tak dapat...dia punya search nya dari pagi sampai ke petang...

Sementara tenet laju ni ambil pluang sapu rumah jap sambil jamu mata para pengunjung ngan chiffon kek yang sedap ni....Dah berkali-kali buat tapi semuanya tak sempat posing mosing...Yang ni pun main tangkap muat jeeee pasal photografer dia bz...ha ha ha ha

Rasa dia...fuhhhhhh betul2 bercoklat dan moist (walau tanpa topping) sesuai ngan namanya..Lembut gebussss tu jangan cakap lah....Mabelessss...terima kasih buat Kak Nor yang sudi panjangkan resipinya dan tidak lupa buat tuan punya resipi CMG....

Oklah..sementara ada pluang dan ruang ni, tuan rumah nak chowwww jap, gi jalan2 rumah kawan-kawan sambil bawa pinggan mangkuk untuk tapau resipi-resipi menarik dan terbaru untuk di cuba.....

MOIST CHOCOLATE CHIFFON
Resipi : C.M.Gebu
Sumber :
Kak Nor Secubit Garam

BAHAN-BAHAN

Bahan- A
  • 100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • ½ camca teh soda bikarbonat
  • ½ camca teh serbuk penaik
  • 1 camca teh esen vanila
  • 50 ml minyak jagung
  • 4 kuning telur (Gred A)
  • 60 g gula halus~Sue guna 50g jee
  • 1 camca besar coklat emulco*
  • 30 g serbuk koko*
  • 100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)
Bahan-B
  • 4 putih telur (Gred A)
  • 120 g gula halus ~Sue guna hanya 60g jeee
  • ½ camca teh cream of tartar
PENYEDIAANNYA
  1. Dalam satu bekas. Satukan kesemua bahan-bahan A hingga sebati. Ketepikan
  2. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental ("Kental" disini bermaksud, jika alat pemukul itu diperbalikkan, puncak yg terhasil kukuh dan tidak terlentok)
  3. Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
  4. Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dengan perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dengan kertas minyak dan disapu dangan mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaja.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak.
  7. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. Hias ikut suka.

Monday, January 30, 2012

Kek Chiffon Pandan

Assalamualaikum...

Dipenghujung bulan Januari...Pejam celik pejam celik sekejap je sebulan berlalu...Bermakna sudah hampir sebulan juga Sara memulakan pengalaman baru dia kat kindergarten.Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar walau pada awalnya menuntut banyak pengorbanan dan kesabaran Mama untuk layan kerenah dia...Dari hari pertama dia menjejak kaki ke sana sampailah untuk urusan transit tengahari dari Kindergarten ke Daycare...Semuanya beri pengalaman baru untuk Sara dan Mama sendiri..

Tak lupa juga Sue nak ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan pandangan beberapa pihak semada secara langsung atau pun tidak terutamanya dari Kak Ros yang banyak memberi pandangan dia di email beberapa bulan yang lalu....Thanks Kak Ros, thanks semua....


He he he... Kita lupakan sekejap kisah anak-anak sekolah....Berbalik pada topik asal kita, iaitu kek chiffon yang amattttt lembut dan sedap ni..Resipi ni Sue ambil dari dapur Mat Gebu@MyR tak berapa lama dulu...Asal resipi perasa keladi tapi dah Sue jelmakan jadi perasa Pandan..

Aceli dah banyakkkkkkkk kali buat kek ni, pertama dulu ikut resipi asal guna pes keladi, dah berkali-kali pun buat cuma time tu selalu jeee tak sempat nak posing mosing....

Walau pun CMG dah cakap kat situ adunan ni menghasilkan kek yang besar, tapi kalau namanya lagi kek chiffon, makan banyak mana pun tak terasa muaknya (pada Suelah, lain orang Sue tak tau)....Jadi Sue pun, guna jeeee resipi yang diberi tanpa pengurangkan sukatan bahan-bahannya..Dan salah satu lagi alasan nak buat kek ni guna sukatan resipi asal ialah pasal nak guna acuan chiffon yang dah lama Sue beli dulu...Kan kalau tak guna kannnnnn ada plak orang yang duk sungut-sungut nanti, asyikkkkk tambah toys jeeee, tapi gunanya tidak.... Ha ha ha ha ha ha.....

KEK CHIFFON PANDAN

Sumber : Mat Gebu @ MyResipi

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 6 kuning telur (gred A)
  • 150 gm gula halus ~Sue kurangkan jadi 100 gm jeeee
  • 100 ml pati santan (guna santan kotak)
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 70 ml air
  • 225 g tepung gandum*
  • 1 ½ camca teh baking powder*(*diayak bersama)
  • 1 camca teh perisa keladi
  • ½ camca teh pewarna ungu
  • Secubit garam
Bahan B
  • 6 putih telur (gred A)
  • 135 g gula halus ~ Sue buh 3 sb jeeee
  • ½ camca teh cream of tartar
PENYEDIAANNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
  2. Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
  3. Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
  4. Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit.
  6. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
  7. Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

Monday, December 13, 2010

Chiffon Cheesecake

Salam Rinduuu....Lamanya tak dapat jenguk-jenguk sini...Ni dah lama buat...Resipi dari blog Kak Wan...Memang puas hatilah dan tak rugi mencubanya....Tapi versi ni dah di adjust siket, buh choc..Asalnya nak wat lorek-lorek kat atas tu jee, tapi tenggelam pula dia...Apa-apa pun ia tetap sedapppp....

Thanks Kak Wan sudi share resipi ni dan macam biasalah minta halal, nak kopipes sini pula untuk rujukan dimasa hadapan....

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 60ml susu cair
  • 40gm keju krim
  • 25gm mentega

Bahan B
  • 65gm tepung gandum
  • 4 biji kuning telur (dipukul sedikit)

Bahan C
  • 4 biji putih telur
  • 100gm gula kaster
  • 1/8 tsp garam halus
  • 1/8 tsp krim of tartar

Walaupun resipi asal tak nyatakan cara bakarnya, tapi disebabkan kek ni ada cream cheese, jadi saya prefer cara water bath...


PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
  2. Satukan bahan A dan masak secara double boiler hingga sebati dan pekat.
  3. Angkat dan masukkan bahan B dan gaul hingga sebati, whisk hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul bahan C hingga kembang dan kental. Masukkan ke dalam No. (3) dan kaup balikkan hingga sebati.
  5. Tuang dalam loyang 9" (tidak perlu dialas/dileser minyak). Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit. Keluarkan kek dari oven dan telengkupkan di atas redai. Biarkan sejuk.