Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Mexico Bun/Papa Bread

Assalamualaikum...Masih terheret ngan Mood Rabu yang kurang untuk berkata-kata...

Namun pertamanya nak ucap terima kasih yang tak terhingga buat sorang insan budiman yang telah sudi menghadiahkan senaskah Aroma keluaran April 2012 walau terpaksa melalui sedikit cabaran yang menjadikan kehadirannya meninggalkan kesan dan ingatan yang tersendiri untuk dikenang...

Dan rasanya masih belum terlambat untuk saya titipkan ucapan tahniah buat KakWan CitarasaWan dan KakCT Delima di atas paparan resipi-resipi manarik dan terpilih untuk kita sama-sama mencubanya...Tahniah, dan saya doakan semoga mereka dan semua blogger-blogger masakan tidak jemu-jemu berkongsi ilmu dan resipi untuk kebaikan kita bersama...

Percubaan resipi pertama dari majalah tersebut...Masih tertarik ngan salah satu penyumbang sumber karbohidrat...iaitu Roti....Alhamdulillah ngan hasilnya

Cuma Sue skip intinya....Sebab budak-budak kat rumah ni tak suka kuih-kuih yang berinti..

Dan satu lagi..Sebelum terlupa, Sue nak ucapkan berbanyak terima kasih buat Kak Nor secubit Garam sebab telah sudi share satu lagi tips segera untuk mengembangkan doh roti iaitu dengan memanaskan oven (Sue panaskan pada 180~200C) kemudian mematikan suisnya dan masukkan dulang pembakar yang mengandungi doh roti siap dibentuk sambil merenggankan sedikit pintu oven.InsyaAllah tak sampai 15 min, doh akan mengembang dengan sempurna dan sedia untuk dibakar....(Sorry..Sue guna ayat sendiri pasal masa baca hari tu tak write-down pun...Main ingat-ingat lupa macam tu jeee, sebab tu Sue tak dapat nak linkkan ke post yang tepat, so Sue linkkan ke add blog jelah yaaaaa.....Jgn Mare ya kak Nor & kawan-kawan)


MEXICO BUN/PAPA BREAD
Sumber Rujukan : Aroma April 2012
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN

Doh Roti
  • 500 gm tepung berprotein tinggi/tepung roti
  • 100 gm tepung gandum
  • 2 sb tepung susu
  • 30 gm mentega
  • 250 air suam/susu suam
  • 50 gm gula
  • 1 steh yis
  • sedikit garam
  • 1 biji telur
Topping
  • 150 gm butter
  • 120 gm gula icing
  • 2 biji telur
  • 1 sk serbuk nescafee
  • 2 sb tepung gandum

PENYEDIAANNYA
Untuk Doh
  1. Campurkan yis, 50 gm tepung gandum dan 50 ml air.Biarkan selama 30 min.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan tepung roti, tepung gandum, gula, garam, telur, mentega dan (1).Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan air/susu sedikit demi sedikit dan uli sehingga membentuk doh.Pindahkan doh ke papan pencanai dan uli lagi dengan menekan sambil menolak doh dengan hujung telapak tangan sehingga membentuk doh yang lembut dan elastik.
  4. Masukkan doh ke dalam mangkuk pengadun dan tutup dengan tuala lembap/wrapping plastik dan perap selama 30 min atau sehingga ia naik dua kali ganda.
  5. Tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.Bahagi kepada beberapa bahagian dan rehatkan seketika.
  6. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil yang sama saiz/berat dan susun di dalam dulang pembakar.Rehatkan ia sehingga dua kali ganda saiznya.
  7. Picitkan topping ke atasnya dan bakar di dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180~200 C selama 20~25 sehingga masak/keperangan..
Untuk Topping
  1. Putar mentega dan gula icing sehingga kembang, masukkan gula satu persatu diikuti dengan nescafee dan tepung.
  2. Apabila kesemua adunan tadi sebati, masukkan ke dalam piping beg dan masukkan ke dalam peti ais sehingga mahu digunakan.

Monday, April 9, 2012

Roti Coklat Berkismis

Assalamualaikum..

Rotiiiii lagiiiiiii....Lately ni sejak dah pandai menguli doh, macam gian plak nak meroti..Kalau ikutkan hati Sue lebih suka buat kek/mufin, tapi sebab pasaran kek/mufin agak merundum kat rumah ni, jadinya terpaksalah beralih arah bukak kedai roti pula walau order sebenarnya adalah donut..Ha ha ha ha ha ha....Almaklumlah..orang tengah gian, lain yang diorder, lain plak yang dibuat...Sabar yaaa Sara, lenkali Mama buatkan donut lagi....

Tapi disebabkan tak cukup kaki tangan, inilah satu-satunya gambar yang sempat diabadikan sebelum chefnya terpaksa bertukar kerjaya dengan serta merta dari tukang masak kepada pakar kanak-kanak yang sebenarnya tak berapa pakar..

Eh banyak plak merapunya..Oklah kita layan jelah roti ni tapi bila kejadiannya usah di tanya pasal tuan punya badan sendiri dah lupa...Tapi yang kat bawah ni, Sue dah tukar penyediaannya ikut terjemahan sendiri, jadi kalau nak tengok versi asal bolehlah rujuk kat rumah Kak Nor yaaaaaaaa....

ROTI COKLAT BERKISMIS
Sumber : DIY HOME BREAD Chef Khoo See Yew
Rujukan : Kak Nor SecubitGaram
Olahan/Terjemahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 300 gm Tepung berprotein tinggi/tepung roti
  • 5 gm susu skim
  • 3 gm Bread Improver
  • 10 gm serbuk coklat
  • ½ s.teh garam
  • ½ s.teh Choc Emulco
Bahan-B
  • 50 gm gula kastor
  • 30 gm telur/1 sb Water Roux
  • 180 gm air sejuk ~ Sue guna air suam
  • 7.5 gm yis
Bahan-C
  • 15 gm mentega
  • 15 gm shortening
Bahan-D
  • 150 gm raising/choc chip
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam mangkuk kecil, masukkan 80 gm air suam, dan kesemua bahan-B.Biarkan lebih kurang 10 min atau sehingga yis aktive/berbuih.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, masukkan kesemua bahan-A dan (1) dan uli sehingga membentuk doh..Tambah baki air jika perlu.
  3. Masukkan Bahan-C dan terus menguli sehingga licin.Pindahkan doh ke papan pencanai dan uli lagi doh selama lebih kurang 10~15 minit (dengan cara menekan dan menolak doh menggunakan hujung telapak tangan) sehingga doh benar-benar licin dan elastik.
  4. Masukkan Bahan-D dan uli lagi sehingga sebati.Masukkan kembali ke dalam mangkuk pengadun dan tutup dengan tuala lembap/wripping plastik dan rehatkan ia selama 30 min atau doh mengembang sekali ganda.
  5. Tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin dan bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil seberat lebih kurang 40gm setiap satu dan rehatkan lagi lebih kurang 10 min.
  6. Sediakan loyang yang dilenser mentega, susun bebola doh tadi dan rehatkan ia lebih kurang 30 min/naik sekali ganda.
  7. Sapukan telur+susu cair dan taburkan bijan di atasnya.Bakar pada suhu 180C selama 20~25 min atau sehingga masak.

Tuesday, April 3, 2012

Roti Kopi Berchip Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tul yaaa tuan rumah duk berhibernasi...Lately ni banyak siket urusan kat luar yang perlu di hadapi dan diselesaikan....Biasalah..lumrah kehidupan..adakala ada masa lapangnya dan ada kala dihimpit sedikit kesulitan...

Oklah..Bila dah lama-lama tak muncul ni tak tau pula nak cakap apa...So kita layanlah dulu roti kopi ni...

Dan ini adalah antara resipi roti yang pernah Sue cuba dan sukeeee ngan hasilnya..Memang lembut dan struktur dia pun seperti yang diharapkan...Resipi dari buku Koleksi Roti tetapi cara penyediaannya telah Sue olah mengikut cara sendiri...

Kalau ikut penyediaan asal Bahan A dan Bahan B dicampur sekali dalam mangkuk pengadun dan diuli sehingga membentuk doh yang lembut dan elastik..Direhatkan dan dibentuk-bentuk.Tapi Sue asingkan dahulu bahan-bahan untuk aktifkan yis baru dicampurkan sekali ke dalam bahan-bahan lain untuk membentuk doh..

Apa-apa pun cara penyediaannya samada secara manual atau dengan bantuan BM yang penting hasilnya kannnnn.....

ROTI KOPI BERCHIP COKLAT
Sumber : Koleksi Roti

BAHAN-BAHAN

Bahan-A

  • 20 gm gula kastor
  • 15 gm telur (Sue guna sebiji)
  • 165 air sejuk (Sue guna 100 ml air suam)
  • 5 gm ragi segera

Bahan-B

  • 250 gm tepung berprotein tinggi/tepung roti
  • 50 gm tepung berpotein sederhana
  • 5 gm susu tepung
  • 2.5 gm pelembut roti
  • 1/2 s.teh garam
  • 40 gm susu pekat
  • 5 gm sebuk nescafee

Bahan-C

  • 30 gm mentega

Lain-lain

  • Cip coklat
  • Badam cincang

PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam mangkuk kecil, masukkan sebiji telur yang dipukul sedikit menggunakan garfu, air suam, gula dan ragi segera..Biarkan lebih kurang 10 minit atau sehingga ragi aktif.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, masukkan kesemua bahan-B dan gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan (1) ke dalam (2) dan uli sehingga membentuk doh.Masukkan bahan-C dan uli sehingga lembut dan kenyal.Pindahkan doh ke atas papan canai dan uli dengan menekan sambil menolak doh tengan hujung telapak tangan lebih kurang 10-15 minit sehingga mendapat doh yang licin dan elastik.
  4. Masukkan kembali doh ke dalam mangkuk pengadun dan tutup dengan tuala lembap/wrapping plastik selama 30 min/doh mengembang sebanyak dua kali ganda.
  5. Tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin dan masukkan cip coklat dan uli sekejap.Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.Rehatkan lebih kurang 10 min.
  6. Bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam loyang pembakar/paper cup.Biarkan doh mengembang dua kali ganda dari saiz asal.Spraykan air dan taburkan badam cincang ke atasnya.
  7. Bakar selama 15~20 minit pada suhu 180C (bergantung oven masing-masing) sehingga masak/keperangan

Wednesday, March 14, 2012

French Loaf wif cheese & Tuna

Salam...

Last week masa jalan-jalan kat Econsave ternampak satu roti terbaru keluaran Gardenia, terus rembat sebungkus..Plan asal nak sapu garlic butter then cicah ngan sup cambells jeeee

Kebetulan plak beberapa hari selepas itew ada BW ke beberapa blog sebab nak search resipi roti dan masa bersinggah ke blog kak Nor@secubit garam ternampak plak post resipi ni kat sana..terusss terguda dan tang-tang tu jugeee teringat kat roti gardenia yang Sue beli kat Econsave tu...

Cumanya Sue olah siket rupa parasnya jadi ala-ala pizza dan pastilah Sue tak guna french loaf sementelah Sue memang kurang menggemari roti tu sebab ia sedikit keras.

Apa-apa pun Sue ucapkan terima kasih buat Kak Anim yang memperkenalkan resipi ni dan buat Kak Nor yang telah memanjangkannya di blog beliau...Disebabkan Sue dah pun oleh ikut suka hati Sue, jadi kepada yang nak tengok resipi asal tu bolehlah bersinggah ke blog Kak Anim/Kak Nor....

FRENCH LOAF wif CHEESE & TUNA
Sumber : Kak Anymz
Rujukan : Kak Nor@Secubit Garam
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 batang french loaf ~ Sue guna roti gardenia
  • 1 tin tuna/sardine
  • 1 biji tomato dihiris bulat2 nipis
  • 1 s.teh lada putih/lada hitam ~Sue tak letak
  • beberapa keping cheese/mozarella cheese
  • Butter secukupnya
  • cheedar cheese ~Ni Sue tambahkan lemak dibadan
  • Mayonis secukupnya ~Ni Sue tambahkan lemak dibadan
  • Thausand Island secukupnya ~Ni Sue tambahkan lemak dibadan
  • Sos cili secukupnya ~Ni Sue tambah
PENYEDIAANNYA
  1. French loaf di potong bulat-bulat atau menyerong ~Sue guna roti gardenia, dah siap potong
  2. Tuna/sardine dilenyek hancur ~Sue guna sanwich tuna ayam brand ,sedia diguna
  3. Ambil sekeping french loaf yang sudah dipotong, sapu butter diatasnya dan letak tuna/sardin diikuti dengan tomato.
  4. Taburkan cheddar cheese di atasnya..
  5. Pipekan thousand island dan mayonis diikuti sos cili.
  6. Kemudian letakkan slice cheese di atasnya
  7. Bakar di dalam oven 10~15 min pada suhu 180C (Bergantung kepada oven masing-masing)

Monday, February 27, 2012

Roti John

Assalamualaikum..

Paparan menu bekpes last week...Masak ringkas-ringkas jeeee tapi dapat 1½ ketul kenyang sampai ke tengah hari.....

Sarapan ringkas dikala kehabisan idea untuk sarapan...Tapi Sue terlebih rajin siket buat 2 versi..Satu versi pedas dan satu lagi versi kurang pedas untuk Sara, Ieya dan Is..Dan untuk diorang jug Sue tak buh sos, Thousand Island dan juga mayonis..Biar plain macam tu jeee...

Kalau untuk makan kat rumah sedap juga kalau di tambah ngan taburan charchos yang di ramas kasar..Baru ada rasa krup krap krup krap semasa menikmatinya....

ROTI JOHN
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji roti bun
  • Salad secukupnya
  • ½ batang mentimun (potong membulat)
  • ½ biji tomato (potong membulat)
  • Thousand Island
  • Mayonis Salad
  • Sos Cili
Untuk Inti Pedas
  • 250 gm daging cincang
  • 1 labu bawang merah holand (potong dadu)
  • 1½ sb cili boh
  • 1/4 kiub pati ayam
  • Garam secukupnya
  • 2 biji telur
Untuk Inti Putih
  • 250 gm daging cincang
  • 1 labu bawang merah holand (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • ½ sk serbuk lada putih
  • ¼ kiub pati ayam
  • garam secukupnya
  • 2 biji telur
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Inti Pedas - Tumis bawang merah dan cili kisar sehingga naik bau, masukkan daging dan kacau sehingga daging ½ masak.
  2. Masukkan kuib pati ayam dan perasakan dengan sedikit garam.Setelah daging masak, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk Inti Putih - Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging ½ masak.
  4. Masukkan kiub pati ayam, lada putih serbuk dan perasakan dengan sedikit garam.Setelah masak, angkat dan ketepikan..
  5. Untuk Bancuhan inti - Di dalam mangkuk, pecahkan 2 biji telur dan masukkan inti pilihan samada Inti Pedas/Inti Putih.Kacau sehingga bercampur sebati..Ketepikan.
  6. Untuk Roti John - Panaskan pan dengan api perlahan, sementara itu belah tanpa putus roti ban dan sapukan batter..Telengkupkan roti di atas pan dan biarkan lebih kurang seminit..angkat dan ketepiakn
  7. Sapu pan dengan sedikit minyak sayur, sendukkan sesenduk (5) ke dalam pan dan ratakan agak2 saiz bukaan roti.Telengkupkan roti diatasnya dan biarkan sehingga inti masak.Angkat.
  8. Letakkan (7) di atas plate dengan bahagian yang ada inti di atas, letakkan sayur pilihan seperti salad, mentimun dan tomato di atasnya.Letak pada sebelah bahagian sahaja.
  9. Pipekan sos cili, thousand island dan mayonis.Tutup roti tersebut dan sedia dinikmati..
Note : Jika mahu makan segera, sedap juga di taburkan chachoss yang diramas kasar di atasnya..Yang ni Sue tak buh sebab untuk bekalan...

Wednesday, February 22, 2012

Egg Benedict

Assalamualaikum...

Sarapan simple weekend lepas..sebelum ni tak pernah terfikir nak buat ni...Tapi sekali terbuat dan merasa kesedapannya...Haaaaa berkali-kali mau buat...

EGG BENEDICT

Resipi : Zurin@NyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam
PENYEDIAANNYA
  1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  2. Letakkan sekeping roti di dalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

Friday, February 3, 2012

Mexican Bun Ala RotiBoy

Assalamualaikum...Dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung...

Mau minum petang...? Jommmmmm kita nikmati keharuman bau kopi dari Mexican Bun yang tak seberapanya ini...Almaklumlah, sekarang dah start berjinak-jinak untuk sediakan doh roti sendiri..sementelah lagi selepas mendapat tips mudah dan berguna sediakan doh dari Kak Ros@JintanManis yang sekarang ni sudah pun menyatakan hasratnya untuk berhenti dari dunia berblogging atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan..Doa Sue semoga segalanya dipermudahkan olehNya dan beliau tabah menghadapi ujian dariNya kerana kita hamba biasa tidak dapat tidak pasti akan berdepan pelbagai cabaran dan pahit manis dalam kehidupan kita sebelum kembali kepadaNya menuju ke alam yang abadi....

Kembali kita ke tayangan kita petang ni..Walau masih banyak kekurangan yang ada pada roti ni, tapi Sue saja nak paparkan kat sini sebab hasilnya pada Sue dah Ok cuma ada sedikit komen yang kurang memberangsangkan dari Cik Hubby..Iyalah kan, kalau nak banding roti Sue ngan kat Lavender (Kedai bakery kegemaran dia tuuuu) memanglah jauh dari langit dan bumi...Almaklumlah kat sana yang sediakan roti tu semuanya yang bertopi tinggi tu, dan kat sini harap kasut jeee yang tinggi ha ha ha ha ha ha....

Cuma satu jee yang Sue kurang berpuas hati tang roti Sue ni, toppingnya jadi sedikit melekit pada keesokan harinya..May be pasal cream yang Sue sediakan tak pun sebab Sue simpan roti tu dalam kontainer makanan semasa dia masih suam-suam lagi...Iyalah, kat sini ramai sangat Cik Mamutnya..Jadinya semua yang bernama makanan mesti di simpan dalam bekas kedap udara...Lepas baking tu, nak tunggu sejuk sepenuhnya dah tak larat pasal ngantuks sangat sementelah lagi keesokannya nak kena bangun awal untuk sediakan apa yang patut dan bergegas pula ke tempat kerja....

MEXICAN BUN ALA ROTIBOY
Sumber : Mawfiz @ MyResipi
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 375 gm Tepung superfine
  • ½ sk Garam
  • 2 sb Gula
  • 2 sb Susu skim
  • 1 sb Susu pekat
  • 1 biji Telur
  • 1 sb Shortening
  • 2 sb Margerin
  • 1 sk Pelembut roti
  • ½ Pembaik roti
  • 125 ml Air suam
  • 1 sb Gula
  • 1½ sk Instant Yis

Topping
  • 75 gm Butter
  • 50 gm gula
  • 50 gm Tepung kek
  • sebiji telur
  • Perisa kopi/nescafe secukup rasa
Inti
  • 75 gm butter lembut
  • 25 gm gula perang
  • sedikit garam
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam mangkuk/bekas kecil, masukkan air suam dan gula.kacau sehingga gula larut dan masukkan yis..biarkan 5~10min atau sehingga larutan tersebut berbuih.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, masukkan kesemua bahan-bahan doh dan uli sehingga menjadi doh yang elastik.(Boleh gunakan bread mixture atau gunakan tangan)
  3. Apabila doh telah terbentuk, rehatkan doh di dalam bekas yang ditutup dengan tuala lembap/plastik wrapping selama 30mini.
  4. Selapas 30minit, tumbuk doh dan uli semula.
  5. Bahagikan doh seberat 55gm dan bulatkan dan masukkan inti
  6. Letakkan di atas loyang yang telah digris dengan shortening
  7. Tutup dengan tuala lembab dan lakukan fermantasi selama 1jam
  8. Sementara menunggu fermentasi selesai, sediakan bahan toping
  9. Untuk Topping --> Campurkan semua bahan topping dan pukul sehingga sebati (menjadi krim)
  10. Gunakan paip kek untuk spread pada permukaan doh roti dalam bentuk bulatan
  11. Pastikan fermentasi roti telah selesai sebelum krim di letakkan.Bakar pada suhu 180c selama 20min

Monday, July 11, 2011

Roti Lapis Berdaging

Salam..Emmm lama bebenor tuan rumah tak bersinggah sini..Rindu rasanya nak kembali berblogging...

Tapi sebab lama benor berhibernasi, idea pun macam suraammmm jeeeee tambah pula ngan MondayBlues....Apa-apa pun, tuan rumah tetap nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi bersinggah sini dan insyaAllah, nanti kalau sempat Sue akan berblogwalking macam biasa walau pun sedikit lempap..Ngeeeee....

So untuk acara pemanas badan ni, kita layan dululah Roti Lapis Berdaging ni...Resipi dari Kak-E Kat MyR...Sebelom ni pun dah pernah buat...Kiranya ni dalam kumpulan ulang tayanglah yaaaaa.....

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser
PENYEDIAANNYA
  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  5. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  6. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  7. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  8. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  9. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  10. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  11. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

Thursday, April 7, 2011

Lapis Roti Berdaging

Salam pagi Khamis...Jommm kita sarapan Lapis Roti Berdaging...


Versi asalnya boleh rujuk sini...Yang kat bawah sini dah 'diderhakakan' oleh tukang masak ni....Dah jadi versi plain dan ditambah pula cendawan butang....Ialah, dah pelanggan tak mau pedas..Nampak kaler merah siket pun, terus 'dicakapnya' pedassss...habisss camno...? Jadi, untuk jadi 'pengusaha gerai' yang berjaya mesti ikut kehendak 'pelanggan'.... "Customer always right" Aaaaaaa Tidakkkkkkkk..........Hu hu hu hu

Oklah, jom intai2 resipi versi derhaka kat bawah ni, sajalah kan....Mana taw dimasa akan datang Sara nak masak ni, bolehlah rujuk kat sini....Dan Sue guna aluminium cup ni pasal kat rumah ni tadak 'coserol' malas pula nak kotorkan loyang jadi sebagai alternativenya, buh dalam sini..Senang sikit nak bungkus dan kira 'rege'nya nanti.

BAHAN-BAHAN
  • 10 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 1 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (Cheedar/mozarella/Parmesan) ~banyak ikut suka
  • Sedikit margerin untuk melenser
Bahan Inti
  • 2 biji kentang di potong dadu
  • 100gm daging cincang
  • 4 biji cendawan button (dipotong slice)
  • *1/2 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit lada putih (serbuk) ~ klu guna grinder tu, 2~3 kali pusing jeeeee
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis

PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Inti :- Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi.Kemudian masukkan sedikit lada putih.
  2. Masukkan kentang dan daging cincang.Kacau sehingga mesra.Tambah air secukupnya untuk mengempukkan kentang.Tutup kuali.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan cendawan button dan perasakan.Masak lagi sehingga intinya lembap-lembap....(Tidak terlalu berair~tidak juga terlalu kering)
  4. Untuk Lapis Roti :- Di dalam bekas pengadun, masukkan susu, telor dan secubit garam.Pukul sehingga sebati menggunakan whisk.
  5. Kemudian koyakkan kasar-kasar roti dan masukkan kesemua roti dalam (4).Ramas-ramaskan kesemua roti tadi sehingga hancur.
  6. Sudukan sesudu adunan roti tadi ke dalam cawan aluminium..Kemudian masukkan inti daging dan tutup kembali dengan adunan roti.
  7. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  8. Bakar pada suhu 190C (bergantung oven masing-masing) selama lebih kurang 20minit atau sampai lidi tak leka. ~ Sue guna api atas dan bawah
  9. Boleh dihidangkan semasa panas-panas dan jika inginkan pedas boleh hidangkan bersama sos cili kegemaran masing-masing....

Yang Bawah ni Versi asal dari Kak Umi-e MYR....Thanks ya Kak, sudi share resipi sedap ni....Kopipes sini pula

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser
PENYEDIAANNYA
  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

Thursday, March 24, 2011

Roti Sosej Berkeju

Salam...Lama bebenor rasanya tak buat tayangan pasal makan-makan....Emmm untuk permulaan ni, apa kata kita jamu mata ngan hidangan yang simple-simple je..Almaklumlah 'handbag' ni selalu pula buat latihan vokal, jadinya tak boleh nak bertapa lelama kat 'makmal' ni....Nak bereksperimen..? sorryyyyyy...sah sah lerrr tak sempat....

Ini resipi asal sempat...Awalnya nak salut ngan bread crump je... tapi baru ku tersedar dari mimpi rupanya dah tarak dalam stok lagi...Jadinya gantikan saje ngan nestum+oat....Oklah, jom kita intai-intai resipi tangkap muat niiii.....

BAHAN-BAHAN
  • 6 keping roti sanwich
  • 6 batang sosej (plain/keju/black peper etc) ~ Direbus
  • Nestum+oat (secukupnya untuk salutan)
Bahan pencelup
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung beras
  • 1/2 biji telur (nak buh sebiji cam banyak sangat, jadinya agak2lah yaaaa)
  • *1 sb parmesan cheese parut
  • *1 sb cheedar parut (*optional)
  • Garam secukup rasa
  • Air untuk bancuhan secukupnya
  • 1 sk Eno
PENYEDIAANNYA
  1. Bancuh kesemua bahan pencelup kecuali eno sehingga sebati (seperti bater utk goreng pisang) ~ Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan...
  2. Gelek roti sehingga nipis dan rollkan sosej..Potong dua dan ketepikan.
  3. Keluarkan (1) dari peti sejuk dan masukkan Eno.Kacau sebati.
  4. Celup (2) ke dalam (3) dan golek-golekkan ke dalam campuran nestum dan oat.
  5. Goreng terendam sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.
  6. Sedia dihidang bersama sos & mayonis mengikut selera....

Thursday, January 20, 2011

Roti Pizza Simple

Bila perut merasa lapar tapi badan malas nak bekerja kuat...Pasti ada alternativenya...He he he..

Thanks Sofieza untuk idea yang mabeles ini....Suke tak..suke tak ngan idea ni.....Tapi yang kat bawah ni Sue ubah siket penyediaannya, buat ikut cara sendiri...Dan kalo nak tengok resipi asalnya boleh jenguk kat dapur sana....



BAHAN-BAHAN

  • Beberapa keping roti potong
  • Sayur 3 beradik (Jagung, kacang peas & lobak merah)
  • Sosej ~Rebus sekejap dan hiris tipis
  • Filamen Crab ~Rebus sekejap dan potong membulat
  • Kepingan slice cheese ~ dipotong
  • Cili sos
  • Mayonis
  • Mentega/butter
  • Serbuk lada hitam & serbuk lada sulah (Optional)

Buat 2 versi..Satu tanpa sos untuk budak kecik dan lagi satu untuk budak besar ni....

PENYEDIAANNYA
  1. Sapu permukaan roti dengan butter/mentega.
  2. Letakkan sosej dan crab diatasnya.Kemudian taburkan sayur 3 beradik.
  3. Paipkan mayonis dan sos cili di atasnya.
  4. Susun slice cheese dan jika ada parmesan/mozarella/cheddar pasti lebih sedap...
  5. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah di atasnya. Bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga cheese mencair.
  6. Sedia dinikmati untuk mengisi perut yang kosong....

Saturday, November 13, 2010

Roti Sosej dan Sayur Campur

Salam buat semua yang berkunjung ke blog ni...

Hari ni tadak resipi baru, tapi dok tayang gambo yang tak basi-basi ni...Yang realnya dah selamat terjun kat dalam peyot ni haaaaa.....pasal dah lama buat cuma masa yang tak izinkan untuk update ketika itu.....Dalam dok korek-korek simpanan gambor lama-lama, tetiba jumpa yang ni dok terselit kat folder...

Ingat lagi sumbernya dari mana...?Mestilahhhhh...Pasal ni project ala-ala pizza pertama yang pernah dicuba, buat pun dalam kuantiti yang siket dan buh je dalam acuan aluminium tuuuu....Pasal time tu belum kopiden lagi bab uli menguli ni....Almaklumlah...Uli pakai kederat tulang empat kerat ni jeeee....Bahan inti pun main belasah sosej n sayur campur jeee.....Buah cempedak di luar pagar katakan....Jadinya takutlah nak harap apa-apa....Tawakkal jelah niiiii....

Tapi alhamdulillah....Sib baik hasilnya agak membanggakan.....kih kih kih....Suntikan semangat tuuuu tuk nguli lagi dilain kali.....

Sumber resipi dari blog NurIndah....Kalau kat sana buat pizza, yang kat sini buat ala-ala roti sosej sayur yang macam kat bakery tu jeee......Apa-apa pun thanks buat Nur pasal telah memanjangkan resipi ni dan buat kak Azlina juga kerana sudi share resipi ni....Minta izin kopi-pes kat sini pula buat ingatan dan rujukan di masa hadapan



BAHAN-BAHAN

  • 500 g tepung gandum high protein
  • 1 paket yis segera ( 11 g )
  • 50 g majerin
  • 1 sudu makan shortening
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200 ml air suam
  • Serbuk oregano utk tabur atas pizza )
  • Sos pizza - nak bubuh sos cili biasa pun ok je )
  • Nenas dipotong2 ) topping pizza
  • Cili benggala dipotong2 kecil )
  • Bawang besar dihiris2 )
  • Keju mozzarella di sagat )
  • Tambahan Nurindah: cendawan butang hiris, udang siap kopek, sosej ayam hiris.

PENYEDIAANNYA
  1. Tuang air suam dan masukkan yis, gula, susu dan shortening. Kacau2 sikit
  2. Biar sebentar hingga yis berbuih2.
  3. Masukkan separuh tepung gandum ke dalam adunan. Gaulkan.
  4. Masukkan telur yang dipukul dan garam. Sebatikan dengan adunan tadi.
  5. Masukkan baki tepung dan uli sehingga dohnya tak melekat di bekas.
  6. Rehatkan 5 - 10 minit. Semasa proses ini sekiranya masih lembik boleh masuk tepung sikit.
Haaaa...Puas ati dapat buat sendiri, boleh lambak@buh sos dan mayonis semahunya...Pahtu sedapkan lagi ngan keju parut sesedap rasa...




NURINDAH (UPDATED): Perap doh selama satu jam. Lepas tu, tumbuk2, baru bentukkan.
NOTA KAK AZLINA: Buat la apa yang anda inginkan dengan tepung tu, pizza boleh, donut pun boleh, ikut la kreativiti masing2 ya. Akak pernah buat ban bilis, memang sedap walaupun simpan kat tempat frozen.
Lembut dan gebu...