Showing posts with label Itik. Show all posts
Showing posts with label Itik. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Itik Masak Rempah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Salam di hari jumaat..

First time ni masak itik...main agak-agak jeee..eeeerrrrkkkk..bukan resipi agak-agak tapi tak tau nak agak berapa lama masa diperlukan untuk empukkan daging ia..adakah macam memasak ayam daging atau macam masak ayam kampung...

Tapi Sue ambil langkah selamat dengan melebihkan sedikit masa renihnya dan pastikan dagingnya lembut terlebih dahulu baru dimasukkan santan pekat...

Any komen dari sesiapa yang pernah masak daging itik.....?

ITIK MASAK REMPAH
Sumber : Majalah RASA Ogos 2011

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor itik
  • 250 ml santan pekat
  • 250 ml santan cair
  • 2 batang serai ~titik
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji kentang ~Sue tak letak
  • * 5 tangkai cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • * 7 ulas bawang merah
  • * 5 uas bawang putih
  • * 2cm halia (kesemua bahan* dikisar/blend)
  • ** 2 sb serbuk ketumbar
  • ** 1/2 sb serbuk jintan manis
  • ** 1/2 sb serbuk jintan putih
  • ** 1 sb lada hitam serbuk 
** Sue tak ada kesemua stok bahan** dalam bentuk serbuk..Jadi Sue sangrai bahan-bahan tersebut yang dalam keadaan biji sehingga wangidan kisar dengan kisar kering sehingga membentuk serbuk
  • 60 gm kerisik
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit nisan/gula melaka
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga wangi..Api jangan terlalu besar takut nanti bahan penumis menjadi hangus.
  2. Kemudian masukkan bahan blend* dan rempah sangrai**.Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukan santan cair dan itik.Kacau rata dan biarkan selama 15 minit dan itik agak empuk.
  4. Masukkan santan pekat,serai,kerisik,daun limau purut,nisan dan garam secukupnya..Gaul sebati sehingga pekat dan itik empuk.
  5. Angkat dan sedia dihidang...