Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Sambal Goreng Kacang Botol


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kita tayang yang ringkas-ringkas jelah...2in1...boleh jadi lauk dan sayur sekali....Enjoyyyyy....

SAMBAL GORENG KACANG BOTOL
Sumber Rujukan : Sajian Tradisi bersama Chef Wan eksklusif untuk Avon


BAHAN-BAHAN
  •  4 s.besar minyak masak
  • 300 gm udang segar
  • 400 gm kacang botol (hiris halus/sederhana)
  • Sedikit jus limau kasturi ~Jika suka
  • garan dan gula secukupnya
Bahan Tumbuk Halus
  •  6 angkai cili merah (buang biji)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 s.teh belacan
  • 2 s.besar udang kering
PENYEDIAANNYA
  1.  panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau
  2. masukkan udang dan goreng seminit dua kemudian masukkan kacang botol.
  3. Perasakan dengan garan dan gula secukupnya dan sedikit jus limau.
  4. letakkan ke dalam pinggan dan sedia dihidang.

Saturday, September 14, 2013

Rendang Udang Minangkabau

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menu simple-simple sesekali nak ubah selera....Nak buat pun taklah rumit sangat, sesuai juga buat suri-suri rumah yang berkerja....


Cuma untuk resipi ni Sue tak guna jintan manis dan jintan putih yang serbuk sebab takde stok..tapi boleh je guna yang biji..kalau rajin, sangrai dulu jintan manis dan jintan putih tu sebelum dikisar..Tapi Sue ambil jalan pintas....Tak blend sekali pun ngan bahan tumisan tapi masa panaskan minyak tu, masukkan jintan putih dan jintan manis biji tu terlebih dahulu, masukkan sekejap jeee..jgn lama2 nanti hangit, then masukkan cili boh..bila cili dah garing, baru masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga terbit bau...Then ikut sajalah step yang seterusnya....Ini sebab nak skip masa yang terhad, tapi kalau cukup bahan dan rencah...follow sajalah 100% resipi asal...Oh yaaaa..yang kat bawah ni step resipi asal seperti yang tertera kat buku masakan tu...Cara Sue tu cara orang nak nak masak cepat-cepat..he he he....

RENDANG UDANG MINANGKABAU
Sumber : - (Nanti Sue update..lupa plak tajuk buku resipi dan penulisnya)

 BAHAN-BAHAN
  • 10 ekor udang besar
  • ½ cwn minyak masak
  • 4 s.teh serbuk cili ~ Sue gantikan ngan cili boh
  • 1½ mangkuksantan (perahan dari 1½ biji kelapa)
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun kunyit
  • ½ cwn kerisik
Bahan-Bahan B (Dikisar)
  • 1 s.besar biji ketumbar
  • ½ s.teh jintan putih
  • ½ s.teh jintan manis
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi ~ Sue tak letak..Ada budak2 kecik dalam rumah ni
  • 5 cm lengkuas 
PENYEDIAANNYA
  1.  Panaskan minyak di dalam kuali.Goreng udang setengah masak.Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan B dan serbuk cili menggunakan minyak masak yang sama sehingga terbit bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau
  4. Masukkan serai dan daun kunyit.Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan udang dan juga kerisik.Gaul sehingga sebati.Sedia di hidang...

Friday, August 2, 2013

Butter Prawn

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Untuk yang beragama Islam, Sue ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa...InsyaAllah jika ada keizinan darinya, minggu depan kita akan sama-sama menyambut kedatangan Syawal...

Alhamdulillah setelah sekian lama nak mencuba butter prawn ni untuk kali kedua (setelah percubaan pertama dulu fail...Jadi scramble egg) akhirnya tertunai juga di bulan yang mulia ni...

Tapi masih belum berpuas hati sebab juraian yang diperolihi masih kasar dan kurang rangup...Tapi takpe...InsaAllah lain kali cuba lagi dan akan cuba perbaiki dari masa ke semasa....

Apa pun..Terima kasih buat Kak Nor atas resipi ini..Selamat berpuasa....

BUTTER PRAWN
Sumber Rujukan : Kak Nor @Secubit Garam

BAHAN-BAHAN
  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
PENYEDIAANNYA
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang.
  2. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu.
  4. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  5. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala. 
  6. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. 
  7. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
  
Note dari Kak Nor :-
  • K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
  • boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
  • buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
  •  jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Tuesday, February 26, 2013

Udang Goreng Telur Masin & Sayur Campur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni nak kongsi lagi menu simple2 yang diadaptasi dari resipi asal iaitu Ketam Goreng telur Masin tapi Sue dah tukar bahan utamanya daripada ketam kepada udang.

Sedapppp cuma tak berapa puas hati sebab masukkan 2 biji jee telur masin sebab itu je stok yang ada kat umah..Takpe, len kali buat lagi...

Udang Sue buang kulit sebab nak nikmati sepenuhnya isi udang dan salutan telurnya....

UDANG GORENG TELUR MASIN
Sumber : Kak Zila 4ever

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm udang 
  • 10 biji cili padi ~Dihiris ikut kepedasan masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sb butter/mentega
  • 5 biji telur masin
  • 1 sk gula
  • 3 sb susu cair/sejat
  • 2 ulas bawang putih ~Dicincang
  • 3 sb tepung jagung
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada sula
  • Minyak masak utk menggoreng
 PENYEDIAANNYA
  1.  Rebus telur masin sehingga masak.Kemudian asingkan kuning dan putih.Hancurkan bahagian kuning.~Kak Zila tambah 1 biji bahagian putih ~ Sue pun
  2. Bersihkan udang dan buang kulitnya kecuali sedikit dibahagian ekor.Bersihkan dan salutkan dengan tepung jagung.Goreng sehingga kekuningan.Ketepikan
  3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak sayur dan butter.Tumis bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukka cili padi dan daun kari.Masak lagi sehingga wangi.
  5. Masukan telur masin yang dihancurkan
  6. Masukkan susu segar, gula dan lada sulah.Perasakan kesemuanya dengan secubit garam
  7. Kacau rata.Tunggu sehingga ia sedikit berbuih, masukkan udang goreng tepung tadi dan kacau rata.
  8. Sedia dihidang.

SAYUR CAMPUR

Ni menu semua orang tahu buat...Tumis2 bawang merah dan putih, tambah perasa dan masukkan apa saja sayur dan bahan sampingan yang disukai...Kacau goreng then siapppppppp

 

Monday, February 25, 2013

Udang Bermadu dan Sayur Campur

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...

Ni menu dinner beberapa hari lepas, tapi tak pastilah hari apa...Cuma yang pastinya selepas Kak Linapg menayang honey prawn kat blog beliau beberapa hari yang lalu..Terus terguda dan kebetulan semua bahan tersedia kat dalam esbox...Sooo apa lagi, project jalanlah....

 

Cuma paste Sue terlebih siket, tu yang nampak macam samballah plak...Eheemmmm atau stock udang yang dah tinggal ciputttt..Apa-apa pun honey prawn ni memang sedappp....Len kali boleh buat lagiiiiii..

Thanks untuk Kak Lina pg yang memanjangkan resipi ni yang katanya amat pemessss suatu ketika dulu dan buat tuan asalnya Kak Dayang Jack....

UDANG BERMADU
  
 BAHAN-BAHAN
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
PENYEDIANNYA
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
  3. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit.
  4. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  5. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar.
  6. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

SAYUR CAMPUR

Memandangkan sekarang Is pun sudah mula berminat ngan sayur dan suka meratah sayur time makan nasi, so untuk terus menyokong minatnya tu, Sue akan potong nipis2 setiap sayuran yang ada, dah jadi ala-ala kerabulah plakkkkkk....Tapi masakannya masih guna kaedah tumis.... 
 

Kaedahnya samalah macam penyediaan sayur2 yang lain, tumis bawang merah dan putih hingga wangi, then masukkan fish ball ke, ayam cincang ke, fishcake ke atau apa2 yang seangkatan dengannya..Tambah sedikit air dan perasakan secukupnya samada nak tambah sos tiram, secukup rasa, kiub pati ayam atau memadai secubit garam dan sedikit gula bergantung citarasa masing2..Bila dah secukup rasa, masukkan sayur dan kacau sekejap jeee memandangkan kesemua sayur dah dipotong nipis2 untuk mengekalkan kerangupannya...Dan sedia untuk dihidang....

Saturday, January 26, 2013

Masak Lemak Cili Api Cendawan


Assalamualaikum..

Paparan lemau lembap tuan rumah....

MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN
Sumber : 1 hari 1 resipi ~ 365 resipi istimewa Chef Hanieiza

BAHAN-BAHAN
  • 20 tangkai cedndawan tiram (koyak)
  • 10 ekor udang (buang kulit)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 5 biji jagung muda ~ Sue xletak
  • 2 batang serai
  • 2 cwn santan (1/2 biji kelapa)
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 10 biji cili padi ~ Sue kurang
  • 3 biji bawang merah
  • 2" kunyit hidup
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk.
  2. Masukkan udang, lobak merah dan jagung muda.
  3. Masak sehingga mendidih
  4. Masukkan cendawan dan santan.Kacau rata
  5. Bila mendidih, tutup api dan hidangkan

Tuesday, November 27, 2012

Udang Percik

Salam...Kembali bersiaran ngan menu dinner kitorang semalam...Terasa lama plak tak makan nasi berlaukkan udang ni, kebetulan masa duk belek-belek buku resipi terjumpa resipi ni dan kebetulan semua bahan pun tersedia so apa lagi..project pun bermula.....

Dan kesempatan ni, Sue nak ambil peluang minta maaf jika tak sempat nak balas komen kawan-kawan sebelum ni..Bukan tak sudi tapi situasi kurang mengizinkan buat masa itu...Tapi Sue ada membacanya...Dan kala kesempatan yang ada juga, Sue berBW cuma jarang-jarang tinggalkan jejak..Apa-apa pun terima kasih kepada yang masih sudi jenguk-jenguk ke sini walau tuan rumah nampak gayanya makin suam-suam kuku membuka rumahnya.....

UDANG PERCIK
Sumber :Edisi Khas Udang (Kompilasi Majalah Karangkraf)


BAHAN-BAHAN
  • 1 kg udang
  • 1 biji kelapa (diambil santan)
  • 1/4 keping nisan
Bahan Kisar Halus
  • 100gm bawang merah
  • 100gm lengkuas
  • 30gm belacan
  • 30gm cili kering
  •  20gm halia
  • 20 gm bawang putih
  • 10 gm jintan putih
  • 4 batang serai
PENYEDIAANNYA
  1. Perap udang dengan sebahagian bahan kisar.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis sebahagian lagi bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan santan, gula melaka dan kacau sehingga larut.Perasakan dengan sedikit garam.
  4. Setelah kuah masak dan pecah minyak,bolehlah dituang ke atas udang dan sedia dihidang...

Tuesday, December 27, 2011

Kulat Sisir Masak Lemak Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom hari ni kita layan kulat sisir pula..Secara jujurnya ni baru 1st time Sue makan kulat ni...Sebelum ni pernah dengarlah tapi belum pernah berpeluang merasanya sementelah lagi ia amat susah untuk di dapati dipasaran sekarang...


Sehinggalah last week masa Sue gi meninjau-ninjau kat Pasar Tani Kota Kemuning kat both sayur kampung nampaklah sorang mak cik tu jual kulat ni...Untuk kepastian sekali lagi, Sue pun tanyalah kat Makcik tu dan dia mengiyakan..Sebungkus RM3, tapi Sue dengan tamaknya nak beli 2 bungkus, minta kurang 2 bungkus RM5..Alhamdulillah mak cik tu kasi...Siap tanya lagi Sue asal mana, jawablah Trg..So Mak Cik tu jawab.."Ooooooo patutlah biasa makan kulat ni, orang sana yaaaaaaa"..

Ha ha ha ha ha...Tetiba pula Sue terasa nak tergelak kat dalam hati...Bukan apa, sepanjang hayat memang tak pernah jumpa pun kulat ni apa lagi nak makannya...Mak Sue tak pernah pun masak ni, logiklah..zaman dulu-dulukan diorang 'pungut' kulat ni kat kebun-kebun getah dan kalau kurang bernasib baik, ada risikonya jika kebetulan time tu Tuan Kebun/pekerjanya baru saja meracun kat kebun mereka.

Tambahan pula ada satu text masa Sue darjah dua kalau tak silap yang bertajuk "Nasinya tumpah" yang mencerita satu keluarga petani yang kehilangan seluruh ahli keluarganya kerana termakan kulat sisir beracun kecuali seorang anak bongsunya, itu pun kerana nasinya tumpah dan jatuh ke tanah dimakan ayam...Jadinya pengajaran yang cikgu berikan dari text berkenaan ialah jangan sesuka hati mengutip cendawan dikebun2 kerana ia belum tentu selamat untuk dimakan...Tambahan pula, mak Sue pun cakap macam tu...Itu sebabnya tertanam kat jiwa raga ni cendawan adalah beracun..


Sampailah Sue datang ke KL...Tapi awal penghijrahan Sue dulu, cendawan adalah sesuatu yang amat asing dalam hidup..Sue akan anggap semua cendawan tidak terjamin keselamatannya untuk dimakan.Tapi biasalah, jauh perjalanan luas pandangan dan makin ramai yang kita jumpa, kenal dan berkawan, makin banyak pengalaman yang bakal kita tempuhi dan pelajari..Jadinya bermula dengan cendawan tiram yang Sue makan dalam tomyam yang diorder sekitar Taman Keramat KL, kemuadian button yang dalam dalam tin dan seterusnya cendawan shitake yang 1st time Sue makan time Office Anual Dinner..Akhirnya cendawan menjadi salah satu kegemaran Sue...

Dan sekarang bila balik kg, Sue dah biasa jumpa cendawan tiram kat dalam peti ais rumah Mak Sue..Iyalah, bila sudah ramai anak-anak yang berhijrah dan berkahwin dengan orang 'luar', jadinya Mak pun sedikit sebanyak terpaksa berhadapan dengan budaya baru dari anak menantu...

Alamak...panjanglah pulak ceritera tuan rumah hari ni...Jadinya rentetan dari 'penemuan pertama' kulat sisir ni, dan hasil perisikan ngan kawan-kawan yang dah biasa ngan kulat ni untuk mengetahui cara membersihkannya...Then mendapatkan beberapa resipi yang sesuai..So terhidanglah salah satunya dan ini merupakan resipi pertama Sue yang berasaskan kulat ni...

KULAT SISIR MASAK LEMAK UDANG
Sumber : Eenat @ MyREsipi

BAHAN-BAHAN
  • 1 pot - Kulat sisir, direndam dan dibersihkan dengan garam
  • 10 ekor udang sederhana
  • 1 kotak kecil santan pekat - kalau nak cair, tambah air
  • 1 batang serai dititik
  • 1 helai daun kunyit dikoyak-koyak
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 keping asam keping @ gelugor
  • Sedikit minyak utk menumis
Bahan Blend
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5-10 tangkai cili api (ikut kepedasan masing2)
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak, letak serai yg dititik tadi. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan blender. Masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kulat sisir, udang, santan, daun kunyit, garam, perasa dan asam keping. Perasakan kuah.
  4. Biar didih, kemudian matikan api. Siap.

Tuesday, October 11, 2011

Udang Masam Manis

Assalamualaikum...

Dah lunch ke...? Bagi yang bekerja pasti ada yang dah 'lunch time' atau terpaksa tunggu lebih kurang stengah jam lagi untuk keluar opis..kan kan kan...kat opis Sue lunch time ada 2 sessi..satu 12~1 pm dan satu sessi lagi 1~2 pm..Tapi selalu Sue ambik sessi 1, pasal boleh krohhh krohhh dalam kabin tanpa ganguan bunyi2 yang kurang menyenangkan dari kilang kat sebelah...Kalau tak nanti sekejap2 tersentak ngan bunyi2 'gung gang gung gang' structure yang diorang fabricate....Ha ha ha ha...

Perasan tak..perasan tak....Haaaa...klu dah nampak tu buat2 ala2 tak nampak jelah yaaaaaaa kat mana udang Sue yang sedap itewww bertenggek...Menu lunch time...Tetiba plak terajin nak bangun pagi sediakan bekal....Thah apa mimpi pun tak tawwwww.....

UDANG MASAM MANIS
Kopipes dari : Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm udang besar [bersihkan]
  • 1 s/b kunyit
  • 1 s/k garam
  • minyak
Bahan untuk sos
  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa

PENYEDIAANNYA
  1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong dan gula.
  5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
  6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain

Friday, September 23, 2011

Udang Galah Goreng Kicap Bertelur

Assalamualaikum...

Jangan jemu ek..Jangan jemu...Udang galah lagiiiiii....

Sebenarnya ni lauk yang Sue sediakan bersama udang goreng berempah itu hari...Bukan apa, bila masak pedas-pedas cenggitu, mesti Sara dan Yaya tak nak makan...So bila diorang tak nak makan..Mesti rasa tak syok kan, iyalah..bukan selalu dapat tangkap udang galah....Sara plak cerewet...asal dia tahu je lauk tu dimasak pedas, di basuh isinya pun mesti dia tak nak...Yaya apa lagi...ngikutlah kakak dia...Nak wat camne..Dah mentor dan protege....

Disebabkan lauk yang satu tu dah beriya-riya masaknya..so yang yang ni simple-simple jelah...

UDANG GALAH GORENG KICAP BERTELUR

Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor udang galah
  • 1 biji telur (gred A)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2~3 sb kicap manis
  • Garam secukupnya (Sue tak buh, cukup ngan rasa kicap)
  • Sedikit lada sulah (1~2 pusingan grinder)
PENYEDIAANNYA
  1. Sapukan udang dengan garam dan kunyit dan goreng terendam sehingga masak.Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan pecahkan telur dan kacau-kacau ala-ala nak buat scamble egg...
  3. Masukkan kicap dan lada sulah..kacau sebati dan masukkan udang...
  4. Kacau sehingga telur menyaluti udang dan tutup api..
  5. Sedia dihidang

Thursday, September 22, 2011

Udang Galah Goreng Berempah

Assalamualaikum.....

He he he he ....Perasan tak..perasan tak..sejak akhir2 ni tuan rumah asyik duk hidang hasil laut je kan....Tak taulah..sejak2 lepas raya ni macam kurang siket moodnya nak makan ayam & daging....may be sebab asyik duk ngadap rendang - gulai - kari - rendang - gulai - kari jeeeeee...sampaikan bila nak ngadap nasi macam rasa boring plak nak ngadap lauk2 dari spesis yang sama...


Sementelah lagi sejak dua menjak ni tak leh lah tak jumpa nasi dalam sehari..Mesti rasa lapar sampai macam nak pitam...Sampaikan sepanjang puasa hari tu, kena gakkkkk masak nasi untuk berbuka walau hanya sempat goreng ayam/ikan sebagai lauknya....

He he he..Merapu-rapu plak di petang hari ni....Oklah..kita layan jelah lauk simple ni hasil ngendeng-ngendeng kat rumah Dr Inahar @ Kuala Lumpur tidak berapa lama dulu, cumanya Sue guna udang galah, pasal hari tu kebetulan ada jual kat Econsave dan tang-tang tu juga cam teringin........Emmmmm...memang sedap dan mabeles guna resipi ni...Len kali boleh buat lagi....

UDANG GALAH GORENG BEREMPAH
Sumber : Dr Inahar

BAHAN-BAHAN
  • 300 g udang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan udang, garam dan gula. Kacau hingga masak.

Wednesday, September 21, 2011

Udang Dalam Taman

Assalamualaikum....

Nak share satu lagi resipi orang malas sihat.........Berkhasiat & cukup rehat....ha ha ha....Tak yah bertapa lelama kat dapur, jadinya masa bersama anak2 bertambah especially bagi yang berkerjaya.....

Kombinasi yang amat harmoni....Isi udang yang berjuice dan kerangupan brokoli ..ummmpppppsssss..memang kena selera lah.... Selera tuan rumahlah..orang len kita tak jamin....
UDANG DALAM TAMAN
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 pokok brokoli (dipotong kecil)
  • 12 ekor udang sederhana besar (Buang kulit kecuali bah ekor & bersihkan)
  • 3 biji bawang merah. (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 5 tangkai cili (potong)
  • 1 sb sos tiram
  • sedikit air
  • Garam & gula secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau..Kemudian masukkan bawang merah, cili & sos tiram.Kacau sebati.
  2. Masukkan sedikit air dan udang.Perasakan ngan garam & gula secukupnya.
  3. Agak2 udang dah bertukar warna & masak, masukkan brokoli.Kacau sekejap untuk kekalkan kerangupannya
  4. Tutup api...Sedia dihidang....
Kerangupan yang mengasyikkan

Wednesday, September 14, 2011

Udang Goreng Cabai Manis

Salam...Ni ala-ala nak wordless tak gak tapi sejak dah lama tak update ni rasa macam tak tau nak celoteh apa pula..Jadi dalam keadaan tuan rumah yang masih masuk-mabuk lemang lagi ni, kita layan jelah udang ni......


UDANG GORENG CABAI MANIS
Sumber : Sajionline

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg udang galah
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 100 ml santan pekat
  • 1 sudu kecil jintan putih - disangai dan dikisar halus
  • 1 sudu kecil jintan manis - disangai dan dikisar halus
  • 1 sudu kecil ketumbar - disangai dan dikisar halus
  • Garam dan cula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk dikisar halus:

  • 10 tangkai cili merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
  • 3 sm lengkuas
  • 2 batang serai

PENYEDIAANNYA

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar serta bahan-bahan yang disangai.
  2. Kemudian kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan santan, air asam jawa, sos tomato, garam dan gula. Kecilkan api dan kacau sehingga pekat.
  4. Masukkan udang dan kacau hingga rata.
  5. Apabila udang masak, angkat dan hiaskan.

Monday, August 22, 2011

Udang Goreng Bersalut Tepung

Salam....Tak sangka yaaaa..sekejap je rasanya kita, sudah pun berada pada minggu keempat di bulan yang mulia ini...Bermakna seminggu lagi kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal, InsyaAllah.....

Tentu sudah ramai antara kita yang dah pun siap beberapa jenis kukis untuk hidangan kepada tetamu yang bertandang nanti..Tuan rumah sini...? he he he he ..setakat ni belum lagi merancang untuk apa-apa kukis pun walau sudah ada beberapa list..Tapi nak beli barang nanti takut tak terbuat plak..Almaklumlah, tukang nak tolongnya ramai sangat yang duk standy....Takut nanti, lebih tangan dari adunannya..Tak di kasi kan, meraung plak pembantu-pembantu tu...Nak di bagi tolong kannnnn, tuan punya adunan plak yang bakal meraung nanti....Hu hu hu ku di dalam dilema..Nak beli yang siap, pun mahal sangat....Dan fobia pun ada, pasal pernah tahun-tahun sebelomnya, dapat sekut yang lemau....Mau nya tak seriau..sebekas dahlah hampir RM25~RM28.... (Cerita dari kaca mata orang yang kedekut)

Oklah, kita lupakan seketika pasal kukis raya, tapi jamu mata jap ngan kudapan ringkas ni..Pertama kali Sue makan ni time dinner kat Restoren Putera Ayu kat Padang Jawa tak lama dulu...Tapi time tu Sara je yang konker udang-udangnya dan tepungnya plak terpaksalah Mamanya yang abiskan...Atas dasar tak puas ati, so, berfikir-fikirlah Mamanya, camne nak buat tepung kembung membolat cenggitu...

So kite pun try n error....Then alhamdulillah..percubaan pertama, sukses....Tapi time tu tak denya nak sukat tang air, main agak2 je.....Dan setelahkah beberapa kali buat, akhirnya kita cuba buat sukatan airnya, dan abadikan resipinya untuk rujukan di masa hadapan..Mana tau kan, sampai masanya nanti Sara nak kena buat sendiri plak udang kegemarannya ni....


UDANG GORENG BERSALUT TEPUNG
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 20 ekor udang (Dibersihkan, dibuang kulit kecuali bahagian ekornya)
  • 3 sb (bumbung) tepung gandum
  • 1 sb (bumbung) tepung beras
  • 100 ml air
  • Garam secukupnya
  • 1/2 sk eno

PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan sedikit garam dan 100 ml air.Kacau adunan sehingga sebati.(Ia akan kelihatan sedikit pekat)
  3. Masukkan batter ke dalam freezer seketika sehingga mahu digunakan.
  4. Keluarkan batter dari freezer dan masukkan eno.kacau sebati sehingga adunan nampak seakan berbuih-buih kecil dan adunan ringan.
  5. Panaskan minyak, celup udang ke dalam (4) kecuali bahagian ekor dan putar2kan ia supaya salutan menjadi sedikit tebal dan goreng terendam sehingga kekuningan.Angkat dan toskan..
  6. Sedia di hidang bersama sos kegemaran

****Update : Semalam kat bahan2 lupa nak tulis garam..He he he masak xde garam mana ada rasa kannnnnnnn......


Align CenterEno Fruit Salt

Sumber Google
Menjawab pertanyaan Guest.....Bersama ni saya sertakan gambar ENO yang di gunakan....perasa asli, boleh di dapati di kedai2 runcit atau pun pasaraya

Friday, August 19, 2011

Buncis Tumis Berudang

Salam Jumaat penghulu segala hari...

Emmmmm...Lately ni rasa macam susah plak nak bersinggah sini..Tak tau plak kenapa..Salah satu faktornya mungkin kesuntukan masa dan kekurangan mood juga vitamin R yang makin susut...huh....

Oh..Yaaaa..sebelom terlupa, Sue nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas doa semua ke atas kesihatan Is..Alhamdulillah, temp. dia dah kembali normal cuma perlu sedikit pemantauan takut2 ia akan berulang lagi dan semalam Is dah kembali aktif walau tak sepenuhnya..Cumanya tadi pagi, ruam-ruam kat badannya makin bertambah..Tgklah nanti balik kerja, klu tak kurang juga kenalah bawa Is jumpa doktor sekali lagi.....

Oklah, berbalik kita kepada resipi yang pernah Sue cuba, thah, dah lupa untuk iftar yang keberapa...Tapi yang pasti ia sangat sedap dan penyediaannya pun mudah...Sesuai sangat di kala kesuntukan masa....

Resipi kopipes dari Dapur Kak Dayang....Thanks ya Kak dan macam biasa, tampal plak resipi nya kat sini

BAHAN-BAHAN
  • 10 batang kacang buncis (dihiris)
  • 12 ekor udang basah
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dikisar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit garam
  • bahan hirisan : cili merah dan cili benggala
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Kacau.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit garam. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan cili merah dan cili benggala. Kacau hingga masak.


Thursday, July 21, 2011

Udang Masak Lemak

Salam Khamis...Jommmm hari ni kita layan udang masak lemak pule..Sorry ekkk lately ni mcm kurang pula ayat-ayat cintanya....

Hu hu hu...Tenet kat rumah still teknikal problem..Dah dekat 2 bulan...Bosannnnnnnnn.....Tak sukeeeeeeee.......Hampeh betul lah......

Tapi apa pun halnya, makan tetap nak makan kan...Kita layan jelah menu simple ni....

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm udang harimau
  • 4 keping nenas (Sue guna yang dalam tin je)
  • 100 ml santan pekat
  • Air secukupnya untuk kuah
  • 1 helai daun kunyit (dicarik-carik)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • *3 ulas Bawang merah
  • *5 biji cili padi ~Boleh lebihkan jika mahu lagi pedas
  • *Sedikit kunyit (kesemua bahan * ditumbuk kasar)
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan air, santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk.Masak dengan api perlahan sambil di kacau selalu sehingga mendidih.
  2. Masukkan udang, nenas, daun kunyit, garam dan juga perasa (jika suke)
  3. Kacau seketika sehingga udang bertukar warna..Sesuaikan rasa dan sedia dihidang.

Friday, June 3, 2011

Udang Nyonya Betawi

Salam Pagi Jumaat..Penghulu segala hari...Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan olehNya untuk meneruskan lagi kehidupan di dunia ni...Kepada kawan-kawan di luar sana....Semoga dipermudahkan olehNya semua urusan dan perjalanan yang dirancang....

Haaaaa.....Actually ni resipi 2 malam lepas...Hasil blogwalking kat dapur kawan-kawan kat luar sana...Dah memang kebetulan pun nak abiskan stok udang kat peti hikmat tu...Dan tang tang tu juga resipi ni muncul kat dapur sifu masak kita dari Kota Singa sana...Apa lagi terus kita terbangkan resipi ni bawa balik ke semenanjung....

Kenapa nak bawa balik....Iyalah...Asalnya dari Semenanjung..Dibawa berdagang ke Kota Singa...Kendian kita jemputlah dia balik sini balikkk..He he he he he..Jangan mare yaaaaa Kak Ayu....Nanti tak pasal-pasal Nyonya Betawi bertukar jadi Nyonya Mansur kannnnn......Alaaaaaa Kasiimmmmmmm Ha ha ha ha ha

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm udang (Dibuang kulit kecuali bah ekor dan bersihkan)
  • ½ sk lada sulah serbuk
  • 1 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • ½ sk garam+ serbuk perasa
  • 1 biji telur (pukul hingga berbuih)
  • 100 gm tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 7 tangkai cili padi (hiris)
  • 1 tangkai daun bawang (hiris)
  • 1 sudu besar bawang putih goreng
  • 1 sudu kecil lada sulah biji (tumbuk)
PENYEDIAANNYA
  1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan serbuk lada sulah, garam dan perahan air limau selama setengah jam.
  2. Kemudian tuskan. Setelah kering airnya, taburkan sedikit tepung jagung dan gaul rata.
  3. Tuangkan telur. Kemudian tuangkan selebih tepung jagung dan gaul sebati.
  4. Goreng hingga kuning, angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk, bawang putih kisar, dan cili padi hiris). Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi dan lada sulah.
  6. Tumis hingga layu. Masukkan semula udang dan taburkan daun bawang dan bawang putih goreng.

Tuesday, May 10, 2011

Udang Mentega Nestum

Salam dan selamat petang...Nampak gayanya tuan rumah pun dah boring dok pulun sambal tumissss jeeee jadi hari ni nak cari kelainan siket..Main goreng-goreng jeeeee....

Semalam dalam dok layan keboringan menunggu waktu nak balik, tangan pun duk gatal-gatallah klik sana-sini sambil rayau-rayau dan ber'tenet'...Dalam kepala teringatlah pula stok udang barang segenggam dua yang masih berbaki kat dalam poket doraemon peti hikmat tuuuu... Pastu cepat-cepat pula terjah MyResipi.com, mana tau boleh jumpa khazanah yang berkenan di hati....

Haaaa..kan dah cakap..Kalau singgah sana mesti tak balik tangan kosong punya...Mesti nak wat balik buah tangan..Dan inilah hasil skodeng kat dapur Zeera....Nyum nyum nyum..memang sedap....Len kali boleh wat lagi ni....

BAHAN-BAHAN
  • 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan nestum
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 biji telur
PENYEDIAANNYA
  1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
  4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum.
  5. Sedia untuk dihidang...
Untuk panduan atas pengalaman sendiri : Jika mahu dapatkan serdak-serdak yang rangup, tapi takut udang pula overcook, selepas step(4), keluarkan udang ke dalam satu bekas dan ketepikan.Teruskan mengacau campuran telur dan nestum sehingga mencapai tahap kegaringan yang diingini..Masukkan kembali udang tadi dan kacau sehingga semua sebati...Sedia dihidang...

Serdak-serdak telur tu memang sedap digaul ngan nasi..Bukan setakat budak-budak, mak bapak budak pun sukeeeeee....

Friday, April 22, 2011

Gulai Udang Serai

Salam....Kembali bersiaran di petang hari...Ha ha ha..Dah 3 hari berturut-turut yaaa duk jamu mata ngan ayam, so hari ni kita ubah selera ngan udang pula...

Penyediaannya pun agak simple....Tapi hasilnya memang bestttttt....Sumber rujukan juga dari koleksi buku masakan dalam simpanan Sue...Tapi sebab malas nak edit, Sue salin bulat-bulat jeee dari resipi asal....

BAHAN-BAHAN
  • ½ kg udang sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah (Dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (Dimayang)
  • 2 batang serai (Dititik)
  • 250 ml air
  • 1 keping asam gelugur
  • 250 ml santan pekat
  • 1 tangkai cili merah (Dibelah dua)
  • 1 helai daun kunyit (Disiat-siat)
  • Garam secukup rasa
Bahan Rempah
  • ½ sb pes cili
  • ½ sk serbuk kunyit
PENYEDIAANNYA
  1. Buang janggut dan kaki udang.Lumurkan dengan garam dan bilas ngan air.toskan.
  2. Masukkan udang, bahan rempah, hirisan bawang merah & putih, serai dan air ke dalam periuk.Kacau rata-rata
  3. Tambahkan asam gelugur dan didihkan di atas api sederhana sehingga udang bertukar warna.
  4. Masukkan separuh santan, kacau dan kecilkan api.Biarkan merenih seketika.
  5. tambahkan potongan cili dan daun kunyit
  6. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan baki santan.Kacau biar rata.
  7. Kecilkan api dan biarkan merenih selama beberapa minit sambil terus mengacau.Padamkan api dan hidangkan.
Note : Gulai hendaklah selalu dicedok dan dituang semula dari dan ke bahagian tengah dengan menggunakan senduk.Cara ini dapat mengelakkan santan daripada pecah minyak.Jika pecah minyak, tambah sedikit lagi santan dan garam dan terus ulangi proses cedok dan tuang ini

Thursday, February 10, 2011

Kerutup Udang

Salam....Ha ha ha, jangan maree yaaaa..kalo singgah sini lauknya kalau tak ayam, mesti udang..itewww jeee yang diulang-ulang..Nak wat camne, abis tuan tanah spesis musang nak makan ayammmm jeeee...ikan-ikan tak pandang...Seafood pun paling koman nak udang jeee..sotong ke, ketam ke, tak mau punya...Tapi kalo dah boring sangat ngadap benda alah tu, orang rumahnya cilok-cilok juga masak ikan..tapi selalunya simple jelahh pasal nanti kena sediakan lauk ayam goreng pula..

Oh, berbalik pada lauk kali ni...Buat kerutup udang..Resipi ambik kat blog CMG.. Dan macam biasa, dah jelajah blog orang, pahtu berkenan pula ngan resipi tu, apa lagi, rembatlah bawak balik sini pula..CMG, jangan mareee yaaaa kopipes resipi sini pula....Minta halal tawwwww....

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg udang
  • 400 ml pati santan
  • 160 ml sos tomato
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 camca teh gula melaka
  • Garam secukup rasa
Bahan-A
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar
Bahan-B
  • 4 cm kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
Bahan-C
  • 3 cm kayu manis
  • 2 kelopak bunga lawang
  • 2 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 1 camca besar ketumbar
PENYEDIAANNYA
  1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan.
  2. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
  3. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
  4. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.