Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Kek Lapis Puding Buah-Buahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam Zulkaedah...Syawal telah pergi meninggalkan kita semalam....Tapi rasanya mungkin masih ada antara kita masih berkunjung-kunjungan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan sahabat handai...

Dan jika masih ada kek yang berbaki di peti ais, jangan bazirkan ia...Apa kata kita jelmakan ia menjadi lebih menarik terutama di mata anak-anak..Tentu mereka lebih teruja untuk menikmati kek yang dilapisi puding buah-buahan..

Selain kek span, kita juga boleh gunakan swiss roll sebagai base ia...

KEK LAPIS PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
Inspirasi : Kak Azlita @MasamManis

PENYEDIAANNYA
  1. Letakkan/susun kek pada dasar loyang..Jika ada loose pan lagi ok.
  2. Tuangkan adunan puding ke atas kek dengan perlahan-lahan.
  3. Sejukkan di dalam peti ais
  4. Apabila puding keras/beku sepenuhnya, sedia di hidang
KEK SPAN
Sumber Rujukan : sweet4ever @MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm tepung super fine
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur gred-A
  • 15ml / 1 sb ovalette
  • 80 ml air daun pandan
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 5 ml/1 s.teh pes pandan ~ Sue gantikan ngan susu segar
  • 5ml / 1 s.teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna hijau ~ Sue gantikan ngan warna merah
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan kaup balik dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit.

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN
Sumber resipi : Junjs11 @MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail 
PENYEDIAANNYA
  1. Masak agar-gar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. Apabila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair dan masak lagi sehingga mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan. 

Tuesday, April 1, 2014

Kek Sarang Semut

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)

Assalamualaikum..

Dah lama tak buat kek sarang semut guna resipi Lemon@MyResipi ni...Memang best..suka sangatlah kalau wat kek sarang semut tak payah nak perap-perap ni....


Tapi kali ni buat separuh adunan jeeee....Sebab seadunan resipi ni dapat kek yang agak besar...Takut tak terhabis plak nak makan nanti...Lagi pun last week dah buat...Ni pun buat lagi atas request anak-anak...

KEK SARANG SEMUT
Sumber : Lemon @MyResipi

BAHAN-BAHAN
Sue buat separuh adunan jeee

  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 150gm buttercup
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 1/2 tin susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
PENYEDIAANNYA
  1. masak gula pasir menjadi gula hangus, pas tu baru masuk air, biarkan sejuk baru masukkan buttercup
  2. pukul telur bersama susu pekat dan esen sehingga sebati.
  3. tepung dan soda mestilah diayak. kemudian masukkan tepung ke dalam adunan telur berselang seli ngan gula hangus, gaul sebati.
  4. masukkam ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit. 

Tuesday, March 18, 2014

Kek Gula Hangus

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah 2~3 hari tuan rumah duk buat tayangan promosi "Round Vantage Silicone Mould"...Jadi hari ni kita ubah siket pandangan mata kepada corak yang lain plak...He he he jangan mareeee yaaaa..Stilll dalam rangka promosi "Silicone Mould"...

Sambil-sambil tu jommmm kita intai dulu resipinya..Mana tahu kot-kot terasa nak mencuba..


Ni kira antara kuih kegemaran juga ni...Tapi jarang-jarang buat sebab takutttt sangat tak menjadi sarangnya...Masa jumpa resipi ni, tuan empunya tulis tak payah perap...Dan baca penyediaannya...Terasa macam berminat..Tawakkal jelah...Harap-harap menjadi...(Errrrkkkkk bukan maksudnya pasal resipi tu, tapi sebab Sue sendiri yang selalu fail kalau buat kek ni...Walau pun berpandukan resipi favorate ramai....Bila Sue yang buat, kadang2 tak bersarang jugaaa)

 

So sebab tak nak ambil risiko, buat satu adunan jeeee....(Kalau nak ikut loyang Sue ni just nice untuk 1½ adunan, baru cantik tingginya)..Sambil bakar tu hati memang berdebar-debar untuk hasilnya nanti...Semoga menjadi.....

Dan berbaki lagi 10min set masa kat oven, tetiba terbau kek agak kuat...Alamak, sedikit garinglah pula....Cepat-cepat keluarkan dan Taraaaaa.....Alhamdulillahhhh....Sukeeeeeee.......

KEK GULA HANGUS
Sumber resipi : Imah82@Myresipi

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 cawan @ 120gm Butter
  • 1/4 tin Susu Pekat
  • 5 biji Telur
  • 1 s/k Asen Vanila
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 s/k Soda Bikarbonat (Diayak bersama tepung)
  • 1 cawan Gula pasir
  • 1 cawan Air 
 PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan gula ke dalam kuali. Panaskan guna api kecil hingga gula cair dan berwarna keperangan.
  2. Masukkan air ke dalam kuali mulai dari tepi kuali perlahan-lahan kerana gula akan meletup2 sedikit. Tutup api dan ketepikan.
  3. Pukul butter dan susu pekat sehingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu. Kemudian Asen vanila. Pukul sekejap
  5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi berselang seli dengan gula hangus. Pastikan mula dan akhirnya tepung ye. Bancuhan memang kelihatan cair tapi jgn risau. memang mcm tu.
  6. Last skali, bakar pada suhu 190 darjah selama 45 min. 40 min api bawah, 5 min yang akhir api atas bawah..
  7. Try cucuk ngan lidi. Klau licin jer, maknanya dah masak. Klau x masak lg, tambah api bawah shj 5-10 min...Insyaallah mudah je nk buatnya.. 

Saturday, March 15, 2014

Chiffon Cheese Cake

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salam takziah buat semua ahli keluarga tragedi kehilangan MH370 semoga tabah menghadapi dugaan ini...Sama-sama kita doakan agar mereka semua ditemui..InsyaAllah...

Lama juga tuan rumah tidak muncul ngan resipi baru...Biasalah ...Alasannya mesti sibukkk memanjang....Tak menang tangan...

Kesempatan ini nak post satu lagi resipi yang pernah dibuat beberapa kali tak lama dulu, tapi kali ni ditampilkan dengan lebih menarik lagi....Kek simple yang diterjemahkan dengan rupa yang lebih menarik...

CHIFFON CHEESE CAKE
Sumber Rujukan : KakWan @Citarasawan

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 60ml susu cair
  • 40gm keju krim
  • 25gm mentega
Bahan B
  • 65gm tepung gandum
  • 4 biji kuning telur (dipukul sedikit)
Bahan C
  • 4 biji putih telur
  • 100gm gula kaster
  • 1/8 tsp garam halus
  • 1/8 tsp krim of tartar
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
  2. Satukan bahan A dan masak secara double boiler hingga sebati dan pekat.
  3. Angkat dan masukkan bahan B dan gaul hingga sebati, whisk hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul bahan C hingga kembang dan kental. Masukkan ke dalam No. (3) dan kaup balikkan hingga sebati.
  5. Tuang dalam loyang 9" (tidak perlu dialas/dileser minyak). Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit. Keluarkan kek dari oven dan telengkupkan di atas redai. Biarkan sejuk.

TIPs/CARA YANG SUE GUNAKAN UNTUK DAPATKAN CORAK VANTAGE
  • Masukkan sedikit adunan coklat ke dalam piping bag dan pipe ke dalam lekukan corak-corak yang tersedia
  • Masukkan ke dalam oven selama lebih kurang 1min sahaja.
  • Keluarkan loyang dan tuangkan adunan kek secara perlahan-lahan..(Yang corak swirl kat atas tu saja Sue nak habiskan adunan coklat kat piping bag tadi...Jadi taklah membazirkan...)
  • Bakar seperti biasa...Selalunya Sue akan tutup loyang kek dengan aluminium semasa proses pembakaran untuk mengelakkan permukaan kek nampak hangus..(Ini untuk oven Suelah...sebab kalau guna api bawah sahaja, kek selalu tak masak bahagian tengah, kalau guna api atas bawah, selalu bahagian atas akan hangus sebelum kek masak, sebab tu Sue selalu tutup ngan aluminium foil)
  • Tadaaaaa.....Kek yang cantik tersedia dalam masa yang singkat...
  • He he he he he .. Ambil kesempatan promo japppppp...Berminat ngan acuan ni...? Boleh e-mail ke syurie@yahoo.com untuk maklumat lanjut.....

Friday, March 14, 2014

Kek Marble Trio

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jangan muak yaaaa duk tayang patern yang sama jeee.....
Vantage lagiiiii tapi kali ni versi kek butter pula....Resipi rujukan dari CMG yang Sue ambil dari Myresipi...

KEK MARBLE TRIO
Sumber : CMG @Myresipi

BAHAN-BAHAN
  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
Kalau berminat dengan acuan silicone Round Vantage ni...Boleh e-mail ke syurie@yahoo.com atau PM je di FB Sue

Thursday, September 12, 2013

Taiwanese Longan Walnut Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Cakkkkk...tenggelam timbul tenggelam timbul tuan rumah sekarang...Lama betul tak buat muffin/cupcake, sudahnya terasa payah dan rumit benar...Sampaikan nak sudukan aduanan ke dalam papercup pun dah terkial-kial..kalau sebelum ni, main guna scoop eskrem jeee..zup zup zup dah sedia dibakar tapi kali ni terasa macam susah bebenor..dari scoop eskrem bertukar guna sudu...


Itu satu hal...Dah tu macam tak berapa pastilah plak takat mana nak buh adunan..Sebab adunan yang diperolihi agak pekat, so buhlah 3/4 dari ketinggian paper cup tu..Sudahnya, tak sangka pula muffin ni naik lebih dari 2 kali ganda, (mungkin kahadiran vitagen sedikit sebanyak membantu mengaktifkan bahan penaik)...Last-last habis lantai oven bersememeh ngan limpahan muffin pastu yang tak tahannnya sisa-sisa limpahan tersebut hangus especially yang jatuh betul2 atas rod pemanas tu...Haiiii bau asaplah muffin yang ada..nak buka oven untuk keluarkan sisa2 tu takut nanti muffin ranap plak...so tahan rasa jelah....hu hu hu hu....

Ni semua gara-gara redah rumah Kak Amielah ni..terserempak ngan resipi ni..Nampak kek Kak Amie,punyalah moist...terus terguda dan teringin nak mencubanya...So apa lagi..teruskanlah misi mencari dried longan...Awalnya rasa macam nak ngelat je guna longan dalam tin tu tapi bila tengok cara lembutkan dried longan tu guna vitagen, terus batalkan niat serong tersebut...Takut nanti termiss sesuatu yang istimewa dari muffin ni..lagi pun longan dalam tinkan berat..takut pula nanti ia mendap ke bawah....
Dan satu lagi....Awalnya macam nak buat setengah adunan jeee, so rendamlah 1/2 je sukatan dried longan dan vitagen tu..mana tahu, bila nak buat tu tiba-tiba berubah fikiran nak buat 1 adunan, nak tambah 1/2 lagi sukatan longannya sudah terlambat sebab untuk lembutkannya pun dah guna semalaman....So jadilah muffin Sue kurang padat ngan taburan longannya....

Tapi apa pun cerita dan kejadian di sebalik tabir, tak dapat Sue gambarkan disini yang Muffin ni memang sedapppppp dan menepati citarasa..Apatah lagi semasa tergigit longan yang kenyal2 manis2 tu dan bertambah sedap dengan kehadiran kacang walnut yang rangup dan lemak-lemak...Tambahan struktur muffin yang Sue perolihi sangat lembut dan ringan...InsyaAllah ada masa nak buat lagi dan teringin nak tengok hasilnya dengan sukatan penuh longan..

TAIWANESE LONGAN WALNUT MUFFIN

 
BAHAN-BAHAN
  • 70 gram kuning telur
  • 105 gram putih telur
  • 200 gram gula kastor
  • 225 gram tepung top / tepung superfine
  • 5 gram soda bikarbonat
  • 7 gram perasa longan
  • 300 gram minyak jagung - Amie kurangkan kepada 250 gram
  • 10 gram susu UHT
  • 150 gram isi longan taiwan - longan kering saiz kecil
  • 150 gram vitagen - Amie gunakan perasa oren 50 gram cincangan kacang walnut
Isi longan taiwan yang kering hendaklah direndam dengan vitagen semalaman.
PENYEDIAANNYA
  1. Putar kuning telur, diikuti dengan putih telur dan gula kastor. Teruskan memutar selama 5 minit sehingga pekat.
  2. Masukkan soda bikarbonat, diikuti dengan tepung top atau tepung superfine, perasa longan, susu UHT dan minyak jagung. Putar dengan kelajuan rendah selama 2 minit atau semua bahan tergaul rata.
  3. Masukkan isi longan yang direndam dengan vitagen dan gaul dengan spatula.
  4. Tuang adunan ke dalam papercup.Taburkan cincangan walnut di atas adunan.
  5. Bakar pada suhu 170'C (atau ikut kepanasan oven masing-masing) selama 30-25 minit atau sehingga masak.

Thursday, August 1, 2013

Kek Coklat Kak Yani

Lagi untuk sarapan anak-anak ...Yaya makan lajuuuuu je berketul-ketul habis..Sara sempat seketul je...Is pun ambik dua ketul...Tapi komen diaorang ...emmmmm sedappppppp......

Mama tak rasa sebab kek masak lepas imsak.Tapi still nak simpan resipi kat sini...Seronok sebab struktur ia nampak lembutttttt sangat....Thanks Kak Yani untuk resipi ni...

KEK COKLAT
Resipi : Kak Yani @MyR

BAHAN-BAHAN
  • * 150g coklat
  • * 50g mentega
  • * 50cc susu segar
  • 3 biji telur
  • 50g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 40g gula aising
  • Secubit garam 
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
  2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
  3. Panaskan oven ke 140 degree
  4. Asingkan telur kuning dan putih.
  5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
  6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
  8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
  11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising

Wednesday, July 24, 2013

Super Moist Steamed Chococlate Cake

Assalamualaikum....

Tadaaaa.....kembali bersiaran setelah lama duk tenggelam...Lately ni memang bz sesangat lah kat opis..Dan destop kat rumah plak demam....Tunggu masa nak hantar masuk wad...So ni pun main cilok-cilok jelah....

Apa pun thank buat Kak Fida @MyR atas kesudian beliau berkonsi resipi best ni...Sugar tu main tabur macam tu jeee buat tarik minat anak-anak nak ngappppppp......


SUPER MOIST STEAMED CHOCOLATE CAKE
Sumber : Kak Fida @ MyR

Bahan-A
  • 300 g susu sejat/cair (dalam tin) = ( 1 1/4 cwn )
  • 275 g mentega/majerin (1 cwn + 1/8 cwn)
  • 270 g gula halus ( 1 1/4 cwn )
Bahan-B
  • 3 biji telur - pukul ringan dengan garfu
  • 1 sk esen vanilla
Bahan-C
  • 185 g tepung gandum ( 1 2/3 cwn )
  • 100 g serbuk koko ( guna 80g pon ok) = ( 3/4 cwn + 1/8 cwn )
  • 3/4 sk bicarbonate soda
  • 3/4 sk baking powder 
PENYEDIAANNYA

  1. Ayak bahan-C ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Masak bahan-A hingga larut dan biarkan suam dan masukkan bahan-B dan kacau rata.
  3. Tuang campuran susu ke dalam campuran tepung sambil digaul hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan sapu minyak/mentega.
  5. Tutup loyang dengan alum. foil dan kukus selama 45 min. dengan api sederhana.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan topping pilihan.

Thursday, June 6, 2013

Baru ku tahu langit itu tinggi ke rendah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Huuuiiiihhhhh...Dah lama duk berhibernasi...Tadaaaaaa kembali lagi tapi kali ni sekadar nak kongsi pengalaman pertama main deco-deco kek..Ha ha ha ha Orang lain dah ke bulan, yang kat sini baru nak start enjin...Dan rasanya bebelan kali ini agak berlarutan, panjang berjela-jela tapi tak kisahlah.Gambar-gambar pun takde, sebab bidang terjunkan..Semasa proses pun dah cukup nak 'death', ini kan pula nak berposing bagai....Sekadar catatan pengisi ruang....Nak disimpan memori ni untuk ingatan sendiri, buat gelak sorang-sorang suatu hari nanti...Mana tau kan, dah pencen2 nanti, duk sorang2 kat rumah, tak tau apa nak buat, bolehlah belek2 blog sendiri dan baca kembali kenangan2 yang tertulis mungkin 5, 10 atau 15 tahun yang lepas (InsyaAllah jika masih lagi bernyawa dan sihat di ketika itu)


Lately ni banyak sangat rasanya perkara-perkara yang berlaku secara tak sengaja atau lebih tepat tak terjangka pun....Mulanya beberapa bulan dulu Sara ada bersungut dan minta Mama dia bawakan Kek birthday untuk dikongsi bersama kawan-kawan dia kat kindergarthen/daycare (Birthday dia jatuh awal bulan Jun~kebetulan cuti semesta pertama persekolahan, so consider daycarelah yaaa), awalnya Mama dia plan nak beli jeee kek tersebut bersama sedikit goodie bag..Iyalah, nak buat sendiri kek, manalah Mama dia pandai..Baking kek kosong bolehlah, tapi nak deco-deco ni tak pernah hayat pun buat...Tak Pandai...

Dan menjelangnya hari yang dinanti-nanti Sara, Mama dia pun persiapkan apa-apa yang patut...Mula-mula beli beberapa kudapan seperti air kotak, wafer, gula-gula, biskut dan kerepek untuk dipek kecil-kecil sebagai goodie bag...OK..Settle satu perkara..

Perkara kedua, mendapatkan sebiji kek..Sebab kali ni Mama dia agak sibuk dan tak sempat nak gi bakery survey untuk tempahan, jadi Mama dia consider beli kek yang display kat bakery jelah nanti..Senang keje...Sekali jalan jeee...So sehari sebelum tu, Mama pun gi lah ke bakery yang terdekat, sesampainya kat sana, mulalah tinjau mana-mana kek yang berkenan di hati...Nak beli yang ½ kg macam kecil sangat, takut nanti tak cukup plak untuk kawan-kawan Sara..Nak beli yang 1++kg...He he he he he terasa kecil plak nilai duit yang dibawa..(ayat2 orang yang tak berapa nak ada vs tangkai jering)... Adusss macamana ni....So Mama decide buat sendirilah..Tak kiralah apa nak jadi, nak cencal, goodie bag dah tersedia...

Terus call Aida, anak saudara, tanya bahan-bahan untuk bc (rasanya ni yang paling basic/senang nak deco kottttt)~He he he he tang senang tu, sekadar bayangan/anggapan jeee.Padahal tak pernah buat punnnnn.....Bila call, dia kat tempat keje dan resipi untuk bc ada dalam notebook dia kat rumah...Untuk bahan-bahan dia ingat, cuma sukatan kena rujuk, dan dari perbualan, macam ada dua steplah plak untuk penyediaan bc ni...Adussssss...Parah..Mana ada masa nak sedia semua tu klu nak tunggu dia balik keje malam baru nak send sms untuk sukatannya...Pagi esok dah nak hantar sebelum Mama ke tempat keje...


Dalam duk terfikir-fikir nak buat ke atau terpaksa beli juga....Tiba-tiba plak teringat tang ganache...Haaaaa yang ni lagi senang keje kottttt...Main tuang jeeeee choc tu kat atas kek...Senang citerrrrr...So, call lagi Aida minta resipi nak buat ganache...Macam biasa, untuk resipi, bahan-bahan dia ingatlah tapi untuk sukatan masih kena rujuk...Tapi sebab ia satu step jeeee, so decide beli barang dulu, nanti malam, lepas Aida balik keje minta dia smskan sukatan..sempatlah kottt nak sediakan dan tuang kat atas kek tu sementara tunggu kek sejuk...

Apalagi, on the way balik, singgah kedai bahan-bahan kek dulu dan beli beberapa bahan untuk ganache...Bila sampai rumah, terus siap-siap untuk baking kek...Kek pertama, buat span kek...Guna resipi yang pernah buat sebelum ni cuma tukar perasa jeeee...Dan sebiji kek span Sunquick pun dah siappppppp...

Lepas maghrib, sambung buat kek coklat pula..Masih guna resipi yang pernah buat sebelum ni...Jalan selamat...Selain pernah rasa hasilnya, InsyaAllah menjadi....Dan sambil duduk sementara tunggu kek kedua masak, tiba-tiba Aida call, bagitau dia ada kerja siket, tak dapat balik awal...Huwaaaaaaa....camana ni...

Takpe-takpe....Tenang-tenang...Sambil-sambil tu belek-belek simpanan resipi yang pernah diprint/sebenarnya masuk list-Q dari MyR...Alhamdulillah, ternampak jeeee resipi Death by Chocolate Cake by Mrsdayat.....Fuhhhhhh...Walau kek tu namanya 'death' namun sebab resipi ganache kek tu juga buat Mama Sara yang terasa macam nak 'death' terus rasa belum nak 'death' lagi....He he he he he ...Hilang semput dan sesak nafas..... Dan Tinggggggg...oven pun berbunyi...Kek kedua pun masakkkkk.......


Bila kek dah sejuk..Tiba pula masa buat ganache..Dan semua pun tersedia..Tinggal nak belah dua kek pula...Dan...dan...dan...setelah bertahun kek leveler tu jadi jeruk perkasam, terperap kat laci tu, akhirnya ia berguna juga...Untuk kek span, takde masalah..panaskan seketika dawai ia kat atas api dan terus dapat potong...wahhhhhhh excited betul bila dapat potongan yang cantik, lurus dan sekata...Cuba pula kat kek coklat...Alamat..tak jalanlah..tak taulah sebab kek tu agak berat atau sebab tak tau teknik..So terpaksa guna pisau..Hu hu hu ngan hasil yang sedikit senget sebelah...Tak pelah..hentam jelah..pandai2 lah alter siket-siket kasi senget dia tu tak ketara sangat...

Dan time nak sapu whippeng cream tu, berkira-kira plak, nak buat kat tempat lain dulu atau terus kat atas papan kek tu...Fikir-fikir balik teringat tentang beberapa catatan dari blog, ada yang lebih suka buat kat tempat lain dulu nanti baru alihkan ke papan kek..Nanti taklah bersusah-susah nak bersihkan papan kek tu ngan lebihan cream/ganeche..So ikut jelah cara tu..Siap step pertama...Tapi Sue buat 3 layer jeee...Span Sunquick-Kek Coklat-Span Sunquick...Nak buat 4 layer, whipping cream tak cukup..Nak masak lagi, dah takde masa...Takpelah...3 layer pun dah cantik tingginya..Dah siap sapukan keseluruhan whipping cream keseluruhan kek.Masuk freezer dulu..tunggu 30min.

Lepas 30min, step seterusnya..Curah ganache kat atas kek...Sebab tak tahu teknik, lepas curah tu, Sue sapu kasi rata..Tak pasti sepatutnya kena ratakan atau biarkan aje coklat tu meleleh sendiri menutupi kek..Tapi klu tunggu ia meleleh sendiri terasa macam tak tertutup sepenuhnya lah pula kat bahagian tepi2 kek tu...Almaklumlah, mana ada teknik apa-apa pun..Main bantai jeeee...Dan masa nak ratakan ganache kat tepi-tepi kek tu, ngan terketar-ketar nak kasi rata, terlanggar plak lapisan whipping cream yang disapu sebelumnya..He he he he he bayangkanlah betapa comotnya kat sekeliling kek tu..ngan lompak2 whipping creamnya, ngan ganache tak ratanya...Ha ha ha ha baru sedar...Susah juga yaaaaa nak deco kek ni..Rasanya ni dah cara tersimple ni...Tapi tunggang langgang jugaaaa...Ingatkan senang...he he he he...


Dan siap ganache yang comot-comot tu, masukkan ke peti ais sekejap..Agak-agak sejam jugalah walau kat resipi cakap 30min jeeee....Alamakkkkkk...macamana ni nak pindahkan dari dulang ke lapik kek ni...Huwaaaaa...Terus rasa macam nak 'death' balik...Hu hu hu hu...Dengan terketar-ketar..Gunalah apa-apa yang ada untuk cungkil kek dan tolak pelan-pelah ke papan kek...Taraaaaaa......Kek pun berjaya di alihkan tapi hu hu hu....Ganache kek kat bahagian kek bertambah comot sebab terkopek siket..Sebelah tertolak ke dalam dan sebelah lagi tertolak ke luar siket....Yang dua sisi lagi tu OK lah...Dahhhh satu keje plak nak betulkan...Terkopek tu bukan siket2..ngan whipping cream sekali yang terkeluar..Memang comot gilerrrrr lah...Kalau tak de semangat, ada yang terus selimut ni..Dahlah hampir 1.30am....Dalam mata duk separuh terbuka tu, alter2 lah siket mana yang patut...Dah separuh siap, terus sumbat dalam peti ais..tawakkal jelah esok....Dah ngantuk sangat tak larat nak ngadap kek ni lagi dahhhhhh.....

Lebih kurang 4am terjaga sebab Isyraf rengek nak nyusu, dah bancuh susu untuk dia, intai2 jap kek kat dalam freezer.. "Alahaiiiii...kesian betul kat kek aku"... Tangan pun capai kek...Decolah mana-mana yang patut...Nak deco2 guna cream, langsung tak tahu..main lekat-lekat sulam tampal jelah..Guna mana-mana stok yang ada..Chocolate-stick tak cukup, terpaksa guna teknik rompong-rompong jeeee...Takpe..Seni...Ha ha ha ha ha senilah sangattttt......Small marshmallow Sue gunakan untuk menutup cacat-cela kat bahagian kaki kek yang terburai tadi dan bucu-cucu kek yang senget-senget tu..Jadinya taklah nampak sangat comotnya...Nak penuhkan setiap rongga yang ada antara choc-stick tu, marshmallow tak cukup lah plakkkkk...Intai2 lagi kat freezer apa yang ada, terjumpa plak coklat kacang tu..Bantai jelah..Janji tak ketara sangat sapuan ganache yang beralun tu...

Dan...Taraaaaaa......Siap......Baru terasa macam nak patah pinggang..Ni klu masuk bertanding, kalau ada 20 peserta, Sue lah pemenang tempat ke-20..Itu pun juri tak sampai hati nak umumkan pemenangnya setakat no.19 jeee sebab yang no-20 tu langsung tak layak walau untuk saguhati sekali pun....Ha ha ha ha ha ha ..


Apa pun yang jadi, Alhamdulillah...Sempat gak adakan kek Sara seperti yang dijanjikan...Walau sebenarnya Sara sungut-sungut sebab Mama dia buat kek tak seperti gambar yang di tunjukkan....Alahaiiiiii....Mama tak pandailah, Sayang......

Dan....Dari pengalaman ni jugalah..Baru Mama dia tahu susah senangnya nak deco kek..Walau deco yang dirancang tu sebenarnya yang paling simple dan nampak mudah tapi tak semudah mata yang memandang dan niat yang merancang....Tu baru main curah-curah ganache..Belum lagi bermain ngan nozzle...Hu hu hu hu hu...

KEK SPAN SUNQUICK
Sumber : Sweet4ever@MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm tepung super fine
  • 150 gm gula kastor ~ Sue guna 100gm jee
  • 5 biji telor gred A
  • 15ml ovalette - bersamaan 1 sudu besar 
  • 80 ml minyak /mentega cair
  • 80 ml air daun pandan ~ Sue guna air masak jee bancuh ngan pes sunquick
  • 5 ml pes pandan /1sudu teh ~ Sue gantikan dengan pes sunquick
  • 5 ml serbuk penaik /1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau ~ Sue gantikan ngan pewarna kuning
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun) 
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau bancuhan Sunquick...Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inch, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  5. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek mengecut... 

KEK COKLAT
Sumber : Fendi75@MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak 

GANACHE
(Dari Resipi Death by Chocolate Cake)
Sumber : Mrsdayat

BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
Untuk Whipped Cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream 
PENYEDIAANNYA

Untuk Ganache
  1. Di dalam mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  2. Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. Tambahkan golden syrup
  4. Ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  Untuk whipped cream
  1. pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yangg di ambil dari langkah (4) sebelum ini. kacau sebati
  2. kek yang dah siap..di potong tengah2. sapukan dengan whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dengan kek yang separuh lagi..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  3. Ambil kek yg dah disapu whipped cream tadi,sapukan pula dgn ganache yang kita dah simpan dalam peti (4) sebelum ini.simpan semula dalam peti lebih kurang 30 minit

Thursday, May 23, 2013

Kek Buah Kukus Kak Sheila

Assalamualaikum..

He he he he jangan boring yaaa klu asyik duk ngadap puding ais-krim Oreo jeeee sebab hari ni tuan rumah dah beralih menu...(Hek Elehhhh...orang lain hari2 duk tukar menu baru pun tak kecoh kan...Ni baru seminggu sekali dah kecoh setaman)..Hu hu hu ...... Jangan mereeeee....Dan kepada yang tinggal jejak dan sudi bersinggah sini, Sue ucapkan terima kasih..InsyaAllah ada masa nanti Sue BW sana dan kepada follower2, maaf jika ada yang follow secara private, ada sesetengah tu Sue tak berjaya nak trace (almaklumlah bab2 IT ni kurang mahir gak nak godek sana-sini) ..Bukan tak sudi nak jejak....Apa-apa pun terima kasih atas kesudian kalian.. ^__^

Gambar sememeh sama sememeh ngan kek..Asal sempat sebab pagi2 buta nilah nak potong dan packing untuk dibawa ke kindergarthen Sara & Yaya...
Sebenarnya ni resipi ter'excident'..Eh...baking pun boleh gak ke excident2...Kisahnya...

Semalam semasa lunch hour Sue pegilah ke baking shop untuk dapatkan 'small container' ~(Eh betul ke namanya untuk bekas plastik ynag selalu diorang buh cupcake tu) untuk isikan pudding Ais-krim Oreo sempena 'Jamuan Hari Guru' yang akan diadakan di kindergarten Sara dan Yaya hari ni...Dan kebetulan pula kakak Sue call minta tolong tengokkan harga mix fruit kat kedai bakery tu (masa tu dia pun tak tau Sue dah pun kat kedai tu)..So bila Sue mention jeee yang Sue memang ada kat kedai tu, apa lagi terus di order 1kg mix fruit..Dan bermulalah cerita-cerita berbau promo tentang kesedapan kek buah kukus kak shiela ni...

Dan sebenarnya dah beberapa kali Sue tengok tayangan demi tayangan  kat blog mahupun fb tentang kesedapan kek buah kak shiela ni, tapi memandangkan Sue bukan penggemar kek buah (apa-apa saje kek buah) sebab bagi Sue ia agak manis, so takdelah ambil kisah sangat...Tapi bila dengar promo best gilerrrrr dari kakak so terbuka hati nak membuatnya...Lagi pun boleh buat untuk jamuan Sara dan Yaya sekali...Untuk Sue seketul 2 bolehlah...

 
Jadi apa lagi, terus juga Sue belikan bahan-bahan yang diperlukan...Alaaa bahan-bahan kek ni semua biasa dan sememangnya selalu ada stok kecuali nutmet powder dan mix fruits yang jarang2 ada stok kat rumah ni...

Jadi bila balik ke rumah lepas keja..Apa lagi project bermula dengan menyediakan adunan gula+mix fruits dan sementara nak tunggu sejuk bolehlah Sue uruskan budak2 kat rumah ni dan apa-apa yang patut sehingga 8.30pm untuk memulakan project membaking.....

Dan memang Sue akui..Kek ni memang sangat sedapppppppp....Tak puas makan seketul...Sementelah lagi, untuk kek ni, Sue dah kurangkan 100g gula dan kejadiannya memang betul2 menepati piawaian anak tekak ni..Tak manis sangat....Sukeeee......Terima Kasih Kak Shiela untuk resepi yang superb ni......

KEK BUAH KUKUS
Resipi Asal :  Chef Zubaidah @ Steam Cake ~ Terbitan One publisher
Dipanjangkan :  Kak Shiela @Spice Journey / Kamilia Ibrahim@fb
Rujukan Sue : Kak Umi's Cup Cake


BAHAN-BAHAN
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 340g gula pasir (Sue guna 240g jee)
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug*
  • 1 sudu kecil esen vanila
PENYEDIAANNYA
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran.Kacau kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dengan jayanya.
(Copy dari kak Umi's Cup Cake) ~ Semua pun Sue follow

** Kak Umi kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Kak Umi isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.

Friday, April 5, 2013

Vantage Caramel Cake

Assalamualaikum...Salam sejahtera..

Lama sangat yaaa pengunjung2 sini duk jamu mata ngan Cream Pudding dan bread horn tu yaaaaa....

Emmm semenjak pc rosak dah masuk 3 minggu ni banyak niat2 untuk memunculkan diri secara online terbantut...Almaklumlah, klu guna pc opis mana boleh berjimba-jimba sesedap rasa..Kena tengok line dulu dan tahap kebizian tanggungjawab yang di amanahkan bosss....Klu freee boleh cilok2 sekejap..Tapi klu ada keje..ehemmmmm faham2 jelah..Sebab tu banyak komen yang tak terjawab..Ada baca tapi tak sempat nak balas sebab tak sempat nak log-in...just open jeeee....

Oklah..Kali ni jommm kita jamu ngan suku sakat karamel lagiiii..Tapi kali ni versi kek plak...rasanya memang dah ramai sangat dahhhhh buat kek ni...Pendek kata setiap blogger masakan mesti ada mengabadikan resipi kek ni yang pelbagai versi sebagai kenang-kengangan atau rujukan rakan2 tersayang.... ^___^

KEK KARAMEL BALDU
Sumber : Resipi2011 @ MyR

BAHAN-BAHAN

Bahan karemel
  • 3 camb gula pasir + 2 camb air. ~ Sue skip air
***buat gula hangus - dan masukkan terus ke dalam loyang yg telah disapu mentega kelilingnya

Bahan Puding
  • 1 cawan susu cair
  • 60g gula kastor
  • 1/2 camt esen vanila
  • 3 biji kuning telur
***Kacau rata semua bahan puding dan tapiskan ke dalam loyang karemel

LAPISAN KEK
Bahan A
  • 140g tepung gandum + 1 camt baking powder (ayak bersama)
  • 60g gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 50ml minyak jagung
Bahan-B
  • 6 biji putih telur *jgn ada sedikitpun yg kuning
  • 60g gula kastor
  • 1 camt krim of tar-tar 
PENYEDIAANNYA
  1. Putar bahan-A kecuali tepung hingga kembang.
  2. Masukkan tepung+ baking powder sedikit2 ke dalam adunan dan kacau rata.
  3. Putar bahan-B hingga kental dan gebu - jika di angkat tak jatuh.
  4. Satukan B ke dalam adunan A kacau rata saja (kaup balik)
  5. Bahagikan beberapa warna disukai
  6. Tuang ke dalam loyang berisi puding perlahan berselang-seli warna ikut suka.
  7. Bakar kaedah bain marie suhu oven 160'C * (45 minit bakar api bawah sahaja & 15 minit api atas bawah)
  8. Bila sejuk kek akan mengecut sendiri terbalikkan.bolehlah dihidangkan untuk keluarga..Jika nak lebih sedap lagi simpan sekejap dalam peti ais...emmm
* Jika guna pes pandan - 1 bahagian pes dan 1 lagi biar kosong. -Jadi kek karemel pandan
* Begitu juga jika guna pes strawbery- jadi kek karemel strawbery, emulco coklat - jadi kek karemel coklat dll ...Selamat mencuba 


Boleh didapati di sini
Berminat....Boleh hubungi sue di ---> sue_nenie@yahoo.com

Monday, February 4, 2013

Chiffon Pisang


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...Masih diberi kesempatan untuk muncul lagi di sini walau sekarang sudah agak suam-suam kuku dan post pun dah jadi semakin kelam kabut..Betul2 dah tak cukup kaki tangan sekarang apatah lagi sejak si budak kecik ni dah pandai selongkar sana sini..Panjat sana panjat sinun...Masalahnya berjalan pun belum boleh apathah lagi berdiri sendiri tapi bab panjat sana sini memang expert..Tu yang tak boleh lepas pandang tu...Takut nanti ada orang yang tergolek dottttt plak...Bahaya...

Nak post resipi pun dah jadi serba salah sekarang...Tapi atas sebab nak keep resipi untuk ingatan dan rujukan diri sendiri dan anak2 dimasa hadapan...Post jugalah.....Dan layan jugalah yaaaaaa.....Gambar...? memang sangat2 mengecewakan.....

Aceli sebelum ni ada juga menyipon...blueberry Chiffon cake resipi dari Kak Nor tapi tak sempat snap gambar..InsyaAllah, ada masa nanti cuba buat sekali lagi...Tak kisahlah nak ulang berapa kali pun..sebab sedap....Ehh...banyak plak bebel....Jommlah layan Chiffon Pisang ni dulu.....

CHIFFON PISANG
Sumber : Kak MadihaA

Bahan-A
  • 7 biji putih telur
  • 3 oz gula halus
  • 1 s.teh cream of tartar (Boleh gantikan ngan 1sk jus lemon)
Bahan-B
  • 7 biji kuning telur
  • 4 oz gula halus
  • 3 oz minyak masak
  • 3 oz air
  • 7 oz tepung naik sendiri
  • 1 s.teh baking powder
  • 1 s.teh garam
  • 2 sb serbuk santan ~ Sue gantikan ngan pati santan
  • 2 biji pisang saiz besar~Lecek  halus ~ Sue guna 5 biji pisang berangan

PENYEDIAANNYA
  1. Pukul Bahan-A sehingga bertanduk.Ketepikan
  2. Pukul semua bahan-B kecuali tepung naik sendiri.
  3. Selepas semua sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi.
  4. Masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
  5. Masukkan ke dalam loyang berlubang dan bakar pada suhu 140'C sehingga masak
Nota : Semasa mengacau, pastikan.......
**  Kacau perlahan dengan satu arah
**  Pastikan kesemua putih telur bergaul, kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih.Jadi bila kita potong kek itu jadi tak halus dan tak cantik...

CARA KAK MADIHaA ~Sue guna cara ni
  1. Gaul kesemua bahan-B kecuali tepung sehingga rata menggunakan whisk.Ketepikan.
  2. Pukul kesemua bahan-A sehingga putih dan telur mengeras (diterbalikkan tidak tumpah).Ketepikan dahulu...Cara Sue....Pukul telur putih sehingga sedikit berbuih.Masukkan cream of tartar/jus lemon dan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul sehingga marigue/bertanduk
  3. Gunakan mixer yang sama dan pukul sebentar bahan-B yang diadun tadi (1).Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sekejap sehingga pekat.
  4. Panaskan oven pada suhu 150'C.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit adunan-A (adunan-A/merigue) sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisker (kacau satu arah sahaja)...Cara Sue...Masukkan sedikit adunan Bahan-A ke dalam adunan Bahan-B dan kacau rata kemudian masukkan Adunan Bahan-A+Bahan-B ke dalam lebihan adunan bahan-A dan kaup balik sehingga rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam adunan chiffon dan bakar sehingga masak.
  7. Bila dah masak, keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
  8. Keluarkan kek dari loyang dengan menyisip tepi2 loyang menggunakan spatula dan bolehlah dipotong dan dihidang..
PERHATIAN : Loyang Chiffon tak perlu digris/dialas) ~ Kak MadihaA bakar guna suhu 150'C selama 30min kemudian turunkan suhu 140'C sehingga genap menjadi 55min masa membakar.(Bergantung pada oven masing-masing)

Thursday, December 27, 2012

Swiss Roll Zirafah

Assalamaalaikum dan salam sejahtera

Pertamakali wat swiss roll..klu sebelum ni main beli je bila teringin tapi bila tengok kat blok kak Wan Citarasawan buat pertama kalinya, hati terus tertambat..Tapi time tu virus M masih menebal...Tapi bila tengok lagi sekali kat blog Kak Azlita ngan bayangan blueberry fillingnya, terus tak boleh nak tahan...

Berpandukan langkah demi langkah yang Kak Azlita dan Kak Wan sajikan berserta gambar-gambar langkah demi langkah yang disertakan memudahkan lagi pemahaman dan minat untuk mencuba makin menebal...Alhamdulillah akhirnya berjaya gak menggulung walau tak secantik mana...

Jadi kepada sesiapa yang teringin merasa daging kek zirafah ni, dan perlukan paparan yang lebih jelas boleh bersinggah ke blog Kak Azlita@MasamManis/blog Kak Wan@Citarasawan sebab tuan rumah sini tak cukup kakitangan nak buat pergambaran belakang tabir..Almaklumlah wartawan tak bertauliah ramai sangat kat sini...Kalau setakat diorang nak interview je "Mama buat apa" "Ma, ni apa""Ma, kenapa Mama lukis-lukis""Mama..bla bla bla.." masih boleh tahan lagi..Tapi kalau dak masuk bab ni yang paling tak tahan ni..Takut tak sempat siap kek nya nanti... "Maaaa...Adik Is main tepung..." "Maaaa....Kakak Tolong kacau ya..." "Maaaa...Yaya tolak Adik Is..." Waaaaaaa...Adussss main berebut kerusilah plak...Macamana nak buka produksi pergambaran macamni.......

SWISS ROLL ZIRAFAH
Sumber Rujukan : Kak Azlita @ MasamManis
Sumber Asal : Kak Wan @ Citarasawan / MissB @ Everybody eats Well


BAHAN-BAHAN

Adunan Coklat
Bahan A
  • 3 biji kuning telur 
  • 15gm gula kaster 
  • 60ml air 
  • 40ml minyak jagung / minyak masak 
  • 75gm tepung gandum 
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Bahan B
  • 8gm serbuk koko 
  • 1 sudu kecil coklat emulco
Bahan C
  • 3 biji putih telur 
  • 50gm gula kaster 
  • 1/4 sudu teh cream of tartar
Adunan Corak Zirafah
  • 1 biji putih telur 
  • 2 sudu teh gula kaster 
  • 1 sudu teh tepung gandum 
  • 2 sudu besar dari adunan (yang di ketepikan)****
PENYEDIAANNYA 
  1. Sediakan loyang 10 x 10".  Lakarkan dengan pen corak zirafah di atas sehelai kertas minyak.  Masukkan ke dalam loyang, kemudian ambil sekeping lagi kertas minyak dan alas di atas permukaan kertas lakaran tadi.  Gunakan berus, celup dengan sedikit minyak dan gris permukaannnya hingga rata untuk mengelakkan corak dari melekat di kertas apabila di keluarkan.
Adunan Coklat :Bahan A :
  1. Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, di ikuti esen vanila, air dan minyak.  Pukul sebati dan masukkan tepung, kaup balikkan hingga rata.  Ketepikan 2 sudu besar adunan *** (untuk corak zirafah).
  2. Pukul bahan C hingga kembang dan bertanduk, kemudian kaup balikkan perlahan-lahan dengan adunan selebihnya dan  bahan B untuk adunan coklat.  Gaul hingga sebati.
Adunan Corak Zirafah :
  1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan bertanduk.  Masukkan  2 sudu besar adunan yang di ketepikan tadi di ikuti dengan tepung gandum.  Kaup balikkan hingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam piping bag yang di gunting muncungnya dan pipe di atas lakaran corak zirafah tadi. 
  2. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit dan keluarkan dari oven.  Ketepikan.
  3. Tuang adunan coklat ke atas corak zirafah, ratakan dengan spatula.  Hentakkan loyang beberapa kali untuk mengeluarkan buih yang terperangkap di dalam adunan. 
  4. Bakar pada suhu 190C selama 10-14 minit.
  5. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan ke atas wire rack.  Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas.  Keluarkan kertas alasnya perlahan-lahan supaya corak tidak terkoyak. 
 Untuk mengulung : 
  1. Potong bahagian tepi kek.  Sediakan sekeping kertas minyak yang besar dan terbalikkan kek dengan permukaan corak zirafah di bawah.  Sapu jem / filing yang di sukai dengan rata di atas pemukaan kek dan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak.  Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam. 

Filing 

  • 100gm whip cream 
  • 15gm gula kaster (Sue ikut Kak Azlita guna blueberry)
(Putar hingga kental dan sapu di permukaan swiss roll)

Monday, November 26, 2012

Kek Coklat Kukus Gerenti Jadi

Salam...Emmm lama betul tak main tayang-tayang resipi kat sini yaaa...Lama juga berhibernasi dan lama juga mengumpul mood untuk muncul kembali...

Aceli kek ni dah banyak kali buat...Selain penyediaannya yang teramat mudah, rasa dia juga sangat sedap dan sesuai dijadikan kudap-kudapan diwaktu petang sambil menikmati secawan kopi panas..

KEK COKLAT KUKUS Gerenti Jadi
Sumber : Zinita@MyResipi


BAHAN-BAHAN 

Bahan-A (Diayak)
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 cawan Serbuk Koko ~Sue guna ½ cwn shj
  • 1 sk Baking Powder ~Sue guna ½ sk shj
  • 2 sk Bicarbonate of Soda ~Sue guna ½ sk shj
 Bahan-B (Dipukul guna hand-mixer~Sekejap aje)
  • 3 biji Telur Gred A
  • 2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna blender kering)~Sue guna 1 1/2 cwn shj
  • 1 cawan Susu Cair
  • 1 cawan Minyak ~Sue guna ½ cwn shj
  • 1 tsp Coklat Emulco
  • 1 cawan Air Panas (mendidih) 
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak semua bahan-A. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. (cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur).
  3. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).
  4. Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).
  5. Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati.
  6. Masukkan Bahan-A sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan menggunakan whisk sehingga sebati.Rehatkan seketika adunan lebih kurang 15 minit.
  7. Sediakan pengukus. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan adunan kek ke dalam pengukus.
  8. Gris loyang dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.
  9. Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 1 jam. Kalau api dapur kuat, lebih kurang 45-50minit dah boleh test cucuk dengan lidi sate. Kalau keluar licin, maksudnya dah masak.

Friday, March 16, 2012

Kek Mentega Elite

Salam...Pepagi dah buat tayangan kek...Opppsss bukan sarapan hari ni tawwwww tapi last week punya cerita...

Haaaa..Kalau nak tahu, ini adalah antara kek terawal yang Sue berjaya buat sendiri...Dulu-dulu Sue mana pandai baking, tapi sejak join MyR dan tengok pelbagai laporan yang dihantar, terasa semangat tu berkobar-kobar plak nak mencuba sendiri...Tapi time tu hanya Tuhan saja yang tahu macamana perasaannya bila setiap kali baking hasilnya amat-amat mengecewakan..Semuanya jadi habuan Cik Tong Sam Pah....

Tapi tak pernah nak give-up...Start plak join forum kat MyR dan dari situlah Sue mula gali pelbagai ilmu perihal masakan daripada akak-akak kita yang berpengalaman samada secara langsung atau tidak langsung....Antara mereka ialah Kak Lilydvelly, Kak Nor67, Kak Umie, Kak Intan, CMGebu, Kak Bee dan ramai lagilah..Sorry kalau ada yang tak tersenarai sebab ramai gak dan Sue tak dapat nak ingati kesemuanya...

Dan dari situlah Sue kutip pengalaman demi pengalaman dan sehingga kini walau bukanlah pakar dan terrer sangat tapi bolehlah siket-siket menyediakan beberapa hidangan ringkas untuk santapan ahli keluarga sendiri....

KEK MENTEGA ELITE
Resipi : Akma 4th

BAHAN-BAHAN

Bahan A:
  • 250g self raising flour
  • 40g susu tepung
  • 200g mentega
Bahan B:
  • 5 biji telur
  • 200g gula kastor (160g gula pasir)
  • 1 camt. esen vanila
PENYEDIAANNYA
  1. Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja, xperlu pukul sampai kembang.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sehingga gebu.
  4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.