Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jom hari ni kita layan kulat sisir pula..Secara jujurnya ni baru 1st time Sue makan kulat ni...Sebelum ni pernah dengarlah tapi belum pernah berpeluang merasanya sementelah lagi ia amat susah untuk di dapati dipasaran sekarang...

Sehinggalah last week masa Sue gi meninjau-ninjau kat Pasar Tani Kota Kemuning kat both sayur kampung nampaklah sorang mak cik tu jual kulat ni...Untuk kepastian sekali lagi, Sue pun tanyalah kat Makcik tu dan dia mengiyakan..Sebungkus RM3, tapi Sue
dengan tamaknya nak beli 2 bungkus, minta kurang 2 bungkus RM5..Alhamdulillah mak cik tu kasi...Siap tanya lagi Sue asal mana, jawablah Trg..So Mak Cik tu jawab.
."Ooooooo patutlah biasa makan kulat ni, orang sana yaaaaaaa"..Ha ha ha ha ha...Tetiba pula Sue terasa nak tergelak kat dalam hati...Bukan apa, sepanjang hayat memang tak pernah jumpa pun kulat ni apa lagi nak makannya...Mak Sue tak pernah pun masak ni, logiklah..zaman dulu-dulukan diorang 'pungut' kulat ni kat kebun-kebun getah dan kalau kurang bernasib baik, ada risikonya jika kebetulan time tu Tuan Kebun/pekerjanya baru saja meracun kat kebun mereka.
Tambahan pula ada satu text masa Sue darjah dua kalau tak silap yang bertajuk
"Nasinya tumpah" yang mencerita satu keluarga petani yang kehilangan seluruh ahli keluarganya kerana termakan kulat sisir beracun kecuali seorang anak bongsunya, itu pun kerana nasinya tumpah dan jatuh ke tanah dimakan ayam...Jadinya pengajaran yang cikgu berikan dari text berkenaan ialah jangan sesuka hati mengutip cendawan dikebun2 kerana ia belum tentu selamat untuk dimakan...Tambahan pula, mak Sue pun cakap macam tu...Itu sebabnya tertanam kat jiwa raga ni cendawan adalah beracun..

Sampailah Sue datang ke KL...Tapi awal penghijrahan Sue dulu, cendawan adalah sesuatu yang amat asing dalam hidup..Sue akan anggap semua cendawan tidak terjamin keselamatannya untuk dimakan.Tapi biasalah, jauh perjalanan luas pandangan dan makin ramai yang kita jumpa, kenal dan berkawan, makin banyak pengalaman yang bakal kita tempuhi dan pelajari..Jadinya bermula dengan cendawan tiram yang Sue makan dalam tomyam yang diorder sekitar Taman Keramat KL, kemuadian button yang dalam dalam tin dan seterusnya cendawan shitake yang 1st time Sue makan time Office Anual Dinner..Akhirnya cendawan menjadi salah satu kegemaran Sue...
Dan sekarang bila balik kg, Sue dah biasa jumpa cendawan tiram kat dalam peti ais rumah Mak Sue..Iyalah, bila sudah ramai anak-anak yang berhijrah dan berkahwin dengan orang 'luar', jadinya Mak pun sedikit sebanyak terpaksa berhadapan dengan budaya baru dari anak menantu...
Alamak...panjanglah pulak ceritera tuan rumah hari ni...Jadinya rentetan dari
'penemuan pertama' kulat sisir ni, dan hasil perisikan ngan kawan-kawan yang dah biasa ngan kulat ni untuk mengetahui cara membersihkannya...Then mendapatkan beberapa resipi yang sesuai..So terhidanglah salah satunya dan ini merupakan resipi pertama Sue yang berasaskan kulat ni...
KULAT SISIR MASAK LEMAK UDANGSumber : Eenat @ MyREsipi
BAHAN-BAHAN- 1 pot - Kulat sisir, direndam dan dibersihkan dengan garam
- 10 ekor udang sederhana
- 1 kotak kecil santan pekat - kalau nak cair, tambah air
- 1 batang serai dititik
- 1 helai daun kunyit dikoyak-koyak
- Garam dan perasa secukupnya
- 1 keping asam keping @ gelugor
- Sedikit minyak utk menumis
Bahan Blend- 4 ulas bwg merah
- 2 ulas bwg putih
- 1 inci kunyit hidup
- 5-10 tangkai cili api (ikut kepedasan masing2)
PENYEDIAANNYA- Panaskan minyak, letak serai yg dititik tadi. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan bahan blender. Masak sampai pecah minyak.
- Masukkan kulat sisir, udang, santan, daun kunyit, garam, perasa dan asam keping. Perasakan kuah.
- Biar didih, kemudian matikan api. Siap.