Showing posts with label Jem. Show all posts
Showing posts with label Jem. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Jus dan Jem Rossel

Assalamualaikum...

Bila tengok buah resel yang di jual di pasar2 tetiba teringat plak zaman kanak2 dulu, masa tu lebih kurang 7~8 tahun kotttttt..Tok ada tanam pokok ni kat depan rumah, time tu sangat kagum bila Tok buatkan jus dan jem dari buah ni, pasal masa kanak2 dulu duk fikir, jem hanya di buat dikilang2 sahaja..Ha ha ha ha ha....

Rupanya tak susah pun nak buah homemade jem....Lagi sedap dan yang penting kita boleh adjust sendiri kemanisannya mengikut citarasa....Ohhhh...petang2 dalam cuaca panas macam ni memang sedap teguk air sejuk-sejuk macam ni...Lupa pantang larang japppppp.....

JUS & JEM ROSELLE

Sumber dari : KakBesah @ MyResipi

BAHAN-BAHAN

Bahan Untuk Jus
  • 1 kg buah rosell fresh
  • 1 kg gula pasir
Bahan Untuk Jem
  • hampas buah rosell tadi
  • gula secukup rasa
  • 1 sudu teh cuka & secubit garam
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Jus : Buah rosell dikepak2 kelopaknya,buang biji tengahnya.
  2. Masukkn ke dalam periuk bersama 2 liter air.Masak hingga mendidih dan air menjadi merah.
  3. Masukkan gula,kacau hingga mendidih sekali lagi lalu tutupkan api.
  4. Bila telah suam2 bolehlah ditapis ke dalam bekas.
  5. Untuk Jem : Hampas buah rosell dimesin bersama sedikit air, dimasukkan ke dalam kuali brsama 1 cwn gula. masak dgn api sederhana hingga pekat.
  6. Masukkan secubit garam & cuka.gaul sebati.Bila telah betul2 masak.angkat lh.
  7. Bila telah sejuk masukkan jus dan jem ke dalam peti sejuk.
*** Jus Rosell tu kena dicairkn dengan air sebelum diminun seperti membancuh air ribena.

Monday, April 11, 2011

Dulce De Leche

Salam hari Senin....Dah petang-petang gini ada yang Morning Blues lagi kerrrr.....? Udah-udah lerrrr tu...Opppssss...ada lagi siket-siket....? Alaaaaa..janganlah gitu....Apa kata kita ceriakan petang hari Senin kita ngan resipi yang mudah ni, tapi dari segi rasanya memang mabelesssssssss......

Sebenarnya sebelom ni, tatkala benda alah ni semakin pemes-emes dan mendapat tempat di dapur hati "tukang-tukang masak blog" di Malaysia ni, takdelah Sue terlintas nak join the club...Memanglah senang tapi bila memikirkan kelecehan nak menunggu tu, terus membatalkan niat...

Kiranya mase tu, Sue ni boleh diibaratkan dalam golongan orang2 yang duk bertenggek tepi pagar sekolah tengok orang len duk bersukanlah....Macam best diorang tu duk lompat sana sini, tapi nak join malas, takut panaslah, penatlah dan macam-macam lagilah alasannyaaaaa.....

Sampailah resipi ni muncul pula kat MYR...haaaaaa......Macam-macam perdebatan diorang berkenaan ketidakujudan Susu Pekat Manis ni di Malaysia ..Eh..! Iya ke..? (Ha ha ha..Sebelom ni tak pernah alert pun tentang beza krimer dan susu pekat manis....Rupanya sepupu-sepapat jeeee..Bukan adik beradik...) Dah tu, diam-diam Sue pun cuba survey.....Tup-tup jumpa Susu Isian Pekat Manis..."Yessssss....Jumpa" (Dengan rasa teruja)..

Tapi telahan Sue silap lagi...Susu Pekat Manis dan Susu Isian Pekat Manis ni rupanya adik beradik tiri jeeee....Bukannya Seibu Sebapa...Tapi tak pelah...Alang-alang kan...Simpan jelah kat dalam gobok dulu..Pun belum terfikir nak buat benda alah ni....

Sampailah satu ketika tu, entah apa mimpinya, time dalam perjalanan balik kerja, tetiba terlintas nak menerai kerja giler ni....So, sesampai je kat rumah terus gi dapur dan rebus satu tin sebagai percubaan...Dan kalau ikut perkiraan rambang, hampir-hampir 10pm nanti siaplah....Mana tau, tetiba bila Cik Hubby balik dia ajak gi 'dating' kat McD lah pulaaaa....Alamakkkkkk......

Maka, Sue pun terpaksalah menurut perintah...Lebih kurang hampir-hampir 9pm (kalau ikut perkiraan dah 2 jam 15 min~tapi Sue fikir belum cukup 3 jam, belom jadi lagi_tak tau pula 2 jam pun sudah memadai, 3 jam jika ingin lebih pekat), sebelom keluar Sue pun tutup api periuk dan biarkan saja ia terendam cenggitu, niat hati nak sambung lagi balik nanti..Mana taw, dah kenyang, mata pula ngantuk...Jadi niat pun terbantut....

Dua hari kemudian, Sue pun berkira-kira nak sambung lagi...So, dengan betul-bendulnya Sue pun sambung lagi merebus lebih kurang 45 min...Ha ha ha ha.....Bini sapelah yang bijak bestari ni....

Dan.....Jeng jeng jengggggggggg.......Lihatlah dunia Dulce De Leceh Leche ku ini.......Ha ha ha ha ha ha

BAHAN-BAHAN
  • 1 tin susu pekat manis. (Pilih brand kesukaan masing-masing)

PENYEDIAANNYA

Cara Pertama
  1. Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut. Rendam dalam periuk besar.(Boleh rebus 2-3 tin sekaligus)~Pastikan paras air sentiasa 2 inci menenggelami tin susu.
  2. Rebus pada api sederhana selama dua jam. Kalau nak lebih pekat lagi rebus 3 jam.
  3. Tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Setelah sejuk buka tin dan transferkan caramel ke dalam bekas plastic kedap udara. simpan dlm fridge
Cara Kedua
  1. Tanggalkan pembalut dan tebuk beberapa lubang di atas permukaan tin susu.
  2. Masukkan tin susu ke dalam periuk dan masukkan air hingga ke paras tidak melebihi tin susu tersebut.Rebus pada api sederhana selama 2-3 jam.
Cara Ketiga
  1. Panaskan oven pada suhu 220C.
  2. Tuangkan susu ke dalam mangkuk kaca tahan panas (panas oven) atau loyang pembakar.
  3. Letakkan mangkuk tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan isikan loyang tersebut dgn air panas/suam. (bain marie style) tutup longgar permukaan mangkuk dgn aluminium foil dan bakar selama 1- 1.5 jam.
  4. Tambah air dalam loyang besar jika perlu.
  5. Bila dah dapat warna keperangan gelap boleh berhenti membakar dan tunggu sejuk sebelum pindahkan ke dalam bekas lain.
Cara Keempat
  1. Masukkan susu ke dalam mangkuk than microwave yang besar .
  2. Microwave kan pada suhu medium selama 2 minit. keluarkan dan kacau sebati.
  3. Microwave lagi selama 3 minit, keluarkan dan kacau lagi.
  4. Microwave lagi selama 10 minit, keluarkan dan kacau lagi.
  5. Ulang2 microwave sampai dapat warna dan consistency yang di inginkan.

First-first buka tin memang teruja abisssss.....Terus je saki baki kat tudung tin tu di rasa....nyum nyum nyum....Emmmm...Rasanya macam pernah cuba ni....Di mana yaaa......?

Oh.. oh.. oh.. Kat Aunty Anne....Petzel Almond wif karamel.....Sukeeeeee......(Walau pun rasanya tak 100% sama tapi ada iras-iras)

Tapi, betullah cakap Kak Mimi, rasanya bergantung pada brand Susu tu juga....Lepas ni kalau terbuka hati lagi nak membuatnya, nak guna krimer kegemaran...Walau strukturnya diorang cakap agak cair berbanding menggunakan susu pekat manis...Tapi mungkin dari segi rasa ia akan lebih memuaskan hati.....