Showing posts with label Durian. Show all posts
Showing posts with label Durian. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Bubur Jagung

Assalamualaikum...Petang-petang begini dapat layan bubur best gak...

Ni semua gara-gara terpandang kat blog Kak Amie yang buat bubur jagung buh durian..Kalau sebelum ni kita selalu buh durian dalam bubur kacang, tapi bila terpandang je kat Blog Kak Amie, teringin gak nak mencubanya..

Dan kebetulan plak last 2week time pergi MAHA2012 adalah plak Lelongan Sejuta Jagung dan Cik Hubby plak borong durian...Errrkkkk tapi...durian yang buh dalam bubur ni trip yang lain..Yang dibeli kat MAHA2012 udah abisss...

Ok, berbalik kat cerita jagung, punyalah kemaruk memborong, bayangkan RM10~25 biji (boleh pilih sendiri).... Itu dah dibagi 10 ketul kat Baby Sitter Isyraf, selebihnya pulun kan rumah..Dah tak tau nak buat apa dahhhh...dok rebuss jagung jeeee...Then Baby Sitter Iskandar bagi lagi 2~3 ketul jagung rebus...Kat fikiran ni dah tak tau nak buat apa lagi dahhhh ngan jagung ni..Last-last perelai je isi...Buatlah apa-apa makanan yang berkaitan jagung..Selain Talam Jagung&Durian, salah satu darinya bubur ni lah......  

BUBUR JAGUNG

BAHAN-BAHAN
  • 4 ketul jagung rebus (ambil isinya~separuh diblend kasar)
  • 200ml santan pekat
  • 600 ml air biasa (atau sehingga menutupi isi jagung)
  • ½ kerek nisan (boleh ganti ngan gula melaka~sukatan juga boleh adjust mengikut kemanisan yang dikehendaki)
  • 3 sb sagu biji (basuh dan rendam seketika)
  • 3 ulas durian
  • ½ sk garam
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam pertiuk masukkan isi jagung rebus dan air biasa.Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan sagu biji, isi durian, nisan dan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak2.
  3. Setelah cukup rasa dan kesemua sagu biji sudah kembang, masukkan santan dan biarkan mendidih.Selalu kacau atau masukkan senduk stainless steel utk elakkan santan pecah minyak.
  4. Sedia dihidang

Tuesday, December 4, 2012

Talam Jagung Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengnjung yang tak jemu-jemu bertandang ke sini..Semoga anda semua senantiasa sihat dan gembira selalu...

Hari ni Sue nak share satu lagi resipi yang pernah Sue cuba.Tapi Sue buat separuh dari adunan jeeee...Bak kata orang, selagi ada musim durian selagi itulah munculnya resipi-resipi berkaitan durian...He he he he he

TALAM JAGUNG DURIAN
Sumber : 45 Jenis Keleksi Resipi KUIH ENAK By Chef Azimah Mansur

BAHAN-BAHAN

Lapisan Bawah
  • 500gm beras pulut (endam 5-6 jam & toskan)
  • 400 ml santan cair
  • 150 gm kelapa parut putih
  • 1/2 tin jagung biji dalam tin (Sue guna isi jagung rebus)
  • 1 sk garam halus
  • 1 sk esen jagung jernih
Lapisan Atas
  • 2 biji telur600 ml santan (perahan pertama)
  • 200 gm gula pasir
  • 100 gm tepung gandum
  • 1 sb tepung jagung
  • 200 gm isi durian
  • 1/2 sk garam
  • esen durian
  • pewarna kuning
PENYEDIAANNYA

Lapisan Bawah
  1. Gaulkan beras pulut dengan santan, garam dan kelapa parut, kemudian kukus dalam acuan (10'x10') tang dialas kertas plastik dan disapu sedikit mentega.
  2. Kukus selama 15 minit, kemudian gaulkan jagung biji ke dalam pulut dan tekan rata.Kukus lagi selama 10 min.
Lapisan Atas
  1.  Satuka kesemua bahan di dalam pengisar dan kaca di atas api kecil sehingga berwap
  2. Tekan pulut dan tuang adunan tadi ke atas pulut dan tutup dengan aluminium foil.Kukus lagi 20 min atau sehingga masak
  3. Tunggu sejuk baru dipotong.

Friday, December 30, 2011

Sata (Santan) Durian

Assalamualaikum, Salam Sejahtera di hari Jumaat penghulu segala hari..

Nampak gayanya kita sudah pun di penghujung tahun 2011 dan jika ada keizinan dariNya, 2 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru masihi 2012....Tentu sekarang masing-masing dah tanam azam baru atau menyusun atur beberapa rancangan yang bakal dicapai sepanjang tahun..Dan bagi ibu bapa yang mempunyai cahaya mata yang akan melangkah ke alam persekolahan tidak kira baru pertama kali atau yang baru menghabiskan cuti, tentu masing2 sibuk membuat persediaan terakhir sebelum menjelangnya sessi persekolahan 4 Jan 2012 tahun hadapan...Sue doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan olehNya...

he he he he he...Oklah kita lupakan sekejap ayat2 mengantuks tuan rumah kat atas tuuuu..Jommmm kita layan pula hidangan pemanis mulut ni...Actually rasanya ia sama saja ngan serawa durian cuma nama jee yang berbeza..Sajeee je Sue buh nama ni pasal kat tempat Sue kitorang panggil ni 'sata durian' dan sata tu maybe merujuk kepada santan kottt pasal kuahnya menggunakan santan...

Dan kat bawah ni sengaja lah Sue letak resipi untuk pulut sekali pasal untuk selera Sue, kalau nak makan sata durian ni, pulutnya Sue lebih suka yang jenis melekat-lekat atau senang cerita pulut versi tanak...Kalau versi kukus tu bukan tak ok, tapi sebab dah terbiasa Mak Sue buat versi ni, jadinya selera Sue pun lebih terarah ke situlah...Iyalahkan..semua resipi dan versi tak salah kerana setiap orang ada citarasa yang berbeza sesuai ngan budaya dan penerimaan anak tekak masing2 kan....

Jadinya untuk ingatan dan panduan Sue di masa akan datang, Sue simpan resipi kat sini juga..Walau Sue tahu semua orang pandai tanak pulut, tapi kalau orang yang tak biasa macam Sue terkial-kial juga dan silap hari bulan tak jadi pulutnya seperti yang dikehendaki..Dan untuk dapatkan versi yang lebih kurang macam Mak, Sue rujuk ngan kakak sulong Sue dimana cara dia lebih senang untuk Sue praktice kan.....

SANTAN DURIAN
Resipi : Kak Nor@Kajang

UNTUK KUAHNYA

Bahan-Bahan
  • 400 ml santan (200 ml santan kotak+200ml air)
  • 3 sb nissan/gula melaka (siap racik) ~ Boleh adjust kuantiti ikut kemanisan masing2
  • Secubit garam
  • 2~3 ulas durian
Penyediaannya
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.(jangan sampai pecah minyak)
  2. Setelah cukup rasa, tutup api.
UNTUK PULUT
Bahan-Bahan
  • 2 pot beras pulut (dibersihkan dan tos)
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
Penyediaannya
  1. Masukkan beras pulut yang siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan air sehingga ½inch ketinggiannya dari permukaan pulut.
  2. Tutup periuk dan masak dengan api paling kecil sehingga pulut tanak.
  3. Setelah pulut tanak, tutup api.
  4. Karih (kacau) pulut dan tutup periuk.
Hiasan
  • Beberapa ulas durian
CARA HIDANGAN
  1. Sendukkan pulut secukupnya ke dalam pinggan hidang, letakkan seulas durian disisinya dan curahkan kuah ke atasnya..
  2. Sedia dinikmati...