Showing posts with label Pisang. Show all posts
Showing posts with label Pisang. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Chiffon Pisang


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...Masih diberi kesempatan untuk muncul lagi di sini walau sekarang sudah agak suam-suam kuku dan post pun dah jadi semakin kelam kabut..Betul2 dah tak cukup kaki tangan sekarang apatah lagi sejak si budak kecik ni dah pandai selongkar sana sini..Panjat sana panjat sinun...Masalahnya berjalan pun belum boleh apathah lagi berdiri sendiri tapi bab panjat sana sini memang expert..Tu yang tak boleh lepas pandang tu...Takut nanti ada orang yang tergolek dottttt plak...Bahaya...

Nak post resipi pun dah jadi serba salah sekarang...Tapi atas sebab nak keep resipi untuk ingatan dan rujukan diri sendiri dan anak2 dimasa hadapan...Post jugalah.....Dan layan jugalah yaaaaaa.....Gambar...? memang sangat2 mengecewakan.....

Aceli sebelum ni ada juga menyipon...blueberry Chiffon cake resipi dari Kak Nor tapi tak sempat snap gambar..InsyaAllah, ada masa nanti cuba buat sekali lagi...Tak kisahlah nak ulang berapa kali pun..sebab sedap....Ehh...banyak plak bebel....Jommlah layan Chiffon Pisang ni dulu.....

CHIFFON PISANG
Sumber : Kak MadihaA

Bahan-A
  • 7 biji putih telur
  • 3 oz gula halus
  • 1 s.teh cream of tartar (Boleh gantikan ngan 1sk jus lemon)
Bahan-B
  • 7 biji kuning telur
  • 4 oz gula halus
  • 3 oz minyak masak
  • 3 oz air
  • 7 oz tepung naik sendiri
  • 1 s.teh baking powder
  • 1 s.teh garam
  • 2 sb serbuk santan ~ Sue gantikan ngan pati santan
  • 2 biji pisang saiz besar~Lecek  halus ~ Sue guna 5 biji pisang berangan

PENYEDIAANNYA
  1. Pukul Bahan-A sehingga bertanduk.Ketepikan
  2. Pukul semua bahan-B kecuali tepung naik sendiri.
  3. Selepas semua sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi.
  4. Masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
  5. Masukkan ke dalam loyang berlubang dan bakar pada suhu 140'C sehingga masak
Nota : Semasa mengacau, pastikan.......
**  Kacau perlahan dengan satu arah
**  Pastikan kesemua putih telur bergaul, kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih.Jadi bila kita potong kek itu jadi tak halus dan tak cantik...

CARA KAK MADIHaA ~Sue guna cara ni
  1. Gaul kesemua bahan-B kecuali tepung sehingga rata menggunakan whisk.Ketepikan.
  2. Pukul kesemua bahan-A sehingga putih dan telur mengeras (diterbalikkan tidak tumpah).Ketepikan dahulu...Cara Sue....Pukul telur putih sehingga sedikit berbuih.Masukkan cream of tartar/jus lemon dan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul sehingga marigue/bertanduk
  3. Gunakan mixer yang sama dan pukul sebentar bahan-B yang diadun tadi (1).Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sekejap sehingga pekat.
  4. Panaskan oven pada suhu 150'C.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit adunan-A (adunan-A/merigue) sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisker (kacau satu arah sahaja)...Cara Sue...Masukkan sedikit adunan Bahan-A ke dalam adunan Bahan-B dan kacau rata kemudian masukkan Adunan Bahan-A+Bahan-B ke dalam lebihan adunan bahan-A dan kaup balik sehingga rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam adunan chiffon dan bakar sehingga masak.
  7. Bila dah masak, keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
  8. Keluarkan kek dari loyang dengan menyisip tepi2 loyang menggunakan spatula dan bolehlah dipotong dan dihidang..
PERHATIAN : Loyang Chiffon tak perlu digris/dialas) ~ Kak MadihaA bakar guna suhu 150'C selama 30min kemudian turunkan suhu 140'C sehingga genap menjadi 55min masa membakar.(Bergantung pada oven masing-masing)

Wednesday, April 13, 2011

Kek Pisang Sempoi

Selamat Petang, jommmm minum petang...

Resipi dari Kak Sofinar
, pernah buat dulu tapi versi kapkek...Ni versi loyang pula, dan tiada sebarang penderhakaan di sini....

BAHAN-BAHAN
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing (Sue buh 100gm jeee)
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
PENYEDIAANNYA
  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

Tuesday, November 23, 2010

Kek Pisang Sempoi

Pertama kali tengok kek marble pisang ni kat rumah Noorsha..Terus jatuh hati..Resipi asal dari Kak Sofinar kat MYR....
Tapi versi Sue bukan dalam loyang, dah berubah mentuknya jadi Muffin...Jommm Layan

BAHAN-BAHAN
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • PENYEDIAANNYA
  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
Tabur sedikit badam cincang dan kepingan coklat juga


Proses membaking, kepingan coklat makin mendap..He he he he...


Tadaaaaa.....Siap...Dah tak sabar-sabar niiiii.....


Tak sangka...Dah jadi inti pula kepingan coklatnya...Adakah ia suratan atau kebetulan semata-mata...???? Keh keh keh..Yang pastinya memang best sangat ngap ni time suam-suam..Pasal time tu coklatnya masih lagi melt......