Showing posts with label Bingka. Show all posts
Showing posts with label Bingka. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Bingka Durian

Assalamualaikum....

Bersempena musim doyan ni apa kata kita pelbagaikan hidangan doyan kitaaaa......Kalau ikut resipi asal takde pun taburan kekacang tu bagai, tapi sebab nak perabihkan stok kekacang yang ada, so main tabur jeeee..Tapi tak sangka plak memang bertambah sedappppp.....Sambil menikmati lemak2 dan manis doyan tu, mulut pula tak berhenti-henti tergigit kekacang yang bertaburan...wahhhhhhh bayangkan......Nikmat tak terkata.....

BINGKA DURIAN
Sumber  : Tempting Kueh By Chef Azimah (One Publishing)

BAHAN-BAHAN
  • 5 biji telur
  • 400 gm gula pasir
  • 350gm tepung gandum
  • 700 ml santan (1½ biji kelapa)
  • 250 gm isi durian
  • 1 tsp esen durian
  • ½ tsp garam
  • 50 gm mentega
  • Pewarna kuning
PENYEDIAANNYA
  1.  Isi durian dikisar dengan sedikit santan.Kacau rata semua bahan kecuali mentega.
  2. Kacau di atas api sehingga agak pekat dan tambah mentega.
  3. Tuang ke dalam loyang bentuk bujur yang dialas foil dan sapu mentega.
  4. Bakar selama 1 jam dengan kepanasan 180C

Monday, July 15, 2013

Bingka Roti Berjagung

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dua hari tuan rumah bersunyi-sunyian tanpa sebarang paparan lauk berbuka..Biasalah bila berada di rumah memang jarang berkesempatan nak on9 apatah lagi sejak moderm rosak ni, tapi sampai sekarang pun tak report2 lagi kat TM...

Jumaat, masak simple je...Ayam masak kicap, Sabtu,menu orang malas siket sebab main renih n lebur jeee...Sup Tulang..Dan Ahad, rajin siket, masak nasi lemak dan ayam goreng Kentucky...Dan tadi pagi sempat gak sediakan bingka ni utk sarapan anak2..Tinggal siket utk berbuka petang ni.,..So xde gambar postmortem...


BINGKA ROTI BERJAGUNG
Sumber : Che Mat Gebu
Rujukan : Kak Nor @ Secubit Garam

BAHAN-BAHAN 
Untuk Separuh adunan, Sue dapat 3 biji acuan kuih bakar bunga pecah lapan
(Tulisan roman Italic merujuk kepada sukatan 2/3~dari K.Nor)
  • 3 biji telur gred A (2bj)
  • 150 g gula kastor (100gm)
  • 100 g mentega, dicair dan sejukkan (mat guna 70 gram) (60gm)
  • 1/2 camca teh garam (1/3 sudu kecil)
  • 300 g roti putih, didadu kecil2 (200gm)
  • 200 g tepung gandum (130gm)
  • 1 liter santan (670ml )
  • 1 camca teh esen vanilla (2/3 sudu kecil)
  • 200 g jangung krim dalam tin (130gm - nak letak extra pun tak per)

PENYEDIAANNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut.
  2. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata.
  3. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  4. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit.
  5. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminum tadi dengan mentega.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
 
CATATAN MAT GEBU :- Resipi ini akan menghasilkan kueh bingka roti jagung berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci. Kalau nak buat kecik, bahagi dua resipi diatas (untuk telur tu kalau buat 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning)

CATATAN SUE :- Sue guna acuan kuih bakar bunga pecah 8.Sebelum menuang adunan bingka,Sue panaskan terlebih dahulu acuan tersebut di atas dapur gas dan sapu minyak keseluruhan permukaan.Bila acuan dah betul2 panas, baru dituangkan adunan bingka ke dalamnya dan bakar seperti biasa di dalam oven sehingga masak.

Tuesday, March 6, 2012

Bingka Pandan Tanpa Telur

Assalamualaikum...

Lately ni semangat nak berblog semakin merundummmmm dan kalau ikut-ikut rasa macam nak stop jeee...Tapi kalau nak cakap secara officially nak stop pun macam tak best gak sebab mana tau tetiba plak rasa rindu nak muncul bersiaran...So, biar macam ni jelah...Ada masa dan mood datang sapu rumah, tuan rumah datanglah...Kalau time nak menyepikan diri....Maka sepilah juga rumah sini.....

Oklah..Tuan rumah pun nak undur sekejap....Jamulah dulu ngan bingka yang sedap ni...Nak buat pun simple....Tak sampai stengah jam pun bancuhannya dah siap..Dan kalau macam Sue yang main bakar dalam oven jeeee, lagi senang...dah set time, masukk je kuih dalam oven...cukup time nanti dia berdentinglah...Sementara nak tunggu masak tu, bolehlah buat apa-apa saja yang sepatutnya

BINGKA PANDAN TANPA TELUR
Resipi/sumber : Kak Fida

BAHAN-BAHAN (Sue buat ½ dari sukatan yang diberi)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1 cwn gula halus
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sb mentega/majerin - cairkan
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau dan kuning (opt)
  • sedikit bijan - untuk tabur
PENYEDIAANNYA
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
  2. Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.

Wednesday, February 8, 2012

Bingka Labu Cinderella

Assalamualaikum...

Hari ni kita layan bingka pula yaaa, tapi ni bekpes last week punya...Adalah satu hari tu masa gi econsave, tetiba jeee takde ribut, tak de angin terbeli labu ni...Bila balik ke rumah tak tau nak buat apa...

Dah 2~3 hari dia tergolek-golek kat rak tu, barulah terfikir nak kerjakannya...Selalu kalau labu ni buat bubur/pengat jeee tapi boringlah plak...Jadinya dalam fikir dan fikir tu sambil search kat MyR apa resipi yang related ngan labu, terjumpalah resipi ni...

Baca bahan-bahan dan cara penyediaannya, macam mudah jeeee, so terus print dan godeh-godehlah kuih ni keesokan harinya....

Cumanya kat resipi tu ada terkeliru siket berkenaan penggunaan butter yang telah dicairkan, kat bahan-bahan seolah-olah ia diblend sekali tapi kat penyediaannya digunakan di dasar loyang, tapi tak mooo pening2, Sue blend sekali jeeee dan disebabkan Sue guna loyang non-stick, jadi tak lengserlah dasarnya..Rasanya bagi yang guna loyang kuih bakar/bingka yang kaler putih tu. may be perlu lah letakkan sedikit mentega setelah loyang tu dipanaskan terlebih dahulu untuk mengelakkan kuih tu melekat nanti....

Komen Sue pasal kuih ni...?.Emmmm sedap dan len kali boleh buat lagiiiiiiii.....

BINGKA LABU CINDERELLA
Sumber : DatinLulu@MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 600gm labu (berat selepas di rebus/kukus) - dilecek sedikit kasar
  • 2 @ 3 sudu besar kelapa kering ~ Sue tak buh
  • Kelapa kering/bijan secukupnya untuk taburan
Bahan-Bahan diblend sehingga sebati
  • *2 cwn tepung gandum
  • *2 sb (mumbung) tepung kastad
  • *200ml santan kotak + air = 2 cawan santan
  • *3/4 - 1 cawan gula
  • *2 sudu besar butter @ marjerin - dicairkn
  • *½ cwn susu pekat manis/krimer manis
  • *1 sk (rata) garam halus
  • *5 biji telur (saiz B/C)
PENYEDIAANNYA
  1. Oven dipanas terlebih dahulu, 180°c
  2. Bahan2 yang diblend tadi dimasukkan ke dalam labu yang dilecek...Kacau sehingga sebati dan tambahkan kelapa kering
  3. Masukkan 1 sudu besar butter/marjerin kedalam loyang dan panaskan sebentar dengan api yang kecil..
  4. Tuangkn adunan tadi kedalam loyang...Tabur kelapa kering, diikuti bijan...
  5. Bakar lebih kurang 1 jam @ sehingga masak/ biar garing cikit kat atas lagi sedap...

Sunday, May 16, 2010

Bingka Roti Berjagung

Buat minum petang....Hidang bersama kopi/nescafe panas.....

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji telur
  • 300 gm roti (sebarang roti/reja roti)
  • 100 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 lit santan ( 500ml susu+500ml santan) ~ Sue kurangkan sedikit kuantitinya.
  • 200 gm jagung krim
  • 1/2 s.teh garam
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul sebati telur dan gula.Masukkan mentega, santan, tepung dan garam.Turuskan pukulan sehingga sebati
  2. Masukkan roti dan rendamkan selama 15min.
  3. Masukkan jagung, kacau rata
  4. Masukkan loyang bulat 10" beralas foil dan sapu mentega.
  5. Bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau sehingga masak