Showing posts with label F.O.C. Show all posts
Showing posts with label F.O.C. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Dutchlady Kids&School Movie Mania @ TGV AEON Bukit Tinggi Klang.

Assalamualaikum...
Lagi cerita ceriti sekitar aktiviti berhujung minggu..Layan jee lah yaaaaaaa mana yang tersempat...(Antara camera atau anak-anak yang berlarian sana sini.........)

Terima Kasih MamaAqish untuk info ni
Sorry sebelum ni Sue betul-betul tak sempat nak buat pre-post untuk mendaftarannya


Semasa sessi pendaftaran....Terpaksa kumpulkan dulu bebudak ni kat dalam 'kenderaan hikmat ni' supaya bilangannya sentiasa mencukupi....Ha ha ha ha Kijam...kijam...kijammmm


Sessi bergambar ala-ala di acara red Carpet..HA ha ha ha ha ha


Sessi bergambar kanak-kanak sedunia sebelum serbu panggung


Wajah ceria sebelum meraung kat dalam panggung..Hampehhhhhh

Monday, November 28, 2011

E-Book Percuma dari Kak Ros Jintan Manis

Assalamualaikum...

Bersempena dengan kemunculan Tahun Baru 1433 Hijrah ini, Kak Ros @ Jintan Manis telah mengambil kesempatan dan keberkatan kehadiran Tahun Baru ini dengan mengedarkan E-Book ketiganya secara percuma...

Dan Beliau amat-amat berbesar hati untuk mengedarkannya secara percuma di sini.... Cepat-cepat kita sama-sama dapatkannya sebagai tanda sokongan di atas usaha ikhlas beliau bersama suami tersayang....Dan seperti yang telah dinyatakan di blog Kak Ros, download E-Book ni hanya sah sehingga 4 December 2011 bersamaan 8 Muharam 1433 Hijrah

Jadi sebagai tanda sokongan kita bersama, marilah kita sama-sama mendapatkannya sementara stok masih ada..

Dan kesempatan ini Sue ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat Kak Ros sekeluarga dan Semoga bertambah-tambah rezeki juga di rahmati olehNya...


Terima Kasih juga kepada Kak Ummi Zaihadi di atas usaha beliau mewarwarkan berita baik ini.....

Friday, April 8, 2011

E-Book Dari Kak Ros @ Jintanmanis.com

Bismillahirahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari..Dengan Limpah kurnia dan rahmat dariNya, dapat lagi kita bersua walau secara maya...Terima kasih buat semua pengunjung-pengunjung yang sudi bersinggah sini samada tinggalkan jejak atau silent reader....

Kesempatan ni saya ingin menyampaikan sejuta penghargaan dan rasa terharu yang tidak terhingga buat Kak Ros @ Jintanmanis.com di atas kemurahan hatinya mengedarkan e-book yang teramat bernilai ini secara percuma...Jadi sebagai memberi sokongan dan menghargai pemberian ikhlas beliau ni, marilah kita sama-sama mengangkutnya bawa balik...

Ha ha ha....cheh cheh cheh.....seriuslah pula pepagi nikan....? Walau apa sekali mukaddimahnya, tujuannya tetap sama, iaitu untuk sama-sama memberi sokongan dan menyebarkan berita tentang niat murni Kak Ros ini...Semoga niat ikhlas dari beliau mendapat imbuhan yang setimpal dariNya.....

Jommmmmmmmmmmm.....Kita sama-sama download E-book ni dari sana