Showing posts with label Coklat. Show all posts
Showing posts with label Coklat. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Kek Coklat Kak Yani

Lagi untuk sarapan anak-anak ...Yaya makan lajuuuuu je berketul-ketul habis..Sara sempat seketul je...Is pun ambik dua ketul...Tapi komen diaorang ...emmmmm sedappppppp......

Mama tak rasa sebab kek masak lepas imsak.Tapi still nak simpan resipi kat sini...Seronok sebab struktur ia nampak lembutttttt sangat....Thanks Kak Yani untuk resipi ni...

KEK COKLAT
Resipi : Kak Yani @MyR

BAHAN-BAHAN
  • * 150g coklat
  • * 50g mentega
  • * 50cc susu segar
  • 3 biji telur
  • 50g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 40g gula aising
  • Secubit garam 
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
  2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
  3. Panaskan oven ke 140 degree
  4. Asingkan telur kuning dan putih.
  5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
  6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
  8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
  11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising

Wednesday, July 24, 2013

Super Moist Steamed Chococlate Cake

Assalamualaikum....

Tadaaaa.....kembali bersiaran setelah lama duk tenggelam...Lately ni memang bz sesangat lah kat opis..Dan destop kat rumah plak demam....Tunggu masa nak hantar masuk wad...So ni pun main cilok-cilok jelah....

Apa pun thank buat Kak Fida @MyR atas kesudian beliau berkonsi resipi best ni...Sugar tu main tabur macam tu jeee buat tarik minat anak-anak nak ngappppppp......


SUPER MOIST STEAMED CHOCOLATE CAKE
Sumber : Kak Fida @ MyR

Bahan-A
  • 300 g susu sejat/cair (dalam tin) = ( 1 1/4 cwn )
  • 275 g mentega/majerin (1 cwn + 1/8 cwn)
  • 270 g gula halus ( 1 1/4 cwn )
Bahan-B
  • 3 biji telur - pukul ringan dengan garfu
  • 1 sk esen vanilla
Bahan-C
  • 185 g tepung gandum ( 1 2/3 cwn )
  • 100 g serbuk koko ( guna 80g pon ok) = ( 3/4 cwn + 1/8 cwn )
  • 3/4 sk bicarbonate soda
  • 3/4 sk baking powder 
PENYEDIAANNYA

  1. Ayak bahan-C ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Masak bahan-A hingga larut dan biarkan suam dan masukkan bahan-B dan kacau rata.
  3. Tuang campuran susu ke dalam campuran tepung sambil digaul hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan sapu minyak/mentega.
  5. Tutup loyang dengan alum. foil dan kukus selama 45 min. dengan api sederhana.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan topping pilihan.

Monday, November 26, 2012

Kek Coklat Kukus Gerenti Jadi

Salam...Emmm lama betul tak main tayang-tayang resipi kat sini yaaa...Lama juga berhibernasi dan lama juga mengumpul mood untuk muncul kembali...

Aceli kek ni dah banyak kali buat...Selain penyediaannya yang teramat mudah, rasa dia juga sangat sedap dan sesuai dijadikan kudap-kudapan diwaktu petang sambil menikmati secawan kopi panas..

KEK COKLAT KUKUS Gerenti Jadi
Sumber : Zinita@MyResipi


BAHAN-BAHAN 

Bahan-A (Diayak)
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 cawan Serbuk Koko ~Sue guna ½ cwn shj
  • 1 sk Baking Powder ~Sue guna ½ sk shj
  • 2 sk Bicarbonate of Soda ~Sue guna ½ sk shj
 Bahan-B (Dipukul guna hand-mixer~Sekejap aje)
  • 3 biji Telur Gred A
  • 2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna blender kering)~Sue guna 1 1/2 cwn shj
  • 1 cawan Susu Cair
  • 1 cawan Minyak ~Sue guna ½ cwn shj
  • 1 tsp Coklat Emulco
  • 1 cawan Air Panas (mendidih) 
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak semua bahan-A. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. (cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur).
  3. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).
  4. Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).
  5. Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati.
  6. Masukkan Bahan-A sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan menggunakan whisk sehingga sebati.Rehatkan seketika adunan lebih kurang 15 minit.
  7. Sediakan pengukus. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan adunan kek ke dalam pengukus.
  8. Gris loyang dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.
  9. Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 1 jam. Kalau api dapur kuat, lebih kurang 45-50minit dah boleh test cucuk dengan lidi sate. Kalau keluar licin, maksudnya dah masak.

Friday, November 11, 2011

Kek Span Coklat

Assalamualaikum..Salam Hari Jumaat penghulu segala hari....Semoga kita semua dirahmati dan dibawah lindunganNya...

Hari ni, jommm kita layan dulu barang sepotong dua kek span coklat yang sedap ni..Aceli dah lama buat, tapi baru jeee ada mood nak pilih/edit gambar...Hari tu buat untuk sarapan, So lepas baking, sejukkan sekejap then terus potong2 masuk bekas untuk bekalan..Jadinya alasan macam biasa, ni je yang sempat posing...He he he he..

Resipi ambil dari MyR...

KEK SPAN COKLAT

Sumeber : Rahel@MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 200g tepung kek/tepung superfine
  • 200g gula kastor ~Sue buh 100gm jeee
  • 110g mentega cair/minyak masak
  • 100g air/susu cair
  • 40g serbuk koko
  • 20g ovalet
  • 6 biji telur gred A
  • 1 st serbuk penaik
  • 1 st emulco coklat
PENYEDIAANNYA
  1. Griskan acuan bulat 9".Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
  2. Satukan gula kastor,ovalet,tepung kek,serbuk penaik dan telur di dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dangan kelajuan tinggi.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air/susu, emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.
  4. Tuangkan mentega cair/minyak masak dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah masak,keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Kemudian terbalikkan semula dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.