Showing posts with label Rusa. Show all posts
Showing posts with label Rusa. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Rusa Hitam Manis Berlada

Assalamualaikum....

Hari ni kita layan daging rusa lagi yaaaa...Amboiiii Sue, senangnya dapat daging rusa..selalu jeee ada masak rusa ni...He he he he he...Sebenarnya ni lauk dah lama dulu..sebelum puasa lagi, Sue ada beli sekilo daging rusa dari kawan sekerja..Almaklumlah, rakyat jelata kat rumah ni pun taklah ramai, jadinya dapatlah bahagi 3 bahagian...Boleh buat 3 jenis masakan....Sebelum ni Sue pernah post..Satu buat kerabu dan satu bahagian lagi buat serunding....

Resipi ni Sue olah dari majalah RASA, tapi kat resipi asal tu guna beef jee, cuma Sue aje yang gantikan ngan daging rusa...

DAGING RUSA HITAM MANIS BERLADA
Sumber : Majalah Rasa Jun 2010

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm daging (potong nipis)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 2 biji cili hijau (belah 2)
  • 125 ml kicap manis ~ Sue kurangkan
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 125 ml minyak masak
  • Garam & gula secukupnya
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (Direndam air panas sehingga lembut)
  • 2 cm halia
PENYEDIAANNYA
  1. Bersihkan daging dan toskan airnya.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga berbau harum.
  3. Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga mendidih.
  4. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan air secukupnya sekadar untuk mengempukkan daging dan renihkan dengan api yang kecil sehingga daging lembut dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat.
  6. Sedia dihidang.

Thursday, September 29, 2011

Serunding Daging Rusa

Assalamualaikum...

Bersinggah sekejap, tak leh lelama pasal tengah banyak kerja ni kat opis..he he he he curi tulang jap barang seminit dua....Apa-apa pun Sue ucapkan terima kasih kerana masih sudi bersinggah di sini dan kepada yang tinggalkan jejak tu..InsyaAllah Sue akan balas komen2 tu bila masa mengizinkan nanti....

Ni resipi yang dah berkurun-kurun dahhhhh...Serunding raya tempohari...Baru teringat nak post..Resipi ni Sue adaptasi dari rancangan 5Rencah 5Rasa yang bersiaran setiap petang Sabtu di bulan Ramadhan yang lalu...Kat rancangan tu dia cakap daging tu hiris nipis2 so Sue pun hirislah, tapi serunding yang Sue dapat dagingnya agak besar2lah...So lenkali kalau nak wat lagi, Sue nak blend/kisar dulu dagingnya dengan harapan hasilnya nanti kelapa akan lebih bergaul mesra dengan dagingnya.....


SERUNDING DAGING RUSA
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 500gm daging rusa (Dihiris nipis) ~ Len kali Sue nak kisar
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • *2 sb serbuk cili
  • *1 sb serbuk kari ( dibancuh sedikit air membentuk pes)
  • Air secukupnya untuk mengempukkan daging
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inch halia
  • 2 batang serai
  • **1 sk ketumbar
  • **1 sk jintan manis (*Disangrai)
PENYEDIAANNYA.
  1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.Masukkan pes cili+serbuk kari..Kacau sebati.
  2. Masukkan daging dan sedikit air (cukup sekadar untuk menggempukkan daging)
  3. Setelah daging empuk dan air hapir kering, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan santan...
  4. Kacau sehingga sebati dan kering/berderai...Siap

Monday, August 22, 2011

Kerabu Daging Rusa

Assalamualaikum.....Hari ni kita layan kerabu daging rusa plak yaaaaa.....Sedapppp.Struktur dagingnya sedikit halus dan lembut berbanding daging lembu..Lemak pun kurang...Tapi kalau tak de daging rusa pun boleh gak gantikan ngan daging lembu...

Cumanya Sue sedikit konfius tang sos Thai tu..Tak pasti yang dimaksudkan tu sos cili thai tu ke atau sos ikan thai tu...Tapi kalau tgk kuantiti yang di bagi rasanya macam Sos cili Thai, sebab kalau buh sos ikan thai biasanya dalam 2~3 sudu jeee..Tapi len kali rasanya macam nak skip jeeee sos..Pasal rasanya yang sedikit manis, tak sesuailah plak kat anak tekak ni....Ngeeeee..Apa-apa pun Sue share juga resipinya kat sin


KERABU DAGING RUSA
Sumber : Majalah Rasa Sept 2011


BAHAN-BAHAN
  • 3OO gm daging rusa (Direbus sehingga empuk)
  • *100 gm cili padi
  • *1 batang bunga kantan
  • *50 gm daun ketumbar
  • *1 batang serai
  • *1 labu bawang besar
  • *2 biji cili merah (Kesemua bahan* dimayang/hiris halus)
  • 1 biji tomato (Didadu)
  • 80 gm sos Thai
  • 50 gm jus limau
  • Garam & Gula secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Daging rusa yang telah direbus dihiris dan dimasukkan ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam (1)
  3. Masukkan juga tomato dadu, sos Thai, perahan limau nipis, garam dan gula secukupnya ke dalam (2).Gaul sebati dan sedia dihidang