Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Apam Mekar

Assalamualaikum...dan Salam sejahtera

Lama betul tak update blog hingga hilang kata-kata...Jadi kita layan jelah apam mekar ni...

APAM MEKAR
Sumber rujukan : Kak Rossitamz@MyR


BAHAN-BAHAN (lebih kurang 50biji papercup kecil)
  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Tuesday, October 8, 2013

Apam Harum Manis

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Memang lama betul tuan rumah tenggelam..Dah lama tak post, macam tak tahu pula nak berkata-kata...Terus zooommmmmm resipi jelah yaaa..mcm nilah sekarang..selalu tak sempat posing-mosing...Itulah antara sebab duk lama menyepi ni...Bukan tak masak..masak tetap masak cumanya selalu tak sempat nak ambil gambar...Sudahnya resipi tersimpan kat draf jeee..mana yang sempat selit2 gambar tu, sempatlah muncul kat blog.....

Apa pun...resipi ni sangat sedap lain dari yang lain sebab ada rasa pisang pada apam kita ni...

APAM HARUM MANIS
Sumber : Tulip77 @Myresipi


BAHAN-BAHAN (40 biji)
  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
PENYEDIAANNYA
  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
  2. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  4. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.
  5. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit.
  6. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
 *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***

Thursday, April 12, 2012

Apam Beras

Salam..Apa khabar teman2 kat luar sana..Harap2 semuanya ceria dan gembira selalu..Dah lama rasanya tuan rumah tak buat tayangan kuih-kuih untuk sarapan kan...

Bukan apa, kite kan kerja..Kadang2 tu bila siap je masak, terpaksa kejar sana sini pula siapkan budak2 tu..Lepas tu terus tapau kan untuk masing2 empunya badan...Dah sampai opis, he he he he..paham-paham je lerrrr yaaaa.....Torus Torjun peyuttttt looorrrrr..... ~ Tapi kadang2 kalau line clear, sempat gak snap siket2..Itu pasal gambar2 sini semua Zoom In jeeee..Tarak prop-prop bagai....(Chessss alasan semata-mata, padahal memang tak pandai ambil angle pun)

Okehlah..banyak pula bebelnya kan....So jommm kita zooom kan sarapan tuan rumah tadi pagi, Apam Beras..Aceli dah lama bercita-cita nak wat ni tapi memandangkan proses memerap tu yang buat selalu terbantut..Nak perap malam, kukus pagi kan, takut kuih tu nanti masam pula...Nak perap malam then tunggu sampai 3 jam kan..Pukul berapa pulaaaalah makcik ni nak tidur nanti...

Tapi semalam, agak bernasib baik..Cik Hubby balik awal..So sampai rumah, dah siapkan apa-apa yang patut, terus bancuh...Hampir jam 10 lebih kurang setelah dinner, terus boleh kukus...Dan inilah hasilnya..

Nyum nyum nyum memang sedapppppp....Dah banyak-banyak-banyak bebel nya, sampai hampir terlupa nak ucap terima kasih kat Cha@MyResipi pasal sudi share resipi ni kat sana....Ha ha ha jangan mareee ya Cha...Minta izin copypaste sini pula untuk rujukan masa hadapan....

BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula ~Sue skip yang ni
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
PENYEDIAANNYA
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Tuesday, January 31, 2012

Bahulu Kismis/Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Alhamdulillah segala rahmat yang dikurnia olehNya dipagi hari...Hujan rahmat yang membasahi bumi....Sedari seawal pagi sehingga menjelangnya fajar....

Dalam suasana sejuk-sejuk begini kalau pekena kopi panas membasah tekak sebelum memula hari sungguh terasa nikmat...Apatah lagi kalau bertemankan beberapa ketul kuih buat pengalas perut....Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurnia olehNya....

Bercerita pasal kuih ni, last week masa Sue berjimba-jimba kat Fb tetiba terpikat ngan resipi ni, dari status kak Zaitong..Nampak menarik dan ringkas bahan-bahan serta penyediaannya...Dan dan tu juga terdetik nak mencubanya, jadi Sue pun terus kopipes untuk simpanan...

Tak sampai 2~3 hari kemudian teringin nak mencubanya....Tapi biasalah selalu jeee akan berlaku sedikit olahan, tapi kali ni secara tidak sengaja.....

Pertama masa nak mix telur + gula, Sue dah kurangkan kuantiti telur dari 5 biji kepada 4 biji..Biasalah, orang kedekut kannnnnn, lagi pun sebab Sue guna telur saiz A so terfikir 4 biji cukup kottttttt dan gula macam biasa Sue kurangkan..Resipi asal 1 cawan, tapi Sue buh 3/4 cwn jeeee, sebab kat rumah ni kalau kuih manis2 sangat sambutan dia kurang memberangsangkan...Jadinya bila adunan telur+gula+ovallette Sue dah kembang dan bertukar keputihan, langkah seterusnya nak masukkan tepung dan santan...

Disebabkan rasa kurang yakin untuk memasukkan tepung tanpa sebarang bahan penaik dan untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini, Sue pun memandai-mandai tambah ½ sk soda bikarbonate ke dalam tepung....Ala tak kisahlah kannnnnn, untuk makan sendiri..agak-agak kalau ada exam ni awal-awal lagilah ada yang fail pasal "ngelat"...ha ha ha ha ha ha...

Dah masukkan 1 cawan tepung, adunan Sue sedikit pekat, tapi setelah kacau sebati dan masukkan santan, adunan kembali ok, cuma untuk masukkan baki 1 cawan lagi tepung tu terbit rasa tak confiden ngan kepekatan adunan yang ada jadi Sue tambah dulu ½ cwn tepung dan adun dulu...Tengok2 adunan macam ok dan tak perlu lagi tambah tepung...

Setelah perapan 20 min dan nak masukkan ke dalam paper-cup, terasa was was pula nak masukkan kismis pasal rasa tak pasti samada adunan Sue nanti terlebih manis ke pasal masa mula2 buat tadi Sue budget kuantiti gulanya untuk 2 cawan tepung tapi dah terkurang ½ cawan tepung jadi Sue ambil keputusan untuk skip kismis dan untuk tak nak kasi kaler dia nampak terlalu plain, Sue pun bahagi kepada 4 bahagian, 2 bahagian plain, 1 bah. ngan pewarna coklat dan satu bahagian lagi ngan sirap ros dan konon2nya nak tambahlah pewarna merah siket kasi ceria, Laaaaaaaaa....expired pula pewarnanya..So adunan merah tu kalernya agak pucat tak berserilah....Nak tambah sirap ros lagi, takut nanti jejas rasa pula..Alaaaa biarlah, nak makan sendiri juga kan kan kan kan....(Ayat penyedap rasa)

Dah siap kukus tu, dah bila dah rasa...Alhamdulillah....Still Ok dan tak manis sangat, jadinya len kali masih boleh guna sukatan yang Sue dapat ni dan still boleh tambah kismis...

Dan pasal sukatan tepung tu, may be sebab saiz cawan penyukat yang Sue gunakan...atau sebab terkurang 1 biji telur..Ha ha ha ha ha ha ..Balasan orang kedekut....Tapi OK juga buat 1½ cwn tepung ni pasal kuih yang Sue dapat pun agak banyak, lebih kurang 28 biji kesemuanya..Lebih dari cukup untuk kami sekeluarga.....

BAHULU KISMIS/KUKUS
Sumber : Zaitong Syed Ahmed@FB
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1½ cwn tepung superfine ~Sue guna tepung gandum biasa jeee
  • ½ sk soda bikarbonate ~Ni Sue tambah sendiri
  • 1 sb ovelette
  • 60 ml pati santan ~Sue guna instant santan kotak
  • 3/4 cwn cula kastor
  • kismis secukupnya ~Sue tak letak
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul telur, gula dan ovellette sehingga kembang dan keputihan.
  2. Masukkan santan dan tepung superfine gandum.Pukul rata.
  3. Simpan selama 20 min.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan salah satunya letakkan pewarna kesukaan/pilihan.
  4. Masukkan adunan ke dalam 2 piping beg yang berlainan dan pipekan ke dalam acuan/paper cup.Boleh masukkan kismis jika suka.
  5. Kukus kuih selama lebih kurang 15-20 min. menggunakan api yang besar..


Thursday, December 1, 2011

Apam Bakar

Assalamualaikum.....

Waahhhhhhh dah 1.Dec.2011.....Bermakna tidak sampai lagi sebulan kita akan melangkah ke tahun baru masihi....Sekejap je rasanya masa berlalu...Tahun bertambah bermakna usia bertambah lagi satu angka...


Dah lama rasanya Sue tak main tayang2 kuih-kuih kat sini..Selalu tak sempat nak posing mosing...Iyalah, kadang kala buat kuih pepagi..Dah siap masak2, tergegas selesaikan yang sepatutnya dan bersiap-siap pula ke tempat kerja....Jadinya kuih tu main tapau2 je then sampai opis terus selamatttttttt......

Yang ni pun sempat gak tinggal 2 ketul, jadinya time lunch tadi sempatlah curi2 masa kasi dia posing mosing atas paper A4 jeeee....


Ambil resipi dari Myr...Semalam, lepas dinner dan kemas apa yang patut dan kebetulan semua anak2 terbongkang awal, so sempatlah berjimba-jimba jap kat depan komp. merayap-rayap kat Myr then terjumpa resipi ni, baca bahan2 agak senang dan penyediaan pun simple...So apa lagi, terus salin resipi dan shut down komp...Masuk zzzzzzzzzzz.......

Jadi tadi bangun awal siket.....Buat eksperimen..Alhamdulillah hasilnya amat mengujakan.Terima kasih Kak Rahel sudi share resipi ni..Sedappppppp dan rasa dia pun just nice, tak terlalu manis/tawar, cuma saya skip choc rice tu, ....So len kali kalau nak buat lagi tapi rasa malas nak berpaper cup..Boleh terus tuang dalam loyang..Dah masak, main potong2 jeeee........Sonanggggggg keje makcik.....


APAM BAKAR
Sumber : Rahel @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 sudu besar serbuk penaik
  • 2 biji telur L*
  • 1/2 sudu besar ovallet*
  • 85ml air*
  • 1/2 sudu teh esen vanila*
  • 90g gula kastor*
  • sedikit pewarna (ikut pilihan)
  • sedikit coklat rice atau coklat cip.
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik.Panaskan oven 170C.Siapkan acuan.
  2. Dalam mangkuk,pukul bersama bahan bertanda* selama 5 minit dengan pemukul elektrik pada kelajuan sederhana.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan teruskan memukul selama 1 minit.
  4. Beri pewarna,gaul rata guna senduk atau spatula.Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh.Taburi atasnya dangan sedikit coklat rice.
  5. Bakar dalam oven selama 20-25 minit (tergantung acuan dan oven masing2).
**Apam boleh dikukus selama 20 minit dalam periuk yang telah dipanaskan selama 15 minit.Pastikan tudung periuk dilapik dangan tuala agar apam tidak terkena wap.

Tuesday, September 27, 2011

Apam Mentega

Assalamualaikum....

Hari ni macam no idea nak berkata-kata tapi nak post gak resipi kuih apam ni yang Sue buat last week.....Terguda semasa blogwalking kat rumah Kak Sofea...Walau pun akak kita ni guna resipi ni untuk berniaga tapi masih sudi nak share di sini..Terima kasih Kak..Semoga rezeki akak semakin bertambah....

Komen saya..kuih ni memang sedap dan gebussss sangat..saya suka..Bagi kat Babysitter Sara siket...Dia pun suke dan siap minta resipi lagi...Kak minta halal yaaaa saya panjangkan resipi akak ke tangan Babysitter saya....Hanya tuhan saja yang mampu membalas dan bagi kredit untuk akak....

APAM MENTEGA

Copy resipi dari : Kak Sofea@After 6pm

BAHAN-BAHAN

Bahan A (Gula Hangus)
  • 1½ cawan gula hangus
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
Bahan B
  • 3/4 cawan gula kastor (Sue tak buh)
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 s.teh soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
  • 1 tin susu cair
  • 1 s.teh esen vanila
PENYEDIAANNYA
  1. Cara membuat gula hangus :Masukkan gula ke dalam periuk, masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (Untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air.Nyalakan semula api dan kacau sehingga semua larut dan masukkan mentega dan kacau rata..Ketepikan
  3. Untuk Apam : Putar gula, telur dan esen vanila sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu berselang seli dengan tepung.Gaul semua sehingga sebati.
  5. Perapkan selama ½ jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang.Tuang adunan ke dalam acuan.Adunan ini jika dituang penuh ke dalam acuan pun takpe sebab semasa masak ia tidak akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang, kukus selama lebih kurang 15-20 min.Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah...

Saturday, June 4, 2011

Apam Mekar

Salam Hari Sabtu....Wah Wah Wah..Apam lagi....Saje nak test@bereksperiman siket..Memandangkan ari tu apam kite tak mau kembang-kembang cuma gebus membumbung jeeee dan kita mula syak itu semua angkara acuan.....Makanya hari ni, kita buat lagi ikut betul2 resipi yang sama cam hari tu.....Dan Hasilnya Taraaaaa.........

Cuma kat hati masih tertanya-tanya...Betul ke acuan juga memainkan peranan...? Atau memang kebetulan semata-mata....?Iyalah kan...Kalau buat adunan yang sama tapi separuh buh dalam acuan lompang tu dan satu lagi sumbat kat paper cup tu...Barulah buktinya terang lagi bersuluh kan kan kan kan....Tapi ni adunan len-len.....Takpelah.....apa pun kejadiannya..Hasilnya tetap gebussssss dan sedappppppp.....

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm gula ~Sue guna 150gm jeee
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum ~Len kali nak buh 250gm je pasal adunan Sue dapat sedikit pekat
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  4. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  6. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  7. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  8. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  9. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  10. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

Thursday, June 2, 2011

Apam Mekar

Salam....Dah sarapan ke..? Kalau belom jom lerrr sarapan sesama yaaaa....

Ha Ha Ha Ha..Orang mengapam Sue pun sibuk nak mengapam gak...Orang len mekar setaman, tapi yang Sue punye tak mekar-mekar....Ehem ehem....Walau pon tak mekar tapi gebusss tauuuuuu.....May be acuan yang Sue gunakan kottttt yang menjadi faktor, pasal bab api dah memang kuat gilerrrrr lah kita didihkan kukusan itewwwww.....Ha ha ha ha memandai je kan buat teori sendiri....


Apa-apa pun jom lah kita jamu mata ngan apam mekar gebusss Sue ni...

Thanks Kak Ita sudi panjangkan resipi ni kat MYR sana..Minta izin kopipes sini pula yaaaa....

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm gula ~Sue guna 150gm jeee
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum ~Len kali nak buh 250gm je pasal adunan Sue dapat sedikit pekat
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  4. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  6. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  7. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  8. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  9. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  10. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

Saturday, April 23, 2011

Apam Pisang Coklat


Salam...Entry sebelom nak balik..Ha ha ha ha ha...So tak sempatlah nak bebel panjang-panjang...Pasal kite pun dah nak chow ni....So selamat jamu mata yaaaaaaa.....

Sarapan pagi tadi...Apam Pisang Coklat yang sangat lembut dan gebussss..Rasa dia pun just nice..Nak buat pun senang, main godeh-godeh guna whisk jeeee...

Thanks buat Kak Nazrah sudi panjangkan resipi ni kat dapurnya...
BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • secubit garam halus
Bahan-B
  • 1 cawan pisang masak dilenyek
  • 1 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur ( dipukul sedikit )

PENYEDIAANNYA
  1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
  2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.

Saturday, April 9, 2011

Apam Gula Hangus

Salam...Haaaa....Dah penat cuci-cuci mata, apa kata kita basahkan tekak ngan hidangan minum petang bersama Apam Kukus Gula Hangus ni....Sedaaaappppppp....

Haaaa..Semasa nak masak kuih ni, terimbas kembali nostalgia 3 tahun yang lalu...Masa tu Sue memang naif dan daif sangat bab-bab ilmu dapur ni...Sampailah jumpa MYR...Dunia yang samar mula menerbitkan sinarnya......Bercahaya-cahaya gitu ngan limpahan ilmu dari mereka-mereka yang pemurah dan ikhlas membimbing apa yang patut..

Dah alang-alang imbas nostalgia dolu-dolu.....Haaaaa...nilah antara resipi terawal yang pernah Sue cuba..time tu, memang menjadi.....Happynya hanya Tuhan yang tahu..Almaklumlah, orang tak pernah masak......Excited dia tu overlah siket kan.....kan....kan......Ha ha ha ha.....Dan dari situlah Sue mula membina keyakinan untuk terus memasak untuk keluarga...Siket-siket kumpul ilmu, tanya sana-sini, rujuk apa-apa yang patut.....

Sehinggalah sekarang, walaupun bukanlah tahap terror sangat tapi alhamdulillah dah tahulah beza antara biji limau kering ngan buah pelaga, gula merah ngan gula perang.......Terima kasihhhh semuaaaaaa....

Oklah..Berbalik pada resipi ni...Kopipes dari sini......Thanks Hazz sudi share resipi...

Nak cepat malas nak kotorkan acuan, so main tuang je dalam loyang...Gambar pun hanya ini yang sempat ditembak atas faktor-faktor yang tidak mengizinkan....

BAHAN-BAHAN
  • * 1 cawan gula pasir
  • * 1 cawan air (*untuk gula hangus) ~ Sue
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak (Sue buh 1/4 cwn jeee)
  • 2 sudu besar marjerin (Lupe nak Buh)
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
PENYEDIAANNYA
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan.
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya

Tuesday, April 5, 2011

Apam Karamel Tanpa Telur

Salam..Selamat pagiii...Dah sarapan..Klu belom jom kita jamu mata ngan apam karamel ni....Kopipes resipi dari MYR

Tapi struktur apam yang Sue buat ni sedikit padat dan tak ringan cam selalu

BAHAN-BAHAN
  • 150 g gula pasir (Sue buh 100gm jee)
  • 250 ml air
  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 1/2 sk bicarbonate of soda*
  • 75 g gula halus(kurangkan jika tak makan dgn kelapa putih)
  • 2 sb susu sejat
  • 2 sb mentega cair
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit minyak masak untuk mengoles acuan lompang
  • kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan.

PENYEDIAANNYA

  1. Sediakan gula hangus dgn menggoreng gula pasir hingga kecoklatan dan tuang air sedikit2 hingga cair.Sejukkan.
  2. Ayak bahan2 bertanda* ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula halus.Tuangkan air gula hangus sedikit2 dan kacau rata.Masukkan susu,esen dan mentega cair dan kacau lagi hingga sebati dan tak berbintil2.
  3. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan sebentar.Tuang adunan 1/3 penuh acuan lompang.Kukus selama 10-12 min.Angkat dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

Friday, February 11, 2011

Apam Mentega

Salam dan selamat pagi..Hari ni sarapan apa...? Haaaa kalau belom sarapan lagi, jom kita sama-sama ngap apam mentega yang sungguh gebussss ni...

Resipi ni Sue ambik dari sini, dapur KakFiza dan gantung pula kat dapur sini..Sue buat separuh adunan je then sukatan untuk gula pun Sue dah kurangkan ikut citarasa sini....

BAHAN-BAHAN

Bahan-A (untuk gula hangus)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas
  • 100 gm mentega
Bahan-B
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum ayak bersama
  • 1 sudu teh soda bikarbonate
  • 1/2 tin (200ml) susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk gula hangus:- Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api dan masukkan air panas.Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
  3. Untuk Apam:- Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu diselang selikan dengan tepung. Gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang.Tuangkan adunan ke dalam acuan.Adunan ni jika dituang penuh ke dalam acuan pun x mengapa sebab semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.Selamat mencuba.......

Saturday, February 5, 2011

Apam Labu

Salam...Jom hari ni kita intai lagi satu resipi kuih yang sesuai untuk sarapan atau pun dihidang ketika minum petang..

Resipi asal cedok dari blog Kak Izah, tapi dia namakan kuih ni sebagai Muffin Labu Kukus...Sayangnya bila sampai kat sini, tuan rumah memandai-mandai pula tukarkan namanya jadi apam...Dan rasanya kalau kuih ni dimakan ngan kelapa parut lagi besttttt..Tapi kat gambo sini taraklah kelapa parut tu..Pasal time menyantap baru terbayang-bayangkan pelengkap tu, namun apa daya, stok pula tarak, jadinya makan sambil bayangkan sajalah..Sedeyyyynya..kih kih kih jangan mareee ya tuan nye resipi....

Walau apa pun namanya, ia memang best...Terima kasih ya Kak Izah sudi panjangkan resipinya dan minta izin pula untuk tampal resipi tu kat sini pula....

BAHAN-BAHAN
  • 125 gm labu (Dikukus sehingga lembut dan dilecek)
  • 1 biji telur
  • 80 gm gula
  • 100 ml susu cair/santan
  • 30 ml minyak sayur
  • 180 gm tepung kek
  • 20 gm tepung beras
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat

PENYEDIAANNYA

  1. Sediakan kukusan
  2. Masukkan labu kukus, telur, gula, susu cair dan minyak sayur ke dalam blender..Kemudian blend lebih kurang 30 saat/sehingga kesemua bahan sebati.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, ayak bersama tepung kek, tepung beras, baking powder dan soda bikarbonat..
  4. Kemudian buatkan lubang ditengah-tengah tepung tadi dan tuangkan (2) ke dalamnya.Kacau sehingga kesemua bahan sebati.
  5. Sudu-sudukan adunan ke dalam muffin/paper cup dan kukus dengan api yang kuat selama 15 min/sehingga masak.
Bayangkan jika ia dihidang bersama kelapa parut...Emmmm....nyum nyum nyum....

Tuesday, February 1, 2011

Apam Pisang

Salam...Cuba-cuba buat apam pisang ni, kalo resipi asal main buh dalam loyang jeee, tapi Sue tuang je dalam muffin cup ni...senang siket kerja....

Sue buat separuh adunan jeee tapi rasa macam manis siket..May be pasal pisang yang digunakan tu dah ranum sangat....Apa-apa pun apam ni memang sedap lebih-lebih lagi bila dah semalaman..Baru bangkit dia nya rasa dan strukturnya pun beransur lembap macam apam yang guna minyak....

Apa-apa pun thanks kat AlongRoz sebab sudi share resipi ni kat MYR sana....Sedaappppp....

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji Telur
  • 1 cwn Gula
  • 2 cwn Tepung Gandum*
  • 1 tsp Bic Soda*
  • 1 tsp Baking Powder* (* ayak sekali)
  • 6 biji Pisang - di lenyek
  • Secubit Garam
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul Telur & Gula sehingga kembang & pekat.
  2. Masukkan campuran tepung & gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan pisang & garam & gaul sebati.
  4. Lapik bekas tin dgn daun pisang & minyakkan. Tuang adunan ke dlm tin & kukus 45 minit.

Wednesday, January 26, 2011

Bahulu Ros Mekar

Salam...Hati sungguh berbunga riang, mekar setaman bak kuih yang menguntum wangi........

Thanks buat Kak Fida sudi share resipi yang simple dan sedappp ni...Jadi macam bisa, kopipes pula kat sini untuk simpanan dan rujukan di masa hadapan....

BAHAN-BAHAN
  • 80 gm gula halus
  • 150 g tepung gandum
  • 2 sb susu tepung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk ovallete
  • 110 ml susu segar strawberry/plain
  • 1 biji telur - A
  • sedikit esen ros
  • 1 sk pewarna merah
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna merah dan pukul hingga sebati dan pekat.
  2. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan merah.
  3. Bubuh adunan plain kedalam acuan yg beralas cawan kertas dan bubuh sedikit adunan merah di atasnya.
  4. Kukus selama 10-15 min atau hingga mekar.