Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Kari Ikan Mamak Style

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Menu yang dah berhari-hari berlalu...Saja nak cuba-cuba...Sebelum ni tak pernah pun makan kari kepala ikan samada di kedai atau buat sendiri..Kari ikan biasa tu adalah...

 

Cuma kali ni saja-saja nak cuba...Kebetulan pergi ke Econsave ada promosi ikan merah ni...Jadi belilah seekor..Tak besar sangat, saiznya sekilo lebih jeee..potong dapatlah 4 keping..2 keping isi dan 1 keping masing-masing kepala dan ekor....

2 keping isinya cadang nak buat sup, dan ekor juga kepala boleh buat kari..Almaklumlah, kat rumah ni Sue ngan anak2 je yang makan ikan...Jadi kalau teringin nak makan ikan mesti buat dalam portion yang kecil sahaja...

Sebab tak pernah makan kari kepala ikan, jadi Sue tak pastilah yang Sue dapat ni dah hampir benar ngan rasa kari kepala ikan seperti di luar sana atau lain..Jadi nak selamat Sue cuba resipi dari Mamak Aji yang memang pemes ngan resipi Mamak beliau..Walau pun ia resipi Ikan Bawal, dan Sue dah memandai-mandai guna kepala ikan merah tetapi ia tetap sedap dan kena ngan selera..Len kali boleh cuba lagiiii ni...

KARI IKAN MAMAK
Sumber Rujukan : MamakAji@Mohd Roslan

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg. Ikan (Sue guna ikan merah)
  • 1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll).
  • 1 biji bawang besar merah dipotong hiris memanjang.
  • 1 sudu besar pes halia dan bawang putih.
  • 2 biji bawang labu merah sederhana besar, dikisar dengan 1 liter air. Terpulang pada kuatiti kuah yang anda menghendaki.
  • 2 biji Tomato masak.
  • 2 sudu besar asam jawa jadikan jus  1 cawan.
  • 6 biji sayur bendi (basuh dulu dan potong tangkainya.
  • 3 ranting daun kari.
  • 2 ranting daun pudina untuk hidangan.
  • 1 senduk besar minyak masak.
  • 100 gm. Santan pekat kalau anda inginkan, kalau tak masukkan pun tak apa, ia cuma bagi lemak saja.
  • Garam secukup rasa.
Pes rempah
  • 125 gm. rempah kari ikan baba’s
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih. (bagi kaw lagi rempahnya)
  • 1 sudu kecil jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk cili.
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
PENYEDIAANNYA
  1. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis. Masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit, ia akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul di atas kuah kari nanti. Apabila saja rempah ini mula letup-letup, segera masukan bawang yang telah dihiris.
  2. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan pes halia bawang putih.Tumis hingga keluarkan bau yang harum dengan api dapur yang kecil.
  3. Sediakan pes rempah  ia itu serbuk kari, serbuk jintan manis , jintan putih serbuk cili, serbuk kas-kas dengan adunkan dalam sebuah bekas dan isikan sedikit air dijadikan pes pekat seperti rempah giling, masukkan dalam dalam kuali kacau serata dengan bawang dalam 1 atau 2 minit saja.  Masukkan daun kari. Jangan hangus pulak, api dapur dalam keadaan api kecil. .
  4. Masukkan air bawang yang telah kisar, kacau rata. Buka api dapur keadaan tinggi. Bila air bawang mula keluarkan bau yang harum rempah,  kalau kuah anda rasa pekat tambah 2 cawan  air dan biarkan sebatian ini mendidih dengan kedudukan api yang tinggi (Proses ini untuk rempah disebatikan. Air mungkin sejat, tambah jika perlu).
  5. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama lebih kurang 20 minit, bawa api dapur ke medium dan masuk ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah).
  6. Ramaskan buah tomato jadi hancur dan masukkan (air tangan mamak noo). Masukkan kacang bendi. Biarkan kari itu mendidih selama selama 3-5 minit lagi.
  7. Masukkan santan kalau nak tambah kalau tak ada pun tak apa. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tidak pecah/ hancur. Bila mula didih lagi masuk jus asam jawa.
  9. Biarkan kari anda mendidih (jangan kuat!)semula dalam 3-4 minit lagi.
  10. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah).  kari ikan anda sedia untuk hidang.
  11. Taburkan ranting daun pudina keatas kari dan tutup bekas hidangan supaya haruman rempah kari tidak terbebas. Buka tudang bekas hidangan kari ini hanya semasa hidang untuk makan. Selamat mencuba!.
Note
  1. Basuh ketulan ikan terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepala ikan perlu dibasuh dengan membuang segala sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini akan menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperam dengan sedikit  garam dan perahan jus limau nipis 1 biji atau gunakan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendir ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 20 -30 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.

Sunday, April 13, 2014

Cengcaru Goreng bersama petai dan cili burung

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....) 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ni kehabisan stok ayam...So semuanya berasaskan ikan..dah lama tengok resipi ni kat buku tapi sebab ia ada petai selalu tangguh..kena tunggu time-time cuti baru boleh ngap....

Sambal simple tapi bila ada tambahan petai terasa sedap...Lagi-lagi makan ngan nasi putih yang panas-panas suam..Lagi terbuka selera...Kalau rajin boleh gandingkan ngan sayur campur

Ni 1st time masukkan kicap sebagai penambah rasa dalam sambal tumis...Hasilnya memang sedappppppp...Ada sedikit kelainan rasa dalam sambal...Pedas-pedas manis..

CENGCARU GORENG GARING bersama petai dan cili burung
Sumber rujukan : Buku Resipi Dapur Bonda Dengan saus manis ABC

BAHAN-BAHAN
  •  3 ekor ikan cengcaru (saiz sederhana)
  • 10 gm (6~8 biji) cili burung hijau
  • 150 gm (10 biji) cili hijau ~hiris
  • 100 gm bawang merah ~hiris
  • 3 ulas bawang putih ~hiris
  • 1 s.teh garam
  • 1 s.teh serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak (untuk menggoreng)
  • 2 s.bsr saus manis ABC
  • 100 gm petai
  • Garam secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Blend kasar-kasar kedua-dua jenis cili, bawang merah dan bawang putih.Ketepikan.
  2. Cuci ikan dan belah bahagian belakang.gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana dan goreng ikan sehingga garing dan perang keemasan.Tos dan ketepikan
  4. Tinggalkan 3 sudu besar minyak di dalam kuali.Tumis bahan yang diblend tadi sehingga wangi dengan api sederhana
  5. Masukkan petai.Biarkan beberapa minit..Masukkan ABC saus manis dan garam secukupnya.
  6. Masukkan ikan dan balik-balikkan supaya ikan bersalut rata.Sedia untuk dihidang...

Monday, March 31, 2014

Salmon Panggang Rosemarry

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lauk last week yang dah tak tau last week yang keberapa...Kebetulan AEON Big buat promo baby salmon RM9.90/pcs(kalau tak silap~dah lupa)..So beli sekor...

Bz sampai lupa nak post kat sini...Belek2 folder..jumpa terselit..So masukkan sini untuk simpan resipinya...

Sebab yang masak ni memang lidah melayu, xde ratah-ratah ngan mash potato tapi buat lauk nasi...he he he he he

SALMON PANGGANG ROSEMARRY
Sumber resipi : lan ieza @MyResepi

BAHAN-BAHAN
  • 6 ketul salmon -dibersihkan dengan limau nipis
  • 3 sudu butter - dicairkan
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 2 sudu rosemarry
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam ajinoshio atau lada hitam ditumbuk
  • 2 sudu lemon atau jus limau nipis
  • garam dan gula sebagai perasa
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan butter dalam kuali..dah cair masukkan bawang putih dan rosemarry...lepastu masukkan sos lada hitam, serbuk lada hitam, jus lemon srta garam dan gula.. kacau rata
  2. Dah sebati semua tutup api..masukkan ikan salmon dalam bahan yg dah masak tadi..Perap dalam 1 jam dalam peti ais..lagi lama lagi bagus...
  3. siap untuk dipanggang didalam oven atau microwave. Panggang hingga masak.. Boleh makan dengan sos cili ata sos mashed potato.

Thursday, March 27, 2014

Sardine Masak Tempoyak

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....) 

Assalamualaikum...

Semalam semasa berblogwalking terjumpa resipi ni kat rumah Kak LinaPG...Kebetulan kat rumah memang ada stok tempoyak yang tuannya duk berkira-kira nak masak apa...Bila jumpa resipi ni, balik keje, terus merempit di dapur....

Alhamdulillah...sedap menepati selera tuan rumah yang memang suka makan tempoyak...Cuma versi simple sebab tuan rumah main taram jeeee apa stok yang ada kat rumah...

Thanks Kak Lina untuk resipi yang best ni....Len kali kalau buat tumis pedas lain nak cuba buh tempoyak juga lah....Sedap pedas-pedas + masam-masam tempoyak....

SARDINE MASAK TEMPOYAK
Sumber rujukan : Kak Lina PG @ Teratak Mutiara Kasih


BAHAN-BAHAN
  • 1 tin sardin saiz besar
  • 1 cm halia ( hiris/mayang)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 sb cili giling
  • 5 biji cili padi ( ketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb tempoyak
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Garam dan perasa/gula
  • Minyak
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak tumiskan halia, bawang besar dan juga serai hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili giling.Tumis sekejap hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tempoyak, tumis lagi.
  4. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali.Gaul sebati
  5. Masukkan sos tiram, tomato dan cili padi.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)

Monday, December 2, 2013

Siakap Stim

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama rasanya tak stim ikan.Selalu goreng-goreng jeeee...So hari ni ubah selera siket..stimmm..buat separuh jeee sebab masak ala-ala stim kat rumah ni kurang siket market dia...tapi utk citarasa tukang masak....stimlah bestttt....terasa manis isi ikannya....Apa-apa pun masing-masing punya citarasakan....

SIAKAP STIM
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor Ikan siakap ( ikan merah pun boleh)
  • Air asam jawa secukupnya - untuk membilas ikan
  • 2 batang Serai (hiris halus²)
  • 5 biji Cili padi (potong²)
  • 2 inch halia (mayang)
  • 3 sb sos tiram
  • 3 biji asam boi (putih)
  • Sebiji lemon (separuh di potong nipis dan separuh lagi diambil jusnya)
  • 5 tangkai bendi (dipotong sedikit hujung dan pangkalnya)
  • ½ batang lobak merah (potong memanjang)
    PENYEDIAANNYA
    1. Basuh ikan siakap ngan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir...basuh bersih².
    2. Lumurkan ikan ngan sedikit garam dan sos tiram..Perap seketika.
    3. Letakkan ikan di dalam plate tahan panas dan taburkan halia, serai, Cili, Sos tiram, Jus Lemon, asam boi dan sos ikan (jika suka)
    4. Letakkan juga bendi, lobak merah dan hirisan lemon di tasnya.
    5. Kukus ikan selama lebih kurang 15~20 min /sehingga masak bergantung saiz ikan. Sedia dihidang...

    Tuesday, November 26, 2013

    Ikan Masak Taucu

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Lagi resipi ilham dari buku masakan Kak Hanieliza...Tapi kali ni derhaka siket...Tak banyak, cuma kat situ guna ikan jenahak tapi sue guna ikan siakap..nak habiskan stok...Apa-apa pun tetap sedap dan paling penting simple je penyediaannya...

    Apa yang nak sue katakan, memang berbaloi giler miliki buku masakan ni sebab koleksi resipinya betul2 mudah dan senang malah kebanyakan bahan yang digunakan bahan-bahan yang biasa tersedia di esbox.....

    IKAN MASAK TAUCU
    Sumber Rujukan : 1Hari 1Resipi (Chef Hanieliza)



    BAHAN-BAHAN
    • 1 potong (300 gm) ikan jenahak ~ Sue guna seekor ikan siakap
    • ½ cawan taucu ~ Sue lalukan seketika di bawah air paip utk kurangkan siket rasa masainnya
    • ½ cawan air asam jawa
    • 1 batang timun kecil
    • 1 s.teh gula pasir
    • 1 s.teh serbuk kunyit
    • Minyak masak
    Bahan-B (hiris)
    •  3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 biji cili merah
    • 1 biji cili hijau
    • 1 labu bawang besar
    PENYEDIAANNYA
    1. Bersihkan ikan dan gaul dengan garam dan kunyit.Goreng sehingga garing dan ketepikan.
    2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi\
    3. Masukkan taucu, air asam jawa, gula dan biarkan mendidih
    4. Masukkan timun, cili merah, cili hijau dan bawang besar.Kacau rata.\
    5. Biarkan pekat sedikit kemudian tuangkan di atas ikan tadi
    6. Hidangkan dengan nasi putih

    Sunday, November 24, 2013

    Gulai Patin Masak Tempoyak

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Kembali bersiaran secara ekspress...

    Buat teman-teman yang sudi bersinggah terima kasih Sue ucapkan dan untuk teman-teman blogger yang sudi meninggalkan jejak, kemaafan di pinta sebab tak sempat membalasnya tapi Sue ada membacanya...Kebelakangan ini tuntutan masa agak terhad untuk berblog...

    Paparan resipi sekarang pun sekadar nak tambahkan koleksi beberapa resipi yang pernah dicuba dan sempat di rakamkan untuk di abadikan untuk tatapan dan rujukan di masa hadapan..Tak kisahlah kalau ada yang berkata kemunculan blog ni sekadar syok sendiri sahaja sebab Sue percaya hanya Dia yang lebih mengetahui segala yang tersurat dan tersirat...

    GULAI PATIN MASAK TEMPOYAK
    Sumber Rujukan : Sajian Tradisi bersama Chef Wan eksklusif untuk Avon


    BAHAN-BAHAN
    • 1 ekor (500gm) ikan patin (potong 3)
    • 8 s.besar tempoyak
    • 2 batang serai (dititik)
    • 200ml air
    • 2 keping asam gelugur
    • Garam secukup ras
    • Gula secukup rasa
    Bahan Tumbuk Halus
    •  30 tangkai cili padi
    • 3 cm kunyit hidup
    PENYEDIAANNYA
    1.  Di dalam periuk, didihkan semua bahan kecuali ikan selama 5 minit.
    2. Masukkan ikan dan masak selama 10 minit lagi.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
    3. Masukkan di dalam mangkuk dan hidangkan.

    Friday, November 1, 2013

    AsamPekat Ikan Bawal

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Lama betul tak post resipi kat sini...Ni pun cilok2 sekejap...Lama tak sapu rumah dan lama juga tak menyapa rumah kawan-kawan..Rindunyaaaaa tapi apakan daya, masa terlalu tidak mengizinkan...


    BAHAN-BAHAN
    • 1 ekor ikan terubuk ~ Sue gantikan ngan Ikan Bawal Emas
    • 2 senduk cili boh ~ Sue kurangkan jadi 2 sudu besar
    • *10 ulas bawang merah
    • *2 ulas bawang putih
    • *1.2 cm halia (kesemua bahan * ditumbuk)
    • 1 camca besar kerisik
    • 1 cwn air asam jawa
    • 2 sb gula ~ Sue kurangkan..secukup rasa jeee
    • 2 biji cili merah (potong 4 tanpa putus) ~ Sue tak buh, xde stock
    • 2 labu bawang besar (mayang ~ Sue guna ½ labu jee..potong bulat
    • 2 senduk minyak masak
    • Garam secukup rasa
    PENYEDIAANNYA
    1. Ikan dibersih dan potong 3 bahagian
    2. Halia dicampurkan dengan garam dan sapu pada ikan.Biarkan selama beberapa minit
    3. Panaskan minyak (cukup utk menggoreng ikan) di dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing.Angkat ikan dan ketepikan
    4. Kurangkan minyak (cukup utk menumis), Tumis bawang merah dan bawang putih
    5. Setelah keluar minyak, masukkan secawan air asam jawa dan kacau sebati.
    6. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati
    7. Masukkan cili dan bawang besar
    8. Setelah kuah pekat, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan balik-balikkan sehingga kuah sekata menyaluti ikan.
    9. Sedia di hidang...

    Friday, July 12, 2013

    Tumis Asam Ikan Cengcaru

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Dah beberapa hari sebenarnya teringinnnnnn sangat nak makan ikan cengcaru ni...Kalau sebelum ni, selalu goreng jeeee tetapi bila dah masuk bulan puasa ni, terasa nak makan yang berkuahlah pula..

    Kebetulan, Rabu lepas singgah ke Pasar Tani Kota Kemuning dan jumpa ikan ni yang saiz besar...So rembatlah seekor, siap suruh penjual tu buangkan kulitnya sekali..

    Dalam berkira-kira nak masak macamana ikan ni, tetiba terlintas plak kat fikiran, kalau buat asam pedasss sedap gak ni... So apa lagi, terusss je google cari beberapa sumber resipi...Nak cari yang paling senang dan ringkas jee sebab memang tak terlalu banyak masa untuk berlama-lama di dapur...

    Dan jumpalah resipi Tumis Asam ni...Terus CnP...Tapi tengoklah bahan kisar Sue..Tak blend lumat pun sebab guna blend kering, malas plak nak selongkar blend basah tu...Klu bawangnya kasi lumat siket mesti kuahnya boleh buat lagi pekat.....


    TUMIS ASAM IKAN CENGCARU
    Sumber : Meow @ MyResipi
     
    BAHAN-BAHAN
    • 2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng ~Sue guna ikan cengcaru tapi tak goreng...
    • secekak daun kesum
    • 1/2 mangkuk air asam jawa
    • 2 biji tomato sedang - dibelah 2 
    • Beberapa batang bendi ~ Yang ni Sue tambah
    • 1 kuntum bunga kantan - Mayang ~ Yang ni Sue tambah
    • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
    • minyak utk menggoreng 
    • ½ s.teh halba ~ Yang ni Sue tambah
    Bahan-Bahan Kisar
    • 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi)
    • 4-5 ulas bawang merah
    • 2-3 ulas bawang putih
    PENYEDIAANNYA
    1. Sediakan periuk dan panaskan minyak.. 
    2. Masukkan halba dan goreng sekejap sehingga naik bau..Hati-hati jangan sampai hangus.
    3. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan garing
    4. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.Biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda)
    5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi berserta bendi dan buah tomato yang telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
    6. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.. SELAMAT MENCUBA

    Wednesday, March 6, 2013

    Ikan oh Ikan....

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...Setelah beberapa hari negara kita digemparkan dengan berita pencerobohan di Sabah dan insiden-insiden yang meruntum jiwa terutama dengan gugurnya beberapa orang "wira negara" demi mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara kita Malaysia, kini ia sedikit reda dengan tindakan 'mempertahankan diri' yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan Malaysia semalam..Namum masih di dalam situasi berjaga-jaga..

    Untuk sahabat2 kita juga warga Sabah yang tinggal di kawasan berdekatan, didoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka dan buat wira-wira negara yang menjadi benteng dibarisan hadapan, didoakan semoga operasi mereka berjalan dengan lancar dan pulang dengan kemenangan dan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing..Aminnnn ya Rabbal Alaminnnn.....

     Hari ni tuan rumah tak hidangkan lauk pauk untuk santapan mata seperti biasa tapi nak ajak mereka posing mosing sebelum terjun koli.....

     Alaaaaaaa...korang semua mesti dah kenal ngan ikan nikan...Tapi post ni bukan nak tunjuk jenis ikan tapi nak share siket cara yang Sue selalu amalkan untuk menyimpan ikan..Setakat ni alhamdulillah..Memang ikan-ikan tu boleh lah bertahan sehingga hampir dua minggu tanpa menjejaskan rasa...Almaklumlah, Hubby kurang gemar makan ikan tapi bini dia ni lebih rela pilih ikan dari ayam...Cuma klu masak tu terpaksa juga masak ayam sebab nanti klu masak ikan je takde 'orang' makan lah plakkkkk..Sib baik anak-anak suka makan ikan..siap ratah lagi...sukeeeee hati Mama..

    Jadi setiap kali pegi pasar / econsave dan terjumpa ikan yang segar-segar dan kebetulan murah, Sue akan beli beberapa ekor untuk stok..Tapi selalu tak akan masak sekali gussss..Masak agak-agak cukup untuk makan jeee...Jadi terpaksa guna cara ni untuk simpan stok agar ia tahan lama..Klu ikut petua abang Sue yang selalu 'ke laut' ~ Dia cakap ikan tu klu nak tahan lama, tak perlu 'siang' , cukup bersihkan macam tu je then tabur garam dan simpan dalam ais/peti.Tapi, Sue lebih selesa bersihkan segala isi perut dan dibersihkan seperti sedia untuk dimasak...

     Dan setiap ekornya Sue akan masukkan ke dalam plastik secara individual...Klu jenis keluarga ramai dan masak sekali beberapa ekor, boleh juga masukkan beberapa ekor ke dalam plastik beg sesuai kuantiti untuk masak...Sebab Sue buh sekor-sekor senang nak keluarkan nanti agar ia tidak melekat antara satu sama lain bila dahbeku nanti....So yang akan dinyah bekukan hanya yang nak di masak sahaja tanpa mengusik stok yang lain...Sebab salah satu sebab yang menyebabkan ikan/ayam/daging cepat rosak adalah semasa proses menyehbekukan...

    Dan setelah dimasukkan ke dalam plastik beg, masukkan pula ke dalam bekas yang tertutup..klu dapat bekas yang kedap udara lagi bagussss supaya isi ikan/ayam/daging tidak beku kering dan ia menjejaskan rasa...

    Tapi biasalah kannnn...lain orang lain caranya...Ini cara Sue dan saja nak share kat sini... ^___^

    Wednesday, February 27, 2013

    Ketarap / Bayan Masak Asam Berempah

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Dah lunch ke...? Jommmmmm kita lunch sama-sama....

    KETARAP/BAYAN MASAK ASAM BEREMPAH
    Sumber : Kak Azlita @ Masam Manis

    BAHAN-BAHAN
    • 2 ekor ikan ketarap ~ di siang dan di cuci bersih
    • 2 batang serai ~ dititik
    • 1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 2
    • 5 tangkai daum kesum
    • 2 sudu teh halba
    • 2 sudu besar rempah kari ikan
    • 1 cawan air asam jawa
    • minyak untuk menumis
    • Garam dan gula secukup rasa
    Bahan Kisar
    • 6 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inc halia
    • 1 inc kunyit hidup
    • 1 batang serai
    • 1 helai daun kunyit
    • 10 tangkai cili kering
    • 2 inc belacan
      
    PENYEDIAANNYA
    1. Pijarkan minyak dalam kuali
    2. Tumiskan halba dan serai yang dititik
    3. Masukkan bahankisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak
    4. Masukkan air asam jawa dan serbuk kari
    5. Kacau perlahan-lahan hingga merenih
    6. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan garam dan gula secukup rasa
    7. Kacau perlahan di atas api sederhana sehingga kuah sedikit pekat
    8. Sedia dihidangkan.

    Friday, February 22, 2013

    My Simple Dinner

    Assalamualaikum..dan salam sejahtera...Emmm lama tul pengunjung2 sini duk hadap Chifon pisang tu..he he he tuan rumah ni...asyik duk berhibernasi jeeee yaaaa..Terima kasih kepada yang sudi tinggal jejak..InsyaAllah ada kelapangan nanti Sue balas... ^__^

     Oklah..Saja jeee duk tayang2 dinner simple yang semua orang pun tahu buat...Ini pun antara satu sebab malas nak muncul ngan tayangan2 amal sebab lately ni memang selalu masak simple2...Masak apa saja yang ada kat esbox jeeee....Nanti klu berlama2 kat dapur dan hidangan lambat siap, mesti diorang minta susu..emmmm klu dah minum susu nanti, faham2 jelah, susahlah nak ajak makan...Tak syok lah plakkkk kan....

    SUP AYAM SIMPLE

    BAHAN-BAHAN
    • 350 gm isi ayam (potong kecil)
    • 1 batang lobak merah (potong ikut suka)
    • 1 biji kentang (potong ikut suka)
    •  segenggam soo hoon (rendam sampai lembut)
    • 1 labu bawang besar (potong bulat)
    • 1 buku kiub pati ayam
    • Garam secukup rasa
    Bahan Tumis
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
    • *3 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
    • *2inch halia (potong 3 dan ketuk bagi pecah)
     PENYEDIAANNYA
    1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis sehingga terbit bau.
    2. Masukkan isi ayam dan kacau seketika sehingga isi ayam kecut.
    3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
    4. Masukkan kentang, lobak merah dan kiup pati ayam dan bawang potong dan renih.
    5. Apabila ayam, kentang dan lobak telah masak, perasakan dengan garam secukupnya.
    6. Masukkan soo hoon dan kacau seketika.biarkan merenih lebih kurang 5min dan siap dihidang.

    TALAPIA BERLADA SIMPLE
    Sumber : Chef Wan
    (Dah lupa dari buku mana tapi suka buat resipi berlada ni sebab ia simple..Sukatan pun pandai2lah adjust ikut selera..Mana nak pedas-tambah cili, nak lebih wangi-banyakkan serai)

     BAHAN-BAHAN
    • Ikan Talapia ~ Dilimur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
    • sedikit air asam jawa
    • Garam secukupnya
    Bahan Kisar
    • Cili merah
    • Cili padi
    • Bawang merah
    • Serai ~ Ni Sue tambah
    • Kiub pati bilis ~ Ni pun Sue tambah
    PENYEDIAANNYA
    1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
    3. Masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan dengan sedikit garam.
    4. Apabila sudah cukup rasanya masukkan (1) dan gaul sekejap.Tutup api dan sedia dihidang.

    TAUFU TELUR DADAR

    BAHAN-BAHAN
    • 3 biji telur
    • 1/2 tiup taufu telur (potong bulat)
    • 2 batang filamen crab (potong bulat)
    • 1 labu bawang besar saiz sederhana (potong membulat)
    • 1 sb mayonis
    • Garam secukupnya
    PENYEDIAANNYA
    1. Didalam mangkuk, masukkan kesemua bahan kecuali taufu telur.Pukul sehingga berbiuh dan kesemua bahan bergaul rata.
    2. Kemudian masukkan taufu telur.
    3. Panaskan kuali dan goreng dengan api kecil sehingga kekuningan.
    4. Sedia dihidang.
    Note : Untuk memudahkan, goreng telur di dalam pan dengan api kecil.Apa bila agak2 telur kat bahagian bawah dah masak, telingkupkan telur di dalam pan tadi ke dalam kuali dan goreng dengan api perlahan sehingga masak.Sebab bila kita buh tauhu telur ni, dadar kita tak akan cepat patah/pecah semasa proses nak membalikkannya..Ini bagi yang tak pro lah...Klu dah pro tu abaikan cara ni......

    Thursday, December 13, 2012

    Sup Bebola Ikan Sardine

    Assalamualaikum...Paparan resipi dikala kemalasan datang bertandang...Tapi kalau ada sambal kicap+cili padi tumbuk ni, lajuuuuuu je....

    SUP BEBOLA IKAN SARDINE


    BAHAN-BAHAN
    • 10 gm Soo Hoon (direndam lembut)
    • 3  biji bawang merah (mayang)
    • 2 ulas bawang putih (ketuk)
    • Sedikit halia (mayang)
    • 1 sb udang kering (tumbuk kasar)
    • 3 pokok sawi (diasing daun dan batangnya)
    • Sedikit kubis (potong ikut suka)
    • Garam dan gula secukupnya
    • ½ buku kiub pati ayam
    Bahan Untuk Bebola Ikan
    • 2 ekor ikan sardine segar (di ambil isi sahaja)
    • 2~3 sb tepung sagu (jika tiada boleh digantikan dengan tepung ubi kayu)
    • sedikit lada sulah
    • Garam secukup rasa
    PENYEDIAANNYA
    1. Untuk Bebola Ikan : Tumbuk isi ikan sehingga lumat.Masukkan tepung  sagu, lada sulah dan garam.Gaul sebati.Bulat-bulatkan mengikut saiz yang disukai.Ketepikan.
    2. Untuk Sup : Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan bawang merah, halia dan udang kering..Tumis sehingga bawang layu.
    3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.Masukkan soo hoon, batang sawi, kubis dan bebola ikan.bila bebola sudah timbul, perasakan dengan garam, gula dan kiub pati ayam...
    4. Bila sudah secukup rasa, masukkan daun sawi.kacau seketika dan tutup api apabila daun sawi sudah sedikit layu..sedia dihidang...

    Monday, December 10, 2012

    Sup Ikan Merah

    Assalamualaikum....

    Dah 2~3 hari tuan rumah dok jamu pengunjung sini ngan kuih talam..So hari ni kita tukar menu plak yaaaaa...Lauk ni memang kegemaran sejak dulu cuma jarang-jarang buat, almaklumlah ikan pun tertaraf 5 bintang (bak kata seorang akak blogger kite), so sesekali jelah yaaaa.....

    SUP IKAN MERAH
    Sumber : Kompilasi Majalah Karangkraf~SUP

    BAHAN-BAHAN
    • 1 kg ikan merah
    • 2 cm kulit kayu manis
    • 5 kuntum bunga cengkih
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 1 sk biji ketumbar
    • 1 sk lada hitam biji
    • 1 sk jintan putih
    • 1 sk jintan manis
    • 1 sk halba campur
    • 2 cm halia
    • 10 biji bawang merah (mayang)
    • 6 ulas bawang putih (mayang)
    • 600 gm kentang
    • 60 gm soo hoon
    • 1 keping asam keping
    • 10 gm daun saderi
    • 10 gm daun bawang
    • 1 sb minyak (untuk menumis)
    • Garam secukupnya
     PENYEDIAANNYA
    1. Tumbuk kasar ketumbar,lada hitam,jintan manis,jintan putih,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.Bungkus bahan ini dengan kain jarang dan jadikan seperti bunjut.
    2. Rebus ikan bersama air dan juga bunjut tadi.Biarkan mendidih.
    3. Masukkan kentang,soo hoon,halia,asam keping,halba campur dan juga garam secukupnya.
    4. Di dalam kuali,panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan ke dalam periuk sup dengan minyaknya sekali.
    5. Kacau selama 3minit dan hidangkan bersama daun bawang dan daun saderi.

    Wednesday, November 28, 2012

    Ikan Panggang Air Asam

    Agak-agak tak punya masa yang lama untuk berada di dapur, bolehlah cuba resipi ringkas ni..Kalau ada pemanggang ajaib tu lagi senang keje...Just tenggekkan je kat atas stove dengan api perlahan dan hanya pusingkan pemanggan itew tanpa membalikkan ikan secara manual supaya kedua-dua bahagian masak sekata...Agak mudah....

    Kalau takde pemanggang ajaib itew pun takpe, balut ikan dengan daun pisang diikuti dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam kuali dan pangganlah sehingga masak..Ni cara bagi yang tak ada ovenlah..

    IKAN PANGGANG AIR ASAM

    BAHAN-BAHAN

    Ikan Panggang
    • 2 ekor ikan kembung
    • Sedikit serbuk kunyit
    • Sedikit Serbuk perasa
    • Sedikit garam
    • Sedikit minyak masak.. (Supaya ikan tidak terlalu kering)
    Air Asam
    • 1 sb asam jawa
    • ½ cwn air masak
    • sebiji bawang (mayang)
    • 5 tangkai cili padi (potong)
    • Sedikit Garam dan gula
     

    PENYEDIAANNYA

    1. Ikan Panggang :- Gaul ikan dengan kesemua bahan dan masukkan ke dalam pemanggang.Renjis sedikit minyak masak.Panggang sehingga masak pada kedua-dua bahagian.
    2. Air Asam :-   Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.Kacau sebati.Ketepikan sehingga mahu digunakan...
    3. Penyediaannya :- Letakkan ikan di dalam pinggan hidang beserta air asam dan sedia dinikmati bersama nasi putih...
     

    Wednesday, November 16, 2011

    Singgang Ikan Aye

    Tadaaaaa....Lauk kegemaran dulu, kini dan selamanya.......

    Rasanya zaman-zaman dulu, dalam seminggu lauk ni pasti masuk senarai....Memang kompem laku...Sambil makan boleh hirup kuah...Yang pelikya, semua adik beradik tak makan ikan kat dalam lauk ni, kitorang cuma ambil kuah je..Untuk lauknya, ikan selayang@sardin atau kembung yang digoreng garam kunyit garing2, kalau dapat ikan selar kuning lagi syok....Pahtu cicah budu....Wahhhhh memang best....Lagi lagi kalau ada ulam pucuk jambu golok@gajus......

    Dan nampaknya tabiat tu lekat sampai Sue dewasa...Tak akan makan ikan kat dalam lauk tu, ambil kuahnya ajeeeee.....Sebab tu Sue guna kepala ikan, isinya nanti boleh goreng garam kunyit garing-garing dan cicah budu~Sorry tarak stok sambal belacan tempoyak....

    Untuk masak ni, ikannya boleh ikut citarasa masing-masing samada mahu gunakan ikan kembung, selayang@sardine atau ikan aye@tongkol.Tapi Sue paling Suke guna ikan ayeee...Walau pun sekadar ambil kuahnya ajeeee....Tapi lebih puas rasanya guna ikan ayeeee....

    SINGGANG IKAN AYE
    resipi : Sue@Nenie

    BAHAN-BAHAN
    • 2 ketul isi ikan aye@tongkol
    • 1 keping asam keping
    • 3 ulas bawang merah } mayang
    • 1 ulas bawang putih }
    • 1 inch lengkuas } potong bulat
    • ½ inch kunyit }
    • 3 biji cili merah } optional
    • 5 biji cili padi }
    • Air secukupnya
    • Garam kasar secukup rasa
    PENYEDIAANNYA
    1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali garam dan didihkan sehingga kuahnya tinggal 3/4 dari kuantiti asal.
    2. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedia di hidang

    Saturday, October 22, 2011

    Asam Pedas Pari

    Assalamualaikum...

    Dah lama pula rasanya tak makan asam pedas dan tak pernah pula seumur hidup masak sendiri ikan pari ni..Thah mimpi apakah yang duk menganggu, tetiba plak terasa macam nak mencuba Asam Pedas Ikan Pari hasil air sendiri...Jadinya dah beli ikan pari, so duk sibuk2 lah ngendeng2 ngan opismate, Kak G yang asalnya orang Melaka..Dia pun dah bagi bahan2 dan cara-cara penyediaannya....Tapi versi Sue ni bukan asli Melaka tau...bahan2 nya 50% dah tokok tambah dari resipi asal akak tu..Sue dah adjust ikut selera anak tekak Sue, cuma penyediaannya saja ikut cara dia kecuali tang tumis halba tu, try tips dari kak bee@MyR..Ngeeeee

    Dan bila dah siap masak, Sue adalah tapau siket ke opis, kasi juga dia rasa, komen positif cuma bagi dia kuah Sue cair siket dan kurang pedas..Patutlah Sue rasa macam kuranggggg je...OK, len kali boleh adjust lagi mana yang patut...(Sebenarnya tak lama dulu Sue pernah pergi Malaka dan makan asam pedas kat sana, lepas tu terus teringat2 kesedapannya..Bila cuba2 kat tempat lain macam tak sama....Tu yang berusaha cuba buat sendiri tuuu, harap2 bolehlah dapat yang mirip2 cam Sue makan tu walau tak 100%....)

    Dan tang penggunaan halba sebelum menumis tu, Sue dapat dari MyR...Petua untuk bangkitkan rasa Asam Pedas tu...Dan satu lagi, Akak G ada bagitau, sebelum masukkan ikan tu ke dalam tumisan, lebih sedap jika goreng seketika ikan tu..Tapi yang ni Sue skip secara tidak sengaja..Pasal tak sempat..Jadi main campak terus je dalam kuah....Len kali kalau nak buat lagi, Sue nak cuba juga goreng ikan tu seketika, tak perlu sehingga garing/masak....

    ASAM PEDAS IKAN PARI my style

    Resipi : Sue@Nenie

    BAHAN-BAHAN
    • 2 keping ikan pari
    • 1 kuntum bunga kantan (potong 4)
    • 10 tangkai bendi
    • Segenggam daum kesum
    • 1 biji tomato (potong 4)
    • Garam secukupnya
    • Air secukupnya
    • 5 biji halba
    Bahan Kisar
    • 4 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 kuntum bunga kantan
    • 10 tangkai cili kering (Direndam air panas sehingga lembut dan toskan) ~Tapi len kali nak buh 20 tangkai
    • sedikit belacan
    PENYEDIAANNYA
    1. Potong ikan pari dan rendam dalam air garam lebih kurang ½jam dan basuh ngan air asam.Bilas bersih dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis halba sehingga wangi dan masukkan bahan-bahan kisar sehingga cili garing dan pecah minyak.
    3. Masukkan air dan daun kesum, kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih.
    4. Masukkan ikan pari dan bendi.perasakan secukunya dengan garam.
    5. Setelah pari ½ masak, masukkan asam jawa dan tomato..
    6. Bila kesemua sebati dan ikan masak, juga kuah sedikit pekat, tutup api dan sedia dihidang.

    Thursday, October 20, 2011

    Kari Ikan Tenggiri

    Assalamualaikum..

    Duk sibuk2 tayang pan baru sampai lupa nak tayang lauk dinner semalam....

    Semalam masa duk syok2 BW dan bersinggah jap kat blog masak-masak yang pemes emes ni, sapa lagi kalau bukan blog Dapur Tanpa Sempadan...Tetiba plak terberkenan ngan kari ni...Aceli Ikan tenggiri ni adalah salah satu kegemaran Sue..Tapi kalau beli selalu pun goreng2 jeeee, sebab tak mau terlepas untuk menikmati kemanisan isi ikan ni....Memang betul2 takde idea nak masak apa ngan ikan ni..

    Tapi bila tengok resipi ni kat DTS semalam dan bahan-bahan juga penyediaannya pun ringkas tetiba plak teringin nak mencubanya..So terus kopipes resipinya dan kebetulan pula semalam Hari Rabu, ada pasar Tani kat Kota Kemuning, apa lagi, sampai sana jeeee terus ke booth hasil lauk cari isi ikan tenggini...Hasil laut yang dijual kat sini fresh2..itu yang Sue suka bersinggah sini ni....Then ke bahagian sayuran, cari bendi...Bahan2 lain dah ada stok kecuali rempah kari ikan..Memang tak pernah simpan sebab jarang masak..

    Bila balik rumah, dah siapkan budak-budak ni dan lepas Maghrib maka bermulalah operasi...Dan inilah hasilnya..

    KARI IKAN TENGGIRI
    Sumber : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan

    BAHAN-BAHANNYA
    • 2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana, kerat ikut suka, bersih dan toskan ~ Sue guna 2 keping jeeee
    • 10 batang bendi muda, cuci dan toskan
    • 2 biji tomato, belah 3 setiap biji ~ Sue guna ½ biji jeee, pasal Hb tak suke sangat ni
    • 1 cawan santan
    • 1/2 cawan jus asam jawa
    • 1 camca besar penuh cili kisar
    • 1 kiub ikan bilis "maggi" (optional) ~Sue buh ½ jee
    • Air secukupnya
    • Garam dan gula secukup rasa
    Bahan Untuk Pes
    • 3 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's) ~Sue pun
    • 4 biji bawang merah, kisar halus
    • 3 ulas bawang putih, kisar halus
    • 1 inci halia, kisar halus
    Bahan Tumis
    • 3 biji bawang merah, hiris
    • 2 ulas bawang putih, hiris
    • 2 tangkai daun kari, dilurut
    • 1 camca teh halba campur

    PENYEDIAANNYA
    1. Bancuh rempah kari dengan ½ cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
    3. Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
    4. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
    5. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan juga santan.
    6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.
    7. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

    Thursday, October 13, 2011

    Gulai Ikan

    Assalamualaikum...

    Hari ni nak kembali menikmati citarasa Pantai Timurlah plak...Bila duk merewang-rewang kat MyR itu hari then nampak resipi ni kat sana..Tetiba pula rasa nak makan, kebetulan pula stok ikan kembung lagi berbaki dua ekor..Apa lagi...project pun bermula.....

    GULAI IKAN
    Sumber resipi : Makyong @ MyResipi

    BAHAN-BAHAN
    • 2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
    • 1cm lengkuas
    • 1cm kunyit
    • 1 sudu besar cili giling
    • 1 keping asam gelugur/keping
    • 3-4 biiji bawang merah
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 biji timun
    • 3 biji lada hijau
    • 1/2 biji kelapa-ambik santan
    PENYEDIAANNYA
    1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
    2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.
    3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
    4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
    5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api

    Monday, October 10, 2011

    Ikan Masak Masam Manis

    Assalamualaikum...

    Mood Monday bluesssss....

    Jadinya kita layan mata jelah ngan lauk ni....

    IKAN MASAK MASAM MANIS
    Kopipes dari : Kak Ayu@Singapore

    BAHAN-BAHAN
    • 1 ekor ikan siakap/red snapper (atau apa-apa jenis ikan)
    • 2-3 sk paste cili/cili boh
    • *1-2 sk bawang putih
    • *2-3 sk bawang merah (* diblend)
    • 1 biji tomato (potong dadu) ~ Ni Sue tambah
    • Sedikit sos cili ~Sue buh 3 sb
    • Sedikit sos tomato ~ Sue buh 1 sb
    • Garam & gula secukupnya
    • Perasa/MSG secukupnya
    • Beberapa biji cili padi
    • Sedikit jus limau nipis
    PENYEDIAANNYA
    1. Sapu ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Goreng sehingga garing, angkat dan letakkan di atas pinggan hidang,...Ketepikan.
    2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi.Masukkan pes cili, sos cili, sos tomato dan tomato kiub..Masak sehingga pecah minyak.Masukkan sedikit cili padi dan perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa secukupnya.
    3. Masukkan sedikit jus limau nipis dan sesuaikan rasanya...
    4. Tuang di atas ikan goreng tadi dan sedia dihidang