Showing posts with label Snek. Show all posts
Showing posts with label Snek. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

Ayam Goreng Crispy

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dalam kesibukan, kali ni sempat juga cilok-cilok post satu resipi ringkas untuk anak-anak...

Dapat idea ni daripada penjaja di luar pagar sekolah anak...Mana tahan kan, hari2 time ambil anak balik sekolah mereka sibuk2 nak ayam goreng ni...RM1.00/pcs...Konsider murahjuga sebab penjual tu guna isi ayam segar bukan yang frozen atau segera..dan secucuk ia pun padat, saiznya 25% kurang siket dari yang Sue buat (dalam gambar) ni...

Tapi untuk yang anak berderet-deret ni mana tahan nak beli hari2 kan...Secucuk RM1.00...budak2 empat...mak budak pun nak juga (sebab sedap)... koman2 sekali beli 5 cucuk...

 

So...Apa lagi, mak budak kenalah usaha siket klu nak jimat dan makan banyak...Dan kebetulan, satu hari tu, sampai awal kat van akak penjaja tu dan nak jadi rezeki, terkena masa akak tu menyediakan ayam crispy ni...Memang ia guna ayam fresh...dan nampaklah ia guna isi ayam (dah siap cucuk) yang diperap, dicelup ke dalam batter dan salut ngan bread crump ni..Cuma takde lah sembang minta resipi, sebab akak tu macam bz sgt nak sediakan bahan jualannya termasuk keropok lekor, keropok keping, nudget, sosej dan beberapa jenis air...


Xpelah...tak dapat resipi, dapat tengok cara ia buat pun dah kira OK...Resipi cipta sendiri..Walau perapan ayam yang Sue buat ni tidak sesedap yang akak tu jual, tapi berpuas hati juga dapat cara untuk menjadikan ayam ni lebih crispy..klu sebelum ni, Sue hanya salut bread crump tu direct jeee pada ayam atau bahan gorengan, tapi bila guna cara akak tu dengan menyalutkan ayam/bahan gorengan dengan butter cair terlebih dahulu, menjadikan bread crump lebih banyak bersalut dan secara tidak langsung menjadikan ia lebih rangup....

AYAM GORENG CRISPY
Ilham : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm isi ayam
  • Garam secukupnya
  • Perasa kegemaran (jika suka) atau serbuk lada sulah
  • Bread Crump (secukupnya) - Untuk salutan
  • Lidi secukupnya
 
Bahan-A (batter)
Kesemua bahan dicampurkan di dalam mangkuk dan dikacau sebati..Untuk salutan yang agak nipis, jadikan ia batter yang cair...Begitulah sebaliknya

  • 3 sb tepung beras
  • 1 sb tepung gandum
  • ½ sb air kapur
  • garam secukup rasa
  • Air secukupnya
 
 PENYEDIAANNYA
  1. Gaul isi ayam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan lada sulah/bahan perasa..Perap (jika suka) seketika lebih kurang 1~2 jam di dalam peti ais (bukan bah. sejuk beku)
  2. Kemudian cucukkan isi ayam tersebut pada lidi.
  3. Celupkan (2) ke dalam batter sehingga kesemua batter menyaluti isi ayam
  4. Kemudian golek-golekkan (3) ke dalam bread crump.
  5. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga ayam masak dan bertukar warna keemasan.
  6. Sedia di hidang bersama sos kegemaran.

Wednesday, August 13, 2014

Homemade Prosperity Burger

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Orang lain rasanya dan berzaman buat homemade prosperity ni...Tapi tuan rumah sini baru nak start...Takpelah lambat sikit yaaaa....Janji merasa gak...Senang..tak payah nak tunggu time promosi lagi....Asal teringin...Boleh jalan...Asal teringin...Boleh start project....Pendek kata boleh makan bila-bila masa lah...Tapi tu time rajin...Klu kurang rajin....Diam diam aje lah yaaaaa......


Yang Tuan rumah ni versi simple...Sayur xde, salad pun yilek....Takde stock...Yang ada hanya curahan black pepper sauce dan sos serta mayonis yang melimpah-limpah jeee....

Gambar pun kelam jeeee pasal project patty tengah2 malam bute dan penyediaan burger pula pagi2 bute buat sarapan budak sebelum gi sekolah...Bukan budak2 jeee yang nak gi sekolah, mak budak pun sama nak keluar juga....Tapi bukan keluar gi sekolah...Tapi keluar gi keje...Gi sekolah kejap jeee...Hantar budak2......


Tapi dalam rumah ni ada gak yang sibuk2 boikot prosperity burger ni..Jadi tukang masak pun terpaksalah pelbagaikan menu bukan saja prosperity tetapi hotdog salut telur juga (ilustrasi selepas tidak disertakan atas faktor kekangan masa...keh keh keh...), sos tak nak...Hissshhhhhh...banyak pula songehnya...Nak buat macamana...Pelanggan selalu betul....

PATTY (DAGING BURGER)
Sumber Rujukan : arwendanish

 
BAHAN-BAHAN
  • Daging cincang (1 ketul 1/2)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada hitam kasar
  • Serbuk roti (xde..el letak serbuk oat) ~ Sue gantikan ngan cracker
  • Mixed spice (xde..el letak oregano)
  • Garam & Gula secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Bahan-bahan yang ditanda * diblender kering
  2. Masukkan dalam bekas yang berisi daging
  3. Masukkan telur yang dah dikacau terlebih dulu
  4. Tabur lada hitam kasar tu ikut kepedasan masing-masing
  5. Masukkan serbuk oat/roti
  6. Masukkan mixed spice/oregano, garam dan gula secukup rasa
  7. Gaul kasi sebati - amik segenggam - kepal2 - buat bentuk patty (daging burger) 
  8. pas2 letakkan dalam peti ais bagi dia keras sedikit supaya bila bakar nti xpecah2

BLACK PEPPER SAUCE
Sumber Rujukan : Kak Azlita @MasamManis

BAHAN-BAHAN
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris halus
  • 1/2 botol  sos lada hitam Life ~ botol besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • Boleh tambah sedikit lada hitam jika sukakan lebih pedas
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang besar hingga harum
  2. Masukkan sos lada hitam dan kiub ayam kacau rata
  3. Tambahkan kicap manis dan susu segar
  4. Perasakan garam dan gulanya
  5. Boleh tambahkan sedikit lagi lada hitam yang di tumbuk jika sukakan rasa lada hitam atau sukakan sedikit rasa kepedasan.
  6. Jika kuah pekat tambahkan lagi susu.

Friday, December 14, 2012

Corn In Cup

Assalamualaikum...

He he he he he..Jgn jemu yaaaa klu asyik-asyik keluar menu jagung je kat blog sini..Jangan salahkan tuan rumah tapi salahkan MAHA2012 yang bertanggungjawab menganjurkan Lelongan Sejuta Jagung tempohari..He he he Mak Aiiiiii..Salahkan orang plak..padahal dia yang beli jagung tak hengattttttt.................

CORN IN CUP

BAHAN-BAHAN
  • Isi jagung rebus
  • marjerine
PENYEDIAANNYA
  1. Kukus isi jagung seketika, kemudian masukkan isi jagung yang masih panas ke dalam sebuah mangkuk.Masukkan marjerine.Kacau sekata..
  2. Sedia dinikmati..

Thursday, April 19, 2012

Baked Cranberries Pancake

Assalamualaikum...Semoga semua dikalangan saudara, rakan, kenalan tak kira bangsa dan agama walau di mana sahaja berada, dilimpahi rahmat dan keberkatan olehNya...Terima kasih kerana masih sudi bersinggah sini walau tuan rumah sudah jarang-jarang berkesempatan berBW ke rumah kawan-kawan...Kadang-kadang kalau singgah pun tak sempat tinggal sebarang jejak sebab malas nak log-in/kehilangan idea..He he he he he ..

Jommmm pepagi ni kit layan satu lagi menu istimewa yang telah Sue cedok resipinya dari blogger kita yang merantau nunnnnn jauh di bumi finland sape lagi kalau bukan Ijan dari blogreseipi yang baru saja berpaparan di dalam majalah Saji keluaran April..Tahniah dan tumpang gembira sebab semakin ramai di kalangan blogger masakan yang dah berjaya berkongsi ilmu dan paparan menarik di dada-dada majalah....

Dan istimewanya pancake ni, ialah strukturnya yang lembut bercreme dari pagi sehingga ke petang....Lain dari pancake yang pernah Sue cuba sebelum ini..Selain bahan-bahan nya mudah didapati, penyediaannya pun senang dan yang penting masaknya main baking-baking jeeee...Tak yah bertapa lama-lama nak baking sekeping2 kat atas pan...Dah bancuh then boleh terus curah kat acuan dan bake..sementara menunggu kuih sedia dinikmati boleh berkejar ke sana ke mari prepare apa-apa yang patut...

Cumanya, acuan pan yang leper dan lebar (sesuai untuk pancake) cuma satu then lubangnya hanya 6, jadi atas alasan tak nak bazirkan terlalu banyak masa kat dapur, (sebab selain sediakan sarapan, Sue juga terpaksa siapkan anak2 nak diri sendiri untuk kedestinasi masing2), Sue putuskan untuk guna acuan muffin sahaja sebab ia ada 12 lubang, jimat sikit masa dan tenaga elektrik..he he he he ..So hasilnya sedikit tebal namun rasanya tetap sedapppppppppp

BAKED CRANBERRIES PANCAKE
Resipi Asal : Ijan @ Blogresipi
Terjemahan/olahan :
Sue@Nenie


BAHAN-BAHAN
  • 500 ml susu segar
  • 2 biji telur (saiz A)
  • 1 cwn tepung serbaguna ~Sue guna selfraising flour
  • ¼ cwn mentega cair/olive oil ~Sue guna minyak jagung
  • 2 s.teh gula
  • secubit garam
  • ½ s.teh esen vanilla
Untuk Topping
  • gula icing
  • Dried Cranberry/rasberry

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan oven pada suhu 200~225C..Gris pan/acuan dengan mentega dan panaskan sekali di dalam oven...Sementara itu.........
  2. Di dalam mangkuk pengadun, masukkan kesemua bahan (kecuali topping) dan adun dengan pantas lebih kurang 1 min menggunakan senduk kayu/egg whisk sehingga kesemuanya bergaul mesra (Sue guna blender)
  3. Tuang adunan ke dalam pan/acuan.Pastikan ia tidak terlalu nipis.Taburkan sedikit dried cranberry/rasberry di atasnya.
  4. Bakar lebih kurang 20~30 min/sehingga keperang-perangan.
  5. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan taburkan gula icing ke atasnya...Sedap dinikmati bersama madu/jem kegemaran...

 

Note dari Ijan : The mixture is very watery and the ready pancake will be a bit doughy. May i remind you that this Finnish type of pancake is VERY different from the typical pancake. But we like it very much. Hope you will too

Thursday, February 16, 2012

Yorkshire Pudding

Assalamualaikum dan selamat petang...

He he he orang lain dah sibuk-sibuk tayang menu lunch, kat sini baru terkedek-kedek nak tayang menu bekpes..Itu pun bukan hari ni punya tapi 2~3 hari lepassss...

Aceli dah lama sangat simpan resipi ni sejak pertama kali Kak Ros tayang kat blog dia terus terberkenan..Tapi macam biasalah, lepas kopipes, peram dulu sehingga seru sampai..tunggu punya tunggu akhirnya awal tahun 2012 baru sampai...Itu pun sib baik sampai gak...kalau tak sampai reput kertas resipinya tak terbuat-buat jugaaaa...

Ini pun masa blogwalking kat rumah Kak Wan, terjumpa balik resipi ni...Tu yang baru teringat dan terus nak bereksperimen...

Alhamdulillah..Hasilnya amat memuaskan hati dan lain kali memang akan buat lagi dan lagi dan lagi....Bukan saja mudah tapi sedap pulak tu....Bagi yang suka bervariasi manis tu boleh pilih apa-apa jenis jem kegemaran sebagai gandingannya manakala kalau nak makan dengan sambal atau apa-apa inti tuna atau daging pun boleh, semua sesuai....

Cuma kat sini Sue nak highligh sikit untuk ingatan sendiri....Tapi ia may be bergantung pada oven masing2 juga...Pertama suhu oven mesti di antara 200~220°C dengan api atas dan bawah baru boleh dapat pudding yang cantik...Dan semasa menuang adunan pastikan acuan betul2 panas....

Ini berdasarkan pengalaman Suelah..Sebab Sue dapat dua hasil yang berbeza dari satu adunan yang sama..Pertama kali bakar, Sue hanya guna suhu 170~180°C dengan api bawah sahaja...Konon-kononya takut pudding tu hangit...So masa yang Sue ambil untuk masak adalah lebih kurang 20min..Dan untuk bakar yang selebihnya, atas alasan nak cepat dan takut terlewat nak bersiap-siap, Sue pun naikkan suhu kepada 200ºC dan buka api atas dan bawah sekali..Wahhhhh hasilnya memang pudding naik dengan cantik dan masa yang digunakan pun tak sampai 15 min..Dah siap...

Ha ha ha ha ha pasal suhu tu tak boleh nak salahkan sesiapa pasal kat resipi pun dah awal-awal lagi buh suhu yang tinggi, cuma api atas bawah tu, terkebetulan pula....Apa-apa pun terima kasih Kak Ros sudi perkenalkan resipi best dan simple ini dan Kak Wan kerana memanjangkannya pula......

YORKSHIRE PUDDING
Resipi : Kak Ros@SinaranMenu
Sumber : KakWan@Citarasawan

BAHAN-BAHAN
  • 170 gm tepung gandum
  • 180 ml susu segar
  • 120 ml air biasa
  • 2 biji telur ~Sue guna 3 biji saiz b->c
  • Secubit garam
  • minyak masak secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul telur sekejap,masukkan susu dan air dan pukul lagi dalam 2-3 minit.Step ni Sue guna blender
  2. Campurkan tepung gandum dan garam di dalam mangkuk dan buat lubang di tengah.Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata.Masukkan kembali ke dalam blender, dan blend sehingga adunan betul2 sebati...Kacau hingga adunan sebati dan tapis ke dalam mangkuk yang bersih.
  3. Panaskan oven dengan kepanasan 220°C menggunakan api atas dan bawah.
  4. Masukkan lebih kurang 1 sk minyak masak ke dalam acuan muffin.Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
  5. Masukkan acuan muffin ke dalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
  6. Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula ke dalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.
  7. Angkat dan sejukkan.Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.
Beza rupa bentuk dan hasil antara pembakaran yang bersuhu rendah dengan api bawah sahaja berbanding menggunakan suhu tinggi dengan api atas dan bawah....

Monday, February 6, 2012

Dorayaki.....? Pancake.....?

Assalamualaikum...

Selamat bercuti bagi yang sedang bercuti sempena Maulidur Rasul dan bagi yang bekerja tu selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing...

Hari ni macam tak de idea nak berceloteh, monday blues atau memang tak de mood...Tapi tak pelah kita layan dulu Dorayaki versi orang Rajin dalam Malas...He he he Rajin sangat nak wat sarapan tapi Malas nak baking satu2 atas pan jadi main tuang jeee dalam acuan pancake..Cepat siket masak tak payah nak control2 api, tuang, tutup dan tunggu signal "Tingggggggg" Pancake dah siapppppp

Inti pun main cucuk-cucuk dalam pancake jee, tak kuasa nak sapu satu-satu..Kali ni Sue guna inti kaya dan peanut butter jeeee....

Resipi dari dapur Kak Fida MyR...sedapppp dan lembut....Len kali boleh buat lagi.....

Dan kepada yang dah tinggal komen dan jejak2 untuk post2 sebelum ni, Sue minta maaf banyak2 pasal belum kesempatan nak balas dan balas kunjungan kalian..Bukan tak sudi tapi setakat ni masa kurang mengizinkan..Sedikit kebizian kat opis...InsyaAllah ada masa terluang nanti Sue akan BW melawat teman2 maya seperti biasa...

DORAYAKI
Sumber : Kak Fida @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sk baking soda
  • 4 sb air/susu segar
  • 4 biji telur (saiz A)
  • Inti kacang merah, choc cair atau choc nutella dan lain2 ikut suka.
PENYEDIAANNYA
  1. Baking soda dan air/susu segar dilarutkan,ketepikan
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang
  3. Masukkan campuran baking soda dan juga tepung ke dalam adunan telur dan kacau hingga sebati menggunakan sudip/spatula .
  4. Panaskan kuali dan lenser dgn sedikit minyak. Tuang sedikit adunan ke dalam kuali lebih kurang 1 sudu besar untuk membentukkan seperti lempeng yang kecil . Terbalikkan bila buih timbul di permukaan kuih.
  5. Bila sudah masak, angkat dan masak lagi hingga habis.
  6. Bila sejuk, sapukan inti pilihan dan tangkupkan 2 dan bolehlah dihidangkan.

Saturday, January 22, 2011

Cream Cheese Waffle

Sarapan Minggu lepasss, sebaik berblogwalking kat blog Noorsha, terus ngencessss...Nak minta kat tuan rumah tak sampai tangan nak hulur, nak tak nak terpaksa bereksperiman sendiri...Kih kih kih..

Emmmmm..nyum-nyum-nyum..Memang sedap...Lemak-lemak gitu....jom intai resipinya kat sini....Kat sini pun boleh...

BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur ( Gred B )
  • 1 cawan susu segar / susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar butter cair / minyak jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula
  • 80 - 100 gm cream cheese (suhu bilik)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

PENYEDIAANNYA
  1. Satukan telur, esen vanila, susu segar / susu cair, garam, gula dan cream cheese. Kacau hingga garam dan gula hancur serta cream cheese larut sepenuhnya dan tidak berketul-ketul ~Sue guna blender...
  2. Masukkan butter / minyak jagung. Kacau lagi Blend lagi
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati Blend lagi...~Sue perap dulu dalam blender lebih kurang 15 min...
  4. Panaskan Waffle Maker. Sapukan dengan sedikit butter.
  5. Masukkan 2 senduk adunan waffer tadi, ratakan dan tutup waffle maker.
  6. Biarkan waffle sehingga perang.
  7. sedap dimakan begitu sahaja atau boleh makan ngan madu,karamel, butter, sos coklat, ice cream atau jem pilihan mengikut citarasa.. Selamat Mencuba !~
************************************************************************
Tips Dari Noorsha Untuk Menghasilkan Waffle Masak Sekata :

  1. On Waffle Maker, sapukan butter nipis² ke atas permukaan waffle maker atas dan bawah.
  2. Sendukkan adunan ke atas waffle maker, ratakan.
  3. Biarkan waffle maker masak dengan penutupnya terbuka hingga nampak buih² kecil timbul.
  4. Lepas buih kecil tu timbul, tutupkan penutup waffle maker dan tekan penutupnya rapat².
  5. Nanti akan dengar bunyi berdesir. Teruskan menekan penutup tersebut. Sesekali jenguk² waffle samaada dah perang atau tak...
  6. Kalau dah perang bolehlah diangkat...
  7. Tips ni sesuai mengikut kondisi Waffle Maker brand TAKADA yang aku gunakan.. mungkin lain brand lain caranya..Wallahualam..Selamat Mencuba!~

Hu hu hu..Masih gagal dapatkan kaler yang sekata dan cantik macam tuannye resipi....Nampaknya kena practice lagi seperti tips yang dibagi..Apa-apa pun dari segi rasa memang tidak mengecewakan...

Tuesday, February 23, 2010

Waffle Belgium

Salam dan Selamat pagi....Dah sarapan ke belum...keh keh keh..orang len dah start nak prepare lunch, kite baru tanya pasal bekpes....

Hari ni kite terlebih rajin sikettt, jadinya adalah sarapan dari rumah, kalo tak main tapau dari dapur rumah orang jeeee...

Kesian jeeee kita nengok S.Maker kite tu duk menganggur jeee takde kerja, jadinya hari ni kite kejutkan dia awal siket, kasi kerja..keluar peluh siket...Kalo hari² duk melepak jeee kat dalam kotak tu, nanti kan krem pula urat sarafnya....



Resipi asal kite cilok dari buku masakan "Juadah manisan Istimewa~Chef Wan" yang kite beli time sale kat Popular Book Store tak lama dulu..Memang kita suke resipi ni pasal bancuhan tepungnya boleh perap semalaman..Jadinya senang kerja kite keesokan harinya...main cedok jeeee buh dalam acuan...

Ha ha ha ha..Bab² kaler, waffle kite memang fail dari dulu sampai sekarang...Mesti tak cantik mcm kat kedai tuuuu....

BAHAN-BAHAN

  • 1 s.teh yis kering
  • 1/4 cwn gula halus (len kali nak lebihkan siket, guna sukatan rasa tawar siket)
  • 1/4 cwn air hangat
  • 2 biji telur (asinkan putih dan kuningnya)
  • 2 sb minyak sayuran
  • 1 ½ cwn air
  • 1 s.teh esen vanila
  • 1/4 cwn mentega (dicairkan)
  • 2 cwn gandum serbaguna
  • 1/4 s.teh garam
PENYEDIAANNYA
  1. Larutkan yis dan gula dengan air panas.Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, minyak sayuran, air, esen vanila dan mentega.
  3. Campurkan tepung dan garam.Masukkan ke dalam adunan (2).
  4. Kacau dan tambah adunan (1) ke dalam (3). Kacau rata-rata.
  5. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga kembang.Masukkan ke dalam (4), kaup dan balikkan.
  6. Tutup dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama semalaman
  7. Kacau adunan sebelum dituang ke dalam acuan waffle.Masak sehingga perang keemasan