Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Ketam Masak Lemak Nenas

Assalamualaikum.......Ada rindu kita tak....Ada tak..? Ada tak? (Tanya dengan nada gediks dan perasan..ha ha ha ha)

Lama ya tuan rumah tak jamu mata ngan lauk pauk bagai....Dah boring yaaa duk ngadap kuih talam....Itulah, sejak stop kejap hari tu, terus rasa macam malasss je nak start balik...Betul2 takde mood nak posing bagai....Lepas masak, cedok2, hidang dan terus ngap jeeee...

Aceli sekarang pun masih dalam mood separuh-separuh lagi, tapi rasa macam sunyi pulak bila tak jengah blog ni....Jadinya Tuan Rumah pun gagahkan juga update apa-apa yang patut, tapi yang pasti mungkin agak slow jugalah....

Oklah, resipi ni Sue cedok dari buku resipi Pak Engku (Santapan Gulai Tradisi) tapi ada siket adjustlah...Resipi asal guna daun salam, tapi dah Sue gantikan dengan Daun kunyit dan cili tak blend sekali pasal nanti Sara dan Yaya nak makan..jadinya Sue campak sebiji2 macam tu je then masa nak makan baru pecahkan dalam pinggan masing2....Adilkan.....


KETAM MASAK LEMAK NENAS
Sumber : Santapan Gulai Tradisi Pak Engku

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor ketam (dibersihkan dan potong 2)
  • 150 ml santan pekat
  • 1 helai daun kunyit (dicarik-carik)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 keping asam keping/gelugur
  • 2 keping nenas (buang empulur)
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inch halia
  • ½ inch kunyit
  • 7 tangkai cili padi (boleh adjust kuantiti ikut kepedasan diingini)~Sue tak blend sekali, just masukkan sebiji2 ke dalam kuah..
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam periuk, masukkan air secukupnya dan bahan-bahan kisar.Didihkan.
  2. Setelah mendidih, masukkan santan, ketam, serai, asam keping/gelugur dan daun kunyit.Perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Masukkan nenas dan masak sehingga ketam masak dan nenas sedikit lembut.
  4. Matikan api dan sedia dihidang...

Tuesday, September 20, 2011

Ketam Masak Sos Tomato

Assalamualikum....

Ohhhh..Hari yang sungguh lemau dek kerana cuaca yang lembap-lembap basah gitu disebabkan hujan seawal pagi...Sedappp je duk bergulung-gulung dalam selimut tebal....Kalo lah hari ni tak kerja....Tak tau sampai pukul berapa nak peram tido.....Huhhhh Buruk bebenor citer2nya....

Selalu kalo ketam je, mesti buat sup tak pun masak lemak..Tapi kali ni Sue nak cuba plak resipi ala-ala bersambal....Perghhhhh..Memang syiokkk gilerrrrr......Lebih-lebih lagi bila buh nisang..pedas2 manis dia tu...memang lain.....

KETAM MASAK SOS TOMATO
Sumber : Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku

BAHAN-BAHAN
  • 4 ekor ketam (dibersihkan & potong 2)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang merah (dikupas & cincang)
  • 4 cm halia (dikupas & kisar) ~Sue parut
  • 2 sb pes cili
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili ~Ni Sue tambah
  • 1 sk kicap manis ~Sue buh 1 sb
  • Garam & gula secukupnya ~Gula Sue gantikan ngan nisang
PENYEDIAANNYA
  1. Perap ketam ngan garam & serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ketam.Angkat & toskan.
  3. Tumis bawang merah, halia dan pes cili sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis serta garam & nisan secukupnya.
  5. Masukkan ketam goreng dan kacau rata.Masak lebih kurang 3 min.
  6. Angkat dan sedia dihidang.Hias dengan bawang goreng jika suka

Monday, June 6, 2011

Sup Ketam

Salam Senin....Selamat memulakan minggu baru.......

Haaaaa..Pepagi lagi dah tayang sup kan....Actually ni bukanlah lauk lunch ari ni, tapi yang dua minggu lepas nye citer....Iyolah kan, minggu lepas bz sesangat, tak sempat nak tayang kat sini, jadinya ni kira tayangan tertundalah yaaaaa.....

Sebenarnya dah lama tak wat Sup Ketam ni..Tetiba pula rasa teringin dan kebetulan pula Cik Hubby ada beli ketam..So belasah jelah kan.....Oklah..Jom lah kita layan Sup Ketam yang tak seberapa ni pula.....

BAHAN-BAHAN
  • 2 ekor ketam (dibersih dan dipotong 2)
  • 2 biji kentang dipotong ikut suka
  • 1/2 batang lobak merah dipotong memanjang (optional)
  • 2 batang daun saderi (optional)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 sb serbuk lada putih
  • 4 cawan air
  • garam/gula secukup rasa
  • daun bawang/sup
Bahan-A
  • 3 ulas bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inch halia diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih (optional)
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan A hingga wangi.Masukkan air, sup bunjut dan kentang.Masak hingga mendidih dan kentang empuk.
  2. Masukkan lobak merah, daun saderi dan ketam.Perasakan dengan lada putih, secubit garam dan gula.
  3. Kacau seketika atau hingga ketam masak.Tutup api.Masukkan daun sup dan bawang yang dipotong
  4. Sedia dihidang bersama nasi putih.