Showing posts with label Chips. Show all posts
Showing posts with label Chips. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

Kuih Ros

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Harap semua kawan-kawan kita diluar sana sihat dan sejahtera hendaknya...Kita pun dah sampai ke penghujung tahun 2013..Tak berapa lama lagi jika ada keizinan dariNya, sempatlah kita menghirup udara di tahun baru 2014 bersama langkah dan semangat baru...InsyaAllah semoga kehidupan kita bertambah ceria serta mendapat perlindungan dan keberkatan dariNya.

Lama betul rasanya tak bertapa lama-lama kat depan kuali ngadap minyak panas sambil menggoreng kerepek...Rasanya pasti diluar sana ramai kawan-kawan kita duk mula projek kerepek "ngaku"...almaklumlah ubi tu hanya berada dipasaran semusim je dalam setahun...kan kan kan...InsyaAllah jika ada kesempatan dan kelapangan nanti pasti akan mulakan juga project itu..

Tapi sebagai pemanas badan...jommmm kita layan dulu kuih goyang ni...Sebenarnya takde perancangan pun nak buat kuih ni apalagi masuk dalam list walau acuannya dah lama beli...Kalau tak mimpi pun nak buat kenapa nak beli juga acuannya...? ha ha ha ha ha ha ... Ni soalan cepu mas ni..

Dulu-dulu masa balik ke kampung dan jalan-jalan kat Pasar Besar Dungun, sambil ronda-ronda kat barangan dapur terpandanglah acuan ni...Sajalah gatal2 mulut duk tanya harga..Dah dapat harga...gatal lagi mulut ni konon-konon minta tawar....Dan kebetulan plak tuan kedai tu bagi harga yang agak berpatutan...So serba salahlah plak...Tak ambilkan tadi macam beriya-iya duk minta harga murah..dah dapat taknak ambil plak..So....fikir sekilas...kan lain kali kalau betul-betul nak beli kan tak tau dapat harga berapa lagi..barang-barang sekarang pun makin naik harganya... Jadi..takpelah..beli jelah...Kiranya dah jadi rezeki akak tulah yaaaa....Dan 2 tangkai bunga ros tembaga ikut sama kita balik dari pasar....Dah sampai rumah...Jadilah ia tukun kat dalam laci simpanan kat rumah ni tanpa dapat berkhidmat...tee teee teeee

Eh....Dah jadi pun kuihnya...mimpi apa plak.....Haaaa .... masih rajin nak baca cerita seterusnya.... Tak paksa tau.... Gini...2~3 hari lepas masa balik dari keje, tup-tup cik husbant dah siap masak nasi lemak...Kiranya malam tu rehat siketlah cuma yang kurang bestnya dia buka santan kotak saiz 1 lit. tu sebab yang 200ml tu dah kehabisan stok.Sebenarnya yang 1 lit. tu Sue standby untuk buat kuih talam...selalunya untuk masak-masak biasa Sue akan guna yang 200ml jeee..Kalau yang 1 lit kan banyak, tak habis, takut nanti simpan lama-lama dalam peti ais rosak plak..Kan kira membazir tu...

Tapi dia dah buka kan..Diam jelah..Yang penting malam tu takyah masak..he he he he...Jadi sambil-sambil tu kat dalam kepala duk fikir nak masak apa yaaaa nak guna santan tu sambil-sambil fikir tu sambil-sambil belek buku masakan yang ada..dan sambil-sambil tu juga terberkenan ngan kuih tu..tu yang buat tu...so kiranya tak de planlah ni..tapi mula-mula tu takut gak nak buat sebab banyak juga baca cerita-cerita kawan-kawan kita yang kat luar sana yang fail masa buat kuih ni..Ada yang melekat kat acuanlah dan tak kurang juga yang mereka jadi hancur...Tapi kiranya ni tawakkal jelah....

Dan Alhamdulillah....Semua jadi walau bentuk tak berapa cun....Cuma nak kongsi sedikit pengalaman Sue yang pertama kali buat kuih ni...Sue tak anggap ia petua atau tips cuma kongsi pengalaman jeeee...sebab kalau nak kata tipskan, mana tau yang pakar-pakar buat OK jeeeee.....


(1) Tak kisahlah nak rendam acuan setakat 3/4 atau hampir-hampir di permukaan acuan ke dalam batter, tapi yang penting jangan sampai batter naik ke atas acuan sebab nanti kuih tak dapat ditanggal..Untuk Sue, lebih suka celup sehingga hampir-hampir di permukaan acuan sebab kuihnya nanti nampak tebal siket.

(2) Masa masukkan acuan yang bersalut batter ke dalam minyak panas, jangan terus goyang. biarkan ia seketika sambil pegang dan lepaskan je ke dalam kuali.Sambil tu celup lagi satu satu acuan dan buat seperti tadi...Bila acuan ke dua kita dah lepas dalam kuali, baru kita goyang kuih di acuan yang pertama tadi...dan diikuti ngan kuih di acuan kedua...begitulah bergilir-gilir sehingga habis adunan....Kenapa tak terus goyang sejurus masukkan acuan ke dalam minyak....Sebab masa Sue buat gitu (Sue yang buat, kalau orang lain Sue tak tahu) Bila kita terus goyang kuihnya, nanti bahagian tepi kuih kita akan mengembang..so kuih kita tu nampak tak berapa cantiklah...(pada mata sue lah) dan pasal lepaskan je kuih tu ke dalam minyak begitu saja, sebab nak jimat masa....kalau nak terus pegang sampai tepinya terbentuk cantik pun takpe..sebab kebetulan sue ada 2 acuan, so kalau gilir-gilir macam ni cepat siket...tapi tak boleh leka juga sebab sambil-sambil membentuk kuih tu, kena gak jaga kuih yang dah dikeluarkan dari acuan tu agar tak hangit.

(3) Selepas mengeluarkan kuih dari acuan, Sue tak terus membalikkan kuihnya sehingga ia betul-betul keemasan kemudian baru dibalikkannya...Kenapa Sue buat macam tu, sebab masa menggoreng tu, Sue dapati untuk menggaringkan kat bahagian bawah ia mengambil sedikit masa, tapi untuk bahagian atas tu, dalam beberapa saat pun ia dah boleh garing..may be sebab bahagian atas tu ia lebih nipis..dan satu lagi. bila kita angkat kuih dari dalam minyak dalam keadaan terlangkup macam tu, kuantiti minyak yang terperangkap kat kuih pun dapat dikurangkan...tak ada ruang untuk minyak bertakung kat dalam kuih....

(4) Cuma yang last ni....Sue ikut jeee arahan kat resipi..iaitu memukul batter sehingga 10 min.Sue pun tak tau sebabnya..maybe untuk menghancurkan gula sepenuhnya atau untuk mengembangkan telur..Sebab ni 1st time Sue buat dan hanya berpandukan buku resipi..Tak berguru....Jadi tak tau nak tanya atau rujuk kat sapa...

Apa-apa pun, Sue suka sangat ngan hasilnya sebab Sue dapat kuih yang rasanya memang betul2 menepati citarasa..terasa lemak-lemak santan dan rasa telurnya dan paling penting tidak terlalu manis..boleh makan banyak-banyak keping sekali hadap.... he he he he he

KUIH ROS
Sumber : Sajian Malaysia (Lee Sook Ching)

BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn santan (1 cwn santan pekat kotak + 1 cwn air)
  • 1½ cwn tepung gandum
  • 8 sb Tepung Beras
  • 5 sb gula
  • 2 biji telur gred A (buang tali pusat)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
PENYEDIAANNYA
  1. Ayak kedua-dua jenis tepung ke dalam mangkuk pengadun.Masukkan gula dan gaul rata.
  2. Buatkan lubang ditengah-tengahnya dan masukkan telur ke dalam lubang dan tuang 1 cawan santan.Kacau rata sehingga mendapat batter yang tidak berbintil-bintil.
  3. Tuang baki santan.Pukul batter selama 10min.Ketepikan batter selama ½ jam.
  4.  Panaskan minyak masak untuk goreng terendam.Celupkan acuan kuih ros ke dalam minyak.
  5. Apabila acuan sudah cukup panas, angkat dan goyangkan acuan untuk mengeluarkan lebihan minyak.
  6. Kemuadian celup acuan panas ke dalam batter.Acuan mesti disaluti selapisan batter yang nipis dan 3/4 penuh.
  7. Celupkan acuan ke dalam minyak panas dan goyang perlahan-lahan apabila batter mulai perang dan menjadi keras supaya kuih tanggal dari acuan.
  8. Goreng kuih sehingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
  9. Sejukkan kuih ros sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.  
Untuk penyediaan batter, Sue follow je 100% arahan resipi iaitu pukul selama 10 min than perap lagi selama ½jam.Sue tak pasti kenapa kena pukul sampai 10min..samada ia bertujuan untuk menhancurkan gula sepenuhnya atau untuk mengembangkan telur....Tapi hasilnya memuaskan hati..Walau 1st time cuba tak de satu pun kuih yang pecah/hancur semasa menggoreng.....

Wednesday, February 22, 2012

Kerepek Pisang Manis

Salam...

Petang-petang macam ni, lepas lunch layan ngantukssss lah plak..Kalo kat rumah boleh gak lelap jap barang seminit dua tapi ni kat opis..Tahan jelahhhhhh....Mana kopi ku..Mana kopi ku.....

Eh...Layan kudap-kudapan boleh ilang ngantuksss ke...? Ke tambah ngantuks...?Apa-apa jelah kan....Lagi-lagi kalo dapat ABC....Nyaman betul layan time cuaca panas macam ni...Sejukkkk je air+ais tu meluncur ke anak tekak...

Ha ha ha ha ha apa-apa lah tuan rumah ni merepek di siang hari ni.....Buat macam takde kerja lah pulak kan.....

Ok lah kita layan jelah kerepek pisang versi manis ni pula..Sue salut siket jeee gulanya, buat rasa-rasa, taklah nanti budak2 tu asyik nak jilat gula jeeee....Asalnya nak sira je gulanya, tapi bila fikir-fikir nanti terlebih manis plak, almaklumlah...Sue pun belum betul2 mahir lagi bab sira menyira ni.....So langkah selamat, salut macam ni jelah....

KEREPEK PISANG MANIS

Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji Pisang Tanduk
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • *100 ml air masak
  • *½ sk garam halus (*Dibancuh) ~Ketepikan.
  • Gula aising secukupnya untuk menyalut

PENYEDIAANNYA
  1. Pisang dibuang kulit dan basuh.Toskan.
  2. Panaskan minyak.
  3. Sagat pisang mengikut bentuk yang disukai dan masukkan ke dalam minyak panas.
  4. Goreng sehingga separuh masak, masukkan 1~2 sb bancuhan air garam.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.
  5. Lakukan (3) & (4) sehingga habis.
  6. Untuk kerepek pisang manis, setelah kesemuanya di goreng dan dibiarkan sejuk seketika.
  7. Guna plastik yang bersih, masukkan gula aising dan kerepek pisang ke dalamnya..kembongkan plastik dan goncang sehingga semua kerepek bersalut gula...Ulang sehingga kesemua kerepek..Boleh di simpan di dalam bekas kedap udara/sedia di makan...
Note : Pastikan untuk gorengan yang seterusnya, kerepek tidak begitu masin, jika selepas gorengan kedua/ketiga, kerepeknya sudah cukup masin, pastikan gorengan seterusnya tidak lagi dimasukkan air garam.

Friday, January 27, 2012

Banana Chips

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam di pagi Jumaat, Penghulu segala hari...Semoga kedatangan hari ni melimpahkan rahmat dan keberkatan buat kita semua....

Jomm petang-petang begini kita menikmati chip pisang sambil-sambil lepak bersama keluarga terutama bagi yang mereka yang sedang menghabiskan hujung minggu dan bagi yang bekerja tu, boleh gak buat kudap-kudapan hilangkan ngantuk di petang hari sambil-sambil ngadap komputer tuuuu....

Chip pisang ni Sue buat masa bercuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dah berlalu 2~3 hari yang lepas..Kebetulan Baby Sitter Lieya dan Is ada bagi 6 biji pisang tanduk yang belum masak...Jadinya tetiba pula teringin nak mencuba buat kerepek ni...Kalau nak tunggu masak dan buat pisang goreng bersalut tepung, kurang laku kat rumah ni, 2~3 ketul tu jalanlah..Tapi kalau banyak2 nanti tak terhabis pula..Takut pula membazir nanti...

Jadinya, sementara bersenang-lenang kat rumah menghabiskan cuti, boleh gak luangkan sedikit masa buat kerepek ni...Mula-mula tu nak wat bentuk bulat macam biasa jeeee, tapi tetiba plak teringat bentuk chip pisang yang pernah Kak Roz buat dan paparkan kat blog beliau...Emmmm sesekali buat kelainan apa salahnya kannnnn...?

Nak buat pun senang...Sesetengah orang, main sagat terus jeee ke dalam minyak panas, tapi Sue sagat dulu kat dalam bekas/mangkuk kemudian baru masukkan ke dalam minyak panas...Walau nampak sedikit leceh tapi atas alasan keselamatan...Bagi yang dah biasa tu, Oklah..Tapi bagi yang masih terketar-ketar lagi macam Sue ni, tak pelah lambat siket, janji selamat..

Dan bila buat bentuk macam ni, senang siket kerja, pasal lepas sagat kita boleh terus campak macam tu jeee dalam minyak panas then kacau2 bagi tidak melekat berbanding sagat secara membulat, tak boleh main campak macam tu jeee pasal ia akan melekat, jadi kena plak kirai satu-satu ke dalam minyak panas..Tapi itu terpulang cara masing2, mungkin ada yang pandai, tak payah kirai satu-satu tapi kerepeknya goreng sempurna sekeping-sekeping.....

BANANA CHIPS
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji Pisang Tanduk
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • *100 ml air masak
  • *½ sk garam halus (*Dibancuh) ~Ketepikan.
PENYEDIAANNYA
  1. Pisang dibuang kulit dan basuh.Toskan.
  2. Panaskan minyak.
  3. sagat pisang mengikut bentuk yang disukai dan masukkan ke dalam minyak panas.
  4. Goreng sehingga separuh masak, masukkan 1~2 sb bancuhan air garam.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.
  5. Lakukan (3) & (4) sehingga habis.
Note : Pastikan untuk gorengan yang seterusnya, kerepek tidak begitu masin, jika selepas gorengan kedua/ketiga, kerepeknya sudah cukup masin, pastikan gorengan seterusnya tidak lagi dimasukkan air garam.

Monday, January 3, 2011

Arrow Head Chips

Salam...Emmm...Nampak gayanya CNY bakal menjelang tak lama lagi...Haaa bila cakap pasal CNY ni, mesti ada beberapa perkara yang kita tunggu-tunggu..Ehemmmm...Bukan untuk sambutannya yaaa tapi apa yang kita tumpang nikmati2@perolihi...Semangat muhibbah yaaa..1 Malaysia..

Kalau Hari Raya Aidilfitri pasti kita tertunggu-tunggu ketupat rendangnya, then Raya Haji ngan ibadah@daging korbannya atau lebih tepat lagi jika diberi keizinan oleh-Nya untuk mengerjakan rukun Islam kelima...InysaAllah...

Dan bila sebut CNY pula, kita pasti terbayangkan limau mandarin yang hanya boleh diperolihi menjelang CNY..Selain beberapa hidangan klasik lain, kita juga diumpan ngan menu moden seperti prosperity burger yang kini digilai segenap lapisan masyarakat menjelangnya CNY...Dan kini tanpa disedari ramai, ujud lagi satu buah yang tidak kurang glemernya menjelang CNY ialah sejenis ubi yang di gelar Arrow Head @ Nga Ku....

Sue mula kenal ubi ni masa bekerja kat UAT beberapa tahun dahulu...Time tu bila saja menjelang CNY pasti ramai staf-stafnya yang mula berniaga kuih raya termasuk kerepek ni...Almaklumlah, staf yang niaga tu dari kaum Chiong Hua, jadinya faham-faham jelah..Dah memang sah-sah telan liur jelah....

Then kalau tingin juga nak merasanya, terpaksalah perasap dapur sendiri..Hu hu hu...Kita bab-bab nak mengechips ni memang malas...Tak sukeeeeee....Tapi apa kan daya, dah tekak teringin, nak tak nak, terpaksalah juga merajinkan diri...

Ha ha ha panjang pula membebel yaaaa...Oklah..kali ni kita post satu lagi snek ringkas yang teramattttlah mudah sediakannya...Tapi memang leka menjamahnya terutama time menonton tv..Krup krap krup krap..tup-tup dah nak habis sebalang...

Jommmm intai-intai cara menyediakannya kat bawah ni...


BAHAN-BAHAN
  • NgaKu@Arrow Head secukupnya (Dibuang kulit dan dibersihkan)
  • Air Garam ( Air biasa dibancuh ngan garam secukupnya)
  • Minyak secukupnya (Untuk menggoreng)
PENYEDIAANNYA
  1. NgaKu@Arrow Head dihiris nipis menggunakan sagat
  2. Goreng di dalam minyak panas sehingga 3/4 masak
  3. Masukkan 1~2 sk air garam kedalam (2)
  4. Teruskan menggoreng sehingga Chips tadi masak dan garing.Angkat dan toskan.
  5. Bila sudah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara...

Note :- Air garam dimasukkan semasa menggoreng chips tersebut untuk mendapatkan sedikit rasa masin..Tapi jangan masukkan secara berterusan kerana chips yang terakhir akan menjadi terlalu masin..So..agak-agak yaaaa...selepas 2~3 kali gorengan, cuba rasa chips yang seterusnya, jika sudah cukup rasa masinnya, jangan di tambah lagi air garamnya ketika menggoreng...

Monday, May 31, 2010

Enoki Goreng Keju Pedas

First time cuba dah terpikat dan rasanya memang memikat..Tapi malas pula nak buat selalu sebab penyediaannya leceh sikit tang nak masukkan satu-satu enoki yang kecik tu ke dalam minyak panas...Tak boleh main campak jeee...nanti ia melekat antara satu sama lain...Kalau dah berketul, tak sedap dan hilang juga kerangupannya...


Tapi, leceh-leceh pun berbaloi...Selain sedap...Ia tetap rangup walau dah sejuk.....



BAHAN-BAHAN
  • 1 bungkus cendawan enoki
  • Minyak secukupnya untuk goreng terendam

Bahan Pencelup
  • 50 gm tepung gandung
  • 15 gn tepung jagung
  • 1 s.teh serbuk bawang putih ~ Tadak stok, Sue parut je bawang putih biasa
  • 1/2 s.teh serbuk paprika
  • 3/4 s.teh garam
  • 1/4 s.teh serbuk lada sulah
  • 1/2 s.teh serbuk penaik
  • 100 ml air sejuk
Bahan Taburan (kacau rata)
  • 150 gm tepung gandum
  • 2 s.mkn tepung jagung
  • 1/2 s.teh serbuk lada sulah
  • 1 1/2 s.mkn keju parmesan ~ Tadak stok, ganti ngan cheddar

PENYEDIAANNYA
  1. Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya
  2. Kacau rata bahan pencelup.
  3. Celuo cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
  4. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.
  5. Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka


Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.