Bagi saya yang sudah sedia duduk rumah, tiada banyak beza peraturan itu semua, sebab memang kebanyakkan masa di rumah saja. Keluar sesekali untuk mendapatkan bekalan makanan sejak pendemik ini. Tetapi kata orang jika berterusan orang berkurung boleh jadi biul dan tak betul, sesekali kena keluar juga nak ambil angin luar. Kerana nak bertukar angin tu yang orang bandar balik kampung, orang kampung jalan-jalan ke bandar, keluar makan-makan dan bersosial dengan ahli keluarga atau rakan taulan. Jika tidak memang tepu lah otak kan.
Tuesday, 12 January 2021
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi...
Bagi saya yang sudah sedia duduk rumah, tiada banyak beza peraturan itu semua, sebab memang kebanyakkan masa di rumah saja. Keluar sesekali untuk mendapatkan bekalan makanan sejak pendemik ini. Tetapi kata orang jika berterusan orang berkurung boleh jadi biul dan tak betul, sesekali kena keluar juga nak ambil angin luar. Kerana nak bertukar angin tu yang orang bandar balik kampung, orang kampung jalan-jalan ke bandar, keluar makan-makan dan bersosial dengan ahli keluarga atau rakan taulan. Jika tidak memang tepu lah otak kan.
Tuesday, 5 January 2021
Selamat Tinggal Tahun 2020
Assalamm....
Akhirnya tahun 2020 yang penuh dugaan berakhir juga dan berganti dengan 2021. Ramai yang mengharapkan semoga kisah pedih di tahun 2020 berlalu cepat dan tahun 2021 ini akan membawa sinar bahagia semula. Saya antara orang yang paling teruja menunggu kehadiran tahun 2020 sejak dibangku sekolah saya berdoa moga disampaikan usia ke tahun 2020. Sejak kecil saya menjangkakan ianya tahun yang sangat hebat dengan pelbagai kemajuan dibayangkan di media massa dan setiap hari perkara utama dibahaskan adalah wawasan 2020.
Bayangan 30 tahun dahulu tidak sama seperti yang diharapkan, dan tahun keramat ini berakhir juah dengan dalam keadaan yang sangat mendukacitakan. Tetapi apa yang perlu difahami adalah 'bahasa tuhan' pada ummat, tahun yang sangat perlu disyukuri kerana kita semua selesai melalui tahun badai.
Tuhan sedang menyampaikan sesuatu kepada kita dalam bahasa yang sangat keras. Bahasa ujian, perubahan bukan dari segi material seperti mana yang dibayangkan berpuluh tahun yang lalu. Tetapi perubahan yang lebih bersifat holistik, melibatkan anjakan paradigma manusia secara besar-besaran. Anjakan yang mungkin perlu untuk manusia sebagai permulaan menghadapi ancaman yang lebih dasyat selepas ini. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah daripada ujian-ujian dasyat mendatang.
Wassalam.
Thursday, 22 October 2020
Fly To KB, Nok Gi Make Gula
Wednesday, 14 October 2020
Fahami Istilah Berkaitan PKP.
Assalamm...
Untuk yang selalu keliru macam saya, marilah belajar istilah-istilah PKP. Sebenarnya tak ambil tahu sangat apa istilah yang digunapakai tu sekarang, yang saya ingat PKP saja istilah mula-mula yang saya tahu, Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam PKP tu pula banyak lagi pecahan dan istilah yang digunapakai, PKPB, PKPD, PKPDB. Sekarang seluruh negara masih dalam tempoh yang di sebut sebagai PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang bermula sejak 1 September hingga 31 Disember 2020.
Bermula tengah malam tadi seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diletakkan di dalam PKPB (Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat) selama 2 minggu bermula 14hb hingga 27hb Oktober 2020 akibat peningkatan kes baru covid-19 di beberapa daerah terutama Klang dan Petaling. Klang memang dah start PKPB sejak hari jumaat lepas. Tempat saya ini memang sudah berada dalam zon merah dan hanya bersebelahan dengan blok bangunan yang diletakkan dibawah PKPD. Rujuk gambar untuk sedikit penerangan berkenaan dengan istilah dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika dalam PKPB, nak lebih terperinci kena dapatkan manual yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sunday, 4 October 2020
Alhamdulillah.
Borang pelepasan itu perlu dibawa bersama kemana-mana dalam tempoh sebelum berakhir 14 hari, ini kerana nama kita dalam mysejahtera masih belum bersih lagi. Jika ada mana-mana pihak yang mempersoalkan hanya tunjukkan surat hijau ini. Kenapa boleh dilepaskan sebelum sampai masa 14 hari, ini kerana keputusan test covid negatif, perjalanan saya hanya domestik, tiada sebarang gejala dan tiada sebarang kontak rapat dengan pesakit covid.
Thursday, 1 October 2020
Pengalaman Test Covid dan Kuarantin (SHO-14 hari)
Assalamm...
Simpan cacatan di sini sebagai kenangan bagaimana proses sample swab test covid yang saya lului semasa ketibaan dari Sabah baru-baru ini. Tarikh kedatangan kebetulan sama tarikh yang dikuatkuasakan oleh kementerian bagi semua penumpang dari Sabah bermula 27 September hingga 10 Oktober berikutan kes covid yang meningkat secara mendadak di sana. Sebelum ini hanya mereka yang daripada zon merah, bila sudah keluar arahan begini, saya juga tidak terkecuali walaupun bukan dari zon merah. Semasa perjalanan balik ke Sandakan hari tu, ada 2 jenis borang juga yang diisi secara online dan manual, satu untuk jabatan kesihatan negeri dan satu lagi untuk kesihatan daerah. Untuk memudahkan proses sebaiknya isi online sebelum terbang sebab barcode memang ada disediakan di ruang menuggu setiap gate, takde lah kelam kabut masa sampai sana atau kes bateri phone dah zero ketika itu (kes saya lah ni), tinggal bagi nama dan no ic, pegawai bertugas akan semak dalam sistem, jika ada boleh keluar.
Siap di situ, boleh lah keluar cari bagasi masing-masing. Beg ini pun kalau pandai cakap, mesti kata dah pening pusing-pusing sejak jam 11 malam tadi orangnya tak tuntut.
Setakat kuarantin semalam iaitu hari
ketiga, saya sudah hubungi jabatan kesihatan negeri bertanyakan result
test saya. Diberitahu negatif mereka sarankan pergi ke pejabat
kesihatan daerah untuk dapatkan released order. Jika tiada gejala dan
memang tiada kontak rapat dengan pesakit covid, boleh lah dapat released
order tu. Samaada kena buat test ulangan, gelang pink digunting atau lengkapkan kuarantin selama 14 hari, jawapannya kena lah pergi ke sana. Pegawai tadi nasihatkan terus saja pergi tak perlu buat panggilan sebab mereka terlalu sibuk.
Wassalam.
Wednesday, 30 September 2020
Balik Mengundi PRN Sabah 2020
Assalamm....
Tak tahu kenapa teruja sangat nak balik mengundi kali ini, mungkin sebab dah lama tak balik kampung. Iya dah setahun lebih tak balik, hampir 2 tahun, last balik January 2019. Tahun ini plan balik sejak dari awal tahun asyik bertangguh sebab covid, kali ini ada alasan kukuh nak balik untuk mengundi. Ada rakan-rakan yang nasihatkan agar batalkan niat untuk balik mengundi sebab kes covid yang mengila di sana. Ketika itu Sandakan hanya beberapa kes, itupun kes yang dipindahkan daripada hospital Kinabatangan.
Plan balik berdua dengan en. suami tapi lepas ambil kira banyak perkara, akhirnya saya terbang berseorangan. Jika balik dari sana kena jalani kuarantin, cukup lah saya seorang kerana memang sudah tidak bekerja jadi tiada masalah cuti dan sebagainya.
Tiket saya pun lambat confirmed, kurang daripada 24 jam sebelum terbang. Lepas balik hospital melawat FIL, baru check email kira-kira jam 8 malam untuk penerbangan 10 pagi esok, terus saja kemas baju dan settlekan hal rumah sebelum adik ipar hantar jam 5 pagi ke airport.
Kali ini tempat mengundi saya di tempat lain, tempat mengundi baru juga Dun baru setelah berlakunya pecahan kawasan, kalau sebelum ini DUN Sibuga, kini bertukar ke Dun Sungai Manila. Pergi mengundi mengikut waktu yang disarankan oleh SPR kepada saya pada jam 10-12 tengahari di MRSM Sandakan.
Nampkanya plan bertemu kawan-kawan sekolah dan jalan-jalan lepas mengundi terpaksa dibatalkan sebab rasa keadaan tak secure sangat, takut saya membawa virus balik ke Malaya nanti. So kita jalan-jalan di sekitar kampung saja bertemu saudara mara terdekat, kali ini bandar Sandakan saya tak pergi, lupakan lah hasrat nak angkut balik ikan bilis segala.
Sebelum hari nak balik, kerajaan dah keluarkan kenyataan semua yang balik dari Sabah wajib jalani swab test dan kuarantin di rumah selama 14 hari. Saya tak rasa ralat atau marah pun, itu yang sepatutunya. Moga usaha kecil kami balik mengundi dan pertaruhkan kesihatan jadi asbab untuk pemimpin yang dipilih menunaikan janji untuk membawa negeri kami sama tara dengan negeri-negeri lain di Malaya.
Tanggungjawap kami mengundi jangan lah dianggap dan disamakan dengan kami memilih buah durian atau tarap. Untuk diri, bertabahlah menjalani kuarantin selama 14 hari, balik rumah hanya berdiam diri dalam bilik dan berkomunikasi dengan ahli rumah melalui phone.
#bahundi2020 #sabahmengundi #relakenakuarantin #baliksabahmengundi
Wassalam.