Showing posts with label Perut. Show all posts
Showing posts with label Perut. Show all posts

Tuesday, 7 April 2020

MasaK Lemak Perut Dengan Kulat Sisik

Assalamm...
Musim duduk diam di rumah, musim untuk lupuskan harta karun yang menghuni peti ajaib rumah saya.  Antaranya 2 penghuni ini, perut lembu dan kulat sisik.  Pemberian mertua suatu masa yang lampau, tapi masih terpelihara kesegarannya.  Sebenarnya saya tak tahu nak olah macammana benda ini untuk dijadikan 2 in 1.  Kulat sisik tu memang suka dan selalu buat sambal, tapi memandangkan bahan pun terhad jadi kita hold dulu menu tu.



Berbalik pada perut lembu pula, buat kerabu oh no saya tak pasti jika hasil yang saya buat nanti boleh diterima tekak atau tidak.  Nak rebus dan cicah air asam pun macam tak boleh terima juga masa ini, yang terlintas sedapnya jika masak lemak campur dengan nangka muda.  Tapi di manakah nak dapat nangka muda waktu-waktu macam ini, sayur yang biasa pun banyak yang tak nampak bayang di supermarket.  Try and error saja lah gabungkan 2 benda ini, untung sabut timbul untung batu masuk dalam tong sampah.


Masak Lemak Perut Dengan Kulat Sisik
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1/2 kilo perut lembu - bersih dan telah direbus
2 genggam kulat sisik
1 kotak kecil santan
1 batang lobak merah - potong
10 biji cili padi*
2 biji cili merah / hijau*
2 batang serai*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
Halia sedikit*
Garam
Garam dan serbuk perasa

Cara Penyediaannya
* Kulat sisik perlu dibersihkan dan rendam terlebih dahulu.  Stock saya tu dah kering jadi kena rendam lama sampai kembang.  Cuci hingga air bilasan tu jernih.
* Potong perut yang telah direbus.
* Blend halus bahan bertanda '*'
* Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik bau.  Tambah sedikit air.
* Masukkan kulat, lobak merah dan perut.  Masak hingga lobak lembut.
* Masukkan santan, garam, gula dan perasa. 
* Biar mendidih sekejap sambil pantau santan tak pecah minyak.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.

Memang besar sangat harapan hasilnya nanti dapat di terima oleh tekak sendiri, sebab dah masak seperiuk besar.  Tapi sendiri tak tahu nak bagi rate ok atau ko sebab tak pernah lagi makan yang macam ini.  Jadi kita tunggu orang tu balik kerja tengok feedback dia macamana.  Uhh pedasnyo, ulang ayat sama beberapa hari, tapi ujung-ujung tu dia kata rasa sedap dah tapi tak boleh makan pedas....erm, gulp, gulp. 
Wassalam.

Thursday, 26 March 2020

Kerabu Masak Perut Muda Cara MIL


Assalam...
Musim cuti, musim untuk balik kampung dan boleh main masak-masak dengan MIL.   Rasa diri kanak-kanak lah pula guna kata 'main-main' tu kan.  Kena bagi tahu, main masak-masak dengan MIL ini yang dah lama bukan sekarang tau.  Kena info siap-siap kalau tidak nanti kena kecam kenapa balik kampung tak reti nak duduk diam-diam ker?.


Kita pun ada hati perut tau bukan buta perut macam awak.  Eh marah ker? tak lah saja jer nak merepek sebab dah puas duduk rumah kan.  Kita cerita pasal perut lembu sudah lah, perut lembu yang jadi kantung dan proses segala makanan yang lembu makan adalah organ dalaman yang ramai peminatnya.  Cuci bersih-bersih dan boleh olah jadi pelbagai hidangan lazat.  Ini salah satu resepi, cara MIL hasilkan menu dengan menggunakan perut lembu muda.


Kerabu Masak Perut ala MIL
Sumber: Che Bedah

Bahan-bahan
300gm perut muda
3 tangkai kacang panjang
2 biji timun

3 biji tomato
1 batang lobak merak
2 biji cili besar
3 biji cili padi (secukupnya)
3 biji bawang merah
1 mangkuk kecil taugeh
Sohon secukupnya
Fucuk secukupnya
Cuka secukupnya
Gula dan garam secukupnya
Air secukupnya




Cara Penyediaannya
* Bersihkan dan potong sayuran memanjang. Tomato dan timun potong dadu dan buang biji.
* Sohon dan fucuk direndam terlebih dahulu kemudian potong pendek.
* Hiriskan bawang merah, cili padi dan cili merah.
* Perut yang telah direbus di potong memanjang lebih kurang 1 inc.
*  Campurkan cuka, gula dan garam, kacau hingga gula larut dan campurkan bawang.
* Jerang air hingga mendidih.  Masukkan campuran cuka tadi, masukkan perut, fucuk dan sayur dan agak keras terlebih dahulu (kacang dan carrot).  
* Kacau sebati dan biar sehingga mendidih, masukkan sayur yang lain.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.
* Siap untuk dihadangkan.


Sayur-sayuran tu tak perlu masak lama sampai jadi lembut.  Kerabu ini sedap jika sayurannya masih terasa ranggup krak krup krap kruk ketika digigit.

Kalau tak makan organ dalaman atau perut lembu, awak boleh gantikan dengan ayam.
Wassalam.