Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Wednesday, 1 July 2020

Udang Tumis

Assalamm....
Bakar, tumis, sup atau masak kari, itu saja jenis menu yang biasa keluarga saya buat untuk menu udang tetapi yang sering kalinya buat adalah bakar dan tumis.  Buat sambal merah-merah tu memang tak pernah, tak pandai atau memang tiada yang buat seperti itu dalam lingkungan masyarakat setempat ketika itu apa lagi untuk disambal dengan petai.  Petai pun mereka tak pernah makan, pernah sekali saya masak sambal udang petai, semua komplen kata busuk.  Sabar jelah kan dah kita usung petai tu dari jauh, semata-mata nak bagi mereka rasa.  Dari segi citarasa masakan keluarga memang agak tertutup mungkin sebab mereka tak terdedah dengan dunia luar, jadi mereka hanya makan makanan yang biasa mereka makan.


Udang tumis ini adalah antara menu mudah yang selalu keluarga sediakan apabila ada stock udang segar.  Udang itu hanya di cuci bersih dan potong janggut, kulit, ekor dan kepala semua dibiar begitu saja.  Jika nak tambah hirisan halia dalam masakan ini juga boleh.


Tumis Udang
Sumber: Hjh Timah

Bahan-bahan
300gm udang segar
2 biji bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inc. halia - hiris (optional)
Serbuk lada putih
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis.

Cara Penyediaannya
*  Bersihkan udang dengan hanya membuang janggut, kalau suka nak buang kulit terserah.
* Panaskan minyak dan tumis bawang hiris dan halia hingga layu.
* Masukkan udang dan serbuk lada putih.
* Tambahkan sedikit air jika perlu.
* Tumis hingga udang masak dan perasakan dengan garam.
* Padam api dan angkat, udang tak perlu masak lama-lama.

Entri seterusnya adalah siri-siri masakan yang dimasak sepanjang kena berkurung dalam rumah, sejak pertengahan mac, sambung ke bulan puasa, syawal dan hingga kini sebab kita bercuti panjang kan.  Orang lain dan mula kerja tapi rezeki saya masih kena tinggal di rumah, jadi suri rumah memang bukan kerja enteng ya jadi suri rumah ini.
Wassalam.

Tuesday, 24 March 2020

Sotong Tin, Tumis Caca Marba.

Assalamm...
Sesekali layan makanan dalam tin untuk tukar-tukar selera, yang menjadi pilihan selalunya sardin cap ayam saja.  Kita tukar kali ini sotong tin pulak, ramai penggemar sotong kata sedap sotong tin, jadi kami pun nak try.  Nak cuba hidangkan kepada si penggemar sotong, dia boleh terima ke tak.  Kalau dia suka boleh lah buat stok sesekali, jika buntu nak sediakan lauk apa, hidangkan saja yang ini. 


Sebenarnya kami memang jarang makan lauk-lauk dalam tin begini selain sardin.  Salah satu sebab kita masih mudah nak dapatkan bekalan makanan laut yang segar di pasar atau kedai runcit.  Saya pun takde idea nak masak apa sotong tu, tapi kalau boleh nak masak cara yang mudah.


Kami jumpa orang share resepi tumis mudah macam ini, lalu masak lah ikut cara kami tak teringat pula nak sambalkan sotong tin tu, takde stok cili giling sama masa tu.  Campurkan apa yang ada saja, kebetulan ada petai yang dah hampir kering, perisi petai tu dan masukkan sekali tu yang bagi nama caca marba.


Sotong Tumis Caca Marba
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
1 tin sotong tin - potong kecil
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inc. halia*
1 cili besar*
Cili padi* (ikut pedas yang dikehendaki)
Petai (optional)
Daun bawang - ptotong panjang
Garam
Kicap sotong
Kicap manis
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaannya
* Bahan bertanda '*' di hiris halus.
* Tumis bawang hingga layu dan masukkan bahan hiris yang lain serta petai.
* Tambahkan kicap, garam, serbuk perasa, tambah air jika perlu.
* Masukkan sotong, sesuaikan rasanya.  Tak perlu masak lama sebab sotong memang dah masak.
* Tutup api dan hidangkan.



Sebelum hidangkan pada orang, baik kita rasa dulu, pastikan ada nasi panas dan jangan ada lauk lain sebab nak ambil feel kan.  Bagi saya ok lah boleh terima, kalau buat masin dan pedas sikit boleh jadi pembangkit selera makan.  Apa kata si penggemar sotong, dia tak dapat nak teka dia makan apa, teruk sangat dah tu.  Sehingga jumpa janggut sotong tu baru dia tahu yang itu adalah sotong sebelum tu teka isi ayam lah, ikan lah, tahu lah.  Ermmmm test out lah tu pada dia.

Dalam pasaran saya tahu brand ini saja, tapi panama gaya hanya setakat ini dulu kot sebab sambutan dari si penggemar sotong di rumah ini kurang menggalakkan.  Mungkin juga cara masak yang kurang digemari punca kurang sambutan, kalau di sambalkan sotong tin tu baru boleh terima dek tekak.
Wassalam.

Wednesday, 28 August 2019

Lao Mandre: HM Seafood Bagan Lalang

Assalam...
Pergi ke sini dah lama, kalau tak silap sebelum hiking Bukit Batu Putih.  Kan trend dia macam tu, lepas hiking kita makan, tak pun sebelum pergi hiking kita makan dulu puas-puas.  Pertama kali sampai bagan yang terkenal dengan tempat makan makanan laut ini.  Kalau bagan ajam, bagan luar dalam dah biasa, kat sini banyak juga tempat tapi tak tahu yang mana satu sedap.  Ada satu tempat dari review kawan-kawan kata sedap tetapi mengikut pengalaman mereka kena menunggu lama, jadi kita pangkah tempat tu.  Kami cari yang masih buka walaupun dah lewat malam masa tu, pelanggan dah kurang dengan harapan cepat mereka sediakan pesanan dan langkah kaki terhenti di sini Restoran Terapung H.M Sri Bagan. 

Sepiring kerepek ubi buat kudap-kudap dan air jarang diberi sementara menunggu pesanan kita disediakan.  Ok juga lah kan, takdelah bosan sambil tunggu sambil tengok phone mulut pun rancak mengunyah.  Tapi macam tak cukup pula kerepek tu, sempat ada masa senggang kunyah kerepek sebelum makanan sampai.


Udang telur masin, suka yang masak style begini, satu jenis lagi yang goreng kering kurang minat.


Ketam masak cili, tapi tak lah pedas jadi boleh lah yang kurang makan pedas menjamahnya.


Siakap bakar, mencari jenahak tapi dah habis masa kami sampai.


Dah lengang masa nie, sebahagian kerusi meja dah siap berkemas dan group yang sebelah kami dah beredar masa tu.


Ini makanan untuk 2 orang, nampak jer banyak tapi portion kecik jer tu.  Ambil serba sikit saja masa pilih haiwan-haiwan tu tadi.

Alhamdulillah kenyang, silah bayar dan mari kita teruskan perjalanan.  Harap dalam perjalanan tak lah tertidur, sian orang sebelah memandu tiada teman bicara.
Wassalam.

Monday, 1 July 2019

Sekali Sekala...

Assalam....
Sekali sekala dapat melempiaskan nafsu serakah menikmati benda yang disukai tapi tak boleh diamalkan selalu, boleh dimaafkan atau kena tinggal terus?  Tepuk dada tanya selera memang jahanam, tapi terpulang lah kan, dapat gatal sendiri garu lah. 

Kisah makcik pergi hero jumpa udang besar yang boleh dikira harga agak murah dari kebiasaan dijual di mana-mana.  Jika saiz sebegitu di pasar atau supermarket selalu harga sekilo RM50 ke atas, supermarket orang ada-ada tepi rumah harga dekat RM100 macam tu.  Jadi ini jangan pandang saja pilih lah masuk plastik, sebab suka sangat jumpa yang fresh dan harga mampu beli lah, tak sedar dah terpilih lebih sekilo.  Sebalah tu pula terpandang petai, ambil juga sepeket, balik umah terus buat operasi menyambal, jadilah makan nasi penuh nikmati walaupun mendekati waktu tengah malam.


Sambal Tumis Udang Besar dan Petai
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
13 ekor udang besar
3 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
3 sudu makan cili giling
1 biji bawang besar potong bulat.
1 paket isi petai (250gm)
Minyak untuk menggoreng 
Garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara Penyediaannya
* Blend halus bahan bertanda '*'.
* Panaskan minyak dan goreng udang dalam minyak penuh hingga separuh masak atau hingga bertukar warna dan angkat.
* Petai jika suka boleh goreng sebentar dan ketepikan.  Guna minyak bekas goreng udang tadi.
* Tumiskan bahan blend hingga naik minyak, tambahkan cili giling dn kacau rata.
* Tumis dengan api kecil hingga cili masak (naik minyak).  Tambahkan garam, gula dan perasa dan bawang hiris.  Saya tak masukkan asam jawa dan guna garam hanya sedikit kerana cili giling yang saya guna telah dicampurkan dengan asam dan garam.
* Masukkan udang dan petai, masak seketika dan sesuaikan rasanya.
* Tutup api dan hidangkan sambal tumis.

Bak kata kawan saya, jika gatal sebab makan sikit adalah rugi, so makan bagi puashati nanti menggaru pun puashati.  Apa-apa saja lah, yang penting tak sampai memudaratkan kesihatan sampai menyusahkan orang sudah.
Wassalam.

Tuesday, 30 April 2019

Lao Mandre: Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur Kuantan.

Assalamm...
Tak plan nak makan di sini sebab kata resto nie di lembah Klang pun ada, tapi bila sampai di Kuantan, tiba-tiba teringin nak makan seafood di Tanjung Lumpur.  Sampai kawasan Tanjung Lumpur tu bukan takde restoran ikan bakar lainnya, pusing-pusing juga pilih mana satu nak singgah.  Kami tengok restoran Ana Ikan Bakar Petai ini macam terlebih meriah malam tu dari yang lain, boleh kata macam dia mendominasi di Tanjung Lumpur tu, kiri kanan dia, depan belakang pun dia juga.


Bangunan itu yang terletak di tepi jalan, rasanya itu tempat yang mula-mula dan dikembangkan ke sebelah belakang yang boleh menampung lebih ramai pengunjung.  Tempat parkir pun luas, tak risau lah.


Kaedahnya di sini, kena cari meja baru buat order senang peramusaji nak cari pelanggan ketika menghantar pesanan nanti.  Meja memang banyak dan takdelah sampai beratur dan berdiri lama nak cop meja tu.  Kalau datang dalam group ramai boleh lah pilih tempat duduk di gazebo/pondok tu.


Sudah dapat tempat duduk, boleh lah pilih-pilih ikan, kerangan laut yang nak di makan tu.  Cara masak yang diingini semua ada dipaparkan di situ termasuk harganya sekali.


Ikan-ikan yang menunggu masa dipilih oleh pelangan.  Mereka memang tak susun atur ikan tu cantik-cantik macam di sesetengah restoran, tak sempat kot, sebab letak jer habis, letak jer habis kaedahnya.  Masa kami sampai nampak ikan macam dah nak habis, udang memang dah takde, tapi pusing sekali lagi, terisi balik tempat tu.


Lepas pilih apa yang disukai, beratur di kaunter sini, nyatakan nombor meja dan bagi tau pilihan kita tu nak dimasak macamana.  Di belakang tu adalah team yang sedang menyiang dan membersihkan pesanan pelanggan termasuk  aktiviti bakar-bakar.


Main kitchen dia open jadi boleh nampak mereka menyediakan, menggoreng, memasak pesanan pelanggan.  Tengok dari luar sudah lah, tak yah lah kepoh pergi tanya tukang masak atau pergi minta resepi, kang ada yang dapat sudip karang.


Rasa-rasa lambat lagi pesanan nak sampai, boleh settlekan benda yang wajib dulu di sini.  Selesa tempatnya.


Satu persatu pesanan kami mereka hantar, dan ini lah ketua segala pesanan kami, ikan merah bakar petai.  Rasa dia ok-ok lah, mungkin saya tersilap pilih ikan, sepatutnya jika nak makan ikan bakar harus pilih ikan jenahak atau siakap.  Mungkin ikan merah ni lebih terserlah rasanya jika dimasak cara lain seperti stim atau masak sup.


Sotong celup tepung, penggemarnya kata sedap sangat.  Dia bungkus bawa balik sampai keesokkan harinya masih ranggup katanya.


Salted egg prawn, rasanya sedap jika banding dengan yang kami makan di tempat lain.


Kerabu mangga dan keropok lekor tu, kena order dan beli asing di gerai yang terdapat di dalam kompleks tu juga.  Erm entahlah boleh telan lagi ker tak, saya kalau dah ada ikan bakar, yang ini dah kurang gemar.


Banyak ini hidangan untuk dimakan 2 orang, rasa-rasa boleh habis ker tak?  Klau bela hantu raya mesti boleh punya kan.  Orang kiri kanan jeling-jeling tak peduli lah, kita yang bayar bukan mereka.


Jika tak kenal nama-nama ikan, marilah belajar di sini.  Judul pun dalam jawi, jadi mengeja lah anda di situ kalau tak tahu baca.  Nasib nama ikan tu tak tulis dalam jawi juga, kalau tak saya pun tak tahu baca.  Ikan jebong, ikan deloh, ikan remon, ikan muduk, ikan tambok, ikan barat semua tu saya pertama kali dengar namanya.

Pesanan tu memang tak habis makan 2 orang, minta bungkus bawa balik, makan sampai ke waktu breakfast di hotel.  En. Abe kata puas hati makan di sini, harga pun lebih murah banding di tempat lain.  Macam tu ada can lah datang lagi, tak pun cari resto cik Ana yang dekat KL.
Wassalam.

Saturday, 23 December 2017

Lao Mandre; Lokan Bakar Di Salut, Tuaran


Assalam..
Perjalanan dari Kota Belud ke One Borneo KK hanya 1 jam 20 minit.  Itu yang sepatutnya, tetapi asyik singgah sana sini dah jadi 5 jam (jalan terus boleh sampai Sandakan).  Kalau sangkut dalam jem mesti rasa nak marah kan, penat tau, tapi sebab masing-masing ada agenda nak singgah, dah tu pula suka berlama-lama, jadi tak perlu heran lah kan.


Sebelum sampai Salut, kami dah singgah pekan Tuaran, singgah Shangrila Rasa Ria, singgah makan lunch cum dinner (rasa lapar dari Kota Belud hanya dapat dilunaskan di restoran terapung Tanjung Badak).  Ini tak termasuk singgah isi minyak atau ada yang nak terrrr... 


Ini persinggahan yang last kami cakap, sebab kalau tak singgah kali ini, lepas-lepas ini takde dah.  Perut msih kenyang dengan nasi goreng di resto terapung tadi, tapi ikutkan saja lah.  Singgah satu kedai yang takde pengunjung.  Sepanjang jalan di Salut tu banyak jer gerai jual lokan bakar dan kelapa bakar ini.  Kami tak tahu kedai mana yang best, kami main redah ja singgah.  Tak mahu singgah yang ramai pengunjung walaupun orang kata kalau tempat tu ramai, tempat tu lah yang sedap.  Takpe kita bagi can yang takde orang, berbagi rezeki.


Minta bakarkan satu longgok besar lokan (harga tak silap RM15.00).  Pesan lokan saja, sebab masih kenyang dan nak rasa ini saja.  Tempat yang tak ramai orang ko boleh buat kedai tu macam ko yang punya.  Dengan selamba ikut adik tu pi bakar lokan di belakang gerai, sembang-sembang dapat resepi dan cara bakar lokan.  


Dua orang kata sedap sangat lokan bakar nie, seorang lagi tak sentuh langsung makanan macam ni, elergik.  Yang seorang lagi, tak dapat nak feel sebab masih terlalu kekenyangan.


Tak salah mencuba sesuatu yang baru, kalau suka boleh datang lagi.  Dekat saja tu, tidak sampai pekan Tuaran jugak kalau dari Kota Kinabalu, di Telipok corner masuk Jalan Sulaman saja.
Wassalam.

Tuesday, 12 December 2017

Kerabu Kerang ala-Thai


Assalam...
Ngences bila terlihat video lelaki siam yang makan sambal atau kerabu sambil mencangkung tu.  Salah satu  kerabu yang sempat tengok kerabu kerang, sotong dan macam-macam lagi kerabu dan sambal colek dia buat.  Kalau tak tahan memang mau menjejer air liur keluar, nasib tak mengidam.



Sebab tak faham bahasa yang dia guna tu, kita tiru ikut apa yang dapat diingat.  Buat ikut citarasa sendiri dan bahan yang senang dapat, yang penting sos nampla (sos ikan/ sotong) kena ada.  Pesanan penting nenek - ketika makan, duduk sila biar sopan jangan pula makan sambil mencangkung ya. 



Perasa hanya guna ini, kicap cair, gula perang dan sos ikan.  Garam pun kami tak letak.


Sangat senang nak sediakan, campurkan saja semua bahan dalam mangkuk.  Last sekali perah limau nipis dan masukkan segala perasa (gula, sos ikan dan kicap cair).


Kerabu Kerang ala-Thai
Sumber: En. Abe


Bahan-bahan
1 kg kerang
1 biji tomato (buang biji)*
1 gengam tomato cery - belah dua
3 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
3 biji limau nipis / guna lemon pun boleh
2 batang serai*
5 bji cili padi*
3 tangkai daun ketumbar*
2 tangkai daun sup*
sos ikan
gula perang
kicap cair 



Cara Penyediaannya

*  Rebus kerang dengan air yang sedikit, saya letak 3 biji bawang putih ketuk kasar. 
*  Rebus hingga air mendidih seketika.  Matikan api.  Jika rajin buang kan kulit kerang separuh.
* Hiris halus semua bahan bertanda '*", bawang putih cincang halus.
* Masukkan kerang rebus ke dalam mangkuk, tambahkan bahan-bahan yang telah dihiris halus.
*  Perahkan asam limau / lemon, tambah gula perang, sos ikan dan kicap cair.
*  Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
*  Hidangkan bersama nasi panas. 




Rata sampai habis atau sampai bibir kembang dan bengkak.  Sebab teringin sangat lupakan seketika pasal alahan, syukur hanya sekadar bibir bengkak seketika dan gatal sikit-sikit.
Wassalam.