Showing posts with label Pasar. Show all posts
Showing posts with label Pasar. Show all posts

Thursday, 6 October 2022

Lana's Bakery Land (Wholesale Bakery Supply)


Assalamm....

Betapa pentingya menyimpan data dan infomasi kata orang, sebab mungkin berguna pada masa akan datang.  Tapi kalau dapat data privasi dan pribadi orang jangan suka-suka nak sebarkan, dapat ke orang yang tak bertanggungjawap naya orang tu.  Tapi kalau info pasal kami jumpa satu kedai bahan-bahan bakeri ini, bagus untuk di kongsi.  Tempat begini selalu menjadi syurga shopping untuk para bakers sekalian, yang tak pegang title bakers macam saya pun boleh datang nengok-nengok.

Ceritanya, suatu hari kami berkunjung ke kedai yang selalu pergi nak dapatkan satu produk, tapi diberitahu stok habis sejak beberapa bulan yang lalu.  Tiba-tiba macam gelap dunia, masa sudah suntuk, nak berkejar ke cawangan lain kedai itu jauh pula.  Nasib sel-sel otak orang sebelah bersambung dia kata pernah jumpa kat tik-tok atau kawan dia ada cerita ada satu tempat baru dalam kawasan ini kalau nak beli bahan-bahan kek atau yang sewaktu dengannya.  Saya tak layan tik-tok sebab tu saya tak tahu, haruskah aku menjerumuskan diri ke apps itu? Walaupun dia terlupa nama kedai, cari punya cari Alhamdulillah jumpa juga kedai ini.

Masuk-masuk je memang teruja tengok tempat ini, walaupun senyap sunyi sebab dalam tu ada 2 orang pekerja dia saja di kaunter.  Kawasannya besar iyelah lokasinya dalam kawasan industri kan bukan macam lot kedai biasa.  Tak akan ada kes berlaga punggung jika pembeli ramai mamcam yang selalu terjadi di kedai-kedai bahan bakeri lain.

Seronok dapat memilih bahan-bahan dalam peti sejuk beku begini.  Senang nak banding harga mengikut jenama kan.

Tiada masalah nak beli barang yang berat dan besar sebab ada troli disediakan, dan tinggal tolak ke kereta apabila sudah selesai berbelanja.

Para coklat terpamir cantik di dalam bilik khas yang di namakan chocoland.

Semestinya jika ke kedai bahan bakeri, bukan bahan saja dijual, assessori, peralatan, packaging dan segala yang berkaitan ada di sini.

Sebenarnya ini kunjungan kali kedua, baru dapat menjelajah dan ambil gambar.  Pertama kali tu hanya beli bahan yang dikendaki terus caoww.

Para bakers yang nak pergi tu alamat kedainya, minta tolong jer pakcik waze atau makcik google map tunjukkan. Insha Allah jumpa.

Lana's Bakery Land - Wholesale Bakery Supply
14, Jalan Teknologi, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya Selangor.
Buka setiap hari - 9.00am 7.00 pm.

Wassalam.

Thursday, 29 September 2022

Harga Ikan Murah Gila di Pasar Sandakan


Assalamm...
Hujung bulan Ogos hari tu balik kampung (Sandakan) menghadiri majlis perkaheinan anak buah.  Setiap kali balik, tempat yang suka nak pergi adalah pasar ikan, tak beli tak apa dapat scan harga pun jadilah.  Sakit hati tengok harga ikannya, murah gila.  Pasar pertama singgah adalah pasar ikan Batu 8 (Bandar Sibuga), biarlah gambar saja yang berbicara, orang tawar ketam sebaldi dengan harga RM20 saya tak mahu sebab punya sakit hati..








Sebelum balik, sempat ke pasar awam Sandakan yang terletak di bandar.  Lihatlah harganya yang saya rasa macam tak masuk akal di zaman sekarang yang segalanya serba mahal.  Tak masuk akal bagi harga Lembah Klang, tapi bagi mereka di sana, memang itulah harga makanan laut di pasar walaupun ada ketikanya harga naik juga. 




 




Ikan-ikan untuk golongan kayangan pun ada cuma tak masuk dalam gambar, harga bawah RM20 sekilo.  Sebab teruja sangat dengan ikan-ikan yang biasa rakyat marhain beli tu yang tumpu ambil gambar ikan tu je.  Makanan laut yang mahal, dapat ambil gambar lobter je.  Tiba-tiba rasa nak balik menetap di Sandakan bila tengok harga ikan murah macam tu.

Wassalam.

Friday, 1 July 2022

Lao Mandre: Lunas "Craving" Soto Haji Patoni

 

Assalamualaikum....

Nanti nak sarapan apa? erk apa dah soalan subuh-subuh buta kawan aku ini.  Hantar hariz dulu lah baru cerita pasal sarap.  Kena tanya awal sebab nak tentukan hala tuju pemanduan nanti katanya selepas hantar budak kepop tu ke sekolah.  Erm boleh tak nak sarap soto yang kat pasar taman dahlia tu?  Rindulah nak makan soto tu, sambil ingat kenangan dulu kak uda suka belanja soto pasar taman dahlia bila pergi belanja kat pasar.  Dulu makan kt rumah je, tak pernah pun makan kt gerai tu.  Sebenarnya ada satu tempat lagi dulu gerai kat batu 4, jalan skudai tapi was-was gerai tu entah masih ada ke tidak, jadi kami putuskan cari soto di pasar taman dahlia saja.

Tulah gerainya Gerai Ingat Selalu, Soto Haji Patoni.  Memang sentiasa dalam ingatan, belasan tahun dah masih teringat-ingat dan hari ini kita bagi lunas kita punya craving.  Sebenarnya sebelum ini kita tak pernah tahu pun nama gerai soto ini, kita cuma kenal sebagai soto pasar taman dahlia.  Memang tak pernah pergi beli sendiri, tau-tau dah terhidang atas meja, kalau bukan kak uda yang beli, hero kak uda ujang atau eri yang beli.

Hari kami pergi tu, hari bekerja dan masih awal pagi sangat, kedai-kedai kat pasar banyak yang belum buka.  Belum buka atau memang dah tutup sebab pkp tak tahu lah.  Selalu pasar awal jer buka, dan pasar ini dulu sentiasa sibuk sampai nak cari parking pun susah.  Tapi yang penting gerai soto dah ready, kami datang nak sarap ni.  Sudah ada pelanggan yang beratur di depan kami, tapi tidaklah panjang sangat barisannya.  Sudah tentukan pilihan soto, Nani settledkan soto, saya pergi cari minuman panas.

Bergedil kentang itu antara penambah rasa sedap soto Haji Patoni.  Bila ada pelanggan yang sama beratur minta 2 biji bergedil, kita pun rasa macam nak minta 2 juga.  Nani cakap tak payah nanti tak habis, erk.  Sebenarnya bergedil yang dia dapat dia  bagi kat kita, tak berapa minat katanya.  Then puaslah hati makan soto dengan 2 biji bergedil dan sangat gigih untuk habiskan semangkuk soto kerana kekenyangan.  Sehari atau dua hari selepas kejadian baru masing-masing perasan yang kami makan soto tanpa sambal kicap.  Patut rasa ada yang kurang, kurang pedas yang boleh keluarkan air hidung dan air mata.  Tapi sebab citrasa soto hari tu dah cukup sedap ditekak kami boleh terlupa letak sambal kicap. 

Ada banyak gerai untuk sarapan pagi di situ sebenarnya, tapi kita fokus pada matlamat, jadi abaikan lah yang lain tu.  Nasi lemak bungkus daun pisang di gerai sebelah macam sedap juga dengan pelbagai lauk, tapi terpaksa pandang sebelah mata saja.  Ikutkan nafsu serakah nak dibeli semua, istigfar banyak-banyak.

Bismillah, jomlah makan soto, sudah-sudahlah layan group whatsapps tempat kerja tu.  Dah cuti kan, tak payah pedulilah kata kita.  Padahal kita pun macam tu gak dulu masa kerja.  Sekarang saya dah bebas tinggal hanya ada group santai-santai keluarga dan kawan-kawan.

Sebelum masuk tadi memang dah jeling-jeling gerai depan yang jual macam-macam kuih dan kudapan.  Lepas sarap nanti akak singgah ye dik, masa adik tu offer barang jualan pada kita. 

Dan sebelum beransur dari kawasan pasar, memang singgah beli kuih dangai, bahulu gulung dan kerepek pisang di gerai tu.  Nani offer suruh masuk pasar basah cari ikan dan sayur, erm tak naklah beli saja kat econsave nanti.

Perut dah kenyang jom lah balik semula ke Pulai Indah, tujuan utama nak singgah beli barang dapur di econsave  taman teratai untuk masak-masak hari jumaat nanti, sambil itu boleh selesaikan kerja rumah yang belum dimulai dan yang sekerat jalan.  Konon-kononnya petang nanti keluar lagi jemput budak kepop balik dari sekolah. 

Wassalam.

Monday, 26 August 2019

Istanbul Aku Singgah: Arasta Baazar

Assalam....
Mukmina bawa kami ke Arasta Baazar, teruskan menyopping.  Mungkin dia perasan, masih ada yang kecewa sebab tak dapat bershopping di Grand Baazar.  Kami pun turut serta sebab nak tengok apa yang dijual di baazar ini, bukan nak membeli pun.  Tak dapat pergi baazar yang besar tapi dapat pergi dua baazar kan, ok lah tu.  Juga tak jauh dari kawasan resto Tamara.

Baazar ini takdelah besar mana hanya deretan kedai tradisi di sebuah lorong yang dikhaskan untuk menjual barangan perhiasan tradisional yang mewah dan harga di sini  pun boleh tahan.  Hanya beberapa orang yang mengikut Mukmina, kami tak sampai pun ke hujung baazar sebab dah tak larat nak melangkah.  Untung cuaca nyaman, kalau panas mungkin takde lah nak mengikut si Mukmina nie. 


Pondok phone dah jadi sebahagian store meletakkan barang jualan peniaga.  Di baazar ni kedai rempah pun sangat eklusif, susun atur dan cara display rempah menjadi dekorasi kedai yang sangat cantik.


Set hidangan minum teh orang turki, teh mereka pekat.  Seperti yang dihidangkan kepada kami di Tamara, terpaksa lah saya dilute dan letak gula banyak untuk sesuaikan dengan tekak sendiri.


Dulu dapat tengok pinggan-pinggan corak macam ni dalam rancangan masak chef Wan saja.  Tak terbelek berapa harga tapi macam ini memang lah harga mahal, orang ada-ada jer mampu guna.

Antara handy craft turki, patung-patung yang mengayakan pakaian tradisi, senjata dan perhiasan bagi setiap golongan masyarakat zaman Ottoman.


Kasut kulit aladdin (saya yang panggil gitu) banyak jual di sini.  Kasut itu 100% dihasilkan dengan jahitan tangan, tukang kasut boleh buat costume made mengikut kehendak pelanggan.


Sudah-sudah lah tu, jomlah balik, alamak abang tu dah marah.  Sebenarnya dah penat berjalan dari dataran Sultan Ahmet dan Masjid Biru tadi, dah mula lapar pun iya juga, cuaca sejuk-sejuk ni cepat lapar kan.


Singgah rehat kejap di meja kedai hiasan sebelah Tamara.  Kerusi meja penuh hiasan jubin yang cantik.  Ada kawan-kawan yang teruskan bershopping kat dalam kedai ni, mereka nak beli lampu hiasan.

Balik tu baru saya tahu ada antara ahli group yang ikut pakej singgah Istanbul ni semata-mata nak mencari lampu.  Semoha berbahagia dengan apa yang telah ditemui.
Wassalam.

Sunday, 18 August 2019

Jalan-Jalan Cameron Highland: Pasar Malam

Assalam...
Pasar Malam Cameron Highland, menjadi salah satu tempat yang tempat wajib dikunjungi jika bermalam di Cameron Highland.  Walaupun bukan kaki shopping, sekadar melihat-lihat barangan jualan peniaga dan rasai sendiri pengalaman di pasar malam di pergunungan yang pastinya tidak sama dengan pasar malam di tempat anda.  Jika pasar malam biasa banyak menggerai menjual makanan bermasak, di sini lebih kepada produk tempatan Cameron Highland sendiri hasil dari pertanian.


Strawberry coklat, benda wajib ada dan jangan lepaskan peluang untuk dicuba.  Saya berminat dengan buah jambu batu jeruk warna hijau dan merah itu.


Sayur-sayuran yang sudah dipek dan boleh beli campur-campur mengikut pakej jualan contoh 5 paket untuk RM5.00 or RM10.00.  Kalau style makcik-makcik memang suka beli yang jenis ini, nanti boleh bagi-bagi pada jiran atau kawan-kawan.


Hasil daripada ladang teh dan buah-buahan, teh pelbagai perisa dan halwa buah-buahan kering.


Tak pasti buah kelapa laut ini hasil tempatan atau dari luar, tapi menarik minat untuk dicuba ekoran cara olahan yang mudah untuk dinikmati.

Produk daripada ladang bunga dan madu Cameron Highland.  Tak pandai nak syorkan jenis yang mana satu dan pastikan ketulenannya tapi ada pelbagai jenis yang dijual, madu tualang, bee polen, madu kelulut, madu debunga dan madu sarang lebah.  Alih-alih beli madu dari gerai orang asli tepi jalan semasa perjalanan balik.


Katanya menu harus dicuba bila sampai ke CH adalah nasi lemak sambal strawberry.  Ini pun beli kat pasar malam, tapi dah lupa harga berapa.  Nasi lemak tu tetap ada ikan bilis goreng dan bahan pelengkap yang lain cuma tang sambal tu yang ada kelainan sikit rasa masam-masam manis.


Keesokkan pagi datang food court Tanah Rata untuk sarapan nasi lemak biasa.  Walaupun biasa tapi rasanya bukan yang biase-biase ya.


Tengok carrot segar macam ini, rasa macam nak jadi rabbit jer.  Suka sangat pergi pasar CH tengok sayur, almaklum dewa pemakan sayur kan.  Kalau kena campak duduk CH memang boleh hidup lah boleh dapat sayur segar dan pemandangan hijau setiap hari.

Tapi Allah rezeki kan di tempat lain bukan di Cameron Highland, makanya gagal dari keputusan temuduga belasan tahun yang lalu.  Hikmahnya nak dihindarkan diri dari terjebak dengan keresabutan isu-isu di sini, redho dan simpan kemas-kemas dalam memori.
Wassalam.

Saturday, 25 May 2019

Istanbul Aku Singgah: Ominonu Misir Carsisi

Assalam...
Sambung lagi cerita kawasan kompleks masjid Yeni dan bazaar Mesir ini.  Di kawasan luar tu ada kawasan lapang yang luas, yang dijadikan kawasan perhimpunan, ada gerai-gerai penjaja dan tempat mendapatkan pengangkutan awam.  Dari sini dekat dengan jeti untuk mereka nak mendapatkan cruise belayar di Selat Bosporus.


Semasa kami sampai memang lengang tak ramai orang lagi, awal pagi kan.  Sampai terus menuju bazaar dan kawasan deretan kedai di belakang bazaar rempah.


Beberapa kawasan di kompleks ini sedang dalam proses membaiki pulih termasuk masjid jamek Yeni.  Kawasan-kawsan itu memang tak boleh nak masuk lah, tetapi selamat jer nak bersiar-siar di sekitarnya.


Teksi kuning yang biasa nampak dalam tv jer.


Diseberang selat adalah kawasan Istanbul baru (new Istanbul) kena lalu jambatan nak menyeberang ke situ, tapi group kami tak pergi pun.  Tengok dari sipi-sipi cukuplah.


Roti simit tu makan yang hangat-hangat topping dengan caremel memang sedap tambah pula dalam suhu yang sejuk.  Setengah tempat kalau nak beli tu diorang tolong hangatkan dulu.


Selepas keluar daripada baazar, sudah banyak gerai-gerai yang menjual roti, jagung bakar dan buah berangan beroperasi di kawasan lapang ini.


Besar-besar buah berangan dia.


Kestane (buah berangan), memang agak mahal kan, di tempat kita pun sama mahal buah berangan panggang.  Tapi sebab nak makan, beli jer dengan diri sendiri jangan lah kedekut, daripada kempunan nanti tak merasa sampai ke sudah.


Orang semakin ramai di kawasan ini, macam nak buat konsert pun ada.  Mereka dengan semangat jerit-jerit guna pembesar suara, dah lah tak faham apa yang diorang cakap, gerun juga lah.  Baik kita blah cepat, tour guide kata mereka tengah buat kempen untuk parti politik, sebab dah dekat nak pilihanraya.


Air laut selat Bosporus warna silver dari biasan cahaya matahari pagi.  Selat Bosporus merupakan selat yang memisahkan laut Hitam dengan laut Marmara dan juga pemisah antara Istandbul (Turki Asia) dan Istanbul (Turki Eropah).


Lepas bersiar-siar di kompleks baazar, kami di bawah balik ke tempat rehat sementara / restoran untuk makan tengah hari pula sebelum lawatan seterusnya.
Wassalam.