Wednesday, 2 August 2023
W-W: Rumah Senibina Melayu
Wednesday, 26 July 2023
W-W: Makcik Kantan
Assalamm...
Suatu hari masuk ke dalam semak kawasan Ulu Dong (kawasan air terjun Lubok Semak), terjumpa satu group tengah membereskan bunga kantan, katanya mereka tengah siapkan untuk peraih dari Kuala Lumpur nak datang ambil. Makcik pun teruja nak ambil gambar, mereka bagi takde masalah nak selfie dengan bunga kantan tu, tapi bila makcik cakap nak beli mereka takmo jual.
Kawasan kampung tu memang banyak sungguh pokok kantan. Kalau dah banyak begini, bukan sekadar buat laksa atau kerabu nak mandi bunga kantan pun boleh.
Mereka tak jual, cukuplah abadi kenangan dengan cik kantan. Cantik juga hand bouquet guna bunga kantan kan?
Wassalam.
Take a Break: Piknik Di Lata Lembik Raub
Wednesday, 31 August 2022
W-W: Sungai Pahang
Petang-petang lalu atas jambatan yang merentasi Sungai Pahang di Jalan Felda Jengka 23 & 25. Kordinat (3.7288976, 102.3714185), kami dari arah Rumpun Makmur ke Kuala Krau. Ragu juga boleh singgah ke tak atas jambatan tu, tak nampak signboard larangan berhenti dan melihat ada sekumpulan remaja yang mengambil gambar di atas jambatan jadi kita pun berenti. Sekejap saja nak tengok sungai Pahang dari atas jambatan.
Wassalam.
Tuesday, 30 August 2022
Bandar Lama Jerantut, Pahang
Assalamm...
Mesti ramai yang terkesan dengan semangat Mat Kilau selepas menonton filemnya kan. Saya tak sempat pergi wayang, tapi selalu bertandang ke daerah kelahiran Mat Kilau ini iaitu daerah Jerantut, Pahang. Nama daerah dan bandar menggunakan nama yang sama, Jerantut. Sejak dahulu memang sudah terkenal bandar Jerantut ini, sebagai pintu utama ke Taman Negara. Bandar Jerantut telah berkembang keluar daripada kawasan pekan lama (Bandar Lama) ke kawasan Bandar Baru dan Bandar Inderapura.
Marilah kita jalan-jalan di Bandar lama Jerantut, yang diwarnakan bulat dalam peta. Sebenarnya pagi itu kami nak mencari sarapan di pasar, dan seperti biasa bungkus bawah balik. Lepas beli sarapan yang dikehendaki, rasa masih awal pagi lebih baik kita jalan-jalan di bandar lama sambil ber ootd dengan baju kelawar kata adik.Bandar lama ini tidak lah luas mana, tapi dalam kawasan itu ada stesen keretapi, hotel, masjid, padang bola dan deretan rumah- rumah kedai lama di sebelah kiri dan kanan Jalan Besar. Sebahagian yang masih beroperasi sudah diubah suai dan dilakukan penambahbaikkan pada struktur bangunan.
Kebanyakkan bangunan lama dibina sebelum merdeka, paling awal yang saya jumpa tahun yang tercatat pada bangunan adalah tahun 1920-an.
Bangunan hujung warna kuning dan berkaca itu adalah Hotel Darul Makmur. Mereka yang datang dari luar kalau tiada kenalan jangan susah banyak jer penginapan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing.
Aktiviti ekonomi dan sosial masih terus berlangsung di bandar lama, sungguhpun sudah ada bandar baru yang menawarkan lebih banyak kemudahan dan pilihan untuk penduduk.
Pintu masuk ke galeri, juga tidak dapat melawat, sebab belum buka. Kalau ada masa terluang lain hari kita datang intai apa yang ada di dalam galeri ini.
Stesen keretapi Jerantut, masih beroperasi dengan laluan keretapi antara stesen Gemas, Negeri Sembilan di selatan tanahair ke stesen Tumpat, di Kelantan. Pengembara Train to Dabong akan melalui dan singgah di stesen ini. Macam bestkan kembara Train to Dabong tu, tak mampu buat Train to Busan, boleh lah try yang ini.
Zero '0' kilometer bandar Jerantut terletak dihadapan Cafe Gypsy Garden yang bersebelahan dengan Aza Gallery.
Deretan kerusi dan meja cafe di hadapan Aza Gallery. Jadi jika bercadang hendak melawat galeri kena ikut pintu sebelah tepi bangunan.
Salah satu bahagian cafe Gipsy Garden, operasi cafe pada sebelah petang, sayang belum boleh mengopi pagi itu.
Kami jumpa satu lorong ini, ada mural di dinding kedai lama. Ada bangku disediakan untuk mereka yang nak berehat.
Pawang Nong, antara pawang terkenal di Pahang, kemungkinan beliau antara pawang yang membuat perjanjian dengan buaya di sungai Pahang, wallahualam bissawab.
Demikian hasil jalan-jalan di pekan lama Jerantut, moh lah balik perut kah dan lapo.
Wassalam.
Friday, 26 August 2022
Kalau Sudah Minat
Assalamm.
Baru-baru ini perjalanan balik kampung, suami singgah di tempat kawan dia yang sama hobi. Satu geng hobi membela, bukan bela hantu, tapi bela ikan sungai. Nama pun mungkin orang pahang kan, banyak sungai dan ikan, jadi automatik suka kepada ikan sungai. Kalau sudah minat, cakap lah apa pun, pasti mereka ada jalan nak jayakan hobi itu. Lihat saja rumah atau bangsal tempat kawan ini letakkan kolam dan aquarium dia. bebeapa kali dah ikut ke sini, tapi tak minat nak turun tengok ikan, kali ini rajin-rajinkan diri turun dan ambil gambar ikan.
Tangki yang paling besar, sebesar bilik tidur, menempatkan banyak ikan sungai yang bersaiz besar. Antara ikan yang ada dalam itu ikan kelah, kerai, tembat, temoleh, jelawat, lampam, tengas dan lain-lain yang saya kurang kenal.
Di samping kolam besar tu, ada satu lagi kolam yang lebih kecil dan rendah sedikit.
Fiber tank ini pun dah cukup besar dan cantik untuk display ikan, tapi lebih sesuai jika diletakkan di ruang terbuka begini.
Aquarium ini nampak biasa di sini, tetapi cukup besar bagi kita yang tinggal di dalam rumah kecil dan ruang yang sempit.
Ikan Temoleh sungai Pahang yang berusia 13 tahun dalam jagaan tuannya, beratnya dalam belasan kilo.
Mengikut cerita en.Abe, kawan ini pernah kerugian puluhan ribu ringgit ekoran ratusan ekor ikan mati disebabkan bekalan elektrik terputus beberapa hari di daerah Temerloh dan Mentakab. Kejadian berlaku ketika banjir besar yang berlaku awal tahun ini. Kawasan rumah mereka terletak di atas bukit, dan seolah-olah berada dalan pulau kerana kawasan sekeliling semua dinaiki air dan pihak berkuasa tempatan terpaksa memutuskan bekalan elektrik demi keselamatan bersama. Kiranya ikan besar yang masih ada itu adalah antara yang mampu bertahan hidup ketika itu. Semoga kejadian itu tak berulang lagi lah.
Wassalam.
Wednesday, 6 January 2021
Sambut Tahun 2021 dengan Cerita Banjir
Assalamm..
Cuti tahun baru 2021 kami putuskan untuk balik ke kampung saja, walaupun sebelum ini ada plan nak pergi jalan-jalan ke tempat lain. Sambung kemas dan cat rumah sungai yang tak masih berbaki. Kali ini kena siapkan mengecat supaya adik boleh sambung mengemas barang-barang yang telah dipunggah sebelum dia habis cuti dan kembali bertugas di bumi kenyalang. Cuaca redup dan gerimis saja ketika itu, plan asal nak balik PJ hari ahad, tapi entah mengapa bos kata nak balik petang sabtu jadi kena pulun siapkan mengecat rumah pagi sabtu tu. Bawah ayoh dan chek sekali sebab hari isnin ayoh ada temujanji di PPUM, tinggal lah 3 orang adik di kampung.
Wassalam.