Assalamm....
Akhirnya tahun 2020 yang penuh dugaan berakhir juga dan berganti dengan 2021. Ramai yang mengharapkan semoga kisah pedih di tahun 2020 berlalu cepat dan tahun 2021 ini akan membawa sinar bahagia semula. Saya antara orang yang paling teruja menunggu kehadiran tahun 2020 sejak dibangku sekolah saya berdoa moga disampaikan usia ke tahun 2020. Sejak kecil saya menjangkakan ianya tahun yang sangat hebat dengan pelbagai kemajuan dibayangkan di media massa dan setiap hari perkara utama dibahaskan adalah wawasan 2020.
Bayangan 30 tahun dahulu tidak sama seperti yang diharapkan, dan tahun keramat ini berakhir juah dengan dalam keadaan yang sangat mendukacitakan. Tetapi apa yang perlu difahami adalah 'bahasa tuhan' pada ummat, tahun yang sangat perlu disyukuri kerana kita semua selesai melalui tahun badai.
Tuhan sedang menyampaikan sesuatu kepada kita dalam bahasa yang sangat keras. Bahasa ujian, perubahan bukan dari segi material seperti mana yang dibayangkan berpuluh tahun yang lalu. Tetapi perubahan yang lebih bersifat holistik, melibatkan anjakan paradigma manusia secara besar-besaran. Anjakan yang mungkin perlu untuk manusia sebagai permulaan menghadapi ancaman yang lebih dasyat selepas ini. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah daripada ujian-ujian dasyat mendatang.
Wassalam.