Showing posts with label Sulawesi. Show all posts
Showing posts with label Sulawesi. Show all posts

Monday, 31 July 2023

Take A Break: Menikmati Senja di Sekitar Waduk Ompo, Soppeng

Assalammm....
Ompo nama tempat yang mengambil nama sempena tempat terbitnya air mataair yang menjadi punca  kehidupan utama di sekitarnya.  Punca air tersebut digunakan untuk aktiviti penduduk samaada kegunaan isirumah dan juga pengairan kawasan pertanian.

 

Petang tu kami memilih untuk berjalan kaki, start dari rumah makcik menuju ke kolam renang Ompo yang sering menjadi tempat riadah penduduk sekitar mahupun dari luar daerah.

Kolam renang utama, juga menjadi tempat latihan kanak-kanak dalam acara renang.  Tempat 3 orang anak sepupu, mengasah bakat renang mereka hingga dapat menjadi wakil sekolah, kabupaten mahupun propensi dalam acara renang.

Kolam utama tempat punca mataair terbit tidak dibuka untuk awam.

 

Ada dipaparkan sejarah asal muasal bagaimana mataair Ompo dijumpai.

 

Di luar daripada kawasan kolam renang, terdapat tasik dan kawasan hijau yang dikenali sebagai Hutan Kota Ompo, segala pokok kayu yang ditanam telah mereka kenalpasti dan daftarkan.

Di tengah-tengah waduk itu ada bangunan rumah makan tetapi masih ditutup sejak pendemik sehingga sekarang.

Lenguh juga kaki nak mengelilingi tasik dari hujung ke hujung.  Memang sesaui kalau nak briskwalk atau jogging waktu pagi atau petang.

Selepas mengitari kawasan tasik waduk Ompo, kami berjalan sehingga pusat kajian Universiti Hassanuddin (kampus vokasi).

Ada beberapa bangunan seperti ini di sini, digunakan sebagai bilik kuliah atau pentadbiran, tetapi ketika kami berkunjung tak jumpa seorang pun yang ada di kawasan ini.  mungkin ada hari tertentu saja mereka di tempat ini.

Keluar semula ke jalan utama, akan nampak rumah-rumah penduduk kampung Madello.  Kebanyakkan rumah kayu tinggi (rumah panggung).

Mendekati maghrib, jom lah kita balik ke rumah sebab selepas ini kita nak temankan sepupu ke hospital menjaga orang sakit.

Suasana ini saya dapat ketika kunjungan sekejap ke Soppeng pada bulan Mei lalu melawat ibu saudara yang tenat di hospital.  Alfatihah untuk arwah Hajah Jumriah Hema (Etta Jume) yang kembali kepada penciptaNya pada 12 Julai lalu, semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.Aamiin.

Wassalam. 

Wednesday, 14 September 2022

W-W: Bagea Kenari

 


Assalamm...

Bagea ini nama sejenis kuih, beli sebab nampak unik sikit dari yang biasa dijual di luar lagipun yang ini ada diletakkan buah kenari (kekacang yang rasanya seakan-akan kacang badam).  Walaupun dah beli yang dibungkus dengan kemasan biasa dan hanya bagea perasa gula merah.

Keluarkan dari kotak, beginilah isinya dibungkus dengan sejenis daun.  Daun macam daun nipah (daun rokok)  atau boleh jadi daun daripada pokok rumbia (pokok sagu).

Lihat dari rupanya memang tak menarik macam ketulan kayu pun ada.  Tetapi sedap sebenarnya, ada rasa macam kuih bangkit sagu.  Memang ngam dengan secangkir teh atau kopi.

Bagea ini sebenarnya kuih kering tradisi orang minahasa (Menado, Sulawesi Utara) atau Ternate (Maluku Utara).

Menyesal pula beli satu bungkus jer, sebab nak lagi dah habis.  Belinya pula jauh, entah bila boleh pergi sana lagi (shoppee ada jual kot).

Wassalam.

Tuesday, 23 August 2022

Kanak-kanak Bermain Guli

Assalamm....

Permainan kanak-kanak zaman dulo, rasanya kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia sudah jarang yang berjinak-jinak dengan guli ini.  Pemandangan yang jarang dapat  kita lihat masa kini, kanak-kanak masih bermain dengan tanah berbanding bergelut dengan phone dan gadjet.

Yang bermain ini kanak-kanak lelaki dan perempuan, baju pink badan agak besar tetapi masih dalam kategori kanak-kanak.  Dia pesan, tak mau tunjuk muka, ok janji harus ditepati. Dah tahu malu tapi masih suka main dengan adik-adik bawahannya.

Seingat saya kecil dulu pun tak pernah main guli, kecuali guli tu digantikan dijadikan batu seremban atau hendak main congkak.  Budak lelaki je yang main guli di kampung saya, memang mereka tak bagi can kalau ada budak perempuan nak join. 


Harapnya masih bertahan permainan tradisi ini di mainkan sampai bila-bila, walaupun kini sudah ada pengaruh gadjet di dunia mereka.

Wassalam.

Wednesday, 7 August 2019

Lao Mandre: Coto Makassar, Airport Sultan Hasanuddin Makassar

Assalam...
Hari tu saya janji nak cerita pasal coto yang saya suka makan di salah satu kedai di Bandara (Airport) Sultan Hasanuddin Makassar kan, Anugerah Ayu Mandiri nama kedai tu.  Kak Mala hari tu ada tanya coto dengan soto sama ker?  lain walaupun dalam kategori makanan berkuah.  Kuah soto dibuat daripada rebusan tulang ayam selalunya manakala coto daripada daging dan bahagian organ dalaman yang dicampur dengan kacang tanah tumbuk, rempah ketumbar dan jintan. Ada juga resepi yang mencampurkan dengan buah keloak pada kuah untuk memberi warna gelap dan bau yang lebih kuat.


Barang keperluan lain yang ada dijual di kedai ini.  Tetapi apabila semangkuk coto sudah terhidang di depan mata, benda lain sudah tidak menjadi fokus lagi.


Kedai coto ini, tak lah besar mana, hanya ada 2 baris tempat duduk.  Hujung tepi peti ais tu tempat febret kami duduk, bukan apa sebab senang nak bergerak keluar dengan barang penuh troli lagi.


Kondisi ketupat dia yang paling best, ngam dengan citarasa saya yang tak suka ketupat nasi yang terlalu keras.  Bau ketupatnya wangi pandan semulajadi, kerana kelongsong tu di buat daripada daun pandan besar (giant pandan, saya bagi nama). 


Semangkuk coto bersama geng-geng sekalian, nak rasa kenyang kena makan dengan ketupat sebab jika coto saja tak cukup you.  Mangkuk tu kecil jer, macam rice bowl yang orang cina selalu guna tu, bukan macam mangkuk laksa tau.  Charge tambahan dikenakan untuk ketupat, burasak, telur masin dan kacang tanah.


Terbaik sambal tumis bawangnya, ikut suka nak letak berapa banyak ikut selera nak pedas bagaimana.


Ini warna hijau, hijau telur asin, saya belajar daripada iklan cat dalam tv Indonesia untuk istilah hijau telur asin.


Licin mangkuk, tu pun dah minta tambah kuah coto tadi.  Jika saya benda wajib yang dimakan bersama dengan coto tu adalah ketupat daun pandan dan telur masin, perah sedikit jus limau nipis.  Alhamdulillah kenyang.  Telur masin tu bukan condimen wajib bagi coto sebenarnya, tetapi budaya kedai makan di sana selalu meletakkan telur rebus atau telur masin atas meja untuk dimakan bersama burasak, sup atau nasi. 

Lepas dah rasa sekali coto di sini, memang tak pergi cari kedai lain dah.  Banyak jer kedai lain yang jual coto mahu pun menu lain yang boleh dipilih tetapi saya nak makan di sini saja.  Macam dah menjadi kewajipan pula touch down jer pekena coto dulu baru keluar cari trasport atau sebelum take off, pekena semangkuk dulu pasti lena sampai destinasi selepas dah pasang tali pinggang keledar.
Wassalam.

Saturday, 3 August 2019

Lao Mandre: Coto Makassar, Coto Gagak

Assalam...
Ayok pergi makan coto gagak kak, coto paling sedap di Makassar katanya.  Pak presiden Jokowi pun pernah datang makan di sini ketika berkunjung ke Makassar kata Fitri.  Iya kah sedap?  bagi saya coto yang paling sedap mengikut piawaian sendiri adalah coto yang dijual di salah satu cafe / kiosk di Bandara Sultan Hasanuddin yang terbaik (dalam hati jelah saya bermonolog).  Tapi tak bantah pun kami akhirnya datang ke sini, tak salah mencuba kan lagi satu orang nak belanja, so on saja lah.



Pertanyaan pertama yang keluar adalah, coto tu daripada daging gagak ker? eh mana boleh makan.  Fitri jelaskan nama saja coto gagak bukan buat dari gagak.  Restoran mengambil nama sempena lokasinya yang berada di Jalan Gagak, Makassar.  Di sini boleh pilih nak duduk dalam ruangan ada ac (aircond) atau open di kawasan dapur.


Saya perhatikan kebanyakkan pengerai di sini memang menghidangkan coto dalam mangkuk kecil.  Kondimen lainnya memang telah diletakkan di setiap meja tinggal pelanggan pilih nak tambah apa ke dalam coto makassar.  


Kelongsong ketupat dianyam menggunakan  daun pandan besar memberi aroma wangi semulajadi kepada ketupat. Tidak menggunakan daun kelapa ya.


Tempat penyediaan coto, bahagian lembu yang telah direbus empuk, dihiris dan asingkan mengikut jenis. Memudahkan chef / waiter untuk menyediakan menu mengikut pesanan pelanggan nanti.  Coto selalu tersedia sama ada coto daging atau ayam.


Dimasak menggunakan dapur kayu, menjadi keunikkan bagi coto gagak.  Kaedah masak ini yang menjadikan rasa cotonya khas daripada yang coto di tempat lain.


Longgokan kayu api yang untuk memasak kuah coto.


Chef tak lupa nak intai, bagaimana rupa kuah coto makassar yang sedang di reneh di atas dapur kayu.  Bagusnya mereka ini sporting saja bila kita minta nak ambil gambar, ya ayo di photo buk, silahkan.


Jika sampai ke kota daeng (Makassar), cuba coto makassar.  Terdapat banyak resto, warung dan gerai yang menjual coto dan salah satu yang direkomendasi oleh orang tempatan adalah Coto Gagak ini.  Nanti saya cerita warung coto kesukaan saya di Bandara (airport) Sultan Hassanuddin pula.
Wassalam.

Thursday, 2 May 2019

Futry Bakery, Maros

Assalam...
Bakery Futry kami jumpa secara tak sengaja, tapi yang ini antara yang terpopular di sini.  Kakak yang kami ikut dari bandara yang bawa ke sini, katanya lebih selesa nak tunggu kenderaan di sini dan terletak berhadapan dengan Grand Mall maros.  Mula-mula kami hanya mengiyakan saja, asal boleh keluar cepat dari kawasan bandara untuk mencari kenderaan ke destinasi seterusnya ke Polman.  Kami setuju untuk ikut kakak tu dari menaiki teksi atau grab dari Bandara Sultan Hassanudin supaya lebih selamat dan terhindar daripada muslihat dan tipu daya ulat.

Toko kuih ini lebih banyak pilihan kek, roti dan kudapan, lebih selesa berbelanja dan bersih berbanding dengan bakery lain yang pernah kami singgah di daerah Maros.  Kami membeli serba sedikit untuk dijadikan buah tangan untuk orang Polman nanti.


Jagung Goreng merupakan kudapan khas Kota Makassar, ramai yang menyangka ianya kacang, dah makan baru tahu rasanya lain.


Sebahagian roti yang dipamerkan, agak terlalu awal lagi ketika itu nampak pekerja tengah sibuk buat packing di bahagian belakang.


Deretan pelbagai jenis brownies dan swiss roll.


Mencari kek yang dinamakan bruder / brudel, kek yang dibuat menggunakan tapai ubi.  Bruder / brudel adalah kek dengan kombinasi roti yang memang terkenal di Sulawesi terutama di Menado, Sulawesi Utara


Donut Futry Bakery & Cake Maros.


Kuih kering, seperti biskut juga ada.  Di sini kuih kering macam biskut ini bukan hanya dihidangkan ketika musim perayaan hari raya tetapi bila-bila masa seperti pesta perkhawinan atau acara keramaian lainnya.


Kuih duri-durian, kueh ini macam tart berintikan kelapa yang dicampurkan dengan isi durian.  Nak kata duri-durian sebagai kuih kering bukan, kuih basah pun bukan.  Boleh didapati dalam kuih tradisi harian.


Roti bantal atau paun seperti ini lah yang menjadi trade mark sebagai roti maros.


Mengancam betul cili padi yang tertanam dalam risoles tu, selain jalangkote kami beli juga beberapa ketul risoles untuk dimakan dalam perjalanan.


Bakwan udang, macam cucur udang lah klau kat sini.


Di seberang jalan sana adalah Grand Mall Maros, mall baru dan besar di kawasan Maros.  Jika tak rush boleh juga nak jalan-jalan ke sana, mereka kata mall tu keren.

Tak berapa lama kereta yang kami nantikan tiba untuk membawa kami ke Polman.  Bye bye Futry, harap dapat singgah lagi sebelum kami balik KL nanti.
Wassalam.