Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Wednesday, 21 September 2022

W-W: Bawa Harta Karun Balik Kampung

Assalamm...

Sang petualang (maksud bagi penggembara dalam bahasa Indonesia bukan penderhaka atau pengkhianat bangsa) membawa oleh-oleh berupa pelbagai jenis roti gardenia untuk keluarga dan saudara mara di kampung.  Satu troli hanya roti mereka beli di Mydin.

Sampai KLIA, top up lagi sebab katanya, roti perisa jagung belum beli.  Masa mereka bershopping ria di Mydin tiada perisa jagung.  Ini lah gelagat orang Borneo balik kampung, kedai KK dekat pintu pelepasan domestik tu kejap je stok rotinya habis.

Di dalam setiap beg itu ada mengandungi roti, patutlah bawa luggage besar boleh lepas sebab ringan kan,  sedangkan beg saya selalu overweight.

Sepanjang jalan cerita pasal roti dan sebut nama-nama yang bakal akan dapat bingkisan roti itu termasuk perisa apa.  Semangat mereka nak gembirakan hati orang kampung.

Wassalam.

Wednesday, 14 September 2022

W-W: Bagea Kenari

 


Assalamm...

Bagea ini nama sejenis kuih, beli sebab nampak unik sikit dari yang biasa dijual di luar lagipun yang ini ada diletakkan buah kenari (kekacang yang rasanya seakan-akan kacang badam).  Walaupun dah beli yang dibungkus dengan kemasan biasa dan hanya bagea perasa gula merah.

Keluarkan dari kotak, beginilah isinya dibungkus dengan sejenis daun.  Daun macam daun nipah (daun rokok)  atau boleh jadi daun daripada pokok rumbia (pokok sagu).

Lihat dari rupanya memang tak menarik macam ketulan kayu pun ada.  Tetapi sedap sebenarnya, ada rasa macam kuih bangkit sagu.  Memang ngam dengan secangkir teh atau kopi.

Bagea ini sebenarnya kuih kering tradisi orang minahasa (Menado, Sulawesi Utara) atau Ternate (Maluku Utara).

Menyesal pula beli satu bungkus jer, sebab nak lagi dah habis.  Belinya pula jauh, entah bila boleh pergi sana lagi (shoppee ada jual kot).

Wassalam.

Monday, 29 August 2022

Popiah Sayur Berkeju

Assalamm...
Penggemar popiah atau spring roll, mari kita belajar gulung sendiri.  Sekurang-kurangnya kita tahu apa bahan yang kita letakkan di dalam sebagai intinya dan boleh dinikmati sepuasnya.
 
Sangat sesuai untuk dihidangkan ketika sarapan atau minum petang ataupun ketika tetamu datang mengejut.  Jika rajin boleh sediakan dalam kuantiti yang banyak dan disejuk bekukan.

Popiah Sayur Berkeju
Sumber: Chef Nas.
 
Bahan-bahan
Kulit popiah frozen
Parutan keju cedar atau mozarrella
Inti sayuran
Sedikit air.
Minyak untuk menggoreng
 
Bahan Intinya;
1 biji lobak merah - parut
5 batang crabstik - racik
Segenggam taugeh
Segenggam jagung 
1/2 biji sengkuang - parut
4 batang kacang buncis - racik
Isi ayam / isi udang - cincang
2 ulass bawang putih - cincang
Sedikit lada sulah
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan Inti;
* Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan isi udang atau ayam, tumis hingga hampir masak.
* Masukkan crabstick, lobak merah dan sayuran yang lain.
* Tambahkan garam dan serbuk perasa, tutupkan api dan biarkan sejuk.
* Tapiskan inti untuk keluarkan lebihan air supaya popiah tidak benyek dan pecah ketika menggulung.

Cara penyediaan Popiah;
* Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan satu sudu inti di tengah kulit.  Letakkan keju di atas sayur.
* Lipat hujung kulit di tepi sebelah kiri dan kanan, gulung kemas.
* Basahkan penghujung kulit popiah supaya melekat sempurna.
* Gulung hingga habis inti dan seeloknya bekukan terlebih dahulu sebelum di goreng.
* Goreng dengan minyak penuh dan telah cukup panas.
* Gunakan api sederhana ketika menggoreng untuk kemasan sekata.
* Hidangkan ketika masih panas bersama sos cili atau sos pilihan.

Sudah siap hidangan minum petang dengan popiah sayur.  Gambar macam banyak pulak peneman popiah tu, ini rasanya disediakan untuk berbuka puasa.
Jika suka makan popiah yang lebih berperisa dan bersalut sambal, tinggal sediakan sambal dan gaul dengan popiah goreng itu.  Keputusan di tangan anda, tiada yang salah yang penting anda rajin mencuba.
Wassalam.

Monday, 17 August 2020

Cucur Jagung @ Perkedel Jagung

Assalamm...
Kami lebih kenal sebagai perkedel jagung, cuma cara buat tu ada lain sikit, jagung tu kena tumbuk manja-manja sebelum campur dengan bahan-bahan lain.  Tapi kalau kurang rajin gaul saja dengan semua bahan yang dikehendaki tak jadi masalah.  Cucur jagung boleh buat yang manis atau pedas.  Dua-dua pun saya suka tapi lebih kerap buat yang pedas, selain buat makan macam itu saja, kadang dibuat lauk makan dengan nasi.


Nak letak apa bahan sampingan tu terpulang pada kita, kita yang buat dia.  Nak tambah sayur lain seperti hirisan kobis atau lobak merah pun boleh, Takde yang salah ikut kita, cara kita mana yang senang dan mudah saja.


Cucur Jagung Pedas
Sumber: Mulia
 
Bahan-bahan;
2 tongkol jagung - hiris isi leraikan dari tongkolnya
Tepung gandum - secukupnya
3 sudu isi udang / ketam - potong kecil atau kisar
1 biji cili merah / hijau - hiris halus
2 tangkai daun sup / daun bawang - hiris halus
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit air




Cara Penyediaannya;
* Tumbuk bawang hingga halus.
* Campurkan semua bahan kecuali air dan gaul rata.
* Akhir sekali masukkan air sedikit dan gaul sebati hingga dapat adunan sesuai untuk digoreng
* Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
* Angkat dan toskan.  Hidangkan bersama sos juga boleh.
 
Boleh ke kalau tak mau letak jagung? erm?.  Boleh cuma kena tukar tajuk dia saja, cari nama lain kalau takmo letak jagung.
Wassalam.

Sunday, 16 August 2020

Goreng Pisang Berbijan, Sedap Sangat

Assalamm...
Cucu sepupu datang bawa pisang nipah 2 sikat besar, macam bawa emas, suka sangat lah nenek nie dapat hadiah begitu.  Masa dia bawa tu masih hijau lagi tapi pisang dah tua, simpan 2 hari sedang elok untuk dibuat pisang goreng.  Saya suka pisang goreng nipah jika pisang masih keras dan belum terlalu masak, sebab minyak tak serap sangat ke dalam pisang masa menggoreng.


Goreng Pisang Berbijan
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 sikat pisang nipah masak sedang
1 cwan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu air kapur makan
Secukupnya bijan
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning telur
Air
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya
*  Pisang hiris atau belah 2 atau lebih ikut suka nipis pisang goreng yang kita nak.
* Panaskan minyak dalam kuali (goreng dengan minyak penuh).
*  Campurkan tepung, kapur, garam, pewarna, garam dan bijan.  Air masuk sedikit demi sedikit.
* Gaul semua bahan tadi hingga dapat better yang halus dan sebati. 
*  Celupkan hirisan pisang ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan. Jika suka, sebelum memasukkan pisang ke dalam minyak, taburkan sedikit bijan pada permukaan pisang.
* Balik-balikkan pisang goreng, supaya masak sekata.
* Angkat bila dan masak dan toskan minyak atas kertas dapur.
* Hidangkan.  Jika suka boleh cicah dengan sambal kicap atau sambal tumis.


Menu berbuka pada 7 zulhijjah yang lepas, pisang goreng bijan cicah dengan sambal sambal kicap jawa yang mabeles.  Orang yang sebelum ini gelak-gelakkan saya suka makan goreng pisang tak kira waktu cicah pula dengan sambal kicap, pun makan dan asyik ulang-ulang cakap pisang goreng bijan nie sedap.  Saya cakap ini pisang goreng ala korea kan.  Memang sedap dan bau wangi bijan.

Nak nampak cantik sepatutnya saya taburkan bijan atas permukaan pisang ketika hendak menggoreng.  Tapi sebab nak cepat masa tu saya lebihkan saja biji bijan ke dalam better, hasilnya tetap awesome.
Wassalam.

Wednesday, 15 July 2020

Kuih Biji Kambing, MIL

Assalamm... 
Siapa tahu nama kuih ini? tak pasti nama sebenarnya tapi yang saya dengar MIL namakan macam mencarut bunyinya.  Tanya dia memang nama itu ker, dia pun angguk dan senyum-senyum bila sebut nama kuih biji kambing, aduhai.  Masa mula-mula dengar diorang buka cerita pasal kuih ini mesti mereka gelak besar, mungkin lucu dengan namanya saya pun tak dapat nak bayangkan kuih tu bentuk dan rasanya yang bagaimana.  Tak dapat nak teka, tak pernah jumpa dan makan kata saya.

Tak mahu biar teka teki itu berlarutan, satu hari ada kelapangan, saya ajak MIL buat kuih biji kambing tu untuk dijadikan sarapan.  Dengan sukacita dia pun buat adunan tu pada malam hari, katanya esok pagi bangun tinggal golek-golek, bentukkan dan goreng.  Step by step dan kuantiti bahan yang digunakan, dia tolong tunjuk walaupun main agak-agak.
Kuih yang telah dipotong-potong dan dibentukkan, ada macam biji kambing ker? erm entah lah.  Nanti masa goreng dia akan kembang sedikit, jadi bentuk lain pula.
Kuih Biji Kambing (Pak Tongko)
Sumber: MIL
 
Bahan-bahan
500gm tepung gandum
2 sudu majerin
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air campur secubit garam
1.5 sudu teh soda bicarbonate
Minyak untuk menggoreng
 
Cara Penyediaannya
* Campurkan semua bahan kecuali minyak dan air.  Uli seperti membuat roti atau boleh guna mixer.
* Campurkan air sedikit demi sedikit hingga semua tercampur rata.  Adunan memang agak lembik.
* Biarkan adaunan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
* Uli adunan memanjang dengan taburan tepung pada permukaan baking sheet atau papan canai.
* Potong pendek dan kelar dibahagian tengah.
* Panaskan minyak, masukkan kuih dan goreng hingga masak kekuningan.
* Perlu dibalik-balikkan ketika menggoreng agar gorengan sekata.
* Angkat dan toskan minyaknya serta hidangkan. 
 
Ketika menolong menggoreng, baru ingatan saya kembali ke zaman jadi minah kilang di Penang dulu.  Saya pernah makan kuih ini, pemberiann dari seorang kakak leader kami ketika itu.  Mereka panggil kuih ini sebagai pak tongkoh, terkadang orang utara gelarkan kuih cakoi juga sebagai pak tongko.  Lepas dari itu, adalah dua tiga kali jumpa kuih ini di jual di gerai tapi tak semua tempat jual benda ini, kira rare juga lah masa itu.
Sebenarnya dulu masa anak-anak MIL masih kecil, setiap pagi MIL akan sediakan kuih ini untuk dihantar ke gerai-gerai di kampung.  Ramai orang lama di kampung yang menggemari kuih ini kerana cukup mengenyangkan, jadi selalu jadi bekalan sebelum pergi kebun atau menoreh.  Pertambahan tugas harian dan keadaan FIL yang kurang sihat, menyebabkan MIL tidak dapat lagi menyediakan kuih biji kambing sekian lama sehingga ramai anak-anak saudaranya yang meminta untuk dibuatkan kuih lejen ini. 
BOleh dihidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang, samaada ketika masih suam-suam atau sejuk.  Lebih sedap jika digandingkan dengan minuman kegemaran seperti teh 'o' panas.
Wassalam.

Wednesday, 22 April 2020

W-W: PKP

Assalamm...
Pekit Kuih Penyaram (PKP), rupanya ada pertandingan yang di anjurkan oleh FB - Lubuk Anto Info (15-28 April 2020) tentang kuih ini patutlah asyik lalu lalang jer kat wall.

Saya tak ikut pun pertandingan tu tapi sebab saya suka makan tu yang rasa ngences bila tengok bayang-bayang kat wall.


Terlebih rajin pula, dari satu adunan bahagi buat sampai 4 perasa, penyaram susu (hijau), biasa (putih), coklat dan keledek (purple). Resepi boleh tengok kat sini, sini dan sini.

Walaupun selalu buat, tapi hasilnya macam-macam bentuk kejadian.  Kadang menjadi cantik kadang kureng, tapi sebab nak makan sendiri ok lah.
Wassalam.

Monday, 23 March 2020

Kuih Keria, Kampung Limbongan Melaka

Assalamm...
Pepagi kita mencari kuih keria Limbongan yang viral, ini sebelum kita pergi rumah kenduri.  Jarak antara penginapan dengan lokasi tu macam tak jauh sangat, tu yang kita pergi.  Bukan tak pernah makan, dah pernah tapi bukan sendiri yang beli, sendiri beli kat Batu Berendam hari tu, sedap juga.  Ikut lokasi pak google boleh pula sampai ke tempat Avocado Melaka ni, jumpa avocado dan coconut shake jer.  Eh mana gerai kuih keria tu, nak tanya cam malu-malu kuching plak, last-last jalan kaki menyosong arus nak cari kuih keria.



Sebenarnya kat sini ada beberapa gerai keria pak haji dan mak hajah, cari jelah gerai-gerai sepanjang jalan nie.  Kami pergi yang sebelah Masjid Kampung Limbongan, kuih keria Hajah Rahmah.


Tepatnya berhadapan dengan gerai popia meletop ini.  Depa punya papan iklan tu meriah sangat, sampai confius makcik nak mencari keria.


Baru buka masa sampai tu, jadi tak ramai lagi yang beratur.  Kuih keria pun baru siap sira, masih panas-panas lagi.  Nampak tak ada tali di situ untuk lorong beratur, maksudnya memang selalu ramai orang lah kan beli keria kat sini.


Tu dia abang tu pulun kira masuk kan dalam paper bag, satu paket 10 biji kuih.  Abang, saya nak 4 paket kuih keria dan 1 paket campur kuih bom dan kasturi.


Mereka ada set laksa dan kuih keria.  Konsep nak sama dengan makan laksa dengan pulut panggang yang kat Kuala Perlis kot.  Tak beli lah tapi sebab nak pergi makan kenduri kan.  Hanya beli kuih keria dan kuih lainnnya.



Pesanan jangan sekali-kali cuba pegang kuih keria yang panas, nanti melecur jari-jari awak.  Panas gula merah tu lain macam tau, boleh melekat kulit.


Kuih yang banyak nama dan buat keliru kadang, ada panggil kuih bom, kuih bijan, onde-onde, onde cina.  Mana satu betul pun tak tahu, kesemua yang di atas adalah jawapan betul atau kesemua di atas adalah salah?


Kuih rengas, kuih kasturi, kuih kacang hijau, tapi yang ini kacang hijau dah bertukar jadi gelap.  Beli juga 2 jenis kuih tu nak rasa, tapi rasanya lebih baik fokus pada keria.  Yang dua tu rasa dia biasa-biasa saja.

Banyaknya borong, nak buat apa banyak-banyak nie (annoying betul pertanyaan tu).  Nak makan lah, tak sampai tempat di tuju sepeket dah selamat masuk perut.  Kan nanti banyak tempat nak singgah kita share-share lah.
Wassalam.

Saturday, 21 March 2020

Kacang Goreng Bawang Putih

Assalam...
Hasil stay at home pada hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan, moga hari-hari seterusnya lebih produktif dan tidak lemau.  Angka kes positif semakin meningkat dan membimbangkan begitu juga kematian, di tambah dengan daerah-daerah yang dikategorikan sebagai hulu turut menunjukkan kes positif.  Kalau tanya kenapa boleh kawasan jeruk ada kes, jawapan tak lain dan tak bukan sebab adanya mobility, adanya pergerakan manusia.



Mari legakan tekanan dengan menguyah kacang bawang putih.  Tapi bawang putih tu tergaring lah pula sebab goreng sekali dengan kacang.  Tapi rasa still ok takde pun rasa hangit, lain kali kena goreng berasingan ya baru cantik hirisan bawang putih tu.  Nak buatnya senang saja lebih-lebih guna kacang yang telah dikupas, dulu memang kupas satu-satu kulit tu memang selalu kena dera kupas kulit kacang ketika menjelang hari raya.


Kacang Goreng Bawang Putih
Sumber: Hjh Timah

Bahan-bahan
Kacang tanah
Hirisan bawang putih
Air garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya
* Jika menggunakan kacang tanah masih ada kulit.  Rendam kacang tanah dengan air panas hingga kulit kacang kembang dan kupas bersih.
* Tumbuk bawang putih atau hiris dan gaul dengan kacang.
* Goreng dengan minyak penuh hingga kekuningan.  Sebelum diangkat titiskan air garam.
* Angkat, toskan minyak dan sejukkan.
* Simpan dalam bekas kedap udara.


Dah letak dalam botol kecil-kecil, senang jika nak makan atau nak bawa ke mana-mana. Nak ke mana lah musim-musim covid-19 ni, maksud saya ketika nak makan tu ambil lah seorang sebalang jangan gaduh-gaduh.

Sudah mengunyah tak pandai berenti lah pula, rasa-rasa kalau nak jual ada orang yang nak beli tak.
Wassalam.