Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, 23 March 2020

Pinggan Mangkuk Cantik


Assalamm....
Mari cuci mata tengok pinggan cantik, bukan kedai pinggan saya, saya tolong share kan saja mana tau ada yang minat nak guna pinggan-pinggan cantik macam ini.  Ada satu kedai yang kami pergi, agak murah tapi bercampur dengan yang sudah digunkan.  Yang ini semua pinggan baru 1st hand kalau anda beli.
 

Orang kata kalau tak pandai masak pun, jika hidang makanan dalam pinggan cantik akan menarik selera orang nak menjamah.  Manakala jika anda yang memang otai memasak mesti lagi wow ahli keluarga nak makan.


Bentuk pinggan hidangan sekarang pun dah moden bukan bulat dan bujur saja macam dulo-dulo.  Ada yang guna pinggan ikut fung sui ker? tu kena rujuk yang pakar lah.  Muslim boleh guna asal kan selamat digunakan, dibuat dari bahan-bahan yang suci bersih, corak dan bentuk tiada unsur-unsur syubhah.


Ikut hati nak angkut lah sebiji dua, tapi sempat juga lah azan dalam hati kan "man sabara zhafira", jadi acara tengok-tengok saja lah petang tu. 

Lokasi tepat kedai tu berdekatan dengan Pasar Seni (Central Market), belakang monumen wau tu.  Kedai pertama tepi jalan, tak ingat nama kedainya apa.
Wassalam.

Monday, 29 April 2019

Lao Mandre: Brunch Dim Sum @ Aroma Cafe, PAUM

Assalam...
Satu hari sabtu, hari bekerja tapi kena temankan orang pergi sini jumpa client dia.  Dah alang-alang kami datang satu rombongan pagi tu, then boleh lah brunch sekali makan dim sum di Aroma Cafe yang terletak di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM).  Yang datang pula kaki tangan suka makan, memang order banyak giler, sampai manager di situ macam tak percaya yang kami order tu boleh habis kesemuanya?


Makan tengah happy, semua selamat masuk ke dalam perut kami 4 orang.  Kalau tak tahu nak pilih dim sum mana yang sedap, minta jer advice daripada pekerja di situ mereka boleh tolong rekomen kan.  Pilihan kombinasi dim sum ada pelbagai seafood, ayam, sayuran, steam, goreng, berkuah dan yang kering.  


Hor fun hari tu order 2 jenis, yang inti scallop dan udang.


Fried carrot cake, sedap juga yang ini jangan terkeliru dengan char koay teow ya.


Tak ingat yang nie nama dia apa, ada telur masin dalam tu.


Erm kaki ayam pun mereka nak rasa.  Sedap tau bagi yang suka makan.


Ini kunjungan hari lain pula dengan bff yang lama tak jumpa.  Nasi bojari pilihan en.Abe, biasalah dia kena ada nasi dan ayam, ini antara menu high recommendation daripada chef.


Ada yang rindu dengan char koay teow, katanya di tempatnya ada jual, nama pun sama tapi taste bagai langit dengan bumi.  Char koay Teow Aroma Cafe by Eden yang paling sedap katanya. 


Dry wantan ini pun sedap, ada 2 jenis yang disediakan di Aroma Cafe dalam bentuk kering begini dan wantan sup.


Curros tak pernah cukup dengan satu pinggan, order lagi pinggan kedua sebagai penutup makan-makan hunjung minggu hari tu.

Tahun nie, mereka akan adakan buffet ramadhan juga seperti tahun-tahun lepas.  Sudah tentu menu dim sum ada disediakan di buffet ramadhan Aroma Cafe sepanjang bulan puasa ini.
Wassalam.

Sunday, 1 April 2018

Aroma Cafe @ Paum Club House


Assalam...
Lewat petang pergi sini last week sebab ada kerja sikit.  Hari tu macam kena balik lewat jer, mesti tak sempat balik untuk berbuka puasa di rumah petang nie.  Jadi kena guna fikiran yang bijak, order sajalah dari sini (takut kena cop macam si bodoh mati kelaparan dalam kilang roti) hehehe. 


Sebelum mulakan kerja, kita buat order dulu dan minta mereka sediakan dekat-dekat nak masuk waktu nanti.  Order untuk 2 orang dulu, kemudian baru tambah jika tak cukup.  Nak try signature dish Aroma Cafe @ Paum Clubhouse, Damansara.


Royal oxtail asam pedas.


Asam pedas ekor yang pekat dan menyengat.


Balinese grilled chicken, menu nie ala-ala fusion asian dan western.  Mantap rasa saucenya.


Churros with salted caramel, makan yang ini saja pun dah cukup untuk berbuka puasa.  Tapi ada ketika perut lapar semua rasa nak try, jadi order lah yang lain juga.


Oops! putu bambu, takde dijual kat sini.  Ini kawan bagi untuk buka puasa tadi (dah buat silap bawa masuk makanan dari luar nie).  Ampun bosss.


Ini menu dia, banyak yang you all boleh pilih selain menu yang kami try kat atas tu.


Harga pun berpatutan kan, jangalah compare dengan harga makanan yang dijual 10,  20 tahun lalu.


Yang special kat sini sebab ada dim sum.  Chef mereka buat sendiri, tentu lah fresh kan.


Cuma tak dapat nak rasa petang tu sebab waktu hidangan untuk dim sum hanya jam 10 pagi hingga 4.30 petang.  Kena datang sebelah pagi atau siang kalau nak rasa dim sum di Aroma Cafe.



Promo buffet ramadhan mereka pun dah keluar, tu macam kat bawah tu.  Nak murah meriah beli ketika promosi early bird, sebab walaupun harganya murah, kuantiti dan jenis makanan yang dihidangkan tak berkurang.  Bagus untuk group booking atau untuk family yang ramai.


Rezeki saya petang tu, ada orang bayarkan semua makanan yang saya order tu.  So tak tahulah total kerosakan hari tu.  Terima kasih daun keladi, moga tambah murah rejeki orang tu.
Wassalam.

Wednesday, 24 January 2018

Lao Mandre: Nasi Lemak Tanglin


Assalam...
Nasi lemak sejak 1948 di Kuala Lumpur dan menggunakan resepi original hingga kini.  Tagline bagi nasi lemak Tanglin, jika sejak 1948, memang lama kan.  Mungkin antara nasi lemak tertua yang ada brand di negara kita ini.  Moyang atau tok nek kita masak untuk family memang yang lebih lama cuma tak dikomersialkan.  Wujud sebelum merdeka, bukan saya jer yang belum lahir, agaknya ramai yang mak bapak pun tak lahir lagi masa tu.  


Kami pergi gerai di Food Court Tanglin yang terletak di Jalan Cenderawasih KL, dekat-dekat dengan Jalan Tanglin tempat mula-mula nasi lemak ini dijual.  Kawasan sekitar tu adalah tempat rekreasi dan tumpuan pelancong, Taman Burung, Taman Botani, Taman Orkid, Tugu Negara, muzium dan banyak lagi.  Lepas berolaraga, datang pekena nasi lemak memang best.


Pernah rasa nasi lemak ini, kawan yang tapau dari rumah kenamaan, dari situ lah tahu yang nasi lemak ini ramai penggemarnya dari golongan bawahan hingga lah orang atasan.  Ada beberapa outlet kalau nak cari nasi lemak tanglin ni, boleh berkunjung ke restoran mereka di TTDI dan Bangsar. 


Sedar diri kita insan marhain, jadi kita pergilah makan di gerai.  Sesuai sangat lah tu.  Sebenarnya sebab kami ada urusan jalan-jalan area tu di awal pagi, maka singgah lah sarapan nasi lemak tanglin di Jalan Cenderawasi ini.


Hahaha, ini ke pinggan nasi lemak insan marhain?  macam tak sedar diri je kan.  Kata nak makan puas-puas, tu yang nak rasa lauk utamanya, sebab lepas tu kena ikat perut balik.  Tiga set nasi lemak dengan jumlah kerosakan sebanyak RM30.00.  Tolong jangan fikir ini cerita nasi lemak 20 sen yek, sekarang dah tahun 2018 bukan tahun 1948 lagi. 


Hari kami pergi nie, hujung minggu dan macam ada cuti panjang waktu tu.  Ramai je yang datang awal nak menikmati nasi lemak sebelum gerai buka pada jam 7.00 pagi.  Masa dapat nasi lemak masing-masing pun, kena tunggu seketika baru mereka dapat hidangkan air.   


Lepas makan kita chow lah, nak pergi buat urusan lain pulak.  Lain kali boleh datang lagi bawa kawan-kawan.
Wassalam.

Thursday, 7 September 2017

CAPSULE, By Container Hotel


Assalam...
Bagi yang menunggu penerbangan atau transit untuk penerbangan seterusnya di KLIA 2, boleh cuba untuk menyewa Capsule.  Terdapat 2 jenis capsule yang ditawarkan untuk single dan queen (family).  Dapatlah melelapkan mata dengan nyaman dan sejahtera, berbanding hendak menunggu dan tidur di atas kerusi kan.


Lokasinya di level satu, sama level dengan hub pengangkutan awam untuk menaiki bas skyliner, teksi atau bas antara bandar.


Ruang dalam capsule yang sempat saya capture ketika itu.  Sebab nak cepat takde lah pergi masuk sampai ke dalam.


Staff yang bertugas ada bagi leafleat tentang Capsule hari tu.  Ketika itu ada promosi hanya bayar harga untuk 3 jam dan 3 jam lagi adalah free.


Harga promosi tu hanya untuk walk in customer sahaja, dan waktu check in antara jam 8 pagi hingga 4 petang.  Booking awal untuk harga promosi tidak boleh diguna pakai ya.


Locker penyimpanan bagasi disediakan untuk para tetamu yang telah menempah.  Keselamatan barang tak perlu risau, ditempatkan dalam sangkar begitu, tiada siapa yang berani kacau.


Dengan adanya kemudahan begini dengan harga yang berpatutan sedikit sebanyak memudahkan orang ramai untuk berehat dan caj semua energy untuk perjalanan seterusnya.
Wassalam.

Sunday, 8 May 2016

Big Breakfast @ Mak Jah Corner Ampang

Assalam...
Kuih mana? kuih mak jah... siapa mak jah tu, mak jah ampang, siapalah mak jah ini, semua orang kenal bila sebut kuih mak jah.  Sanggup pergi sampai ampang nak cari kuih mak jah, tu bos kamilah, selalu kami cukai dulu sekeping dua.  Dah  berapa kali juga nak pergi sini dengan kawan-kawan tapi takde rezeki.  Kebetulan hari itu kami ada aktiviti pagi ahad dekat-dekat situ, maka jadilah walaupun waktu sarapan dah masuk waktu makan tengah hari.


Konsep layan diri, air je pembantu datang ambil order.  Soalan kami pada pembantu yang datang ambil order, mana satu mak jah?.  Oh mak jah takde kat kedai, dia kurang sihat.  Terlepas peluang nak berkenalan.

Nasi lemak pilihan en.Abe, masa kami sampai dah tengahari jadi makanan dan lauk pun dah tinggal sedikit.


Sumandak pilih makan mee rebus.


Tamak kan kita orang ambil kuih, bingka ubi, bingka pisang, serimuka pulut hitam dan talam keladi.  Setiap jenis kuih 3 biji, konon seorang sebiji.  Kuih bingka pisang tu kuih kegemaran big boss tak dilupakan.


Kuih tepung gomak, keria dan ulat bulu.  Kuih ulat bulu tu memang jarang jumpa, ada yang kata kuih orang kelantan.
 

Kuih tepung pelita, yang sangat sedap.  Sebab rambang mata sangat ambil kuih, dapat makan beberapa keping saja.  Yang lain tapau bawa balik, sampai dinner makan kuih mak jah.
 

Harga makanan, mahal ke murah?.  Kalau sedap tak kisah pasal harga sebab ada tempat harga tak sepadan dengan rasa makanan.  Tapi tempat ini ramai orang kenal dan menjadi tempat pilihan orang-orang besar mahupun chef-chef terkenal datang makan.


Masa pergi makan ini, dah agak lama jugak...tapi cubalah contact kalau ada siapa-siapa nak cari kerja atau nak order kuih.
Wassalam.