Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Tuesday, 31 March 2020

Daging Goreng Kelantan, Resepi MIL

Assalam...
Hari ini lengkap sudah 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-1) ekoran pendamik covid-19 yang mengila seluruh dunia.  Sepatutnya esok kita semua dah kembali bertugas, anak-anak ke sekolah.  Tapi nampaknya PKP dilanjutkan lagi selama 14 hari hingga 14 April ni.  Jadi teruslah kita duduk diam-diam di rumah, teruskan menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga dan teruskan berdoa semoga diri kita, keluarga, manusia dan negara dilindungi Allah SWT.  Harapnya PKP ke-2 ini tidak akan dilanjutkan ke PKP seterusnya. 



Ini adalah siri main masak-masak dengan MIL, belajar sediakan daging goreng.  Memang daging goreng dengan orang Kelantan berpisah tiada, walaupun guna bahan yang simple tetapi rasanya tetap sedap.  MIL selalu masak daging goreng menggunakan daging fresh tak guna yang frozen, musim raya memang selalu lah menu ini disediakan.


Daging Goreng Kelantan
Sumber: Che Bedah

Bahan-bahan
1/2 kg daging batang pinang
2 inc. halia - ketuk
5 ulas bawang putih - ketuk
1 ulas bawang besar
Serbuk kunyit secukupnya
1 biji cili merah - hiris
5 biji cili padi - ketuk
Garam dan serbuk perasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara Penyediaannya.
* Potong daging mengikut urat dan memanjang.
* Rebus daging bersama halia yang diketuk dan serbuk kunyit.  Rebus hingga empuk dan air kering.
* Bila dah empuk dan air kering, masukkan sedikit minyak.
* Goreng daging dan tambah bawang besar, cili hiris dan perasakan.
* Sesuaikan rasanya dan bila bawang layu, boleh tutupkan api.
* Hidangkan.

Bagi mereka yang ada penyakit kronik tu dinasihatkan kurangkan pengambilan menu daging, sesekali boleh lah kan nak sediakan menu ini.  Ada yang kata buat syarat atau buat ubat, sendiri kena ingatlah ya.

Mari kita terus berdoa moga covid-19 cepat berlalu;
 
Wassalam.

Thursday, 21 November 2019

Asam Pedas Tulang Rusuk

Assalam....
Asam pedas tulang rusuk, rasa kecur lagi bila ingat keenakan rasanya yang sangat sedap.  Sangat sedap pada lidah kami berdua.  Entri kepam sebenarnya nie, tulang rusuk tu dapat daripada pemberian daging korban di kampung.  Masing-masing ambil bahagian daging saja ketika ayah suruh ambil seorang sikit.  Bila anak-anak semua dah balik ke bandar, tinggal berdua nak makan banyak mana sangat sebab itu daging hasil pemberian orang kampung dibagi-bagi pula pada anak-anaknya, kami pilih bahagian tulang rusuk nie.


Bila cerita pasal tulang, awal-awal yang terbayang adalah menu sup tulang rusuk atau pun singgang saja.  Tapi en.Abe, kalau masak sup dia kurang sikit nak makan, singgang pula selalu kalau masak sendiri tak dapat rasa yang diingini, jadi simpan dulu lah dalam frezeer.  Sampailah satu hari balik kerja dia kata nak makan asam pedas, agaknya tak puas lagi makan asam pedas kepala ikan hari tu.  Lebihan paste asam pedas buat hari tu adalah lagi, tak jadi masalah, campurkan saja dengan tulang rusuk dalam periuk tekanan, set HP 30 minit dah settled satu perkara.


Asam Pedas Tulang Rusuk
Sumber:  Mulia

Bahan-bahan
1kg tulang rusuk
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
5 tangkai cili kering* (atau guna cili kisar)
2 batang serai - titk
1 batang bunga kantan - belah dua
2 tangkai daun kesom
2 biiji tomato - potong empat
Sedikit air asam jawa / 1 keping asam gelugor
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan perasa secukupnya



Cara Penyediaannya
* Rebus tulang rusuk hingga empuk.  Jika guna pressure cooker tak perlu rebus dahulu, HP lebih kurang 30 minit saja.
* Blend bahan bertanda '*'
* Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau.  Masukkan pula cili kisar, tumis hingga naik minyak (cili masak).  Masukkan gula, garam, air asam jawa atau asam keping, daun kesom dan bunga kantan. 
* Masukkan tulang yang telah direbus tadi bersama air daging.  Masak hingga empuk dan masukkan tomato.
*  Sesuaikan rasa dan boleh lah tutup api.  Sedia untuk di hidang.
*  Jika guna periuk tekanan, selepas tumis paste, masukkan tulang rusuk, gula, garam, bunga kantan, daun kesom dan air dan setkan HP 30 minit.
* Release wap atau tunggu lebih kurang 10 minit baru releaskan wap.  Buka penutup dan sesuaikan rasanya.  30Hp daging pada tulang dah cukup empuk dan tertanggal.  Siap untuk dihidangkan.

Bagi saya bila dapat makan lauk gini, dah kira makan besar.  Buat satu lauk dah mencukupi, atau buat tambahan satu menu sayur.  Kalau pelbagai sangat memang tak tersentuh nanti.  Orang biasa hidup susah gitulah tak reti nak makan lauk pelbagai jenis penuh meja. 
Wassalam.

Thursday, 29 August 2019

Resepi Rendang Daging Terbaik by Chef Nasa

Assalam...
Saya bukan penggemar rendang, cuma ada setengah-tengah rendang yang saya suka rasanya yang saya makan. Itupun setakat portion kecil, tak sama dengan makanan lain bila suka memang makan sepuas hati.  Lagi satu sebab kurangnya minat nak makan pulut, tu juga sebab kurang nak ambil rendang sebab rendang nie, nak makan padanan yang terbaik adalah makanan yang berunsurkan pulut, lemang, ketupat, pulut kuning atau lepat.  Jika hari raya, tetap sediakan rendang tapi saya akan pilih menu yang lain dan rendang tu tak terusik lah jawapnya.  Sukar saya nak mengambarkan rasa rendang yang saya suka, sama ada rendang tu rendang minang, rendang melayu atau rendang tok.  Tapi yang saya pasti rendang yang saya suka yang ada rasa daun limau.

Raya puasa lepas, saya makan sedikit rendang yang di sediakan oleh en.Abe, kali ini tersuka pula dengan rasa rendang daging tu.  Tak tahu apa beza bahan-bahan dengan rendang-rendang yang dia sediakan sebelum ini, sebab rasanya berbeza sangat dan jadi suka nak makan.  Saya cakap ini baru rasa rendang, ke saya yang buta ek.  Tak suka makan rendang tiba-tiba nak komen mana rendang sedap dan mana yang tak.  Walaupun tak suka makan kena ambil tahu juga, dan saya dah salinkan resepi rendang macam kat bawah nie.


Rendang Daging
Sumber: Chef Nasa


Bahan-bahan
1kg daging- hiris tebal
500gm bawang merah*
8 ulas bawang putih*
200gm cili giling (tambah jika suka pedas)
500ml santan pekat
200gm kerisik
1 inc. halia*
1 inc. lengkuas*
200gm kunyit hidup*
8 batang serai*
6 helai daun limau purut - hiris
2 helai daun kunyit - hiris
Sedikit gula merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Penyediaannya
* Blend halus bahan bertanda "*".
* Tumis bahan blend hingga naik minyak, masukkan cili giling tumis lagi hingga cili masak.
* Masukkan daging, reneh hingga daging empuk (Nak singkatkan penyediaan rendang, daging direbus terlebih dahulu hingga empuk dalam pressure cooker, potong daging selepas direbus).
* Masukkan daun limau purut, daun kunyit, garam, gula merah dan serbuk perasa.
* Masukkan santan dan kerisik.  Masak lagi dengan api perlahan hingga pekat dan berminyak.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.
* Hidangkan bersama lemang, ketupat atau nasi pilihan.
Penggemar rendang boleh cuba lah resepi ini, memang terbaik hasilnya.  Paste rendah tu klau buat banyak boleh frozenkan bila-bila nak merendang tinggal campur dengan bahan yang kita nak, daging, ayam atau kerang
Wassalam.

Sunday, 30 December 2018

Sup Tulang ala Vietnam Pho

Assalam...
Cerita agak lama, bila pula masa yang ada tulang gear box di dalam stok? mestilah masa raya haji kan.  Banyak yang buat korban, dapatlah seorang sikit tak daging tulang pun jadilah.  Ini sepupu yang bagi, dia dapat banyak tulang gear box almaklum jadi penolong tukang lapah selama 3 hari pada hari raya korban.


En.Abe yang masak sup ini, tengok bawang grill tu, tak dibuang kulit pun.  Tapi cuci tu off course lah kan.  Sebab dah bagi kepercayaan untuk dia masak, so kita diamkan ajelah.  Tunggu saja lah hasilnya.  Masak guna cik noxxa jer sebab tak larat tunggu berejam atas dapur biasa. 


Sup Tulang ala Vietnam Pho
Sumber: en.Abe

Bahan-bahan
3 ketul tulang gear box
2 biji bawang hollad- belah dua
2 biji bawang putih- belah dua
1 ketul halia - hiris kasar
1 pkt kecil rempah sup
1 pkt sup bunjut
Cili padi ketuk - optional
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis
Sambal kicap (opstional)



Cara Penyediaannya
* Grill bawang holland, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan campur rempah sup dan sedikit air.
* Masukkan tulang gear box, air, sup bunjut, sedikit daun sup, daun bawang dan rempah bawang grill tadi dalm periuk noxxa.
* Set high pressure selama 20 minit, dah siap release wap steam.  
* Tambahkan garam dan serbuk perasa.  Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.  Setting periuk ke stir fry atau steam untuk teruskan memasak atau untuk panaskan sup.
* Tambahkan bawang goreng.
* Hidangkan bersama sambal kicap dan hirisan limau kasturi.

Makan ini kena sediakan straw jika hendak menghirup sum-sum tulang gear box.  Jika bacaan kalestrol anda bertambah lepas makan sup begini, jangan salahkan saya tau.  Sesekali layan selera boleh saja jika tidak memudaratkan.
Wassalam.

Friday, 30 November 2018

Sambal Goreng Kambing (Goreng-Goreng)

Assalam...
Menu goreng-goreng merupakan menu lama yang juga hampir dilupakan oleh generasi Bugis masa kini.  Menu ini boleh dibuat dengan menggunakan daging lembu (sapi), kambing, kerbau atau kuda.  Manakala bahagian daging yang digunakan adalah daging yang kasar, liat atau yang banyak urat.  Goreng-goreng yang dalam gambar adalah daripada daging kambing dan dibuat secara ringkas tanpa menambah suhun dan ubi keledek goreng.  Walaupun ringkas tapi rasanya tetap urmp!


Goreng-goreng Kambing
Sumber: Tante Suma

Bahan-bahan
1 kg daging kambing - potong dadu dan rebus hingga empuk
200 gm kacang tanah - goreng
50 gm suhun - goreng
3 biji ubi keledek - hiris nipis dan memanjang serta goreng
Minyak untuk menumis 
Kicap manis secukupnya
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu serbuk ketumbar
Garam, gula dan perisa secukupnya
  
Bahan Blend
2 inci lengkuas
10 batang serai
1 labu bawang Putih
10 biji bawang merah
2 inci halia
5 biji cili besar (merah)




Cara Penyediaannya
* Tumis bahan blend hingga wangi, masukkan serbuk ketumbar dan lada sulah.
* Masukkan minyak ke dalam daging yang telah direbus hingga kering airnya dan empuk.
* Tambahkan bahan bumbu tumis, garam, gula, kicap dan kacau rata.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.
* Campurkan dengan kacang tanah goreng, suhun, keledek goreng dan gaul rata.

Nasi dah terhidang, jom kita makan tapi kena duduk bersila dan makan guna tangan ya.  Bismillahhirahmani rahim..
Wassalm.

Friday, 24 August 2018

Rendang Nasib, Kekasih Paksa Rela

Assalam....
Saya tak berapa minat makan rendang, tapi tu bukan alasan supaya tidak perlu memasak rendang.  Kadang masak jer tetapi agak jarang sebab keluarga belah saya jarang yang makan daging atau kambing.  Hari tu yang ikut cerita drama di TV, pastu berminat pulak nak tahu resepi rendang yang pelakon utama dia minat makan (kisah dalam drama tu lah).  Rendang nasib namanya, rendang yang tidak guna daging tetapi campuran organ dalaman lembu.  Tapi yang saya buat ini derhaka sikit pada resepi, saya campurkan sedikit daging dan tambahkan kicap manis untuk bagi warna rendang itu gelap.  Terima lah Rendang Nasib Kekasih Paksa Rela, gigih saya google resepi sebab nak sangat tahu bagaimana rasa rendang ni.  Seperti biasa, syok sendiri memang sedap pada saya dan untuk pertama kalinya saya makan rendang dengan banyaknya.


Rendang Nasib (Kekasih Paksa Rela)
Sumber: Majalah Rasa


Bahan-bahan
1 kg campuran daging, limpa, hati, paru dan jantung lembu (rebus hingga mendidih, potong kecil dan basuh sekali lagi untuk membuang warna gelap pada bahan tersebut).
10 biji cili kering*
15 biji cili padi*
1 inc. halia*
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
5 batang serai*
2 inc. lengkuas*
3 sudu serbuk sup Adabi
2 sudu kerisik
1/2 cawan kicap manis (saya tambah nak bagi warna rendang gelap)
1kg santan pekat
1/2 cawan minyak
Daun kunyit
Garam dan serbuk perasa



Cara Penyediaan
* Blend halus bahan bertanda "*".
* Tumis bahan yang diblend sehingga wangi.
* Masukkan bahan dalaman lembu dan juga santan.
* Masak hingga pekat, masukkan kerisik, daun kunyit dan gaul seketika.  Saya tambah kicap manis sebab nak bagi rendang nasib warna gelap.

* Hidangkan bersama nasi, lemang atau ketupat.


Iye semua tu saya yang habiskan dan selepas itu ada tambahan lagi, jangan tak tahu.  Selamat hari raya Aidil Adha dan selamat menambah lemak.

Daging korban dan tulang pemberian ajk surau dan sepupu masih belum terusik.  Tunggu lah dulu, kemudian-kemudian baru masak.  Nasib lah cerita yang tak kata haram menyimpan daging korban 3 hari itu adalah fakta yang telah dimansuhkan, sudah tidak terpakai.  Siapalah suka korek cerita yang boleh kelirukan umat nie?
Wassalam.

Tuesday, 1 November 2016

Rendang Daging Klasik...


Assalam...
Yang ini entah tahun bila punya lauk raya dah tak ingat, tapi yang pasti ini adalah raya yang di kotaraya, masa yang tak balik kampung.  Beraya di rumah sendiri itu yang suka hati nak tentukan menu sendiri.  Begitulah kalau raya setiap tahun mesti tak sama tempat sampai menu boleh lupa, banyak sangat kampung yang kena rotate.

Sebenarnya nak juga merasa suasana raya di kampung itu yang pulun merendang.  Sebab kurang mahir maka kita godek-godek blog tukang masak sohor Che Mat Gebu, ada banyak versi rendang kat blog beliau, pilih lah yang mana suka.  Terbekenan dengan rendang daging klasik ini, maka kita copy paste resepi dan tips yang pakar kat sini.  Minta halal ye Che Mat..




Rendang Daging Klasik
Sumber: Che mat Gebu


Bahan-bahannya
2kg daging lembu pejal, dipotong kiub, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kunyit hiris halus
2 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun limau purut
2 liter santan (dari 3 biji kelapa)
Air panas secukupnya
5 camca penuh kerisik
4 camca besar rempah kari daging Baba's
1 senduk nasi cili kisar
3 keping asam gelugor
2 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa


Bahan-bahan Kisar Halus
2 biji bawang besar,
18 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi
12 batang serai, hiris halus 

Bahan Tumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus


Cara Penyediaannya
* Satukan bahan kisar halus bersama kari, kacau rata hingga sebati.  Ketepikan.
*  Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.  Masukkan rempah kari dan bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
*  Masukkan daging dan kacau rata.  Masak hingga daging kecut, Tuang Santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat.  Masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik, asam gelugor dan daun limau purut.  
*  Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering.  Kalau masa ini daging masih keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak guna api kecil.
*  Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam.  Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap.
*  Masukkan hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi.  Rasa dan jika ok boleh matikan api.
* Hidangkan bersama ketupat, lemang, nasi dan sebagainya.

Tips Dari Che Mat Gebu:-
- Jangan letak garam banyak-banyak, dikhuatiri daging akan lambat empuk dan rendang akan jadi masin bila ia kering nanti.  
- Satu lagi tips yang Che Mat selalu buat, untuk memastikan rendang anda tahan lama, bekas yang anda guna untuk menyimpan rendang harus kering, bersih dan jika menggunakan periuk, panaskan sekejap periuk tadi, kemudian masukkan rendang.  
- Jangan tutup rapat periuk berisi daging rendang panas, biarkan ia renggang sedikit, ini untuk menggelakkan wap air yang terkumpul akan masuk kembali dan rendang anda dan menyebabkan ia cepat basi.  Senduk yang anda guna pun harus kering dan bersih....



Tak pandai bukan alasan kan, belambak rujukan kat web.  Cuba dulu, tak cuba tak tahu hasilnya macamana.
Wassalam.

Hati Lembu Goreng Berjintan


Assalam..
Resepi bagi mereka yang makan organ dalaman seperti hati, limpa, perut, paru, pedal dan seangkatan dengannya.  Bagi yang tak makan tu duduk diam-diam jangan kecam ok.  Citarasa masing-masing.  Pada yagn suka sangat tu, boleh makan tapi jangan selalu dan memang bagus pun bagi mereka yang tak makan organ dalaman ini (full mark).



Sukatan resepi itu untuk portion yang sikit, jadi pandai-pandailah adjust ya  kalau nak buat banyak.  Tidak suka dengan hati lembu boleh lah tukar dengan hati ayam.  Janji hati mau ada.  Kalau tukar buat pedal jangan lupa tajuk pun tukar yek.



Hati Lembu goreng Berjintan
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
150gm hati lembu (boleh ganti dengan hati ayam)
1 sudu teh jintan manis
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit garam
Sedikit minyak


Cara Penyediaannya
* Rebus hati lembu terlebih dahulu.
* Tumbuk lumat semua bahan bertanda "*".
* Gaulkan hati lembu yang telah dipotong kecil bersama bahan tumbuk.
* Panaskan minyak dan goreng hati.  Masukkan sedikit air jika perlu.
*  Saya tambah beberapa biji cili padi sebab suka yang pedas.
*  Bila masak boleh lah dihidang.





Nota- pernah dimasak dan disajikan kepada pemeriksa ketika peperiksaan kelas SRT dulu.
Wassalam.