Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Tuesday, 1 August 2023

Mee Suah Sup Style Indragiri Riau

Assalamm...

Punya jiran baik satu rezeki lagi nikmat kalau selalu hulurkan makanan pada kita kan.  Orang baik kita pun kena lah berbahasa, hormat dan jika mampu cuba balas kebaikan jiran kita itu.  Pertama kali jiran bagi saya rasa makan mee suah sup begini terus suka, dia kata ini makanan biasa orang kampung dia di Riau Indonesia.  Pernah makan mee suah goreng chinese style sebelum ini, suka juga tapi klau dapat yang sup begini bertambah tambah suka lah.

Mee suah dari gambar google, ada beberapa brand lagi, mudah dapat dekat pasaraya.  Jiran saya kata lebih sedap guna yang mee suah halus.  Bahan-bahan nak buatnya sedikit dan masa penyediaan yang singkat.

Buatkan bawang goreng homemade begini memang sentiasa yang terbaik berbanding menggunakan bawang goreng segera.

Selalu dia hulur semangkuk yang dah siap masak, tapi hari itu kita pesan lain kali nak masak panggil sebab nak tengok cara buatnya.  Senang sangat cik katanya tak perlu resepi lah.

Mee Suah Sup Indragiri Riau Style
Sumber: Sri Wahyuni
 
Bahan-bahan;
1 bungkus mee suah
1 gengam udang geragau
2 sudu cili boh
5 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun sup - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
Minyak untuk menumis
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk perasa
Air secukupnya (lebih kurang 2 liter)

Cara Penyediaannya;
* Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih.
* Jerang 2 liter air dalam periuk.
* Tumis cili boh guna bekas minyak buat bawang gorng tadi, masukkan udang geragau.  Goreng hingga sedikit garing.
* Tuang tumisan ke dalam periuk air mendidih.
* Masukkan garam, serbuk lada sulah dan perasa.
* Masukkan mee suah, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.
* Hidangkan ketika sup panas.

Makan bersama bakso goreng atau bakwan macamni lagi mantul katanya.

Nyaman, lepas dapat semangkuk mee suah sup begini.  Jiran baik membawa berkat.
Wassalam.

Saturday, 4 April 2020

Mee Kari

Assalamm...
Suatu petang, bergegas balik kerja sebab nak realisasikan misi buat mee kari pada yang buat permintaan.  Setiap masa asyik di dendang tepi telinga nak makan mee kari hasil dari air tangan kita.  Ingatkan dah bawa ke restoran mahal makan mee kari boleh diam, diam lah sekejap, lepas minta lagi.  Rasa memang tak boleh tahan naik menanah teliga mendengarnya, tak boleh jadi kena tunaikan juga. 


Bukan terpaksa tau, ini ikhlas nak buat yang sebaik mungkin dan misi mencari resepi yang dirasakan sesuai pun berjalan sambil mencatat bahan yang kena beli kejap lagi.  Untunglah supermarket orang kaya tu dekat dengan rumah, yang berlobang poket saya lah sekali beli bahan untuk buat mee kari ini lebih 50 hengget.  Mula-mula kira bajet kurang dari rm50 sebab conggak banyak bahan mentah lain ada kat umah, masa nak bayar over pula daaa, iyelah harga bahan mentah pun bukan makin turun kan.


Mee Kari
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 peket kecil Mee / bihun - celur sekejap
1 ekor rangka ayam or 1/2 ekor ayam
200gm isi udang / ketam
200gm isi kerang
1 peket kecil fish cake
1 peket kecil fish ball
1 peket kecil tau pok (tahu goreng)
1 paket kecil rempah kari ikan
1 paket kecil rempah kari daging
1/2 paket kecil rempah kurma
4 sekawan (sedikit setiap jenis)
1 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah - hiris
2 sudu cili giling*
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Air secukupnya (2 liter)
Garam dan gula secukupnya
1 kotak kecil santan
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan Sayuran
2 batang sayur sawi*
Taugeh*
2 biji telur rebus - belah 2
3 urat kacang panjang*
1 biji cili merah / hijau- hiris
2 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng
Secukupnya daun sup / daun bawang- hiris


Cara Penyediaannya.
* Celur sayur bertanda '*'.
* Blend bahan bertanda hingga halus.  
* Campurkan semua serbuk kari dan bancuh dengan sedikit air hingga jadi paste.
* Panaskan minyak dan tumis bawang hiris bersama, daun kari dan 4 sekawan.
* Masukkan cili giling tumis hingga kering dan masukkan bahan blend. Tumis hingga naik minyak.
* Masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga wangi.
* Masukkan air, rangka ayam dan udang, renehkan hingga ayam masak.
* Masukkan santan, garam, gula dan serbuk perasa. Didihkan sekejap dan masukkan isi kerang, fish ball, fish cake dan taupok.
* Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
* Hidangkan.  Letakkkan mee bersama serba sedikit bahan sayuran dan siramkan kuah keatasnya.

Dia minta buatkan mee kari satu mangkuk jer, sekali makan, tak perlu banyak-banyak.  Tapi bahan dia pun memang dah banyak, letak serba sedikit pun banyak juga.  Tak kan nak hidang kuah dan mee saja saya kata, sebab dia tahu feel saya yang suka alang-alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan.  Buat sehabis complete yang boleh, dan terpaksa lah dia hadap mee kari tu dari pagi sampai ke malam selama 3 hari 3 malam.  Bukan mendera ya, sebab rasa dia boleh masuk lah tu, tu yang dia dok ulang makan sampai habis.
Wassalam.

Sunday, 17 November 2019

Loa Mandre: Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Assalam...
Ini perjalanan balik dari utara hari tu, singgah sini sebab dah lama teringin nak ulang.  Dulu datang sini, kawan yang belanja makan.  Duk ralit menyembang, sampai lupa kena naik bas balik Penang jam berapa, lepas makan pecut lah kawan tu hantar kita ke stesen bas Kamunting, tapi tertinggal bas juga.  Nasib lah boleh tukar tiket tanpa dikenakan sebarang bayaran.  Tiba-tiba rindu Kak Long, kerja-kerja ralit ni memang jadi peel dia, saya terlepas bas tak apa lagi, murah jer tiket Penang ke Taiping tu, dia boleh tertinggal flight balik Sarawak, rilek jer.

Warung kecil yang dahulunya hanya beberapa meja dan kerusi, kini dah berkembang dan dapat menampung ramai pengunjung.


Walaupun masih konsep gerai, Mee Udang Mak Jah dah guna sistem order terkini tau.  Ada SST lagi.  sebab tu bila tengok harga makanan ada sen-sen kat belakang tu maksud harga makanan sudah termasuk cukai.

Pilihan dia kaoy teow udang, udang tu tersembunyi dibalik koay teow.  Kena korek baru nampak udang.


Ini pilihan saya, bihun udang.  Nampak tak banjir? banjirkan, banjir kuah, banjir udang.


Kakak jaga kaunter tu nampak sangat letih, kira duit dari pagi kot, maklum hari kami singgah tu hari cuti umum.  Ramai yang bertanya tentang barang-barang jualan yang diletak dekat kaunter, nampak kurang tenaga nak menjawap. 


Sebahagian pesanan pelanggan yang sedia untuk diagihkan.  Nasi goreng tu nampak macam kosong kan, udang semua tersembunyi dalam tu.

Jika ada rezeki singgah sini lagi, nak try kedai yang kat sebelah belakang pulak.  Nampak story orang upload gambar udang tu lagi dasyat, tapi selalu tutup cepat,  Buka dari pagi hingga petang jam 4 macam tu.
Wassalam.

Friday, 26 April 2019

Black Spaghetti ala Chef Nas

Assalam...
Suatu hari bff en.Abe bersama keluarga kecilnya datang dari kampung, singgah dan menginap di rumah.  Mereka saja-saja datang sebab nak bawa anak isteri berjalan-jalan.  Hari tu adalah hari bekerja tak dapatlah nak masak-masak beria-ia kan lagi pula nak keluar selepas magrib berjalan-jalan.  Mereka singgah sekejap saja dan keesokkan hari dah nak balik, sebagai alas perut petang tu en.Abe sediakan spaghetti.  Ala-ala nak buat spaghetti seafood aglio olio, tapi masukkan sekali dengan dakwat sotong, jadilah spaghetti hitam gitu.

Jamu lah mereka makan dengan si hitam ini, saya intai-intai air muka mereka makan.  Lalu ke tidak nak telan spaghetti hitam nie, Alhamdulillah berselera jer mereka makan.  Tapi mereka ini jenis tak makan banyak macam we all, makan jika bertambah pun buat syarat saja.  Memang boleh nampak jika saiz badan dijadikan perbandingan, mereka semua halus-halus.


Black Spaghetti
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
1 paket speghetti
500gm sotong (ambil dakwat sotong)
1 biji bawang holland*
1 labu bawang putih *
1 biji lada bangala hijau *
1 biji lada bangala merah*
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Cili padi - 
Sedikit oregano
Sedikit cili flake
Asparagus
Tomato cerry
Daun selasih
Minyak zaitun 
Garam dan serbuk perasa
Air secukupnya


Cara Penyediaannya
* Rebus spaghetti hingga ala dante (lembut tetapi masih kenyal-kenyal).  Letak beberapa titik minyak zaitun ketika merebus.  Lepas toskan spaghetti siram sedikit minyak zaitun lagi.
* Blend kasar (tanpa air) bahan bertanda '*'. 
* Tumis bahan blend tadi hingga naik bau.  Masukkan sotong dan dakwatnya sekali.
* Tambah air dan sayur, tunggu hingga mendidih kemudian masukkan spaghetti.
* Gaul dan tambahkan garam serta serbuk perasa. Angkat dan hidangkan.

Cik mimi ada bertanya ketika makan, memang selalu ker masak begini.  Alamak, nak jawap pun jadi serba.  Nak berterus terang ker tak ya, nak cakap sebenarnya nak buat spaghetti lain tapi hasilnya lain.  Mampu senyum saja tak perlu kata apa-apa.  Selang beberapa hari mereka balik, en.Abe dapat whatapp dari bff dia kat cik mimi nak resepi spaghetti hitam, so kita tepek sekali lah di sini.  Wassalam.

Tuesday, 28 August 2018

KARI LAKSA - NYONYA STYLE

Assalam...
Raya Idul Adha kami baru ini dapat buat kari laksa nyonya style yang dah lama diidamkan.  Nak buat saja-saja memang tak tahu entah bila, jadi menyambut raya dikota raya dijadikan sebagai alasan yang kukuh nak buat kari laksa sambil tu boleh jamu kawan-kawan yang tak balik kampung.  Ada yang tanya apa tu kari laksa, ala senang cerita untuk pause soalan cakap macam mee kari gitu lah.  Cara nak tahu beza antara mee kari dengan kari laksa, boleh guna konsep hanya jauhari yang mengenal manikam.


Agak terkilan juga sebab dah berlari ke 3 buah pasaraya nak beli taupok, tapi taupok tak ade kah kah kah.  Pasrah sajalah letak apa yang ada, resepi nak buatnya seperti di bawah.


Kari Laksa - Nyonya Style
Sumber: Chef Lum


Bahan-bahan Tumis
5 batang serai *
5 biji bawang besar*
10 biji bawang kecil*
1 pkt cili boh
1 pkt kecil serbuk jintan manis
1 pkt kecil serbuk ketumbar 
70gm serbuk kari ayam
2 tangkai daun kari
minyak untuk menumis.


Cara Penyediaannya
* Lumatkan bahan bertanda '*'.
* Tumiskan bahan lumat, cili boh dan serbuk rempah.
* Masukkan daun kari.  tumis hingga naik minyak dan wangi.


Bahan-bahan Sup
1 ekor ayam - rebus dan keluarkan isi ayam
3 liter air
500ml santan pekat
1 pkt taupok
1 pkt fish ball 
Garam
Gula
Serbuk perasa


Cara Penyediaannya
* Sediakan sup, rebus ayam hingga masak.
* Keluarkan bahagian isi dan asingkan.
* Campurkan bahan tumis ke dalam sup.
* Tambahkan santan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa pilihan.
* Masukkan taupok, fish ball, fish cake, teruskan merebus sup dan sesuaikan rasanya.
* Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama bahan pelengkap lainnya.


Bahan-bahan Pelengkap
Kacang panjang*
Taugeh
Isi ayam rebus
Isi kerang*
Sotong kembang*
Mee kuning*
Bihun*
Bawang goreng 
Daun bawang - hiris


Cara Penyediaanya
* Celur atau goreng seketika bahan bertanda "*".
* Carik-carikkan isi ayam yang telah direbus. 

* Hidangkan kari laksa.  Ambil sedikit mee dan bihun letakkan isi ayam, isi kerang, sotong kembang, taugeh dan kacang panjang.
*  Tuang sup keatas mee dan taburkan bawang goreng serta daun bawang hiris.
*  Tambahkan dengan sesudu kecil sambal sebagai penambah rasa.

Bahan-bahan Sambal
5 biji bawang putih
5 biji bawang kecil
2 sudu cili boh
5 biji cili padi blend - optional jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula Secukupnya
2 keping asam gelugor
Minyak untuk menumis 


Cara Penyediaannya.
* Tumis bawang putih, bawang kecil hingga kekuningan.
* Masukkan cili boh dan cili padi, tumis hingga naik minyak.  Masukkan asam keping.
*  Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. 
* Hidangkan bersama kari laksa.

Seronok si tukang masak sebab tetamu bagi feed back positif pasal kari laksa dia nie.  Yang mula-mula kata tak makan kari pun boleh terjatuh cinta dan suka dengan menu ini.
Wassalam.

Friday, 29 June 2018

Char Koay Teow

Assalam...
Beberapa kali terjumpa penggunaan istilah yang mengelirukan bila bercakap berkenaan char koay teow ini.  Yang dalam gambar tu, itulah char koay teow (Penang seafood char koay teow) yang paling famous ini terutama peniaga (hawker stall) Hokkien di Pulau Pinang.  Bila mai kat orang melayu pula, dipecahkan jadi dua kategori 'char' tu lain goreng tu lain.  Macam yang gambar ini dipanggilnya koay teow goreng, sementara char koay teow tu merujuk yang jenis cair (ada sedikit kuah).  Sedangkan kata 'char' tu sebenarnya bermaksud goreng, saya sendiri puan buatlah kesimpulan yang kering begini original chinese version char koay teow manakala yang cair itu malay version. Ok tak mau pening-pening, mana-mana yang mai pun makan saja, dua-dua pun saya suka.



Char Koay Teow (Penang Seafood Char Koay Teow)
Sumber:  Chef Lum


Bahan-bahan
100gm koay teow
2 sudu kicap CKT (char koay teow)
1 sudu cili boh - tambah jika suka pedas
Sedikit kucai 
Sedikit taugeh
1/2 sudu garlic cincang
1 biji telur
Isi udang
Isi kerang 
Fish ball / Fish Cake (jika suka)
Minyak untuk menumis
Hiasan - Cili jeruk, daun bawang. 


Cara Penyediaannya
* Panaskan minyak, masukkan garlic, telur dan cili boh.
*  Masukkan isi udang, kerang dan fish cake.
*  Tuangkan kicap ckt, masukkan koay teow.  Gaul sebati.
*  Masukkan kucai dan taugeh.  Gaul sekejap dan tutup api.
*  Hidangkan bersama cili jeruk atau cili kicap.

Char koay teow ini masak sekejap saja, guna api yang kuat tapi kena pandai kontrol jangan sampai hangit.  Nanti kita belajar sediakan kicap CKT dia pula ye, tengah ayat-ayat chef minta resepi.
Wassalam.

Wednesday, 7 February 2018

Lao mandre: Kungfu Ramen (Hand Pulled noodle)


Assalam...
Hari tu pernah cerita yang teringin nak makan mee tarik tapi malas nak pergi cari jauh-jauh.  Kawan saya ajak pergi giant KJ makan mee ramen katanya.  Dengar nama ramen ingatkan mee jepun ke apa, rupanya sama macam mee tarik juga (hand pulled noodle) cuma nama resto lain, tokeh lain kot, tak kisah lah tu, janji dapat makan mee yang di tarik-tarik nie.


Nampak sangat dah lama tak pergi giant KJ, dah lama tak beli barang dapur penuh trolley.  Sejak ekonomi meleset nie, isi poket pun dapat beli barang kat 99 jer sebab kedai 1M pun dah tutup lama tutup.  Lupakan lah pasal ekonomi tu, merudum ke rancak ke, tembolok tetap kena isi untuk kelangsungan hidup. 


Mari kita makan mee yang dikunfu oleh orang dalam cermin tu.  Macam senang jer dia hayun tepung tu, hayun mai hayun pi dah jadi tali kecil-kecil pastu lempar masuk dalam periuk air panas. 


Ini braised beef noodle soup special.  Yang best kat sini boleh buat pilihan mee nak guna daging, ayam atau kambing.  Kami pilih kambing sedap jugak.


Try mee yang goreng ini, tak ingat namanya sebab order main tunjuk-tunjuk jer gambar.


Kawan saya minta kami try dumpling ini, inti daging.


Cili ini yang paling sedap.  Pedas dia tak macam pedas cili padi tapi cukup buat kita nak terbersin dan tersedak.


Suka sangat makan dumpling letak sambal cili ini banyak-banyak.  Sadap sampai tersedak-sedak makcik, ini baru trill.


Alhamdulillah, kenyang.  Ada orang tanya mana sedap atau sama sedap dengan mee tarik warisan ker, bagi saya sama sedap.  Tapi my bff kata yang ini lagi sedap.  Selera masing-masing kan.


Selang beberapa hari kami ulang lagi makan kat sini.  Order semangkuk mee dan dumpling saja, lebih dari cukup untuk kami berdua.
Wassalam.

Thursday, 28 December 2017

Lao Mandre: Mee Tarik Warisan..


Assalam...
Selalu bila makan dekat mee tarik warisan, outlet Kl Sentral dulu (sekarang dah pindah) hanya makan mee yang berkuah.  Outlet situ dulu kecik je pilihan pun agak terhad.  Nampak sangat cerita ini dah lama, sebab masa pergi ini mek Dot yang ajak pergi makan di resto Mee Tarik Warisan di Kota Damansara.  Dia nak belanja adik kesayangan dia (Ana) sebelum dak Ana berenti kerja.  Untung lar nak bernti orang belanja makan, kalau macam tu nak berenti kerja lah sebulan sekali...hehehe.



Makan di restoran, pilihan menu dia banyak, bukan hanya mee tapi banyak dish lain yang boleh dipadankan dengan nasi.


Abang Hassan suka kalau you all pilih banyak-banyak menu kat mee tarik nie.  Tapi sendiri mau ingat, pilih ramai-ramai jangan bayar seorang-seorang, kecuali kalau orang tu niat memang nak belanja untuk semua.


Pilihan kami untuk makan 3 orang, macam banyak sangat kan.  Memang banyak sebab tu jangan pergi pilih makanan time perut kosong sangat, semua rasa nak makan, tewas dengan nafsu sendiri.


Yang ini memang sedap, pilihan dah Ana.  Saya dengan mek Dot pilih mee yang berkuah.  Portion untuk seorang memang sangat mengeyangkan, tambah bila kita hirup sup tu, mesti cepat kenyang.


Nasi ini siapa yang pilih? semua kena kerjasama untuk habiskan.  Last hanya makan lauk atas tu, nasi tinggal.  Tak baik betul perangai macam gitu kan.

Bila tengok balik gambar-gambar tu, teringin pula nak makan mee tarik lagi.  Nak pergi tempat yang senang, macam kat kl sentral hari tu.  
Wassalam.