Showing posts with label my work. Show all posts
Showing posts with label my work. Show all posts

Monday, 17 August 2020

Tapai Pulut, Resepi MIL

Assalamm....
Tapai pulut masih ada penggemarnya walaupun ramai juga orang yang tak suka dengan tapai pulut ini terutama golongan muda.  Dulu saya masa muda pun tak berapa gemar makan, lebih suka makan tapai ubi.  Tapi bila mai usia tak berapa nak muda nie, terlebih suka pula nak makan lagi-lagi bila diulit nostalgia menyediakan tapai ketika menjelang sambutan hari raya bersama arwah mak dahulu.  Tapai pulut buatan arwah memang manis dan menjadi, tipsnya semua peralatan kena bersih. Semua peralatan dicuci semula sebersih-bersihnya dan keringkan terlebih dahulu.  Walaupun selalu menolong untuk sediakan tapai pulut, tapi saya tak yakin nak sediakan sendiri.  Pernah sekali cuba buat sendiri, tak menjadi dan tak cuba dah selepas tu.  Hasil tapai saya menjadi keras macam jadi beras semula dan berkulat, langsung tak bau tapai apa lagi keluar air yang manis itu.  Begitulah kemahiran tak dapat diwarisi tanpa ilmu dan praktis yang berkali-kali.


Ini kebetulan masa mertua ada di rumah hari tu, jadi kita manfaatkan kesempatan untuk belajar buat tapai dengan dia.  Untung sebab dapat mertua yang juga pandai buat tapai jadi kita berguru lah dengan dia.  Masa tu tiada sebarang daun untuk membungkus tapai jadi kita bulat-bulatkan saja dan susun dalam tupperware.  Ini merupakan stail arwah mak selalu buat, hanya susun dalam mangkuk atau periuk dan lapis dengan plastik pada setiap susunan atau lapisan tapai.  Ada perbezaan sedikit cara mengukus pulut antara arwah mak dengan mertua, mak hanya kukus sekali manakala mertua kukus pulut dua kali.  Satu lagi tips penting untuk hasil tapai yang bagus adalah pemilihan ragi, pilih ragi yang baik dan fresh, boleh tanya pada penjual mereka tahulah kualiti ragi yang mereka jual.  Ragi yang saya guna ni, saya beli dari kedai runcit aceh dekat-dekat rumah saja.


Tapai Pulut
Sumber: My MIL

Bahan-bahan
1 kilo beras pulut
1 biji ragi
Air
pengukus dan peralatan lain

Cara Penyediaan
* Basuh beras dan rendam seketika, tak perlu rendam lama.
* Sediakan kukusan, bila air mendidih, kukus pulut hingga masak.
* Keluarkan pulut dari kukusan dan renjiskan dengan air hingga pulut nampak lembut dan basah sedikit dan pulut lerai.  Kacau pulut supaya air renjisan perlu kena pada semua bahagian.  
* Kukus pulut semula dalam 15 minit.
* Keluarkan pulut dan sejukkan.  Sebaiknya letak atas dulang supaya pulut berselerak dan tak berlongkok.
* Bila pulut dah suam, ayakkan ragi yang sudah dipecahkan ke atas pulut.  Pastikan ragi kena sekata pada pulut.
* Bila dah sejuk, bungkus pulut guna daun pisang atau daun getah atau masukkan dalam bekas plastik kecil.
* Simpan ditempat kering selama 2 hari atau 2 malam, tempoh yang baik untuk tapai masak dan mengeluarkan air.
* Sebelum sampai tempoh tu boleh check progress tapai tu, dah ok ker tak.
* Bila dah masak (term untuk tapai matang) boleh lah dihidangkan.


Tapai yang dah masak dan mengeluarkan air, perlu disimpan dalam peti sejuk untuk menjaga kualiti dan tidak menjadi masam.  Ini juga sebagai langkah untuk menahan proses penapaian terus berlaku dan menjadi tuak yang memabukkan. 


Tapai pulut dan tumbuk, 2 jenis menu wajib yang ada ketika hari raya.  Kedua-dua ini spesiality arwah mak saya, tapi saya tak sanggup nak sediakan.  Bayangkan mana lah tak timbul muscle bila kena gentel pulut berkilo-kilo, pulut untuk tapai 3 kilo, pulut untuk tumbuk 5 kilo.  Itu tak termasuk permintaan jiran tetangga yang minta dibuatkan.  Semua itu tinggal kenangan.


Ini salah satu cara keluarga saya menikmati tapai pulut, dimakan bersama tumbuk.  Tumbuk tu sejenis burasak pulut yang digulung dalam daun pisang dan diletakkan berlapis-lapis sebelum direbus sekurang-kurangnya 6 jam.

Bila kerja dalam sektor f&b pula, betapa tapai dipopularkan dan diangkat sebagai hidangan tradisi yang dinaik tarafkan.  Dihidangkan di hotel-hotel atau restoran mewah sebagai pencuci mulut (dessert) bersama ice cream vanilla, dikenali sebagai Tapai Ice Cream.  Selain menikmati cendol dengan pulut, kita boleh juga menikmati cendol bersama tapai pulut yang pasti tidak menghampakan.
Wassalam.

Monday, 10 August 2020

Pulut Kuning Untuk EC

Assalamm...
Pulut kuning bukan saya buat, tak pandai pun buat pulut kuning nie.  Selalu ada beberapa staff production yang ditugaskan untuk membuat kerja-kerja ini, kebetulan mereka semua bercuti mengikut rotation semasa PKP.  Tiba-tiba dengar orang petik nama saya minta datang ke dapur untuk buat deco atas pulut kuning tu, erm terkedu sekejap, mana lah saya pernah buat kerja-kerja ini semua.  Pulut untuk EC yang sambut birthday hari tu, ish time-time macam ini juga dia nak sambut birthday.

Tulisan 'Happy Birthday" tu recycle entah siapa punya mereka simpan.  Hentam saja lah labu, tiada rotan akar pun berguna, serunding yang ditabur atas pulut kuning tu pun entah yang bila punya, tapi sempatlah kami rasa dulu sebelum tabur atas tu.  Selesai tugas sampai situ saja, serah kat staff depan fikir macamana nak cari kotak yang sesuai dan hantar ke rumah EC.


Tengok lah hasil mengarah orang buat bunga dan tolong cucuk sana sini dapatlah hasil begitu.  Mau pengsan mereka yang selalu buat tu tengok hasil kerja kami, semua yang ada hari tu pun jenis yang tak pandai carving.  Yang bos nie pun tiba-tiba suruh buat, nak kipas ler tu.  Deko apa pun tiada, hanya bahan-bahan itu yang kami jumpa hasil mencari harta karun dalam chiller.

Kenangan bersama team bekerja semasa PKP dan itulah hari terakhir saya hadir di tempat kerja sebelum bercuti panjang lagi mengikut rotation dan selepasnya terpilih mendapat cuti beberapa bulan tanpa gaji.  Selepas ini semua tinggal kenangan, yang lain pun ramai yang membawa haluan masing-masing semoga sektor f&b boleh bangkit dan gemilang semula.
Wassalam.

Sunday, 5 April 2020

Puding Longan

Assalam...
Tak tahu macamana boleh jatuh cinta dengan puding longan ini.  Terjadi sebab tak sengaja, ada cerita pahit di sebalik tu sebenarnya.  Walaupun bukan saya yang kena bahang nya tapi tetap mencuba untuk fahamkan mereka yang langsung tak pernah mahu memahami kerja orang bawahan.  Kisahnya bos saya kena maki hamun dengan seorang "dato" / customer (kawan baik pada big bos) kerana menghantarkan makanan lain seperti yang dipinta. 



Dato tu selalu makan puding ini di rumah big bos bila ada event yang ditempah khas oleh anak big bos daripada kenalan dia, bukan dibuat oleh pekerja big bos.  Satu hari Dato ini buat pesanan untuk dihantarkan ke rumahnya dan salah satunya adalah puding longan ini.  Bila pesanan sampai kepada pekerja, pekerja pun buat macam yang ada dalam senarai menu (ikut SOPP), nama menu sama tapi hasilnya lain sebab menu yang diikuti dibawah kategori dessert chinese menu.  Bila makanan sampai ke rumah dato, dia punya komplen tak sanggup dengar, habis semua big bos dia call komplen dan maki-maki pekerja.  Pekerja tak salah, sebab info sampai pada dia tak tepat, dia tak pernah tengok puding yang dimaksudkan, dan tak pernah hadiri event di rumah big bos pun.  Dari sana lah saya pun sibuk nak tahu dan nak rasa sendiri bagaimana kah puding longan yang dimaksudkan oleh dato itu. Pesan dekat cik Miah bagi saya rasa lepas buat, siap bagi resepi lagi.


Puding Longan
Sumber: Cik Miah

Bahan-bahan
1 sudu kecil serbuk agar-agar (10gm)
1 tin longan (air masak bersama agar-agar)
1 tin susu cair
Sedikit gula
1 tin air (sukat guna tin longan)

Cara Penyediaannya
*  Masak agar-agar bersama air, gula dan air longan.
*  Isi longan separuh potong 2 dan separuh lagi biarkan sebiji-sebiji.
* Bila agar-agar dan gula dah larut, masukkan susu cair dan potongan longan.
* Didihkan sekejap saja dan tutup api.
* Tuang dalam bekas dan sejukkan.
* Bila sejuk, letakkan longan lebih atas puding dan hidangkan.


Bekas kecik dah habis dan tak larat nak suah dah bekas kecik, Cik Miah bawa mai puding dalam bekas besar terus.  Amboi perli kah, dak aih suh makan bagi puaih.

Beringatlah bila anda berada ditempat teratas itu bukan tiket untuk anda mencaci maki orang bawahan.  Terkadang mereka yang dianggap golongan profesional ini langsung tak ada sikap profesional bila berhadapan dengan orang bawahan, EQ zero, letak dilutut.  Kalau tengok puding tu, orang akan kata "eleh puding macam ini je ker? ingatkan puding vogue macamana lah, sampai sakitkan hati orang.  Ingat ya walaupun ko dah kaya sangat ada gelaran tapi benda simple macam ini pun tak boleh buat sendiri dan masih perlukan bantuan orang.  Begitulah cerita disebalik kisah puding longan ini, ingat peristiwa itu, jadi sakit hati makin laju pula menyudu ke mulut.
Wassalam.

Friday, 20 March 2020

Covid 19 - Hari Kedua Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamm...
Perintah kawalan pergerakan selama 14 hari bermula 18-31 March 2020, satu peluang untuk mereka selama ini yang sibuk dengan tugasan untuk berehat bersama keluarga di rumah.  Tapi mereka yang biasa sibuk ini betah kah nak duduk diam-diam di rumah? Betah tak betah kena lah ikut peraturan, untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan bersama, tolong jangan pentingkan diri sendiri.  Saya memang kena "stay at home and on mode standby" selama tempoh itu dan In Sha Allah ada jer aktiviti yang boleh dibuat untuk hilangkan boring tu.  En.Abe perlu bekerja sebab dia support service untuk front line.
 

Hari kedua PKP dilaksanakan baru kami keluar cari barang-barang, nampak rak masih banyak yang kosong.  Agaknya tak sempat susun orang dah ambil sebab tanya pada pekerja di situ dia kata siang tadi ramai orang.  Nak cari barang basah jer sebenarnya sebab stock lain macam ada lagi, lagi pun nak makan berdua saja, banyak mana sangat lah kan.


Ini macam best jer untuk buat kudapan, sambil marathon tengok movie dan update tentang covid-19.  Semoga dapat terlaksana dan tunggu bagaimana kah kejadiannya nanti.


Hampir penuh trolli juga belanjanya, tu bukan sebab panic buying tapi stock sepanjang tempoh tulah.  Malas dah nak keluar-keluar selepas ini, ada jer antaranya yang tak berapa perlu pun dalam troli tu, tapi biasalah rambang mata kan tak sedar dah nak penuh troli.


Beli kudapan ini dulu sebelum kita buat sendiri, nak try steam cake tu sebenarnya.  Baru dipasaran kot or saya saja yang tak tahu, not bad rasa dia ala-ala japanese cotton cake dan semua dah selamat masuk perut.

Hari ke-3 ini nak ubah strategi sikit duduk diam dalam rumah, cukup-cukup lah rehat permulaan 2 hari PKP ini.  Semoga kita semua diberi keampunan dan dalam lindungan Allah azzawajalla.  Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang bekerja dibarisan hadapan terpaksa meletakkan diri mereka dalam bahaya demi kesejahteraan kita semua.  Untung lah kita dapat tugas mudah saja iaitu just stay at home.
Wassalam.

Wednesday, 11 September 2019

WW - Sempena Jadi Orang HR

Assalamm...
Sempena terjun ke bidang HR, secara tak langsung juga jadi orang-orang HR.

"To handle yourself, use your head, to handle others use your heart"....Eleanor Roosevelt.
Wassalam.

Thursday, 1 August 2019

Lao Mandre: Makan Malam Di Paya Serai, Hilton PJ

Assalam...
Atas advice big bos minta usha ke sini, baiklah kami akur saja.  Walaupun awalnya dah minta quotation dari hotel lain, tapi sebab dia bos kan, kan bantah tak pasal dia tak approve request tu kan dan ingatkan memang dia nak datang.  Aleh-aleh last minute cakap tak dapat datang sebab kurang sihat. Ok takpe biar kami yang makan untuk lady bos.  Rasanya lagi mereka suka bos tak datang, bebas semua kalau tidak kena kontrol ayu semua lebih-lebih jika bos pilih nak duduk satu meja, lagi lah menikus semuanya.



Pilih lah duduk meja mana suka yang ada tag nama tu.  Kurang best sebab kami tak disediakan meja dalam klompok yang sama.  Bila kami minta tukar dan sambung meja server dia cakap tak boleh tukar kerana meja terlalu berat nak angkat, ok fine.  Tengah rancak makan, kawan sebelah cuit saya sambil suruh toleh belakang, pekerja hotel angkat meja untuk customer group belakang kami.  Positif saja, meja kita cantik, marble dan berat, orang belakang tu guna meja plastic kot.


Section untuk yang suka sesuatu yang manis, selalu memang saya ulang-ulang ke sini, tapi malam tu agak kurang menarik, limited sangat kueh dan pastri yang ada.  Dalam display chiller tepi tu additional charge kalau nak.


Ayam Ungkep beb, jangan pandang remeh tentang menu orang kampung dah masuk ke hotel yang berbintang-bintang.


Main dish sini pun saya tak terjangkau nak mencuba, kurang seksi pada mata dan selera nak merasa.


Buffet untuk starter, kerabu dan salad.  Memang selalu skip lah bahagian sayur mayur mentah ini, kecuali jika ceaser salad atau ada aneka seafood.


Segala jenis dressing, sos dan sambal


Station steamboat yang kurang variasi, saya pun tak cuba yang ini.  Pertama kalinya macam tak ghairah nak makan ulang-ulang, kecuali buah-buahan.


Malam tu, sangat sihat sebab hanya minuman panas teh dan kopi selain air sejuk disediakan, tiada sebarang minuman manis lain.  Kordial, jus atau yang lain jika nak dikenakan caj tambahan, sungguh tak best, ada kawan-kawan yang merungut sebab nak juga minum yang manis-manis.


Antara yang dapat hadir malam tu, maaf lah jika menunya kureng kena pada selera semua.  Nanti kita cari tempat yang best lagi, lagi havoc foodnya asal you all nak pergi jauh sikit masuk KL ker.

Keseluruhan kawan-kawan gembira lah dapat outing sama-masa, walaupun ada yang kurang menyenangkan.  Masa bayar pun sampai, mana orang yang ditugaskan ni, saya tolong tunjukkan kaunter saja dan mengekor dari belakang.  Sampai kaunter nak bayar, di mula dah pung pang pung pang komplen makanan malam tu.  Cashier bagi alasan restoran tengah renovation, ko rasa nyonya tu boleh terima alasan tu ker?.
Wassalam.

Monday, 13 May 2019

Bazaar Ramadhan, Kampung Pandan

Assalam...
Kali pertama pergi buffet ramadhan sejak bulan posa tahun nie.  Bukan nak pergi cari makanan untuk diri sendiri tapi dapat tugasan last minute mencari bubur.  Bazaar ramadhan yang terdekat dikunjungi adalah bazar Kampung Pandan, Kuala Lumpur.  Terpegun sebaik melangkah masuk, juadah pelbagai dan kelihatan mengancam semuanya.  Iyalah sedang berpuasa kan, perut lapar, nampak makanan semua sedap.  Tapi serius cakap bazaar ramadhan sini memang best.


Bubur lambuk resepi kampung baru katanya, dijual dengan harga RM3,50 sebungkus.  Beli lah sebungkus, sejak puasa nie tak jamah lagi bubur lambuk.  Ramadhan tahun-tahun lepas, arwah chef Dollah yang sentiasa beri bekal bubur lambuk, Ramadhan kali ini hanya tinggal kenangan dengan arwah.


Pelbagai jenis air, air viral, air hipster dan air old school semua ada.  Kreatif mereka nie menghasilakan air yang dicampur pelbagai jenis dan menghasilkan rasa yang pelbagai dan warna.


Ayam percik, bau mereka panggang terbuka di belakang tu sangatlah mengugat perasaan.


Dari hujung ke hujung berjalan mencari bubur kacang hijau, tapi tiada sebarang baubur yang saya jumpa kecuali bubur lambuk.  Hingga sampai ke gerai yang jual banyak jenis kuih-muih kelantan.  Tiada bubur saya gantikan dengan kuih biji (butir) nangka.  Mission completed jom kita balik.


Kueh nekbat (kuih orang pantai timur), macam kuih bahulu yang disira dengan air gula.  Nak samakan dengan kuih orang Bugis,  baulu pecak pun lain juga.


Murahnya rezeki malam itu, pelbagai pemanis mulut dapat dihidangkan, yang dibeli, yang dapat free dan yang dibuat sendiri.  Jika setiap hari begini, alamak bulan puasa makin tembun mengumpul gula dalam badan.


Salah satu sebab kami tak pergi bazaar sebab konon nak berbuka ala kadar dan nak elakkan pembaziran makanan.  Jika pergi pasti kiri kanan tangan menjinjit plastik makan, at the end tak habis makan sumbat ke dalam peti sejuk.
Wassalam.

Monday, 29 April 2019

Lao Mandre: Brunch Dim Sum @ Aroma Cafe, PAUM

Assalam...
Satu hari sabtu, hari bekerja tapi kena temankan orang pergi sini jumpa client dia.  Dah alang-alang kami datang satu rombongan pagi tu, then boleh lah brunch sekali makan dim sum di Aroma Cafe yang terletak di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM).  Yang datang pula kaki tangan suka makan, memang order banyak giler, sampai manager di situ macam tak percaya yang kami order tu boleh habis kesemuanya?


Makan tengah happy, semua selamat masuk ke dalam perut kami 4 orang.  Kalau tak tahu nak pilih dim sum mana yang sedap, minta jer advice daripada pekerja di situ mereka boleh tolong rekomen kan.  Pilihan kombinasi dim sum ada pelbagai seafood, ayam, sayuran, steam, goreng, berkuah dan yang kering.  


Hor fun hari tu order 2 jenis, yang inti scallop dan udang.


Fried carrot cake, sedap juga yang ini jangan terkeliru dengan char koay teow ya.


Tak ingat yang nie nama dia apa, ada telur masin dalam tu.


Erm kaki ayam pun mereka nak rasa.  Sedap tau bagi yang suka makan.


Ini kunjungan hari lain pula dengan bff yang lama tak jumpa.  Nasi bojari pilihan en.Abe, biasalah dia kena ada nasi dan ayam, ini antara menu high recommendation daripada chef.


Ada yang rindu dengan char koay teow, katanya di tempatnya ada jual, nama pun sama tapi taste bagai langit dengan bumi.  Char koay Teow Aroma Cafe by Eden yang paling sedap katanya. 


Dry wantan ini pun sedap, ada 2 jenis yang disediakan di Aroma Cafe dalam bentuk kering begini dan wantan sup.


Curros tak pernah cukup dengan satu pinggan, order lagi pinggan kedua sebagai penutup makan-makan hunjung minggu hari tu.

Tahun nie, mereka akan adakan buffet ramadhan juga seperti tahun-tahun lepas.  Sudah tentu menu dim sum ada disediakan di buffet ramadhan Aroma Cafe sepanjang bulan puasa ini.
Wassalam.